Langit Ungu mengelamun untuk satu masa yang lama selepas membaca kontrak itu. Dia rasa seakan sedang bermimpi.
Dia pernah terdengar tentang layanan terhadap pemain Gaya Hidup Bebas di Persatuan kelas-ketiga sebelum ini. Layanan yang bakal dirasainya jauh lebih baik berbanding pemain Gaya Hidup Bebas tersebut. Semua ini benar lebih-lebih lagi berkaitan gaji pokok. Pemain Gaya Hidup Bebas dari Persatuan kelas-ketiga sememangnya tidak dapat layanan seperti itu.
"Kenapa kamu berbuat baik terhadap saya?" Langit Ungu melihat Shi Feng dengan mata yang bulat dan berair, kemudian bertanya. Dia mahukan jawapan Shi Feng.
"Jangan salah anggap; saya cuma memerlukan khidmat seorang Tukang Masak. Saya cuma melantik kamu kerana saya nampak kamu seorang yang ringan tulang dan berhati mulia. Kalau kamu cuba mengambil kesempatan dan gagal memenuhi kehendak saya, kamu boleh pergi dari sini. Saya tidak ingin menyimpan orang yang tidak berguna," Shi Feng berkata dengan tegas. Dia mahukan Langit Ungu tahu tidak semudah itu menjadi Tukang Masak peribadinya. Hal ini kerana ramai akan menjadi tidak berguna apabila selalu dapat sesuatu tanpa berusaha keras.
Langit Ungu ketakutan selepas mendengar kata-kata Shi Feng. dia menundukkan kepalanya, tidak berani lagi bertanya soalan bodoh. Melihat pada kelakuan Shi Feng, jelas sekali dia memerlukan seorang Tukang Masak dan dia dipilih kerana bertuah. Oleh itu, Langit Ungu mengambil sebatang pen lalu menandatangani kontrak itu. Inilah peluang terakhirnya untuk keluar daripada situasi terdesak. Dia pasti memegang erat perkara ini.
"Bos, bolehkah saya memasak di sini?" Langit Ungu terus memainkan peranannya, kelihatan sangat taat. Dia melihat sekeliling. Suasana di sini sangat bagus dan juga tenang. Namun, menyewa Dapur Asas bukanlah satu tempat yang murah.
"Ya, kamu akan membuat barang-barang tersebut mulai sekarang. Saya sudah memohon keahlian di sini. Jadi, kamu boleh datang bila-bila masa. Duit semua cukup untuk kamu gunakan untuk tempoh yang panjang. Tiada siapa yang akan ganggu kamu di sini. Fasiliti juga cukup lengkap, jadi kadar kejayaan boleh dinaikkan sedikit. Jika tidak punya apa-apa masalah, kamu boleh mulakan kerja kamu sekarang. Dalam masa tiga puluh jam, jika saya tidak dapat 900 cawan Jus Buah, kamu boleh berhenti kerja." Shi Feng sangat berpuas hati dengan sikap Langit Ungu. Dia berpaling dan pergi meninggalkannya selepas habis percakapan. Bagi tujuannya mendedahkan Langit Ungu dalam bidang pertempuran dan menaikkan Tahap, lebih masa diperlukan untuk memimpinnya ke jalan itu. Lagipun, Shi Feng ada tujuan yang lebih berguna untuk Jus Buah tersebut. Ia bukanlah pilihan yang buruk membenarkan Langit Ungu terus membuatkannya untuk Shi Feng.
Pandangan Langit Ungu terpaku pada belakang Shi Feng sewaktu dia sedang berangkat pergi. Hatinya dipenuhi rasa syukur kepada Shi Feng. Dia bertekad untuk kerja sebaik mungkin dan tidak menghampakan bos barunya itu.
Selepas meninggalkan Persatuan Tukang Masak, Shi Feng kembali ke Persatuan Penempa.
Kini, bilangan Penempa di Persatuan Penempa sedang meningkat. Pemain ini membentuk satu kumpulan untuk bersembang, samada berbincang mengenai bagaimana untuk meningkatkan kadar kejayaan ataupun berbincang berkenaan persengketaan antara Perdagangan Tukul dengan penempa misteri. Mereka berdua telah menjadi buah mulut dan juga idola pujaan pemain ini.
"Kamu nampak tak artikel yang dihantar oleh Perdagangan Tukul tadi?"
"Sudah tentu saya nampak. Tidak terbayang Perdagangan Tukul seorang yang panas baran dan berkeras mahu mencabar penempa misteri itu. Dia juga mengisytiharkan yang orang pertama menarik diri daripada perang dagangan ini akan digelar 'anak haram.'"
"Ah, saya betul-betul cemburukan mereka. Mereka telah memperoleh Reka Bentuk Menempa. Betapa hebatnya jika saya juga mempunyai satu reka bentuk? Dengan itu, saya boleh menyertai Persatuan kelas-ketiga."
"Apa yang kamu tahu? Saya dengar Penempa daripada mana-mana Persatuan memberitahu yang kadar dapatan untuk Reka Bentuk Menempa Gangsa sangat rendah ketika ini. Lebih-lebih lagi, kadar kejayaannya juga turut rendah. Kini, menjualnya dengan harga 3 ke 4 Syiling Perak untuk sebuah reka bentuk merupakan suatu kerugian. Plat Dada Berkerdip dengan atribut yang baik mampu memberikan lebih banyak kerugian. Pada masa yang sama, banyak Persatuan yang sedang dalam perasaan gembira, mereka turut berterima kasih kepada Perdagangan Tukul kerana tindakannya itu. Jika tidak, bagaimana mereka mampu membeli Peralatan Gangsa dengan kos yang rendah?"
"Ada betulnya juga kata-kata kamu itu, saya sangat tidak suka Perdagangan Tukul. Adakah ia perkara yang buruk untuk membenarkan semua Penempa meraih keuntungan bersama-sama? Mengapa dia perlu mencabar penempa misteri itu pada akhirnya, menyebabkan kedua-dua belah pihak merana?" Mendengar perbincangan pemain tersebut, Shi Feng berfikir dengan lebih dalam. Selepas seketika, dia tersenyum. Melihat pada kelakuan Perdagangan Tukul, sangat jelas kelihatan yang dia sedang dalam kesusahan. Syiling Perak yang dimilikinya mesti tidak mencukupi dan dia pasti membeli Syiling Perak dengan rakus di pasaran sekarang. Perkara ini akan menyebabkan peningkatan nilai Syiling Perak, oleh itu sekarang masa yang sesuai bagi Shi Feng menjualnya.
Shi Feng ingin berterima kasih kepada Perdagangan Tukul. Jika bukan kerana dia, pasaran untuk peralatan tidak semeriah ini.
Kini, terdapat jumlah Syiling Perak yang besar masuk ke dalam poket Shi Feng. Sementara itu, walaupun Shi Feng telah berbelanja dengan banyak, jumlah duit yang masih dimilikinya bertambah dengan banyak sekali. Duit yang terkumpul mencecah 3 Syiling Emas.
Di meja pertanyaan, Shi Feng sekali lagi menyewa Bilik Menempa Pertengahan selama lima jam, memulakan proses penempaan dan pembuatan.
Akan tetapi, sebelum dia memulakan penempaannya, Shi Feng masuk ke Pusat Maya. Dia ingin menyemak nilai mata wang dalam Kawasan Tuhan dan menjualkan sedikit mata wang permainan yang dimilikinya. Meletakkan sahaja dalam poketnya dirasakan suatu pembaziran. Shi Feng masih tidak tahu apa-apa sewaktu menyemak, tetapi di saat dia melakukannya, dia terperanjat.
Walaupun terdapat bilangan pemain yang ramai dalam Kawasan Tuhan, bilangan pemain yang menjual mata wang permainan tidak mencecah seratus. Perkara paling penting sekali, nilai jualan sangat mengagumkan. Satu Syiling Perak boleh dijual dengan harga 60 Kredit. Harga ini sekurang-kurangnya dua kali ganda semasa kehidupan Shi Feng yang lepas. Walau bagaimanapun, bilangan Syiling Perak yang mereka jual itu sangat kecil, rata-rata dalam lingkungan 2 ke 3 Syiling Perak untuk seorang pemain. Selain daripada penjual, ada juga pemain yang membeli mata wang Kawasan Tuhan dengan banyak. Harga belian yang terendah ialah 55 Kredit untuk satu Syiling Perak, manakala yang tertinggi ialah 58 Kredit untuk satu Syiling Perak.
Itu bermakna satu Syiling Perak dalam Kawasan Tuhan sudah cukup untuk Shi Feng menjamu selera dengan mewah untuk dua hari.
Disebabkan pertandingan ini, nilai Syiling Perak menjadi semakin mahal.
Ketika peringkat permainan sekarang, selagi manusia mempunyai akal fikiran, mereka tahu keburukan menjual mata wang permainan mereka. Pada masa yang sama, banyak Persatuan yang membeli mata wang Permainan dengan banyak, pada harga yang berpatutan. Terdapat beberapa kumpulan pengutip-wang dan Kesatuan pemain yang sanggup menjual mata wang mereka. Namun, nilai yang dijual sangat rendah. Tambahan pula, nilai mereka sangat tinggi. Mungkin sebagai langkah terakhir barulah banyak Persatuan akan membeli mata wang daripada kumpulan ini.
Namun, Persatuan-persatuan ini tahu pertarungan nilai untuk peralatan merupakan peluang besar untuk mereka mendapatkan faedah. Oleh itu, mereka pasti akan membeli mata wang permainan dengan banyak. Akan tetapi, tidak banyak mata wang permainan yang tersedia untuk dijual. Mereka hanya mampu membeli mata wang permainan yang dijual di Pusat Maya. Lagipun, ke mana perginya jumlah mata wang yang banyak?
Kebanyakannya tentulah ke dalam poket Shi Feng, manakala sebahagian kecil kepada pihak pedagang bahan.
Ini bermakna Shi Feng kini seorang yang hebat dalam penjualan mata wang permainan. Sedangkan kumpulan pengutip-wang yang mempunyai seratus orang ahli jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan Shi Feng.
Tanpa ragu-ragu, Shi Feng segera meletakkan 3 Syiling Emas untuk dijual, menjual setiap Syiling Perak pada harga 60 Kredit. Shi Feng masih perlu mengutip duit tersebut untuk membeli dua Helmet Permainan Maya, jadi bagaimana dia nak bersopan dengan hartawan-hartawan tersebut?
Walaupun harga yang diletakkan sedikit tinggi, untuk mendapatkan peralatan, banyak Persatuan di Bandaraya Sungai Putih akan membelinya. Apabila tiba waktu itu, kesemua mata wang permainan akan dikembalikan ke tangannya.
Selepas menyelesaikan perkara ini, Shi Feng mula fokus pada menempa peralatan dan pembuatan Reka Bentuk Menempa.
Lima jam berlalu dengan pantas, Shi Feng sekali lagi menempa lebih daripada 80 Plat Dada Berkerdip dan 50 Reka Bentuk menempa untuk Plat Dada Berkerdip. 200,000 EXP yang diperlukan oleh Bebola Rentas Jarak sudah habis diisi dan pengalamannya sendiri telah meningkat dengan agak banyak. Dia tinggal lagi 22% untuk mencapai Tahap 4 sekarang dan dia kekurangan lagi 200 Mata Kecekapan sebelum menjadi Perantis Menempa Pertengahan.
Dalam sesi penempaannya, Reka Bentuk Menempa yang dihasilkan lebih bernilai jika dibandingkan dengan peralatan yang dibuat. Melihat pada populariti Plat Dada Berkerdip, banyak Persatuan mesti sedang terburu-buru mendapatkan Reka Bentuk Menempa Peralatan Gangsa mereka sendiri. Mereka mahu melatih penempa mereka sendiri dan menghasilkan Peralatan Gangsa. Lagipun, kadar dapatan Peralatan Gangsa sangat rendah. Dan juga tidak banyak raksasa Elit yang ada untuk diburu.
Berkenaan jutaan pemain di Bandaraya Sungai Putih, bilangan peralatan yang dijual oleh Shi Feng dan Perdagangan Tukul sangat banyak. Masih terdapat ramai pemain yang inginkan peralatan mereka.
Selepas meninggalkan Bilik Menempa, bilangan duit yang berada dalam poket Shi Feng sekali lagi meningkat dengan banyak. Oleh itu, Shi Feng pergi ke Kawasan Dagangan, sekali lagi membeli Batu Keras dan Batu. Dia kemudiannya mengosongkan Set Kad dan Batu Keras yang dijual di Rumah Lelong dan sebagai ganti, meletakkan lebih 80 Plat Dada Berkerdip untuk dilelong. Namun, harga jualan kali ini sedikit berbeza. Harga minimum tidak lagi 4 Syiling Perak tetapi 3 Syiling Perak.
Perdagangan Tukul dengan cepat hilang kewarasan daripada pertandingan itu. Apabila Perdagangan Tukul melihat Shi Feng sekali lagi menurunkan harga jualannya, Perdagangan Tukul sekali lagi muntah darah. Sekarang ini Shi Feng telah merendahkan harganya, sudah tentu, Perdagangan Tukul terpaksa menurunkan harganya sekali. Adakah Shi Feng mahu dia menjual buah pinggangnya kali ini?! Perlukan dia jadi sekejam itu?!
Namun, dia sendiri, tidak memikirkan sangat hal itu. Shi Feng hanya mahu mengiklankan Plat Dada Berkerdip sahaja.
Selepas meninggalkan Rumah Lelong, Shi Feng menyimpan Batu Falsafah dan bahan-bahan tadi ke dalam Bank. Selepas itu, Shi Feng pergi ke Farmasi untuk membeli dua timbunan Ubat Penyembuhan Asas. Dia kemudiannya masuk ke dalam Kedai Magis, membeli lebih sepuluh jenis Skrol Magis. Dia membeli 5 buah untuk setiap satu jenis dan sebuah skrol berharga dalam lingkungan 20 ke 40 Tembaga.
Sekarang ini pengalaman yang diperlukan Bebola Rentas Jarak Magis telah terisi penuh, Shi Feng boleh berangkat ke Hutan Cahaya Bulan.
Namun, Hutan Cahaya Bulan bukanlah tempat yang mudah dan menyenangkan. Sebaliknya, krisis bakal datang satu demi satu di sana, menjadikan tempat itu sangat bahaya. Ramai pemain menterjemahkan peta tempat itu sebagai Tanah Rehat Abadi. Tanpa persediaan yang rapi, kebarangkalian pemain akan mati ialah sepuluh per sepuluh di sana. Skrol yang Shi Feng beli tadi sangat berguna untuk dia terus bertahan dalam hutan belantara. Sebelum ini, dia tidak mempunyai duit yang banyak, oleh itu dia langsung tidak kisah untuk membeli Skrol Magis. Sekarang dia sudah kaya, sudah tentu dia perlu lebih bermurah hati. Akhirnya, skrol ini dapat meningkatkan peluangnya untuk bertahan di sana, mengurangkan kebarangkalian sebanyak sembilan per sepuluh.
Selepas itu, Shi Feng mencari satu lokasi yang tiada orang lalu mengaktifkan Bebola Rentas Jarak Magis. Shi Feng kemudiannya bertukar menjadi sinaran cahaya putih dan mula menghilang dari Bandar Daun Merah.