Langit kelabu suram. Bulan penuh menyinar, memancarkan sinaran cahaya perak ke seluruh hutan yang tenang. Pada tasik yang jernih, bunyi katak dapat didengari. Kelip-kelip berterbangan merata-rata di seluruh hutan. Suasananya seperti sebuah fantasi daripada cerita dongeng kanak-kanak.
Tempat ini merupakan Hutan Cahaya Bulan, juga digelar 'Tanah Rehat Abadi' oleh para pemain.
Saat Shi Feng tiba di tempat ini, perkara pertama yang dibuatnya adalah mengeluarkan Gulungan Pengasingan. Dengan serta-merta, dia mengaktifkan sihir yang terkandung dalam gulungan tersebut.
Abjad-abjad kuno ajaib yang mempersonakan yang ditulis pada gulungan itu timbul keluar daripadanya dan jasad Shi Feng tiba-tiba menjadi kabur. Jika dilihat dari jauh, memang susah untuk perasan kewujudan Shi Feng.
Setiap Gulungan Pengasingan bernilai 40 Syiling Tembaga. Harga tersebut boleh dikatakan bersamaan segala harta seseorang pemain.
Biarpun harganya mahal, kesan-kesannya amat menakjubkan. Gulungan Pengasingan mampu mengurangkan deria kewujudan seseorang pemain dengan banyak, lantas menyukarkan musuh-musuh sekeliling mencarinya. Gulungan tersebut mampu bertahan selama setengah jam dan ia merupakan salah satu peralatan wajib untuk meneroka kawasan-kawasan merbahaya.
Walaupun ia tidak setanding Kesenyapan seorang Pembunuh Hendap, ia masih lebih baik daripada tidak dilengkapi apa-apa semasa melaksanakan Pekerjaan-Pekerjaan yang tidak mempunyai Kesenyapan.
Apabila Gulungan Perasingan digunakan dalam radius 30-ela, pemain-pemain tidak akan dijumpai begitu mudah oleh Makhluk-Makhluk Biasa di bawah Tahap 15. Melainkan, pemain tersebut memang mengundang maut dengan menyerang makhluk tersebut.
Berikutan itu, Shi Feng memasuki hutan tersebut senyap-senyap. Dia menuju ke arah kawasan pertengahan Hutan Cahaya Bulan untuk mencari Batu-Batu Bulan, supaya dapat membuang laknat kebenciannya dengan lebih cepat.
Hutan Cahaya Bulan merupakan kawasan Tahap 9. Kedudukannya tidak berada dalam Kerajaan Bintang-Bulan, tetapi di sebuah kawasan yang terasing. Setiap Bandar mempunyai Pagar Teleportasi yang dihalakan ke Hutan Cahaya Bulan. Dalam hayat lampau Shi Feng, lebih 90% pemain Tahap 9 di Kawasan Tuhan akan berusaha untuk mencari harta karun di sini. Namun, meskipun seorang pemain sudahpun mencapai Tahap 10, tempat tersebut masih akan membunuh mereka. Hal ini disebabkan makhluk-makhluk di sini biasanya berkumpul bertiga hingga berlima dan mereka memiliki kemahiran-kemahiran yang kuat. Silap langkah sedikit boleh menyebabkan seluruh kumpulan mati. Walaupun begitu, pemain-pemain tersebut masih tidak akan menyerah dan akan terjun menghadapi maut berkali-kali seolah-olah dirasuk. Hasil daripada kematian yang kerap, Hutan Cahaya Bulan digelar sebagai Tanah Rehat Abadi.
Sementara itu, pemain-pemain ini berusaha dengan begitu gigih adalah kerana makhluk-makhluk di sini mencicirkan Batu-Batu Permata. Lebih-lebih lagi, kadar penciciran agak tinggi. Bilangan Peti Harta Karun di sini juga tinggi. Jikalau seseorang menjumpai sebuah Peti Harta Karun, terdapat peluang 80% untuk memperoleh Batu-Batu Permata.
Batu-Batu Permata amat bernilai di Kawasan Tuhan kerana Batu-Batu Permata mampu meningkatkan Atribut sesebuah peralatan. Bergantung kepada warna Batu Permata tersebut, Atribut yang ditingkatkan juga berbeza: merah meningkatkan Kekuatan, kuning meningkatkan Ketangkasan, biru meningkatkan Ketahanan, ungu meningkatkan Kebijaksanaan dan hijau meningkatkan Daya Hidup. Sebiji Batu Permata Tingkat 1 boleh meningkatkan salah satu Atribut sebanyak 2 mata. Namun, peningkatan sebegitu tidak wajar dipandang rendah. Sebuah Peralatan Gangsa boleh diterapkan dengan sebiji Batu Permata, manakala sebuah Peralatan Besi-Misteri boleh diterapkan dengan dua biji batu permata. Jika setiap peralatan yang dipakai seseorang pemain diterapkan dengan Batu Permata, sebilangan Atribut terkumpul pasti amat menggerunkan.
Ini membuatkan permintaan kepada Batu-Batu Permata amat tinggi. Harga-harga Batu Permata akan sentiasa tinggi, lantas menyebabkan ramai pemain mengambil risiko besar untuk mencari Batu-Batu Permata dalam Hutan Cahaya Bulan.
Lebih-lebih lagi, terdapat pelbagai sumber seperti bijih, herba, bahan-bahan makanan jarang dan lain-lain di Hutan Cahaya Bulan. Namun, yang paling terkenal di Hutan Cahaya Bulan masih merupakan Dungeon lima-puluh orang, "Kubu Tidur", yang terletak di sana. Dungeon tersebut juga merupakan lokasi untuk menukar Set-Set Kad. Akan tetapi, hanya setelah Dungeon tersebut telah dikosongkan oleh sesebuah pasukan, barulah para pemain dari Kawasan yang sama dibenarkan masuk Dungeon untuk menukar Set-Set Kad mereka.
Namun, misi Shi Feng yang terkini bukanlah untuk mencari Set-Set Kad, tetapi untuk mencari Batu-Batu Bulan. Batu-Batu Bulan hanya boleh dijumpai dalam kawasan teras Hutan Cahaya Bulan. Cuma, Shi Feng terpaksa mengambil langkah-langkah keselamatan apabila bertindak kerana memikirkan segala bahaya yang boleh ditemui di Hutan Cahaya Bulan, Shi Feng baru Tahap 3 sekarang dan dia kini memasuki sebuah kawasan makhluk Tahap 9.
Jika dia mati secara tidak sengaja, EXP 200,000 yang dikumpulnya akan sia-sia dan dia harus mengumpulnya daripada kosong. Dia masih belum mencapai Tahap 10, jadi dia tidak boleh mengaktifkan Pagar Teleportasi di Bandar-Bandar. Jika dia mati, satu-satunya pilihannya adalah untuk kembali ke Bandar Daun Merah; jika dia ingin kembali ke tempat ini, satu-satunya pilihannya adalah untuk mengumpul pengalaman yang diperlukan.
Kini, Shi Feng jauh di belakang pakar-pakar yang mendahuluinya dari segi tahap. Tentu akan jadi mimpi ngeri jika Shi Feng mati sekali dan terpaksa mengumpul semula 200,000 EXP.
Sebaik sahaja memasuki hutan, Shi Feng dapat melihat Harimau Bintang Bayang-Bayang Tahap 9 bersembunyi dalam pokok ataupun dalam semak, setiap satu bersedia untuk menghendap musuh mereka. Jika bukan kerana Gulungan Pengasingan, Shi Feng sudah lama ditemui.
Shi Feng memang bukan lawan makhluk Tahap 9, jadi dia hanya boleh mengelak mereka. Lagipun, tujuannya di sini bukannya untuk membunuh makhluk, lebih-lebih lagi buta-buta mencari gaduh dengan Harimau-Harimau Bintang Bayang-Bayang.
Shi Feng mengelilingi Harimau-Harimau Bintang dengan berhati-hati, satu persatu. Setelah menghabiskan lebih sejam berbuat demikian, dia tiba di sebuah hutan batu yang luas dan tinggi.
Dalam hutan batu ini terdapat sekumpulan makhluk perang gila yang digelar Pejuang Gunung Buas. Mereka merupakan sekumpulan pahlawan gigih yang tidak takut akan penderitaan. Yang paling mereka suka adalah perang; lagi ganas, lagi bagus. Pada masa yang sama, mereka juga menjaga timbunan harta karun yang besar dan pada timbunan tersebut terdapat Batu Bulan yang jarang terjumpa.
Namun, seluruh hutan batu tersebut diisi dengan makhluk-makhluk gergasi berperisai ini. Dengan membawa belantan berduri yang sepanjang seperti ketinggian dua orang, makhluk-makhluk ini mengawasi hutan batu tersebut, menghalang sesiapa daripada memasukinya. Jika Shi Feng melangkah masuk ke dalam hutan batu itu, terdapat peluang 100% untuknya ditemui. Setelah ditemui, sekumpulan Pejuang Gunung Buas akan meluru ke arahnya dan satu hayunan daripada belantan berduri mereka pasti akan melanyak Shi Feng sehingga menjadi daging cincang.
[Pejuang Gunung Buas] (Pangkat Biasa)
Tahap 9
HP 1100/1100
"Nampaknya saya kena kosongkan jalan perlahan-lahan." Setelah mencari selama setengah hari, Shi Feng masih tidak dapat menjumpai mana-mana jalan selamat untuk menembusi pedalaman hutan tersebut. Satu-satu pilihannya adalah untuk mengosongkan jalan dengan membunuh.
Shi Feng terpaksa mengakui kesukaran Misi Epik yang teramat tinggi. Ini hanyalah permulaan, namun dia sudah dipaksa untuk bertembung dengan Penengkar-Penengkar Gunung Buas Tahap 9. Dia tidak tahu apa cabaran lain yang bakal ditemuinya.
Mujur, dia sangat mengenali rupa bentuk Hutan Cahaya Bulan. Dia mengetahui pelbagai cara untuk menangani Pejuang-pejuang Buas di hadapannya.
Kekuatan Pejuang-pejuang Gunung Buas amat luar biasa dan serangan mereka juga luar biasa. Pahlawan Pelindung dan Kesatria Penjaga yang bersamaan tahap pun tidak mampu menahan lebih daripada beberapa pukulan mereka. Namun, badan mereka cukup besar, lantas melambatkan pergerakan mereka. Dalam hayat lampau Shi Feng, ramai Elementalis yang menggunakan Panahan Beku untuk melambatkan lagi pergerakan mereka. Mereka kemudian menggunakan kawasan persekitaran hutan batu yang unik untuk mengelak serangan daripada belantan-belantan berduri, serta mengumpan dan membunuh Pejuang-pejuang Gunung Buas dari jauh.
Berikutan itu, hutan batu ini menjadi tanah suci bagi pemain jarak jauh. Pejuang Gunung Buas dapat dilihat diumpan menggunakan pelbagai cara di sekitar hutan batu.
Walaupun Shi Feng tidak memiliki apa-apa kemahiran pengurangan kepantasan, dia boleh menggunakan cara lain untuk memperlahankan mereka. Untuk mengumpan Pejuang Gunung Buas pula, dia menggunakan kemahiran jarang,
Setelah memerhati rupa bentuk bumi dengan teliti, Shi Feng menjalankan simulasi latihan dalam otaknya sebanyak lima kali.
Menjalankan simulasi mental dapat mendatangkan kesan yang hebat semasa pelaksanaan sebenar. Justeru, setiap pakar biasanya akan menjalankan simulasi mental sebelum benar-benar menjalankan sebuah operasi.
Sebab mengapa pakar merupakan pakar, adalah kerana persediaan-persediaan yang mereka ambil jauh lebih hebat daripada orang lain.
Biasanya ramai pemain sederhana yang akan mengagumi pakar-pakar di Kawasan Tuhan. Mereka akan bersedih kerana kemahiran-kemahiran mereka lemah, lalu sampai ke kesimpulan mereka tidak akan mencapai tahap pakar-pakar ini sampai bila-bila. Namun, realitinya mereka tidak menyedari usaha yang diambil para pakar tersebut setiap hari. Penderitaan yang dilalui pemain ini jauh melangkaui pemain sederhana. Hal inilah sebab mengapa mereka dapat bersinar dengan begitu cerah.
Setelah menjalankan simulasi-simulasi tersebut, Shi Feng mengeluarkan Bir Keluli Hitam dan Gulungan Kepantasan.
Bir Keluli Hitam dapat mengurangkan tahap seekor makhluk sebanyak 2. Ditambahkan kepada Atribut Bilah Neraka, Shi Feng tidak akan disekat daripada perbezaan tahap, sungguhpun berdepan dengan makhluk Tahap 9. Dia akan mampu mengeluarkan kemusnahan seperti biasa. Bagi Gulungan Kepantasan pula, setiap satu bernilai 25 Syiling Tembaga. Ia meningkatkan Kepantasan Bergerak pengguna sebanyak 25% selama 10 minit. Gulungan ini merupakan peralatan yang boleh menyelamatkan nyawa ketika mengembara di hutan rimba. Shi Feng membeli dua puluh gulung semata-mata untuk tujuan ini.
Jika pemain sederhana mendapat tahu tentang hal ini, mereka tentu mengecam Shi Feng sebagai seorang yang kedekut. Namun, Atributnya kini dikurangkan sebanyak 50%. Penyekatan ini terlalu besar, jadi lebih selamat untuk menggunakan Gulungan Kepantasan.
Jika Shi Feng tersilap, bukan sahaja dia harus berdepan dengan isu penjatuhan tahap. Dia juga akan kehilangan 200,000 EXP.
Shi Feng menarik nafas yang tajam dan menenangkan badannya sambil memandang Penengkar Gunung Buas yang terdekat. Berikutan itu, kedua-dua belah kakinya menjadi sangat laju, meluru ke arah Pejuang Gunung Buas.