Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 61 - Campur Tangan

Chapter 61 - Campur Tangan

Semua orang pun sedang keliru dalam meneka samada Shi Feng ialah NPC Bangsawan atau tidak...

Sewaktu Hanyutan Darah dibawa pergi, dia menjeling ke arah Shi Feng dengan renungan ular berbisa, dan berteriak, "Budak hingusan, kamu tunggu. Aku akan ingat kamu. Kesatuan Pertahanan tidak akan lepaskan kamu pergi. Aku adalah orang baik selepas dibebaskan dua belas jam kemudian. Apabila tiba masa itu, tiada tempat lagi dalam Bandar Daun Merah untuk kamu."

Semua orang yang hadir berasa gementar sewaktu melihat ugutan Hanyutan Darah. Adakah dia merancang untuk berlawan habis-habisan?

Namun, tiada siapa berani merendah-rendahkan Shi Feng lagi. lihat sahaja perbuatannya tadi, mereka tahu mereka tidak boleh menilai Shi Feng daripada penampilannya.

Kesatuan Pertahanan merupakan persatuan yang agak terkenal di Bandar Daun Merah. Mereka terkenal dalam permainan maya yang lain iaitu Wuxia. Mereka bukannya Persatuan yang diuruskan oleh Kesatuan pemain, sebaliknya, mereka ialah Persatuan yang terdiri daripada pemain biasa sahaja. Termasuk pelaburan daripada beberapa individu yang kaya, Kesatuan Pertahanan turut membangunkan tapaknya di Kawasan Tuhan. Walaupun mereka tidak mencapai piawaian Persatuan kelas-ketiga, mereka bukannya Persatuan yang boleh diambil mudah.

Kini, Kawasan Tuhan memonopoli seluruh industri permainan maya. Di bawah sokongan Sistem Tuhan Utama, Kawasan Tuhan tidak memerlukan operasi daripada mana-mana manusia. Sistem Tuhan Utama memastikan keadilan dalam permainan, dan ia turut memastikan perkembangan permainan, berterusan menyediakan Misi, Dungeon, Kawasan Tersembunyi, dan lain-lain lagi. Kawasan Tuhan merupakan permainan yang bernyawa, dan ia merupakan sesuatu yang tidak dipunyai permainan maya yang lain.

Peta di dalam Kawasan Tuhan juga terlampau luas, cukup untuk seluruh populasi Bumi. Tambahan pula, majoriti perkara yang ada dalam dunia sebenar dapat dirasai dalam permainan, dengan tambahan perkara yang seseorang tidak akan jumpa dalam dunia realiti. Kawasan Tuhan dengan perlahan-lahan dijadikan dunia kedua, dan permainan maya yang lain tidak berpeluang menandinginya.

Selepas Hanyutan Darah dibawa pergi oleh Pengawal, pandangan semua orang bertukar ke arah Shi Feng. Mereka jelas kelihatan curiga, dan mata mereka cuba melihat Shi Feng dengan lebih teliti. Mereka mahu tahu samada Shi Feng ini NPC atau tidak. Malang sekali, tidak kira apa kemahiran pemerhatian yang mereka gunakan, hasilnya tetap terungkap yang Shi Feng 100% pemain dan bukannya NPC.

Hal ini semakin membingungkan semua yang ada. Namun, tiada siapa yang berani datang dekat bertanyakan Shi Feng hal tersebut, mungkin Shi Feng langsung tidak mahu menjawab soalan mereka. Jika tersilap langkah mereka mungkin akan menyebabkan Shi Feng kurang senang, dan siapa tahu, nasib mereka bakal jadi seperti Hanyutan Darah.

Shi Feng melihat wajah orang di sekeliling yang bingung. Dia hampir sahaja menonjolkan senyuman sewaktu ingin beredar.

Selepas hidup dalam Kawasan Tuhan untuk lebih sepuluh tahun, dia sudah lama memahami peraturan Kawasan Tuhan. Pemain akan ditangkap dan dipenjarakan sekiranya dia menyerang pemain lain dalam Zon Selamat. Akan tetapi, selagi mana perbuatan itu tidak menyebabkan kemusnahan, walaupun terjadi sentuhan fizikal yang berat, Pengawal tidak akan mempedulikannya.

Menolak dan menepuk bahu Hanyutan Darah kedua-duanya perbuatan yang tidak mengundang kemusnahan. Cuma kekuatan di sebaliknya sedikit berbeza dengan yang selalu dikeluarkan untuk melakukan perbuatan tersebut. Secara dasarnya, Pengawal tidak akan peduli dengan perbuatan seperti itu. Namun, Hanyutan Darah menggunakan Rempuh, satu perbuatan yang akan membuatkan sasaran masuk ke dalam keadaan Pengsan dengan tambahan kemusnahan. Lagipun, terdapat satu perbuatan yang agresif dalam tindakannya. Pengawal sudah tentu tidak akan berdiam diri.

Sementara itu, pemain-pemain wanita hanya perlu menggunakan Sistem Anti-percabulan untuk mengelakkan pemain lain dapat mencabul mereka. Namun, Langit Ungu baru sahaja bermain Kawasan Tuhan, jadi dia memang tidak tahu akan hal itu.

Berkenaan ugutan Hanyutan Darah, Shi Feng langsung tidak peduli. Kesatuan Pertahanan merupakan Persatuan yang langsung tidak setaraf Persatuan kelas-ketiga. Shi Feng pernah memimpin Bayang-Bayang yang sedang lemah suatu ketika dahulu untuk bertahan daripada banyak Persatuan kelas-pertama, dan Persatuan kelas-pertama tidak berdaya untuk berhadapan dengan mereka. Kesatuan Pertahanan, sebuah Persatuan yang bersenang-lenang , cuma mempunyai beberapa ribu pemain, membazir masa sahaja untuk difikirkan.

Jika mereka ingin mencari pasal dengannya, Shi Feng cuma perlu kerjakan mereka. Sebagai seorang yang dijelmakan semula dan mempunyai Senjata Magis dalam genggaman, apa yang dia takutkan?

Bagi merapatkan hubungannya dengan Langit Ungu, Shi Feng hanya mampu mengetepikan hal itu buat sementara waktu kerana sekarang dia perlu mencari jalan lain. Kecurigaannya terhadap Shi Feng sangat besar untuk dia tangani. Namun, Shi Feng faham sebabnya. Jika bukan disebabkan Dewi Salji yang menghalangnya, Langit Ungu sudah menunjukkan tindak balas yang berlainan.

Shi Feng ketawa dengan pahit, menggeleng-gelengkan kepalanya lalu pergi.

"Tuan, tolong tunggu sebentar," Langit Ungu akhirnya bersuara, tidak dapat menahan lagi. Tarikan daripada 10 Syiling Perak terlalu besar. Inilah peluang terbaiknya. Jika dia terlepas, apa yang akan terjadi pada ibunya yang sedang sakit?

"Oh? Kamu berubah fikiran?" Shi Feng berpaling untuk melihat wajah Langit Ungu yang dalam kesusahan itu, berkata sambil tersenyum.

Langit Ungu sentiasa berwaspada sewaktu melihat mata Shi Feng, cuba untuk merungkai apa-apa niat jahat yang terkandung di dalam. Namun, tidak kira berapa lama dia memandangnya, dia tidak menjumpai apa-apa emosi yang pelik dalam pandangan Shi Feng. Sebaliknya, dia mampu merasakan lautan yang terbentang luas jauh di sudut pandangan mata Shi Feng. Akan tetapi, dia masih berjaga-jaga, "Kamu betul-betul mahukan Jus Buah dan tidak ada permintaan lain selain itu?"

Shi Feng mulai berasa bosan. Apabila dia mencari kepastian lagi dan lagi... adakah dia seorang yang tidak boleh dipercayai? Dia sudah lama meninggalkan Langit Ungu, jika bukan kerana potensinya untuk menjadi Tuhan Cleric, kerana tidak tahan lagi dituduh lelaki miang oleh orang lain.

"Walau apa pun, saya memerlukan seorang tukang masak untuk melakukan sesuatu untuk saya. Bagaimana? Kita akan buat satu kontrak, dan saya akan melantik kamu menjadi tukang masak saya. Saya akan berikan layanan sebagaimana pemain Bergaya Hidup Bebas dalam Persatuan kelas-ketiga. Kamu boleh yakin dengan jaminan Sistem Tuhan Utama. Jika kamu tidak ada sebarang masalah, mari ikut saya. Jika masih ragu-ragu, tinggal sahaja di sini," Shi Feng mengeluh, bercakap dengan perlahan-lahan.

Langit Ungu tersentak. Orang lelaki di hadapannya itu mahu melantiknya, dan dia juga menawarkan kerja. Harus diketahui Tukang Masak merupakan kerjaya Gaya Kehidupan Bebas yang tiada siapa pandang; tiada siapa yang mahukan pemain Tukang Masak.

Dia pernah mendengar cerita, daripada kawan baiknya, layanan yang diberikan kepada pemain Gaya Kehidupan Biasa dalam Persatuan kelas-ketiga. Pada waktu itu, rakannya itu menunjuk-nunjuk yang teman lelakinya yang seorang pemain Gaya Hidup Bebas dalam Persatuan kelas-ketiga dan betapa hebatnya pendapatan bulanan yang diterimanya. Jika dia laksanakan dengan baik, akan ada bermacam-macam faedah yang akan diterimanya. Layanan seperti itu sangat bagus berbanding kerja yang ada di dunia sebenar, dan ini membuatkan Langit Ungu sangat cemburu.

"Saya akan ikut kamu. Tetapi, cara kerja saya ini lambat dan perlahan. Betulkah tiada masalah?" Langit Ungu mengetapkan giginya, bertekad untuk mengikut Shi Feng. jika dia melepaskan peluang ini, apa yang akan berlaku pada masa depannya nanti? Melihat pada pelbagai prestasinya, Shi Feng kelihatan seorang yang baik. Lagipun, dia cuma pemain perempuan yang biasa sahaja. Tidak guna untuk Shi Feng berkomplot dan mempergunakannya. Ini cuma permainan maya. Jika dia tidak mendedahkan alamat dalam kehidupan sebenar, Shi Feng langsung tidak mampu menjejaknya. Lagipun, Shi Feng akan tanggung akibat yang buruk jika melakukan perbuatan seperti itu.

"Baiklah, ikut saya. Saya masih perlu beli beberapa barang lagi," Shi Feng menganggukkan kepalanya, kelihatan sangat tenang. Walau bagaimanapun, dalam hatinya, dia sangat teruja. Dia telah mendapatkan seorang Tuhan Cleric dalam genggamannya, begitu sahaja. Bagi Dewi Salji pula, Shi Feng hanya mampu memohon maaf dan berkata, "Siapa cepat, dapat dahulu."

Selepas itu, Langit Ungu beredar bersama Shi Feng.

Shi Feng membawa Langit Ungu sekali, masuk ke dalam Kedai Runcit itu sekali lagi. Dia membeli pelbagai peralatan yang perlu digunakan oleh Tukang Masak seperti Periuk, Sudu, Pisau dan lain-lain lagi, menghabiskan kurang daripada 2 Syiling Perak semua sekali. Selepas itu, dia pergi ke Persatuan Tukang Masak, menghabiskan 1 Syiling Perak untuk membeli dua helai resepi Memasak Asas. Satu resepi untuk memasak Daging Serigala, dan lagi satu untuk membuat Minuman Tenaga. Pada masa yang sama, dia membelanjakan tambahan 5 Syiling Perak untuk membeli pelbagai bahan yang diperlukan untuk resepi ini, dan juga bahan untuk Jus Buah.

Langit Ungu terkejut dengan perbuatan Shi Feng itu. Dia telah menghabiskan banyak duit, beli bermacam-macam barang. Dia terlalu kaya. Sangkaannya terhadap Shi Feng sebagai seorang yang tidak boleh dipercayai telah berubah sekarang.

Bahan-bahan dan resepi yang Shi Feng belanjakan sudah cukup membuatkan dia diangkat menjadi Tukang Masak Perantis Termaju. Ini merupakan layanan yang walau pemain Gaya Hidup Bebas dari Persatuan kelas-pertama takkan dapat.

Namun, apa yang Langit Ungu tidak tahu ialah Shi Feng merasakan barang-barang ini sangat murah. Sangat mudah untuk melatih seorang Tukang Masak.

Kesemua bahan yang diperlukan untuk resepi itu boleh dibeli daripada NPC, dan hanya bernilai 10 Syiling Perak untuk melatih seseorang itu menjadi Tukang Masak Perantis Termaju. Nilai duit itu sangat sedikit kalau nak dibandingkam untuk menyemai bakat seorang Penempa ataupun Pembuat Ubatan.

Shi Feng seterusnya menyewa Dapur Asas, lalu membawa Langit Ungu ke situ.

"Selepas kamu tandatangan kontrak, kesemua bahan dan resepi ini menjadi milik kamu. Kamu cuma perlu menyediakan 900 cawan Jus Buah dahulu. Kemudian, gunakan semua yang berbaki itu untuk dua resepi ini. Kamu akan terima 20% dapatan apabila barang-barang ini dijual nanti. Pada masa yang sama, berdasarkan keputusan kamu, saya akan meletakkan gaji pokok untuk setiap bulan. Jika kamu cuba untuk melarikan diri, kamu perlu membayar balik sepuluh kali ganda nilai itu. Sila tandatangan kalau tidak ada apa-apa masalah," Shi Feng membawa keluar kontrak pengambilan kerja yang biasa untuk pemain Gaya Hidup Bebas daripada Sistem Tuhan Utama. Kontrak imi tidak memberikan layanan yang berbeza, ia sama seperti yang lain. Tiada sebarang tipu helah di dalamnya dan undang-undang berkuat kuasa ke atasnya.