Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 53 - Kegelapan Menjelma

Chapter 53 - Kegelapan Menjelma

Shi Feng masih sedikit meragui perubahan muka Sharlyn.

Namun, Shi Feng masih dianggap bertuah kerana dapat berjumpa dengan Pustakawati yang menjadi bualan ramai. Berdasarkan maklumat yang diketahuinya, Pustakawati Bandar Daun Merah penuh dengan misteri dan lokasinya juga masih tidak diketahui. Shi Feng tidak terbayang Pustakawati gadis NPC yang terlibat dalam rompakan terhadapnya. Jika Shi Feng ingin mula menyerangnya sekarang, akibatnya pasti tidak dapat dibayangkan.

Apakah yang dimaksudkan dengan berpura-pura menjadi babi untuk menerkam seekor harimau?

Sharlyn sememangnya berpengalaman dalam bidang ini.

Ketuhanan Rasmi merupakan Kemajuan Kerjaya Tingkat ke-3 bagi seorang Oracle. Dalam kes Pemain Pedang pula, mereka digelar Raja Pedang, manakala antara dua kelas ini adalah Pakar Pedang. Jika Ketuhanan Rasmi berada di Tahap 20, dia masih boleh mengalahkan Ketua Tahap 50 dengan mudah. Mungkin, Sharlyn merupakan NPC yang paling berkuasa di dalam seluruh Bandar Daun Merah.

"Hihi, kamu percayakan saya sekarang?" Sharlyn mentertawakan Shi Feng. seluruh badannya memancar cahaya keemasan seperti jelmaan Ibu Maria. "Disebabkan kamu ada urusan denganku, mari berbincang tentang itu di dalam perpustakaan."

Sistem: Pemain telah mengaktifkan Misi Epik, 'Kegelapan Menjelma'. Pengisian tidak diketahui.

Shi Feng goyah dengan tiba-tiba semasa mendengar pemberitahuan sistem, hampir jatuh.

Apakah alasan untuk dia cetuskan Misi Epik ini? 'Kegelapan Menjelma' merupakan Misi Epik yang terkenal dalam Kawasan Tuhan. Berdasarkan maklumat yang dikumpulnya daripada lawan sesawang dan Bayang-Bayang, kepayahan untuk melengkapkan Misi Epik ini sungguh tidak dapat dibayangkan. Sudah tentu, ganjarannya juga sangat lumayan. Dalam kehidupan lepas Shi Feng, pemain yang berjaya melengkapkan Misi Epik ini adalah Semangat Maharaja, Pelenyap Fantasi. Dia merupakan karakter lagenda di antara pemain Penyeru. Dia berada di peringkat global di kedudukan dua puluh teratas Penyeru dan kedudukan lima ratus teratas di seluruh permainan sewaktu kemuncak Kawasan Tuhan.

Walaupun dia hanya ditempatkan dalam lima ratus teratas dalam Kawasan Tuhan, dia tidak boleh dipandang rendah. Seluruh dunia mempunyai populasi seratus bilion. Walaupun hanya terdapat seratus juta pemain dalam Kawasan Tuhan kini, jumlah ini akan meningkat lebih daripada sepuluh bilion dalam masa satu tahun. Dalam masa tiga tahun, bilangan pemain yang bermain dalam Kawasan Tuhan akan melebihi tiga puluh bilion.

Dapat berada di kedudukan lima ratus teratas, Pelenyap Fantasi sememangnya pakar yang menakjubkan.

Namun, perkara yang membuatkan Shi Feng hairan, kenapa Misi Epik ini ditemui di sini. Lokasi permulaan Pelenyap Fantasi bukanlah di Kerajaan Bintang-Bulan. Sebaliknya, di Empayar Naga Hitam, yang mana kedudukannya sangat jauh dari Kerajaan Bintang-Bulan. Empayar Naga Hitam lagi lebih berkuasa berbanding Kerajaan Bintang-Bulan. Keluasan tanahnya tiga kali ganda Kerajaan Bintang-Bulan. Persaingan antara pemain dan Persatuan lebih menggerunkan di sana.

"Mungkinkah ini ganjaran kerana berjaya menjadi Pelengkap Pertama untuk Dungeon Mod Neraka?"

Shi Feng diam-diam meneka sewaktu dia mengekori Sharlyn dari belakang. Dia merasakan itu merupakan kebarangkalian yang besar. Jika tidak, mengapa Misi Epik yang sepatutnya ditemukan di Empayar Naga Hitam dapat dijumpai di Kerajaan Bintang-Bulan?

Pada masa ini, sistem komunikasi Shi Feng berdering. Shi Feng melihat panggilan, mendapat tahu Salji Lembut yang menelefonnya.

"Cik Salji, apakah urusan kamu kali ini?"

"Memandangkan kamu telah log masuk, saya ada perkara untuk beritahu kamu." Salji Lembut berkata dengan nada yang lain daripada kebiasaan. Dia berkelakuan misteri, langsung tidak berubah walaupun selepas sepuluh ribu tahun dan tidak tertarik kepada apa-apa. "Saya sedang memerlukan duit untuk membeli sesuatu, jadi saya perlukan lebih masa untuk membayar 15 Perak yang saya hutang itu. Paling lambat pun, saya akan membayar balik di hujung hari ini."

"Baiklah, jika kamu dalam kesusahan, bayar sahajalah esok," Shi Feng membalas dengan tenang. Dia sudah tidak kisah dengan 15 Syiling Perak yang Salji Lembut hutang dengannya. Kini, dia mempunyai lebih satu Syiling Emas dalam tangannya, dan dia puas memikirkan bagaimana untuk membelanjakan duit tersebut.

Salji Lembut sedikit terkejut dengan perubahan reaksi Shi Feng terhadap duit sebanyak itu. Namun, kerana Shi Feng sudah berkata demikian, sudah tentu, dia tidak perlu berkata apa-apa lagi kepadanya. Dia dengan sopan berkata, "Terima kasih. Namun, kamu tidak takut saya tidak mahu pulangkan duit itu, menyebabkan kamu hilang segala-galanya?"

"Kamu Dewi Salji. Kenapa kamu sanggup menipu pemain kebanyakan untuk sejumlah duit yang sedikit?" Shi Feng berkata dengan pasrah.

"Kebanyakan? Kau boleh kata diri kau 'kebanyakan'? Sedangkan aku boleh terkejut dengan peta dan strategi yang kau berikan. Kami baru menghabiskan masa satu jam untuk membersihkan Mod Biasa Hutan Maut, selepas itu pergi untuk meneroka Mod Neraka pula.

Malangnya, Mod Neraka terlalu susah. Kami tidak mampu menakluknya, tidak kira apa yang telah dilakukan." Salji Lembut tersenyum lemah, berkata, "Saya berasa curiga bagaimana kamu dapat menakluk Mod Neraka. Jika kamu katakan semuanya disebabkan bantuan ahli kumpulan kamu, saya tidak akan percayakan kamu."

Untuk menakluk Mod Neraka Hutan Maut, dia mencari ahli-ahli Elit Ouroboros dari Bandar lain. Namun, mereka tidak mampu melepasi Bos pangkat-Penguasa yang pertama, Willie, tidak kira apa yang telah diusahakan. Terutamanya kemusnahan Willie yang sangat dahsyat itu. Sedangkan Pahlawan Perisai yang dilengkapi penuh dengan Peralatan Gangsa tidak mampu menangkis serangannya. Salji Lembut langsung tidak faham bagaimana kumpulan Shi Feng berjaya menakluk Mod Neraka.

"Cuma nasib sahaja," Shi Feng berkata dengan jujur.

"Disebabkan kamu tidak mahu katakannya, saya masih perlu berebut untuk sebuah peralatan; jadi, saya harus pergi dahulu. Jangan lupa temu janji Dungeon kita." Salji Lembut tidak lagi terus mengorek rahsia Shi Feng tentang bagaimana dia mampu menakluk Mod Neraka. Mod Neraka itu sahaja telah memberi mereka banyak hasil.

"Berebut satu peralatan? Adakan ia Perisai Berat Garrison?" Shi Feng tanya dengan bersahaja.

"En, bagaimana kamu tahu? Kamu juga ingin mendapatkan peralatan ini?" Salji Lembut menganggukkan kepalanya sambil bertanya. Atribut Perisai Berat Garrison ini sangat tinggi. Jika mereka mempunyai peralatan ini, mereka tidak perlu bersusah payah lagi untuk masuk ke dalam Dungeon Wolfman Tahap 3.

Shi Feng tahu dia telah cakap terlalu banyak, tapi dia tetap tenang sambil membalas, "Ya, tetapi saya tidak sangka ramai yang bersaing untuk mendapatkannya. Saya sudah pun mengalah sekarang."

"Betul. Harganya sahaja telah mencecah 23 Syiling Perak, dan hanya persatuan yang mempunyai dana yang kukuh sahaja mampu membelinya. Saya tidak akan bersembang lagi. saya masih perlu menjual beberapa barang," Salji Lembut menamatkan panggilannya selepas habis berkata-kata.

Sementara itu, Zhao Yueru, yang berada di sebelah Salji Lembut, memuncungkan bibirnya yang cantik. Dia terus membuat kecoh, merungut, "Salji, kenapa kau biarkan budak tidak berguna itu masuk dalam kumpulan kita, tidak kira apa? Budak bedebah itu cuma bertuah, dan kemahirannya cuma biasa sahaja. Kebetulan sahaja dia terjumpa Dungeon kecil seperti Hutan Maut yang tidak banyak berubah semenjak perasmian permainan ini, dan dia bertuah menghabiskan Mod Neraka Dungeon tersebut. Tidak guna membawa dia masuk ke dalam Dungeon yang memerlukan dua-puluh orang sekumpulan. Dan juga, tahap kemahiran ahli kumpulannya terlalu teruk untuk dilihat. Mereka akan menjadi beban untuk kemajuan kita."

Ahli kumpulan Elit Ouroboros yang berdiri di belakang Salji Lembut juga bersetuju dengan kata-kata Zhao Yueru. Mereka merupakan Elit dalam Ouroboros. Bagaimana sekumpulan pemain biasa boleh dibandingkan dengan mereka?

"Saya merasakan Abang long Ye Feng tidaklah selemah itu. Dia sememangnya merendah diri semasa dia kata berjaya menghabiskan Dungeon disebabkan nasib. Kemahirannya sangat menakjubkan, jadi suatu kerugian jika kita tidak mengajaknya menyertai kita," Xiao Yue'er dengan lembut memberikan pendapat.

"Budak kecil, apa yang kamu tahu tentang penipu? Kamu masih belum tahu betapa kejinya budak tidak berguna itu. Lagipun, dia menghabiskan banyak masa untuk mencapai Tahap 1. Kemahirannya juga biasa sahaja. Gadis ini boleh membunuhnya dengan satu Letupan Api," Zhao Yueru menjeling Xiao Yue'er, berkata dengan yakin.

"Baiklah, berhenti bergaduh. Saya, juga, merasakan Ye Feng bukanlah semudah itu. Jika tidak, bagaimana dia mampu menghabiskan Mod Neraka Hutan Maut dengan sekumpulan pelatih? Apabila kita masuk ke dalam kumpulan Dungeon, kita akan lihat cara berlawannya. Jika dia boleh tahan bagus, saya akan mencadangkan untuk masukkan dia ke dalam Askar Pembunuh-Tuhan. Namun, sekarang, mari kita membida Perisai Berat Garrison," Salji Lembut berdehem.

Mereka semua terus terdiam, terkejut. Mereka tidak terbayang Salji Lembut lembut hati dalam membuat pertimbangan. Dia juga sanggup meletakkan Ye Feng ke dalam Askar Pembunuh-Tuhan. Ahli kumpulan Askar Pembunuh-Tuhan adalah Elit antara Elit dalam Ouroboros. Setiap seorang mempunyai kemahiran yang tinggi, dan mereka merupakan pakar yang terpilih dalam kalangan ribuan pemain. Kesemua sumber Persatuan diberikan kepada Askar Pembunuh-Tuhan. Berbanding Ketua Persatuan dan Penolong Ketua Persatuan, ahli-ahli Askar Pembunuh-Tuhan mempunyai kuasa yang lebih besar dalam Persatuan.

Ramai pakar dalam dunia maya bertungkus lumus untuk menyertai Askar Pembunuh-Tuhan. Namun, majoriti ditolak. Dalam masa yang sama, Ye Feng, yang muncul secara tiba-tiba di hadapan mereka, memiliki peluang yang cerah untuk masuk ke dalam Askar Pembunuh-Tuhan, dan jalan yang terbuka itu menyebabkan mereka berasa sangat cemburu.