Chereads / PENJELMAAN SEMULA PEDANG TUHAN TERULUNG / Chapter 11 - Bir Keluli Hitam

Chapter 11 - Bir Keluli Hitam

Selepas meninggalkan Bandar Daun Merah...

Shi Feng membawa Si Hitam bersamanya lalu mereka menuju ke arah Lembah Bulan Gelap.

"Abang Feng, kita sedang menuju ke Lembah Bulan Gelap. Itu kawasan raksasa Tahap 4. Boleh tak kita pilih tempat yang lebih selamat?" Melihat sasaran Shi Feng merupakan raksasa Tahap 4, Si Hitam tidak boleh tahan untuk bertanya dengan gugup.

Mencabar sesuatu yang bertahap lebih tinggi dalam Kawasan Tuhan teramat susah. Kebiasaannya, para pemain akan mencabar raksasa yang hanya satu tahap lebih tinggi daripada mereka. Mencabar raksasa dua tahap lebih tinggi memerlukan sekurang-kurangnya 6 orang dalam satu kumpulan untuk perkara itu menjadi mustahil. Walaubagaimanapun, mereka pun adakalanya tidak cukup untuk mencabar raksasa seperti itu. Jika difikirkan daripada meletihkan diri untuk membunuh seekor raksasa Tahap 3, lebih baik membunuh raksasa Tahap 2.

Shi Feng dan Si Hitam hanya berdua. Abaikan Shi Feng, yang merupakan Pemain Pedang Tahap 2, Si Hitam hanya seorang Cursemancer Tahap 0. Dia cuma menjadi makanan kepada raksasa Tahap 4. Berhadapan raksasa Tahap 4 dengan dua orang pemain merupakan satu perbuatan membunuh diri.....

Shi Feng hanya tersenyum dengan kebimbangan Si Hitam. Dia berkata dengan selamat, "Bertenang, adakah kau tidak nampak aku telah berada di Tahap 2? Kawan aku itu merupakan Penguji Beta yang pakar. Jika bukan kerana hubungan kami yang baik, dia tidak akan beritahu rahsia itu. Kau perlu ikut aku sahaja untuk naik tahap dengan cepat."

Shi Feng menolak masalah yang berpunca daripada dirinya seorang yang dijelmakan semula kepada "kawan baik"-nya itu. Sekarang semua perbuatannya dalam Kawasan Tuhan boleh dijawab dengan mudah, juga. Dia tidak perlu menjelaskan dengan lebih terperinci memandangkan Si Hitam senang percayakannya.

Hal ini disebabkan Penguji Beta merupakan penjelasan yang terbaik.

"Seperti yang disangkakan Abang Feng, kau memang terbaik. Tidak hairan kau tidak sertai Kesatuan Bayang-bayang untuk mendapatkan duit. Dengan petunjuk seorang Penguji Beta,, kau pasti dapat menjana banyak duit dalam Kawasan Tuhan. Kebahagiaan bahagian bawah badanku bergantung kepada kau sekarang." Si Hitam ketawa dan dia berasa lega.

Sewaktu menyertai kumpulan sebelum ini, dia sangat terperanjat melihat Shi Feng sudah berada pada Tahap 2.

Pada ketika ini, tiada khabar berita tentang seorang pemain Tahap 2 dalam Bandar Daun Merah. Termasuklah elit daripada Kesatuan juga. Walau bagaimanapun, Shi Feng sudah mencapainya. Kelajuannya menaikkan tahap memang menakjubkan. 

Si Hitam tahu piawaian Shi Feng. Walaupun kemahirannya baik, dia tidak begitu hebat. Sebelum ini, Si Hitam masih ragu-ragu dengan khabar mengenai Penguji Beta. Namun, semua kerisauannya hilang selepas melihat tahap Shi Feng, kerana hanya Penguji Beta sahaja yang boleh melakukan perkara seperti ini. Si Hitam juga mula percayakan kemungkinan Shi Feng dapat menjana 16,000 Kredit dalam masa 10 hari.

"Berambus! Aku masih lurus!" Shi Feng memperlihatkan gaya menyampah kepada Si Hitam, menjauhkan jarak antara mereka berdua. Walau bagaimanapun, pandangan Si Hitam masih terselit sesuatu yang tidak senonoh, membuatkan Shi Feng berasa sedikit panik.

"Apa yang kau fikirkan, Abang Feng? Kekasih pujaan aku adalah Bidadari Salji, Salji Lembut." Si Hitam menjelaskan.

Bidadari Salji?

Shi Feng mempunyai perasaan yang mendalam terhadap wanita ini. Dia telah lakukan perbuatan sangat menakjubkan dalam permainan maya yang lain. Bukan sahaja dia mempunyai kecantikan yang luar biasa dan badan yang menggoda, tetapi dia juga seorang yang bangga ditambah pula dengan teknik pertempuran yang terbaik. Disebabkan ciri-ciri ini, dia mudah diterima oleh orang ramai.

Selepas tiga tahun semenjak pelancaran Kawasan Tuhan, dia menjadi pakar yang berpangkat di seluruh negara. Dia juga merupakan Berserker sepuluh teratas dalam negara. Dia dipanggil Bidadari Pertempuran. Dia telah menjadi bintang dalam bidang komersial. Nilai bersih peribadi pada masa itu telah mencecah puluhan bilion Kredit. Bukan itu sahaja, dia juga merupakan Timbalan Ketua Kesatuan 'Ouroboros'; jutaan pemain akan patuh dengan satu perintah yang dia keluarkan. Pada waktu itu, Shi Feng cuma mengejar bayang Salji Lembut. Malang sekali, satu masa kemudian, Salji Lembut hilang dari Kawasan Tuhan. Kehilangannya menjadi topik hangat dalam Kawasan Tuhan untuk masa yang lama.

"Abang Feng, lihat. Itu seekor raksasa Elit." Si Hitam menunjuk ke arah musang putih-salji yang jauh di sawah padi sambil menjerit.

Shi Feng memandang ke arah sebidang sawah yang berwarna keemasan, ternampak seekor musang berwarna putih. Terdapat juga seekor arnab yang kecil dalam mulut musang itu ketika ini.

[Musang Salji Licik](Elit Jarang)

Tahap 2

HP 450

"Si Hitam, penglihatan dan nasib kau sangat bagus. Kau terjumpa seekor Elit Jarang. Kita akan dapat kemewahan kali ini." Shi Feng dengan senyap mendekati musang itu sambil dia memerintahkan Si Hitam, "Kau cuma menyerang dari jauh dan biar aku uruskan yang lain."

Elit Jarang merupakan Elit yang istimewa. Mereka mempunyai kemampuan yang sama seperti raksasa Elit yang biasa, namun ganjaran yang diberikan lebih lumayan. Mereka mengambil masa yang lama untuk hidup kembali selepas dibunuh. Samada kamu berjumpa dengannya bergantung kepada nasib.

"Abang Feng, kau mesti sudah gila. Itu Elit Tahap 2. Kita tidak mampu berhadapan dengannya."

Si Hitam ingin menghalang Shi Feng. Satu kumpulan yang anggotanya sedikit dan sama tahap boleh berhadapan dengan Elit. Berlawan seekor berseorangan, tanpa sebarang penyembuhan, pasti mendatangkan maut.

Walau bagaimanapun, Si Hitam sudah terlewat. Shi Feng sudah pun bergerak ke belakang Musang Salji, membuat serangan mengejut.

Tetakan!

Satu serangan pedang dikeluarkan.

Tindak balas Musang Salji itu sangat cepat. Musang itu dengan segera mengelak daripada serangan yang boleh mendatangkan maut kepada bahagian perutnya, menerima hanya 32 kemusnahan.

"Sungguh tangkas tindakannya. Pertahanannya juga tidak terlalu rendah." Shi Feng membuat pertimbangan yang cepat setelah memerhati bagaimana Musang Salji mengelak dan menerima kemusnahan.

Dia mempunyai gelaran Beribu Kekuasaan, oleh itu semua atributnya dinaikkan sebanyak 10%. Terdapat juga tambahan 5 mata untuk kedua-dua Kekuatan dan Ketahanan, menambah Kekuatannya kepada 13 dan Ketahanan kepada 10. Ketangkasannya juga dinaikkan kepada 17 mata. Sekarang Kuasa Serangan dia menjadi 29, dan dia mempunyai 260 HP.

Dengan kelajuan yang tinggi, Musang salji yang berang itu menerkam leher Shi Feng. Dia menggunakan kemahiran [Serangan Maut].

Namun, dengan Ketangkasan sebanyak 17, kelajuan Shi Feng tidak kurang lajunya dengan Musang Salji. Semasa Musang Salji meluru ke arahnya, Pedang Pelatih Shi Feng sudah menetak ke arah kepala musang tersebut.

Peng!

Shi Feng hanya mempunyai Kekuatan sebanyak 13; masih tidak cukup untuk menangkis serangan Musang Salji itu tadi. Empat puluh sembilan kemusnahan muncul atas kepala Shi Feng, dan kekukuhan pedang pelatihnya berkurang sebanyak 1 mata, juga.

Pada masa yang sama, Musang Salji hanya menerima 5 kemusnahan. Jurang antara mereka berdua sangat ketara.

"Matilah kita! Matilah kita! Memang matilah kita kali ini!" Peluh mula kelihatan di dahi Si Hitam. Dia sudah melihat kemusnahan daripada raksasa Biasa, tetapi dia tidak terfikir terlampau besar perbezaannya dengan seekor raksasa Elit. Shi Feng bernasib baik dia telah menangkis serangan itu dengan pedangnya, mendapat hampir 50 kemusnahan. Jika serangan itu terkena betul-betul pada badannya, bukankah boleh melebihi seratus? Shi Feng sudah mencapai Tahap 2 dengan susah payah. Jika dia mati kali ini, dia akan kembali ke Tahap 1; kelebihannya yang banyak akan menjadi sia-sia.

"Mari sini, Si Hitam!" Shi Feng menjerit.

"Dia mesti sudah gila. Baiklah! Baiklah, paling teruk pun aku akan mati sekali. Aku masih di Tahap 0. Si Hitam mengetapkan giginya dan mula membaca mantera, tangannya melakukan tanda isyarat.

Satu [Panah Gelap] ditembak, memberi kemusnahan sebanyak 5 mata kepada Musang Salji itu.

Si Hitam mengambil nafas yang panjang semasa dia melihat kemusnahan itu. Dia telah menambah semua Mata pada Kepintaran, namun hanya 5 kemusnahan yang dapat dia lakukan. Pertahanan seekor raksasa Elit sungguh menggerunkan.

Shi Feng yang berhadapan dengan Musang Salji itu berhadapan lagi banyak tekanan. Musang Salji itu sangat tangkas. Dia mampu mengelak bila mana Shi Feng menggunakan Tetakan. Akhirnya, Shi Feng hanya mampu menggunakan tetakan yang biasa, memberi 18 kemusnahan setiap satunya. Walau bagaimanapun, setiap gigitan yang terkena daripada Musang Salji itu memberi kemusnahan lebih daripada seratus; ini merupakan sangat tidak seimbang.

Sepuluh saat kemudian, HP Shi Feng jatuh kepada 31, sementara HP Musang Salji ada lagi 244.

"Rasanya tiada guna untuk berhadapan dengan Elit jenis-Ketangkasan ini dengan kemahiran yang sedikit." Shi Feng melihat pada HP Musang Salji yang tinggal separuh itu. Jika dia menyambung pertarungan ini, dia pasti akan mati. Dia perlu mula menjadi laju.

Shi Feng mengeluarkan sebotol Bir Keluli Hitam dari dalam begnya. Selepas meneguk dua kali, dia menjadi mabuk sedikit, dan penglihatannya menjadi kabur. Dia kemudiannya mengaktifkan Pembebasan Graviti, kelajuannya meningkat secara mendadak. Dia tiba di sisi Musang Salji dengan sepantas kilat.

Apabila Shi Feng melihat tahap Musang Salji sekali lagi, kelihatan musang itu berada pada Tahap 0, manakala dia sudah Tahap2. Tiba-tiba, sekatan daripada perbezaan telah dibuang, membuatkan kemusnahan Shi Feng meningkat. Bagaimanapun, sama juga, badannya menjadi tidak terkawal.

"Mati!" Mata Shi Feng kelihatan kejam, Pedang Pelatih dalam genggaman juga menjadi erat.

Panahan Kilat!

Hua! Hua! Hua!

Tiga belahan pantas kilat meledak menembusi pinggang Musang Salji, menyebabkan musang itu meronta kesakitan. Kemusnahan -30, -36, -42 muncul atas kepalanya, dengan segera menolak suku daripada HPnya.

Selepas itu, satu lagi Tetakan menyebabkan 43 kemusnahan kepadanya.

Musang Salji itu menentang dengan terdesak, namun kelajuan Shi Feng selepas menggunakan Pembebasan Graviti amat pantas. Walaupun dia dalam keadaan mabuk, dengan pengalaman bertahun-tahun dalam pertempuran, membuatkan Shi Feng mengawal tubuhnya dengan mudah. Perkara ini meletakkan situasi Musang Salji dalam bahaya.

"Celaka, apa yang kau minum, Abang Feng? Kau tiba-tiba mengganas!" mata Si Hitam hampir terkeluar dari kantung mata semasa dia melihat prestasi Shi Feng seolah-olah bermain kotor. Pada waktu ini, Musang Salji yang menggerunkan menjadi barang permainan Shi Feng. Dia tiada sebarang cara untuk menahan.

Apabila Musang Salji tinggal 42 HP lagi, Shi Feng dalam perjalanan mengenakan serangan terakhir.

Tiba-tiba, Shi Feng berasa getaran yang turun ke belakang tengkuknya. Dia merasakan sebilah pisau belati menuding tengkuknya; satu perasan yang kurang enak. Shi Feng secara spontan melompat ke hadapan. Seterusnya, pisau belati bersalji memotong ke arah kedudukan asalnya. Shi Feng secara mengejut mengelak serangan itu.

Belakang Shi Feng, satu kelibat dengan air muka yang sangat terkejut menunjukkan dirinya. Dia telah pun mengekalkan kehadirannya dengan begitu baik; dia tidak mengeluarkan sedikit bunyi sekali pun. Bukan itu sahaja, selepas dia meningkat ke Tahap 1, Ketangkasannya sudah mencapai 10 mata. Walau bagaimanapun, serangan hendapnya berjaya dielak. Apa gerak hati yang Shi Feng ada?

"Kawan, kita tidak ada kebencian atau permusuhan antara kita. Tidak bagus buat perkara seperti ini." Shi Feng memfokuskan jelingannya kepada kemunculan Penyerang Hendap itu sambil berkata dengan dingin.

"Kalau kau berhajat untuk menyalahkan sesiapa, salahkan diri kau kerana telah membuat kami dari Bayang-bayang naik angin. Sudah terlambat untuk kamu menyesal sekarang." Serigala Tenang berkata dengan teruja. Dia memegang pisau belati dengan kedudukan songsang, memberi sepenuh perhatian terhadap gerak-geri Shi Feng.

Serigala Tenang telah mengikut Shi Feng sambil melaporkan lokasinya. Dia tidak menjangkakan yang mereka akan terjumpa seekor raksasa Elit. Sasaran Musang Salji ketika ini adalah Shi Feng. Walaupun Shi Feng mempunyai kemahiran yang bagus, dengan gangguan daripada Musang Salji Serigala Tenang akan mencari peluang untuk membunuh nyawa Shi Feng yang tinggal sedikit itu, kemudian dia akan membunuh Musang Salji itu. Terdapat peluang yang cerah untuk dia. Untuk Cursemancer itu pula, dia cuma sampah yang tidak ada guna diberikan perhatian.

Sememangnya, Musang Salji tidak peduli semua ini. Dia hanya tahu untuk membunuh Shi Feng sahaja.

Musang Salji itu tiba-tiba berteriak, bulunya yang seputih salji berubah menjadi merah berapi. Badannya juga semakin membesar dan HPnya naik sebanyak 20%. Kemudian, Musang Salji mengaktifkan serangan terakhirnya [Gigitan Merobek]. Kemahiran itu menggandakan kemusnahannya sebanyak 50%, dan juga mengakibatkan 30 kemusnahan berdarah, tahan selama 5 saat.

"Kau boleh pergi dan menyesal, sekarang! Sebaliknya aku akan mengambil alih Musang Salji ini." Serigala Tenang meluru ke arah Shi Feng. Dia sudah bersedia membunuh Shi Feng saat dia mengelak serangan Musang Salji itu.