Sistem: Pemain Serigala Senyap telah menyerang kamu dan menjadi pemain Bertanda Kuning. Tempoh selama satu jam. Mana-mana pemain yang menyerang pemain Bertanda Kuning tidak akan dikenakan hukuman.
Shi Feng mempunyai 31 HP sahaja lagi. Diserang oleh dua pihak iaitu Musang Salji dan Serigala Senyap, meletakkan Shi Feng dalam keadaan yang bahaya.
"Keji!" Berdiri dalam jarak yang jauh, Si Hitam marah kepada Serigala Senyap kerana menyerang hendap pada saat-saat genting. Walau bagaimanapun, dia tidak mampu berbuat apa-apa. Mereka berdua sudah jauh lebih kuat. Terlalu sukar baginya untuk menyerang Serigala Senyap. Dia cuma mampu menyasarkan serangannya pada Musang Salji, berharap mampu membunuhnya dahulu dan tidak memberi peluang kepada Serigala Senyap mengaut keuntungan daripada mereka.
Walaupun Ahli Sihir mempunyai keluaran kemusnahan yang tinggi, jika dibandingkan dengan memukul raksasa, terlalu susah untuk menyerang pemain kecuali mereka berdiam diri tidak bergerak. Perkara ini disebabkan saat Panah Gelap ditembak keluar, akan muncul satu garisan ramalan. Dalam situasi di mana jaraknya sangat jauh, pemain dengan tahap yang tinggi berpeluang mengelaknya. Jika seorang pakar pula, mengelak merupakan suatu yang mudah.
Sewaktu Musang Salji dan Serigala Senyap ingin menyerang... Di penjuru mulut Shi Feng timbul satu senyuman. Dia telah mengenali Serigala Senyap dalam Bayang-bayang bertahun-tahun, jadi dia amat mengenali kekuatan dan tabiat Serigala Senyap. Shi Feng mengambil dua langkah ke belakang, membuat satu segi tiga yang lengkap dengan Musang Salji dan Serigala Senyap. Shi Feng memegang erat Pedang Pelatihnya dalam genggaman di hadapan dadanya. Dia berdiri di situ tanpa melakukan sebarang gerakan semasa menunggu ketibaan serangan mereka.
"Adakah dia sudah mengaku kalah?" Serigala Senyap mula memandang rendah terhadap Shi Feng apabila melihat Shi Feng bersedia menangkis serangan dengan pedangnya. Walaupun pemain dapat menurunkan kemusnahan yang diterima dengan bertahan daripada suatu serangan, Musang Salji tetap seekor Elit. Walaupun Shi Feng mampu menahan, serangan yang dihasilkan tetap mengakibatkan 50 kemusnahan. Dengan hanya berbaki lagi 31 HP, Shi Feng tidak mampu menerima walau satu serangan sekali pun.
Musang Salji itu hanya selangkah daripadanya, terus menggigit kepada Shi Feng.
Gigitan Merobek! " Tepat pada masanya." Daripada menyerah kalah, Shi Feng terus mara. Dia meluru ke arah Musang Salji.
Pedang Pelatihnya menangkis pada mulut Musang Salji. Menggunakan kemahiran penyelamat nyawa Tepis, Shi Feng mampu menepis satu serangan yang dihadapkan kepadanya sekali sahaja. Shi Feng kemudiannya mengangkat Musang Salji itu. Musang Salji mempunyai kuasa yang lemah, oleh itu Shi Feng dengan mudah dapat melemparnya kepada Serigala Senyap. Semua yang berlaku sangat cepat. Serigala Senyap yang berlari ke arah Shi Feng tidak sempat melakukan apa-apa. Dengan sekelip mata, bahu nya digigit Musang Salji.
Kemusnahan sebanyak -164 muncul atas kepala Serigala Senyap. HPnya dengan sekelip mata menjadi kosong.
"Bagaimana? Serigala Senyap tersangat terkejut. Jantungnya dipenuhi dengan ketidakrelaan sambil menjeling kepada senyuman Shi Feng yang memerlinya. Dia tidak menjangkakan pemain itu mampu melakukan tindakan seperti tadi. Jika dia tahu perkara itu, dia tidak sewenang-wenangnya meluru ke hadapan, yang hanya menyebabkan dia terbunuh.
Pada masa ini, tidak kira betapa kecewanya Serigala Senyap, HPnya sudah menjadi 0. Badannya mula jatuh dan bertukar menjadi debu-debu cahaya. Dia juga menjatuhkan satu peralatan. Di kejauhan, Si Hitam terkejut beruk. Dia juga terlupa untuk menyerang Musang Salji itu. " Si hitam, berhenti berangan! Lekas serang Musang Salji itu!" Shi Feng berteriak dan terus meluru ke arah Musang Salji.
Selepas Si Hitam tersedar kembali, dia terus membaca mantera, menyerang Musang Salji itu dengan gila.
Tanpa gangguan daripada Serigala Senyap, Musang Salji yang hampir mati itu cuma sebuah patung perhiasan. Dalam masa 10 saat, Musang Salji itu meraung sebelum tersungkur.
Sistem: [Elit Jarang] Musang Salji Licik dibunuh. Mendapat 130 EXP. Shi Feng sudah pada Tahap 2 sekarang, oleh itu jumlah EXP seperti ini tidak mengujakan dia. Apa yang Shi Feng lebih tertarik ialah barang yang dijatuhkan. Elit Jarang menjadi kegemaran pemain Kawasan Tuhan kerana barang jatuhan sangat mengejutkan semua orang. Lebih-lebih lagi, ini merupakan Musang Salji yang pertama dibunuh, oleh itu barang yang dijatuhkan pasti sangat baik.
"Mustahil. Musang ini menjatuhkan satu senjata." Shi Feng mendapat sebuah Tongkat dan Pengadang Tangan.
[Tongkat Kayu Hitam ] (Pangkat Gangsa)
Tahap 1
Syarat Kelengkapan: Kekuatan 5
Kuasa Serangan +8
Kepintaran +3, Tenaga +1, Mana +30
Kekukuhan 20/20. Kelengkapan ini menguatkan seorang Ahli Sihir dengan kadar yang banyak. Bukan sahaja Kuasa Serangan menjadi lebih kuat, malah ia memberi tambahan 3 Kepintaran. Jika seorang Ahli Sihir memakainya, kemusnahan yang dia keluarkan akan bertambah sebanyak 2 Tahap.
[Sarung Tangan Kulit Musang](Pangkat Biasa, Perisai Kulit)
Tahap 1
Syarat Kelengkapan: Kekuatan 3
Pertahanan +4
Kekukuhan 20/20
Dalam masa itu, Serigala Senyap telah menjatuhkan sepasang Kasut Kulit Biasa Tahap 0 yang memberi +3 Pertahanan.
"Dan aku menjangkakan peralatan ini adalah Peralatan Rosak. Nampaknya nasib Serigala Senyap tidak begitu malang, dapat terjumpa satu Kelengkapan Biasa." Shi Feng mempunyai pandangan yang berbeza terhadap Serigala Senyap sekarang. Menjumpai satu Kelengkapan Biasa pada peringkat permulaan permainan sememangnya bergantung pada nasib. Walaubagaimanapun, nasib Serigala Senyap sekarang memberi manfaat kepada Shi Feng waktu ini. Pemain Pedang boleh memakai Perisai Plat dan Baju Perisai. Pada waktu ini Shi Feng mempunyai dua peralatan baru ini, Pertahanannya semestinya meningkat dengan banyak.
"Si Hitam, kelengkapan untuk kau." Shi Feng memberi Tongkat Kayu Hitam kepada Si Hitam.
Namun, Si Hitam tidak menerima kelengkapan itu. Terdapat keraguan pada wajahnya. Membunuh Musang Salji bergantung sepenuhnya pada Shi Feng. Si Hitam tidak banyak membantu, namun dia mendapat kelengkapan yang terbaik; sebuah Kelengkapan Gangsa pula tu. Dalam tempoh permainan sekarang, tidak banyak pemain yang mendapat barang seperti itu. Kelengkapan ini sangat berharga.
"Apa yang terjadi pada kau; bukankah kita sahabat akrab? Kenapa kau berasa curiga dengan aku? Lagipun, kau seorang Cursemancer. Apabila capai Tahap 1, kau dapat menggunakan keupayaan tongkat dengan sepenuhnya. Dengan itu, kita boleh naik Tahap dengan lebih pantas." Shi Feng berkata dalam nada yang serius sepertinya dia tahu apa yang sedang difikirkan si hitam.
Selepas berfikir dengan dalam, Si Hitam dapat memahami apa yang diperkatakan. Dia tidak lagi menolak, lalu berkata, "Terima Kasih. Aku akan gunakan sebaik-baiknya."
"Begitulah, bagus." Shi Feng tertawa, "Jom gerak. Kita akan pergi ke Lembah Bulan-Gelap."
Bandar Daun Merah. "Serigala Senyap, apa yang kau sedang lakukan? Bukan sahaja kau mati, tetapi kau juga jatuhkan satu kelengkapan yang sangat mahal. Kau tahu betapa berharganya kelengkapan itu?" Harimau Berapi membentak sambil menyumpah.
Air muka Serigala Senyap menjadi suram seperti kelamnya lautan dalam. Sepasang kasut itu ialah barang yang didapatinya sewaktu memburu untuk 7 jam, dan sekarang dia telah hilangkannya. Sungguhpun hatinya berdarah ketika ini. Walaupun dia terpaksa menjelaskan, dia tidak tahu bagaimana. Patutkah dia berkata dia telah diperdaya oleh Shi Feng? Itu bukan perkara yang ingin diperakuinya. Namun, jika dia ingin merampas barang itu kembali, dia bukannya tandingan kepada Shi Feng. "Abang Harimau, saya telah terjumpa seekor Elit Jarang di hutan belantara. Saya tidak terfikir untuk terserempak dengan budak itu semasa sedang menamatkan nyawa raksasa Elit itu. Budak itu juga membawa seorang lagi rakan. Dalam situasi satu menentang tiga, saya bukan lagi tandingan buat mereka." Serigala Senyap berpura-pura mengamuk semasa dia sedang berlakon. Dia berterusan menghasut Harimau Berapi. "Budak hingusan itu pasti sudah membunuh Elit Jarang sekarang. Dia mesti mendapat beberapa kelengkapan yang baik. Mereka dalam perjalanan ke Lembah Bulan Gelap. Kita masih boleh mengejar mereka . Kita juga boleh dapatkan barang kita kembali."
"Elit Jarang!?" mata Harimau Berapi mula bersinar. Dia berhenti menyoal Serigala Senyap. Sebaliknya, dia menjadi tertarik dengan barang rampasan yang dijatuhkan Elit Jarang. Dia berkata dengan teruja. "Mari pergi. Kita akan kejar mereka serta merta. Berani mereka merampas kelengkapan aku. Aku akan pastikan mereka menyesal bermain Kawasan Tuhan." Dalam cepat, Harimau Berapi mengumpulkan semua ahli-ahli Kesatuan Bayang-bayang yang ada di Bandar Daun Merah. Dia membawa sekali 11 ahli Kesatuan dan bergegas ke Lembah Bulan Gelap. Tidak kira apa, dia ingin membunuh Shi Feng dan dapatkan kelengkapannya.
Pada ketika ini, Shi Feng dan Si Hitam sudah pun tiba di Lembah Bulan Gelap. Terdapat bengkel tukang besi di sebelah anak sungai. Shi Feng dan Si Hitam berdiri senyap di hadapan bengkel. Mereka terpandang seorang pakcik pertengahan umur yang berpakaian mendedahkan bahagian dada. Di tangannya, lelaki itu menghayun sebuah tukul besi. Ding! Ding! Dia terus menukul bijih berwarna merah terang.
Masa berlalu dengan perlahan, sedikit demi sedikit.
"Abang Feng, adakah kau masih ingin menunggu? Sudah masuk setengah jam kita menunggu." Si Hitam berkata.
"Kita perlu menunggu. Tanpa kesabaran, dia tidak akan memberi kita sebarang Misi." Shi Feng mengesahkan.
Dalam kehidupannya yang lepas, Kongsi Tukul pernah melalui tempat ini secara tidak sengaja. Dia terjumpa sebuah bengkel tukang besi di sini. Namun, tukang besi ini tidak mempedulikannya tidak kira bagaimana Kongsi Tukul bercakap kepadanya. Hal ini membuat Kongsi Tukul mengamuk, oleh itu dia membuat keputusan untuk terus bercakap dengan tukang besi. Dia tetap berdiri di sebelahnya, menjeling dengan jelingan maut kepada tukang besi itu. Dia tidak menjangkakan selepas beberapa ketika, tukang besi itu mula membuka mulut. Bukan itu sahaja, tukang besi itu memberi dia satu Misi Tersembunyi. Hal ini membuat Kongsi Tukul mempelajari Bakat Menempa, menjadikan dia Pakar Menempa zaman itu.
Apabila Shi Feng berfikir untuk mendapatkan Bakat Menempa, bersama dengan Buku Penempaan, membolehkan dia menjadi Perantis Penempa Lanjutan merupakan tugas yang mudah. Apabila sampai waktu itu, Syiling Emas akan mencurah-curah ke dalam poketnya.
Selepas menunggu sepuluh minit lagi... " Adakah kamu berdua berminat dalam bidang penempaan?" tukang besi pertengahan umur itu tiba-tiba bersuara.
"Ya, tuan. Kami sangat berminat dengan Penempaan semenjak kecil lagi." Shi Feng terus menjawab.
Tukang besi pertengahan umur itu mengangguk, berkata dengan nada yang puas, "Disebabkan kamu suka Menempa, saya boleh ajarkan ilmu itu kepada kamu. Sebelum itu, bolehkah kamu mendapatkan saya 100 keping Bijih Meteorit? Kamu boleh dapatkannya di belah Barat Lombong Bintang Merah.
"Sudah tentu. Kami akan bersedia berkhidmat." Shi Feng menjawab dengan hormat.
Sistem: Misi Tersembunyi 'Laluan Penempaan' diterima. Pemain diminta oleh Pakar Penempa Jack untuk mendapatkan 100 keping Bijih Meteorit dari Lembah Bintang Merah.
Lembah Bintang Merah merupakan sarang kepada Kobold Tahap 4. Raksasa ini sukakan bijih. Mereka akan menghabiskan masa sepanjang hari melombong dalam lombong itu. Dengan itu, Kobold dianugerahkan kekuatan yang hebat. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai tangan yang pendek. Disebabkan mereka tinggal di bawah tanah untuk masa yang lama, jarak penglihatan mereka juga pendek. Mereka boleh mengesan musuh dalam jarak 35-ela sahaja. Jarak ini juga merupakan jarak maksimum untuk jarak serangan Ahli Sihir.
Di pintu masuk lombong, terdapat banyak Kobold berkeliaran. Satu kumpulan akan perasan kehadiran mereka jika seekor daripada mereka diserang.
[Kobold]
Tahap 4
HP 420
"Ambil ni. Mula-mula, sedikit makanan dan minuman untuk mengisi perut. Kita akan mula bekerja selepas makan." Shi Feng mengeluarkan Bir Keluli Hitam dan Pai Epal.
Si Hitam tidak faham apa yang ingin Shi Feng lakukan, tetapi memandangkan ini permintaan si feng, dia mesti mempunyai sebabnya tersendiri. Si Hitam duduk dan mula makan.
Sepuluh saat selepas makan Api Epal itu, semua Atribut Si Hitam meningkat sebanyak +1 Mata, kesan itu bertahan selama 30 minit.
Selepas minum Bir Keluli Hitam, penglihatan Si Hitam menjadi kabur. Apabila dia melihat Kobold Tahap 4 di kejauhan itu, Tahap mereka tiba-tiba berkurang sebanyak 2; menjadikan mereka Tahap 2. "Baiklah, mari mulakan. Kesan mabuk sebotol Bir Keluli Hitam bertahan selama 30 minit." Shi Feng berdiri. Dia mengeluarkan satu Bom Asap dan mendekati pintu masuk lombong. Selepas itu, dia mencampakkan bom itu kepada sekumpulan Kobold Tahap 4; terdapat sepuluh ekor Kobold di situ.
[Bom Asap]
Mengurangkan Penglihatan dalam radius 10 ela.
Tempoh masa satu jam.
Bom asap dapat mengurangkan penglihatan raksasa sebanyak 10 ela. Ia tiada kesan terhadap raksasa. Namun, sangat berkesan apabila berhadapan dengan Kobold. Jarak penglihatan mereka kini berkurang kepada 25 ela. Selagi Ahli Sihir dapat menyerang dari jarak 30-ela, Kobold tidak dapat mengesan mereka langsung. Mereka hanya mampu berdiri di situ dan menunggu detik kematian mereka. "Serang." Shi Feng menunjuk ke arah Kobold yang berada dalam asap itu.
Si Hitam berasa ragu-ragu sedikit terhadap perbuatan Shi Feng, tetapi dia masih memilih untuk percayakan Shi Feng. Mulutnya mula membaca mantera. Sejurus kemudian, satu Panah Gelap ditembak keluar, terkena tepat hampir semua Kobold.