Xiao Yan tidak mampu menegah Yun Yun pergi. Ini adalah kerana dia jelas memahami di dalam hatinya meskipun Yun Yun tidak menyimpan kebencian mendalam terhadap penghapusan Kaum Awan Berkabus, dia masih seorang ketua kaum tersebut. Mustahil untuk dia tidak berasa sedikit dendam. Pada masa yang sama, dia mungkin pernah berfikir untuk kekal berada di sisi Xiao Yan dan membantunya tetapi dia masih berasa sedikit berat hati terhadap idea sebegini.
Halangan ini datang daripada perasaannya terhadap Kaum Awan Berkabus. Perasaan ini datang dari bertahun-tahun setelah Kaum Awan Berkabus mengasuhnya.
Mungkin sebahagian niat Yun Yun ingin meninggalkan Empayar Jia Ma kali ini adalah untuk menangani halangan yang dia rasakan di dalam hatinya. Dia telah katakan dia akan kembali pada hari dia boleh meletakkan Kaum Awan Berkabus jauh di dalam hatinya tanpa perlu mengungkit kembali perkara ini.