Bantuan yang tiba-tiba muncul menyebabkan muka Fan Lao berubah lebih pucat. Ini terutamanya apabila dia ternampak muka Xiao Yan yang bengis, gelap dan dingin. Air mukanya menjadi pucat lesi seperti diselaputi oleh salji.
Pada saat Xiao Yan telah mempamerkan dua jenis Api Kesyurgaan, Fan Lao memahami kemungkinan besar walaupun jika mereka berempat melawan bersama secara pertarungan bertanduk, mereka pun akan mempunyai kesukaran mengalahkannya. Tambahan pula, pertarungan baru sahaja bermula tetapi Xiao Yan sudah menyingkir salah seorang pakar Dou Wang. Peluang kemenangan jatuh mendadak apabila kekuatan berlawan mereka dikurangkan.
Justeru itu, dia berhasrat untuk menangkap Xiao Li hidup-hidup dan menggunakannya sebagai tebusan ke atas Xiao Yan. Bagaimanapun, Lin Yan dan Zi Yan telah muncul pada saat genting lalu menghapus semua rancangannya. Seterusnya… dia perlu menghadapi keradangan Xiao Yan yang penuh dengan niat membunuh dengan bersendirian!