"Apa? Semua bahan-bahan ubatan dimusnahkan oleh seseorang?" Ngauman kemarahan di dalam dewan besar itu hampir menyebabkan atap itu terjatuh.
Pengawal yang ketakutan itu melutut di depan Jia Lie Bi yang mempunyai muka yang dipenuhi dengan perasan ngeri sambil dia menelan air liurnya. Bergetar dalam ketakutan, dia berkata, "Tokoh Kedua juga dibunuh oleh orang yang memusnahkan ubat tersebut."
Muka murka Jia Lie Bi tiba-tiba menjadi kaku. Kakinya terasa lemah lalu dia terjatuh ke atas kerusi di belakangnya. Jia Lie Nu merupakan salah seorang Da Dou Shi Puak Jia Lie. Kematiannya bertambah lagi kepada huru-hara yang dihadapi oleh Puak Jia Lie.
Melihat reaksi Jia Lie Bi, muka pengawal yang mengirim mesej ini juga penuh dengan kedukaan. Pada waktu itu, mindanya mengingati kekuatan lelaki berjubah hitam yang menakutkan itu. Sukar untuk membayangkan tokoh kedua, seorang 3 bintang Da Dou Shi akan dibakar menjadi abu oleh lelaki misteri itu. Kejadian menakutkan itu memberikan semua yang melihat satu rasa ketakutan yang benar.
"Siapa yang membunuh Tokoh Kedua?" Selepas senyap untuk beberapa minit, Jia Lie Bi akhirnya kembali waras. Suaranya yang garau mendedahkan betapa peritnya khabar kematian Jia Lie Nu kepadanya.
"Saya tidak tahu. Masa itu, lelaki tersebut sedang memakai jubah hitam jadi tiada orang yang nampak mukanya. Tetapi dia boleh mengawal satu jenis api putih. Ia api sebab Tokoh Kedua sudah tiada." Pengawal itu menggeleng kepalanya dan membalas dengan lembut.'
"Jubah hitam? Mengawal api putih?" Selepas diam untuk seketika, muka Jia Lie Bi bertukar. Memanipulasikan api untuk mencederakan musuh merupakan kecenderungan seorang ahli alkimia. Dan hanya ahli alkimia yang mempunyai musuh dengan Puak Jia Lie dan mempunyai kekuatan yang boleh membunuh Jia Lie Nun dengan senang…. semua kriteria ini menyebabkan satu imej lelaki berjubah hitam ahli alkimia yang dia terserempak dengan tidak sengaja di rumah lelongan mula terlintas di dalam mindanya.
Mengingat kembali akan sikap Ya Fei dan Gu Ni betapa hormat terhadap ahli alkimia berjubah hitam itu, Jia Lie Bi terasa satu kepahitan dalam mulutnya. Mereka sudah salah sejak awal. Masa itu, disebabkan oleh pernyataan Liu Xi, mereka ingat Puak Xiao bernasib baik dapat mengupah satu ahli alkimia yang baru. Walau bagaimanapun, situasi sekarang memberitahu mereka ahli alkimia Puak Xiao jauh lebih kuat daripada Liu Xi yang tidak berkebolehan itu.
Jia Lie Bi menggeleng kepalanya dengan perlahan dan kemarahan kelihatan dalam matanya. Bahan-bahan ubatan berharga 400,000 dimusnahkan dan tambahan pula, mereka masih berhutang 300,000 syiling emas kepada pembekal bahan-bahan tersebut di Bandar Ta Lan disebabkan oleh masalah pengaliran wang.
Jia Lie Bi yang mempunyai niat untuk menapis beberapa bahan-bahan ubatan kepada ubat penyembuhan dan menjual ubat tersebut untuk membayar hutang. Dengan informasi terkini, semua rancangannya sudah gagal.
Pembekal ubatan yang bekerjasama dengan Puak Jia Lie mempunyai pengaruh yang kuat di Bandar Ta Lan. Jika mereka tahu bekalan ubatan mereka dimusnahkan, mereka pasti akan menghantar orang untuk mengutip hutang mereka. Walau bagaimanapun, dengan sumber kewangan Puak Jia Lie yang sudah kehabisan, bagaimana mereka hendak mencari wang begitu banyak? Jika mereka gagal mengutip wang tersebut, reputasi Puak Jia Lie akan dimusnahkan oleh kejadian ini.
"Celaka!" Tidak dapat memikirkan jalan penyelesaian untuk masalah ini, Jia Lie Bi memukul meja di sebelahnya dengan marah. Dengan segera, meja kayu hitam itu pecah menjadi kepingan dan kepingan kayu itu terkena muka pengawal yang berdiri di sebelahnya. Pengawal itu mengetap giginya dan menahannya.
Menarik nafas dengan ringan, Jia Lie Bi memaksa dirinya untuk mengawal kemarahan dan dengki terhadap Puak Xiao di hatinya. Dia melambai tangan dan berpura-pura tenang sambil berkata, "Edarkan ubat-ubat penyembuhan yang masih tinggal di dalam gudang ke semua tempat pasar. Satu lagi, aku nak semua orang diam tentang kejadian hari ini. Jika sesiapa ditangkap kerana membocorkan rahsia, mereka akan dihukum mengikut peraturan puak."
"Ya." Badan pengawal menggigil sebelum dia memberi satu balasan hormat. Selepas itu, dia berdiri dan meninggalkan dewan tersebut.
Merenung ke dalam dewan besar yang kosong itu, Jia Lie Bi bersandar pada kerusinya. Kali ini, walaupun Puak Jia Lie mampu melepasi masalah ini, ia akan menjadi sukar untuk berlawan dengan Puak Xiao. Memikirkan perkara ini, Jia Lie Bi mengeluh dalam. Untuk sebab yang tidak diketahui, dia kesal memulakan konflik dengan Puak Xiao.
Walau bagaimanapun, semua sudah terlambat.
…..
Selepas menyelesaikan beberapa perkara, Xiao Yan membuang samarannya dan kembali ke puaknya dengan segera. Dia meminta Yao Lao untuk menapis beberapa Pil Penyembuhan Kekuatan sebelum menghantarnya kepada Xun Er. Melihat gadis itu meraba pil-pil dan matanya yang merah, Xiao Yan berasa lebih yakin.
Selepas beberapa hari Xiao Yan memusnahkan bahan-bahan ubatan Puak Jia Lie, Bandar Wu Tan amat tenang pada permukaannya. Walau bagaimanapun, orang yang lebih teliti mula menyedari ahli-ahli Puak Jia Lie yang membuat masalah di tempat pasar Puak Xiao sudah hilang dengan senyap. Keangkuhan mereka juga mula menyusut. Berdepan dengan tindakan Puak Jia Lie yang tidak dapat diterangkan, beberapa orang mulai sangsi.
Bilik Mesyuarat Puak Xiao.
"Apa yang Puak Jia Lie sedang cuba lakukan beberapa hari ini? Adakah mereka cuba memberi kita satu idea yang mereka lemah?" Selepas menerima informasi yang pelbagai untuk beberapa hari yang lepas, Xiao Zhan mengecilkan matanya dan berkata pada tiga tokoh tertinggi di dalam dewan. Mukanya penuh dengan kesangsian.
Bertukar pandangan antara satu sama lain, ketiga-tiga tokoh tertinggi itu menggeleng kepala mereka dengan serentak. Selepas mendengus dalam, tokoh pertama berkata dengan perlahan, "Kejadian luar biasa ini bukan mudah. Jia Lie Bi seorang yang licik. Dia pasti sedang membuat sesuatu. Lebih bagus jika kita berhati-hati."
Xiao Zhan mengangguk kepalanya. Sebagai seorang yang berhemah, dia tidak akan relaks apabila berdepan dengan Puak Jia Lie.
Mengalihkan renungannya, Xiao Zhan menggeleng kepalanya dengan tidak bermaya pada Xiao Yan yang sedang tidur di atas kerusinya. Budak ini tidak pernah menunjukkan minat terhadap perkara-perkara puak.
"Yan Er, adakah awak berjumpa dengan tokoh terhormat itu baru-baru ini?" Xiao Zhan bertanya secara rawak sambil dia meninggikan cawan tehnya sambil menghirupnya.
Mendengar soalan Xiao Zhan, ketiga-tiga tokoh tersebut mengalihkan pandangan mereka kepada Xiao Yan. Tokoh terhormat itu penting kepada Puak Xiao tanpa perlu mengatakan apa-apa. Walau bagaimanapun, di seluruh Puak Xiao, Xiao Yan saja yang disukainya. Tiada orang mempunyai peluang untuk berjumpa dengan tokoh terhormat itu.
Melihat bagaimana Xiao Yan mendapat keistimewaan ini, semua orang penuh dengan kecemburuan.
Menaikkan kelopak mata dengan malas, Xiao Yan berkata dengan suara bosan, "Hmmm… saya ada jumpa dia." Selepas diam seketika, dia teruskan, "Dia ingin mengambil saya sebagai anak murid."
Mendengar kata-kata Xiao Yan, tangan Xiao Zhan yang mengangkat cawan teh itu menjadi kaku. Dia menaikkan mukanya yang penuh dengan emosi dan merenung pemuda yang sedang bersandar pada kerusinya. Menelan air liur, dia bertanya dengan tidak percaya. "Awak kata dia nak ambil awak sebagai anak murid?"
Menaikkan kelopak mata dan melihat muka Xiao Zhan yang penuh dengan kegembiraan dan keseronokan, dan muka tiga tokoh tertinggi itu mengangkat kening mereka, Xiao Yan mengangguk dengan malas.
"Bagus. Bagus. Bagus…." Dengan muka merah, Xiao Zhan mengosongkan cawan tehnya dengan satu hirup dan berdiri dengan seronok. Dia berjalan ulang alik di dalam bilik dan menggosok tangannya dengan tergesa-gesa. "Saya tahu anak saya bukan seorang yang biasa-biasa. Celaka, siapa yang berani memanggil anak saya 'si lumpuh' pada masa depan akan dibunuh oleh saya."
Melihat sikap Xiao Zhan yang gelisah, Xiao Yan hanya boleh menggeleng kepalanya dan berkata dengan lembut, "Dalam setengah bulan lagi, saya akan meninggalkan puak untuk berlatih dengan cikgu. Saya takut saya hanya boleh kembali dalam masa setahun."
"Ha?" Xiao Zhan terpegun. Senyuman di mukanya mula hilang dan keningnya dinaikkan lalu dia bertanya dengan teragak-agak. "Awak tidak bercadang untuk mengambil ujian untuk kemasukan Akademi Jia Nan? Jia Nan merupakan akademi terkenal di seluruh Benua Dou Qi. Jika awak mendaftar masuk, ia pasti akan mendatangkan manfaat kepada awak."
"Saya akan mengambil ujian kemasukan itu, tetapi saya akan melangkau untuk beberapa tahun." Xiao Yan menggosok hidungnya dan tersenyum. "Walaupun Akademi Jia Nan bagus, mereka tidak dapat membantu saya melepasi Nalan Yanran dalam masa kurang daripada dua tahun…"
Xiao Yan tersenyum dan mula merenung ke seluruh dewan. Suatu ketika dahulu, perempuan angkuh itu pernah menjatuhkan maruahnya di situ.
Mendengar nama pantang untuk Xiao Yan, muka Xiao Yan menggeletar dan dia menjadi senyap.
Berdiri, Xiao Yan meregangkan lengannya dengan malas dan meletakkan kedua-dua tangan di belakang kepala dan meninggalkan dewan besar itu dengan perlahan. Tawa pemuda itu tersebar pada seluruh dewan besar itu.
"Sejak saya membuat janji masa itu, saya mesti menunaikan janji saya dan berjumpa dengannya. Haha, ia bukan sebab saya nak dia mengagumi saya, saya cuma nak beritahu dia kebolehan jangkaannya teruk apabila saya berjumpa dengannya."