Selepas beberapa hari, jumlah ubat penyembuhan Puak Jia Lie dijual di pasar Bandar Wu Tan semakin berkurang. Pada hari terakhir, apabila botol terakhir ubat penyembuhan telah dijual, ahli-ahli Puak Jia Lie yang bertanggungjawab untuk menjual ubat tersebut tidak mempunyai pilihan tetapi untuk tersenyum malu pada askar-askar upahan yang sedang beratur di luar. "Maafkan saya. Disebabkan kekurangan stok, kedai kami akan ditutup sementara."
Askar-askar yang sedang berasak-asak di luar kedai tersebut menjadi senyap selepas mendengar kata-kata itu. Selepas merenung dengan marah terhadap pekerja kedai tersebut untuk seketika waktu, mereka mulai memarahi mereka.
Apabila orang ramai bersurai, beberapa pelanggan yang tidak berapa sopan mula menyerang penjual ubat tersebut dengan kata-kata kesat.