"Siapakah kau?"
Mendengar suara gadis yang tenang itu, lelaki berjubah hitam menggerakkan bahunya dengan tidak bermaya. Selepas tidak bersuara untuk seketika, satu suara yang berusia kedengaran. "Saya percaya awak pernah nampak saya di rumah Puak Xiao?"
Menggoyang kakinya yang putih seperti salji itu dengan ringan, renungan Xun Er mula merayau. Dia bertanya dengan suara yang rendah dan begitu sahaja, "Kenapa kau pergi ke Puak Jia Lie?"
"Saya diberi tanggungjawab oleh seseorang untuk menyelesaikan beberapa masalah."
"Diberi tanggungjawab?" Xun Er bertanya dengan segera sambil mengecilkan matanya.
"Uh, ini adalah sesuatu yang saya tidak boleh membongkarkan." Yao Lao melambai tangan dan berkata.
"Tetapi aku nak tahu." Dengan satu senyuman pudar pada mukanya yang ayu, Xun Er meloncat ke hadapan. Badannya seperti sedang terapung di udara. Pada jarinya, satu api emas pudar sedang berpusar dengan satu hujung tajam sedang dibentuk.
"Heh Heh, budak, saya tahu awak ini sangat kuat sekarang tetapi ia tidak cukup untuk menghentikan orang tua ini." Yao Lao berkata dengan senyuman.
Xun Er mengerut keningnya tetapi dia tidak bercakap. Dia menaikkan jarinya lalu menyebabkan beberapa bilah api emas berpusar terus bermuncul.
Melihat Xun Er yang tidak ingin mengalah, dua lelaki di bawah jubah hitam itu pening kepala. Mengeluh sekali lagi, Yao Lao berkata dengan tidak bermaya, "Saya tidak berhasrat untuk berlawan dengan awak. Jika saya melukai awak secara tidak sengaja, lelaki itu akan sakit hati."
"Baik, baik. Saya mengalah. Hari ini, ada seorang si bodoh mengambil kesempatan terhadap seorang gadis yang diminati oleh seorang lelaki yang lain. Lelaki ini kenal saya jadi dia minta saya untuk melakukan beberapa perkara. Oh, awak ingat senang untuk seorang si tua seperti saya berlari ke sana sini pada tengah malam?"
Bulu kening panjang Xun Er bergerak-gerak, mukanya yang ayu itu mula menjadi merah. Dia memetik tangannya dan bilahan api itu mula menghilang. Merenung lelaki berjubah hitam itu, dia berkata dengan senyuman yang lebar, "Seperti yang dijangka. Tuan dan Abang Xiao Yan ada hubungan."
"Heh, cepat betul awak menukar panggilan awak." Yao Lao berkata dengan senyuman. "Saya rasa awak sudah meneka hubungan saya dengan Xiao Yan lama lagi."
"Dulu, ia hanya satu tekaan yang saya tidak pasti." Xun Er menggeleng kepalanya dengan senyuman. Dia memberi satu 'kowtow' kepada Yao Lao di pertengahan udara dan berkata, "Walaupun saya tidak pasti latar belakang tuan, saya percaya ia adalah berkaitan dengan kebolehan Abang Xiao Yan membuang kelemahan dirinya satu tahun lalu."
Yao Lao ketawa dengan lemah, tanpa menafikan atau mengesahkan tekaannya.
Dengan matanya yang cantik sedang merenung lelaki berjubah hitam itu, Xun Er senyum dengan manis dan berbisik, "Tidak kiralah apa motif tuan menghampiri Abang Xiao Yan, saya harap awak tidak mempunyai niat yang lain. Xun Er akan bermusuhan dengan sesiapa sahaja yang mengancam Abang Xiao Yan. Tuan mungkin kuat tetapi percaya saya, saya mempunyai kebolehan untuk berkata benda sebegini."
Tsk tsk. Ganasnya perempuan ini." Mendengar kata-kata ugut Xun Er, Yao Lao terpegun sambil berkata.
"Hasrat saya hanya untuk Abang Xiao Yan tidak dilukai atau ditipu oleh orang lain." Dengan senyuman yang kecil, Xun Er sekali lagi memberi tunduk kepada Yao Lao dan berkata, "Sudah lambat. Saya kena balik ke rumah. Saya harap awak tidak beritahu Abang Xiao Yan apa yang awak nampak malam ini."
"Jangan risau. Saya tidak akan berkata apa-apa." Yao Lao mengangguk kepalanya. Di dalam hati, dia bertambah dengan gurau, 'Sebab dia dah nampak dengan sendiri.'
Mendengar balasan Yao Lao, Xun Er tersenyum. Sebelum dia sempat memusingkan badannya, satu bayang-bayang hijau tiba-tiba muncul. Selepas terpegun untuk seketika, tangan kecil Xun Er dihulurkan dan dilukis pada tapak tangannya.
Xun Er terkejut sambil dia merenung botol jed itu. Dia mengalihkan renungannya ke arah lelaki berjubah hitam itu.
"Menggunakan teknik rahsia akan memberi kesan kepada awak untuk beberapa hari. Botol ini mengandungi 'Serbuk Tambahan Tenaga'. Simpan ia dan cepat pulih. Kalau tidak, seseorang itu akan terasa sakit melihat awak yang sakit itu." Yao Lao berkata dengan tidak acuh.
Mendengar ini, muka kecil Xun Er menjadi merah. Memikul botol jed itu di tangannya, dia mengangguk dengan bersyukur pada lelaki berjubah hitam itu sebelum menekan tapak kakinya di udara. Badannya hilang dengan serta-merta ke dalam kegelapan dan hilang daripada pandangan.
Berdiri di atas atap dan melihat bentuk orang yang hilang itu, Yao Lao tiba-tiba menarik nafas yang panjang lalu bersungut, "Dulu, apabila awak menyelinap masuk ke bilik perempuan itu dan memikirkan idea yang ganjil untuk menghangatkan saluran darahnya, awak dengan tidak sengaja telah memikat hati perempuan itu. Oh, difikir sekarang pula, nasib baik awak ini adalah sesuatu yang orang lain akan cemburu."
Di bawah jubah hitam itu, Xiao Yan menggosok hidungnya. Dia tahu bahawa kalau bukan disebabkan kejadian masa kanak-kanaknya, Xun Er yang sudah matang ini akan melayan dia dengan sikap yang diberi kepada orang lain.
Sudah tentu, pemikiran hipotesis ini tidak mempunyai sokongan yang konkrit. Heh heh, dia memasuki ke dalam hati gadis itu dengan senyap pada waktu dia paling rapuh dan telah meninggalkan satu memori yang hanya ada Xiao Yan dalam hatinya dengan tidak sengaja.
Ketawa secara bangga, Xiao Yan membawa tangannya untuk membentuk cawan di belakang kepalanya dan memberi kebenaran kepada Yao Lao untuk mengawal badannya. Badannya menembak dengan segera ke arah rumah Puak Xiao.
Selepas sampai di rumah Puak Xiao, Xiao Yan mengelak dari halaman rumah di mana bilik Xun Er berada supaya dia tidak menunjukkan kehadirannya. Dia mendarat di halaman berdekatan rumahnya dan meluru ke dalam bilik dan menutup pintu di belakangnya dengan lembut.
Di dalam bilik, Xiao Yan menanggalkan jubah hitam itu dan disimpan di dalam cincin simpanan. Hanya selepas itu dia menghembus nafas lega. Dia berbaring di atas katil dengan lemah dan bersungut sendirian, "Oh, malam yang begitu cantik."
…..
Pada awal pagi di rumah Puak Jia Lie.
Air muka Jia Lie Bi sekarang adalah muram dan menakutkan. Aura dingin sedang dikeluarkan daripada badannya dan menakutkan orang gaji wanita cantik yang sedang melutut itu. Dia sedang menggigil dengan ketakutan.
Meneliti seluruh bilik Liu Xi dengan renungan dingin, Jia Lie Bi berkata dengan pantas, "Kau kata Liu Xi sudah hilang?"
"Ya, Ketua Puak . Semalam, hamba ini tiba-tiba pengsan tanpa sebab dan hanya bangun pada keesokan hari. Tuan Liu Xi sudah hilang apabila saya bangun. Hamba ini telah bertanya dengan pengawal di luar tetapi mereka tidak ternampak Tuan Liu Xi juga. "Kata pekerja wanita itu dengan berhati-hati sambil menggigil dalam ketakutan.
"Dari masa dia kembali ke bilik semalam, saya tidak terasa dia meninggalkan tempat ini. Tambahan pula, ada pengawal tahap Dou Si di kedua-dua pintu di rumah Puak Jia Lie. Dengan kebolehan Liu Xi, dia tidak mungkin boleh meninggalkan tempat ini tanpa pengertian orang lain.
"Hamba ini tidak tahu juga." Pekerja wanita itu menjadi pucat. Dia takut Jia Lie Bi akan menyalahkannya.
Sudut mata Jia Lie Bi mengecil. Perasaannya dalam keadaan huru-hara. Dia menarik nafas dalam dan tidak menhiraukan pekerja wanita itu. Dengan perlahan, dia berjalan ke setiap sudut bilik.
Melihat aksi Jia Lie Bi, wanita itu tidak berani berkata apa-apa. Badannya yang sedang melutut itu tidak berani bergerak satu inci pun.
Sambil dia berjalan ke seluruh bilik yang sunyi itu, Jia Lie Bi tiba-tiba berhenti di satu sudut. Matanya merenung satu longgokan abu di sudut bilik itu.
Dengan denyutan jantung yang liar, Jia Lie Bi membongkok ke bawah. Dia menggunakan jarinya untuk mengambil abu itu dan menghidunya. Dengan segera, air mukanya yang dingin bertukar menjadi ketakutan.
Jia Lie Bi menghembus nafas panjang. Dia tiba-tiba terasa kakinya menjadi kaku. Satu perasaan dingin sedang naik daripada dalam jantungnya itu.
"Liu Xi…. dibunuh di bawah jagaan aku?"