Apabila Xiao Yan akhirnya bangun daripada tidur, langit sudah cerah. Cahaya matahari yang hangat memasuki ke dalam bilik melalui celah tingkap lalu meninggalkan cahaya di tanah.
Membangunkan diri, renungan mengantuk Xiao Yan sangat kabur sambil dia berduduk di atas katil dan merenung kosong untuk seketika sebelum dia akhirnya membuang keinginan untuk teruskan tidur. Menggeleng kepalanya, dia berdiri dan pergi mencuci mukanya dengan rawak.
Apabila dia habis mencuci, satu ketukan kedengaran di pintu. Suara seorang gadis yang lembut dan manis kedengaran. "Abang Xiao Yan, awak belum bangun?"
Mendengar suara itu, bulu kening Xiao Yan berkerut. Dia mengelap kelembapan di mukanya dan berjalan ke arah pintu. Pintu itu berbunyi apabila dia menariknya dengan perlahan.
Selepas membuka pintu itu, cahaya membutakan tiba-tiba tertembak ke dalam bilik dan menyebabkan Xiao Yan menutup matanya. Selepas seketika, dia membuka matanya dan mengalihkan tatapan kepada gadis berpakaian hijau yang sedang berdiri di ambang pintu.
Hari ini, Xun Er sekali lagi memakai baju hijau. Pakaiannya yang sesuai itu berpadan dengan badannya yang seperti bunga teratai itu, memberi pemuda di bilik itu untuk memujinya di dalam hati.
Selepas mengimbas badan Xun Er yang kurus dan halus, renungannya akhir mendarat pada muka kecil yang kelihatan agak pucat. Keningnya tidak dapat menahan daripada membentuk satu kerutan. "Apa terjadi?"
Dengan satu mata besar dan mempesonakan tertumpu pada air muka Xiao Yan yang hanya mempunyai wajah menuduh, Xun Er membalas segera dengan satu senyuman, "Saya tidak sihat. Bukan perkara besar."
"Tidak sihat?" Kening Xiao Yan berkerut sambil dia berjalan keluar dari biliknya. Selepas menutup pintu, tapak tangan dia memegang tangan kecil Xun Er. Satu Dou Qi lemah dan hangat di bawah kawalan pengertian rohnya, mula mengalir ke dalam badan Xun Er.
Selepas seketika, Xiao Yan mengambil balik Dou Qi-nya dan mengeluh dalam hati. Nampaknya, teknik rahsia yang digunakan Xun Er amat meletihkan. Di dalam badannya sekarang, hanya sedikit Dou Qi lemah yang sedang mengalir. Jelasnya, ini adalah kesan daripada teknik rahsia itu.
Pada awal pagi, ramai ahli puak yang sudah bangun untuk melatih. Kumpulan ini penuh dengan kecemburuan apabila melihat Xiao Yan memegang tangan Xun Er yang sedang berdiri di ambang pintu.
"Abang Xiao Yan." Xun Er yang bermuka merah itu berbisik dengan ringan sambil cuba membebaskan tangannya.
"Apa yang awak buat. Bagaimana awak boleh begitu lemah?" Meletakkan tangan kecil Xun Er, Xiao Yan menegangkan mukanya dan berkata lembut.
Mata bijak itu meneliti muka Xiao Yan sekali lagi dan tidak terjumpa apa-apa. Xun Er menghembus nafas lega dan tersenyum. "Semalam, saya cuba berlatih satu Teknik Dou yang melebihi tahap saya dan ini adalah kesimpulanya. Saya akan baik selepas berehat beberapa hari. Abang Xiao Yan jangan risau."
Menunjukkan satu mata menyampah, Xiao Yan hanya boleh menggeleng kepalanya sambil menemani Xun Er untuk bersarapan pagi. Selepas itu, dia mencari alasan untuk meninggalkan puaknya secara rahsia.
…..
Xiao Yan berjalan tanpa arah di Bandar Wu Tan dan bertanya dengan bersahaja terhadap khabar di Puak Jia Lie. Kehilangan Liu Xi pasti akan menyebabkan satu sensasi di dalam Puak Jia Lie. Bertentangan dengan jangkaannya, walau bagaimanapun, dia tidak terjumpa sebarang keanehan di dalam Puak Jia Lie.Pasar masih beroperasi seperti biasa dan ubat penyembuhan masih dijual. Tiada benda yang berbeza.
"Heh. Patutlah Jia Lie Bi ialah seorang ketua puak. Dia betul-betul boleh menyimpan khabar ini. Walau bagaimanapun, dia hanya boleh menyimpan untuk beberapa hari sahaja, dia tidak mampu buat selamanya. Selepas ubat penyembuhan yang tinggal itu dijual habis, saya nak tengok apa yang akan dibuatnya." Xiao Yan ketawa dingin untuk seketika sebelum berjalan ke Rumah Lelongan Premier di tengah-tengah bandar.
Di kawasan terbiar di luar rumah lelongan, Xiao Yan memakai jubah hitam seperti biasa dan memasuki ke dalam rumah lelongan yang sibuk itu.
Selepas memasuki ke dalam rumah lelongan itu, Xiao Yan diiringi oleh seorang pelayan perempuan yang cantik ke bilik VIP. Dia tunggu untuk seketika sebelum dia kemunculan Ya Fei dengan satu senyuman di depan Xiao Yan.
"Haha, tetamu yang dihormati, Adik Xiao Yan, apa yang bawa awak ke sini?" Mengangkat bekas teh, dia membongkok badannya dan menuang satu cawah teh untuk Xiao Yan sambil dia berkata.
Tidak kisah jika Ya Fei sengaja atau tidak, kulit putih seperti salji yang menarik pada dada Ya Fei muncul dan hilang apabila dia membongkokkan badannya untuk menuang teh. Ia menyebabkan mata seseorang untuk tertumpu pada situ.
"Ke…" Renungan Xiao Yan hampir kehilangan pada pemandangan yang mulia itu tetapi kesungguhan hatinya yang kuat mampu mengalihkan pandangannya dengan batukan kering. Renungannya tidak meninggalkan cawannya sambil dia menarik keluar cincin simpanan berwarna merah gelap dari poket dadanya dan mengeluarkan 5 botol jed kecil. Dalam suara tidak acuh, dia berkata, "Hari ini, saya datang untuk menunaikan janji kita." Sejak Ya Fei sudah mengenali identitinya, Xiao Yan tidak lagi menggunakan suara Yao Lao untuk bercakap untuknya.
Renungannya Ya Fei tidak meninggalkan botol jed itu. Kegembiraan muncul pada mukanya yang ayu.
Ya Fei berduduk atas kerusi di sebelah Xiao Yan. Dia mengangkat salah satu botol jed itu dan menimbangnya dengan was-was. Selepas itu, dia membuka botol tersebut. Satu pil bulat berwarna hijau tergolek keluar daripada botol tersebut.
Menghidu bau ubat tersebut, mata ayu Ya Fei berubah. Selepas seketika, Ya Fei akhirnya mengembalikan pil itu ke dalam botol. Dia memberi satu senyuman ayu dan mempesonakan kepada Xiao Yan di sebelahnya. "Nampaknya, Adik Xiao Yan sudah bersedia untuk mengambil tindakan terhadap Puak Jia Lie. Kalau tidak, kenapa awak akan datang sebelum waktu matang untuk menyelesaikan perjanjian kita?"
Mendengar ini, dia menggerakkan bahunya, tanpa menafikan atau mengesahkan kata-kata Ya Fei. Dia mengambil satu lagi skrol yang mengandungi beberapa nama bahan-bahan ubatan. Bahan-bahan ini mempunyai kebolehan untuk memulihkan kekuatan seseorang. Jelas sangat bahawa ini disediakan untuk Xun Er. Melihat mukanya yang pucat dan lemah itu, hati Xiao Yan terasa sakit.
Menerima skrol tersebut daripada Xiao Yan, Ya Fei yang mempunyai banyak pengalaman itu tahu maksud Xiao Yan. Tanpa berkata apa-apa, dia memanggil seorang pekerja wanita dan memanggilnya untuk menyediakan bahan-bahan di dalam senarai tersebut.
Duduk di dalam bilik VIP, Xiao Yan yang terdiam itu tiba-tiba berkata, "Nampaknya Puak Jia Lie telah pergi ke bandar berdekatan untuk mencari sumber baru untuk bahan-bahan ubatan."
"Em, Puak Jia Lie sekarang sedang bekerjasama dengan seorang pembekal di Bandar Te Lan. Walau bagaimanapun, harga bahan-bahan ubatan tersebut yang dibeli mereka adalah 4 kali lebih mahal dari Bandar Wu Tan." Ya Fei mengangguk dan bersetuju dengan satu senyuman.
"Mereka sanggup." Menggeleng kepalanya dengan olok-olok, Xiao Yan teruskan dengan senyuman. "Bolehkan awak membekalkan satu maklumat terhadap pengangkutan ubat-ubat itu?"
Mendengar ini, tangan Ya Fei yang sedang memegang cawan teh itu mula menggeletar. Matanya yang cantik itu merenung pemuda di sebelahnya dengan kehairanan lalu berkata, "Apa yang awak rancangkan?"
"Rompak."
Selepas ketawa kelat, Ya Fei menjadi senyap. Dia akhirnya memahami situasi itu dan berjalan ke bilik di belakangnya. Selepas seketika, dia akhirnya keluar dengan satu skrol dan memberinya kepada Xiao Yan. Dia berbisik dengan senyap. "Saya mendapat beberapa maklumat dari rumah lelongan di Bandar Te Lan. Dua hari yang lepas, Puak Jia Lie telah membeli bahan-bahan ubatan dengan 400,000 syiling emas. Kumpulan bahan-bahan ubatan ini akan sampai ke Bandar Wu Tan tengah hari ini."
"Puak Jia Lie hanya membayar 100,000 syiling emas sebagai wang pendahuluan. 300,000 syiling emas yang lain adalah dikreditkan. Melindungi bahan-bahan ubatan itu adalah pahlawan Puak Jia Lie, 3 Dou Shie dan 1 Da Dou Shi. Terdapat juga beberapa dozen pengawal sekurang-kurangnya mempunyai kekuatan Dou Zhe.
"400,000? Banyaknya." Xiao Yan berkata dengan senyuman sambil dia menyimpan skrol itu ke dalam cincin simpanan. Ketawanya menjadi dingin dengan perlahan. "Jiak kumpulan bahan-bahan ubatan ini hilang, macam mana mereka nak melaporkan kepada pembekal tersebut. Dengan keadaan Puak Jia Lie yang hampir muflis ini, 300,000 syiling emas yang dihutangkan ini akan membebankan mereka semua hidup."
Menaikkan kepalanya, Xiao Yan melihat pekerja wanita yang baru masuk. Selepas memberi hormat kepada Ya Fei, dia berjalan ke hadapan dan menerima bahan-bahan ubatan itu sebelum berjalan keluar dari dewan tanpa menoleh ke belakang.
Sambil duduk di atas kerusi dan melihat sikap tegas Xiao Yan meninggalkan tempat itu, Ya Fe ketawa kelat dan menggeleng kepalanya. Dia mengeluh dengan lembut. "Kelakuan budak ini tidak serupa umurnya. Si tua Jia Lie Bi itu, saya rasa dia akan menghadapi masalah besar…."