Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 74 - Datang Tanpa Diundang

Chapter 74 - Datang Tanpa Diundang

Beberapa hari telah berlalu, Xiao Yan menghabiskan masanya setiap hari di hadapan periuk besar itu. Walaupun hari sebegini amat memenatkan, Cincin Simpanan itu penuh dengan ubat penyembuhan. Hal ini menyebabkan Xiao Yan berasa gembira semasa dia sedang berehat.

Sudah tentu, sesuatu lagi benda yang dikatakan selepas hampir 5 hari mempelajari alkimia dengan berterusan, Dou Qi di dalam badan Xiao Yan menjadi lebih kuat tanpa perasan. Melihat dari kemajuannya sekarang, dia hampir mencapai tahap 1 Bintang Dou Zhe.

Dengan kedua-dua berita baik ini, Xiao Yan menggertak giginya dan mampu bertahan dengan pengalaman pahit ini.

Semasa Xiao Yan sembunyi di dalam gua itu untuk menapis ubat, situasi di Bandar Wu Tan terus berjalan seperti dahulu. Atmosfera di antara Puak Xiao dan Puak Jia Lie sudah menjadi tegang. Hanya 2 hari yang lalu, Puak Jia Lie mengambil kesempatan untuk mengeluarkan beberapa peraturan pasaran yang menguntungkan peniaga. Hal ini telah menyebabkan kebanyakan peniaga yang asalnya sedang memerhatikan di garisan tepi sudah mula bergerak ke pasar Puak Jia Lie.

Berhadapan dengan masalah yang sedang menggoyahkan asas Puak Xiao, semua ahli pangkat tertinggi Puak Xiao sudah dipenuhi dengan kemarahan yang mungkin akan bertukar kepada niat membunuh kalau situasi masih tidak berubah.

…..

"Ya Tuhan. Aku tidak dapat tahan lagi. Cuma 5 hari sahaja, Puak Xiao sudah kehilangan sekurang-kurangnya 50% hingga 60% keuntungan kita. Jika ini berterusan, semua pasar kita akan menjadi muflis!" Di dalam Bilik Mesyuarat Puak, Tokoh Ketiga berkata dengan marah, satu wajah yang kelihatan gila terpapar pada mukanya.

Semua posisi tinggi ahli puak sedang duduk bermesyuarat di dalam dewan besar itu. Kemarahan dan dendam di dalam hati mereka mula ditonjol oleh muka masam mereka.

"Perkara ini tidak boleh lagi ditunda…" Tokoh Pertama mengeluarkan kata-katanya dengan perlahan sebelum lagi dia terus berkata, "Walaupun Guru Gu Ni dari Rumah Lelongan Premier sudah menolong kita untuk membuat lebih daripada 100 botol ubat penyembuh, kuantiti tersebut amat sedikit. Ia tidak boleh dibandingkan dengan kuantiti yang besar daripada Puak Jia Lie. Walaupun kita masih mampu bertanding dengan Puak Jia Lie untuk masa yang singkat, tapi untuk masa yang panjang, apabila ubat penyembuh itu kehabisan, kita sekali lagi akan sampai ke situasi kekok sebelum ini."

Tokoh Pertama mengeluh sebelum memberi satu tawa kelat dan berkata, "Walaupun Gu Ni rela memberi sokongan penuh kepada kita, berdasarkan daripada kuantiti, kita pasti mampu bertanding dengan alkimia peringkat pertama daripada Puak Jia Lie. Walau bagaimanapun, dia dari Rumah Lelongan Premier. Lagipun, mereka biasanya tidak melibatkan diri dalam pertempuran puak-puak. Untuk menolong kita sampai tahap ini sudah dikira amat bagus."

Duduk di atas kerusi ketua, Xiao Zhan mengangguk. Satu muka muram terukir pada mukanya. Walaupun kualiti ubat penyembuhan yang dijual oleh Puak Jia Lie ialah rendah, kuantitinya amat banyak dan harganya amat murah. Ini sangat sesuai dengan askar upahan yang biasanya ditangkap dalam situasi yang rumit.

"Jika kita boleh berganding bahu dengan Ahli Alkimia Peringkat Pertama, kita pasti mampu bertanding dengan mereka…" Di dalam dewan besar itu, seseorang sedang mengeluh.

Mendengar ini, Xiao Zhan menggeleng kepala dengan tidak bermaya. Bandar Wu Tan hanya mempunyai beberapa Ahli Alkimia. Untuk memikat hati orang sombong lebih senang dikatakan daripada dibuat. Kali ini, Puak Jia Lie telah memenangi loteri dan mendapat bantuan seorang alkimia.

Di sudut dewan, Xiao Yu, Xiao Ning dan beberapa ahli puak generasi muda juga berada di sana. Apabila mereka merenung pada air muka tokoh-tokoh mereka, mereka tidak berani mencelah. Mereka hanya mampu mendiamkan diri dalam suasana tegang itu.

"Kakak, adakah seorang ahli alkimia peringkat pertama begitu kuat? Bagaimana mereka mampu memaksa Puak Xiao ke situasi begini?" Tidak dapat menahan atmosfera yang begitu tegang itu, Xiao Yan bertanya pada Xiao Yu dengan senyap yang sedang duduk di sebelahnya.

Xiao Yu mengeluh dengan senyap, tidak berapa gembira dengan situasi, dia menjawab dengan lembut, "Betul. Seorang Alkimia merupakan satu pekerjaan yang unik… Kekuatan seorang alkimia peringkat pertama paling tinggi pun tahap Dou Zhe dan jika seseorang dalam puak kita bertarung dengannya, kita boleh membunuhnya dengan mudah. Namun, ketakutan sebenar seseorang alkimia bukan dalam pertempuran tetapi dalam penciptaan penawar mereka yang diingini oleh orang ramai. Dengan penawar-penawar ini, mereka mempunyai kebolehan untuk mendapatkan sokongan. Banyak pengamal kuat rela berkhidmat di bawah seorang ahli alkimia dalam harapan untuk mendapatkan penawar-penawar ini."

Di Benua Dou Qi, ramai orang membandingkan seorang alkimia dengan sarang tebuan yang berbisa. Selepas dirangsang, ahli alkimia ini akan mengumpulkan pahlawan-pahlawan yang banyak dengan segera. Berdepan dengan begitu banyak pahlawan, walaupun mereka tidak dapat membunuh awak, mereka juga akan memenatkan awak sampai mati."

Apabil Xiao Ning memikirkan senario dikepung oleh pahlawan-pahlawan, dia menggigil dan rupa iri hati merebak ke seluruh wajahnya.

"Jangan berangan-angan, awak patut tahu keperluan ketat untuk menjadi seorang ahli alkimia. Peluangnya lebih kecil daripada kuih bakar daging terjatuh dari syurga." Memberi satu pandangan menyampah pada Xiao Ning, Xiao Yu menjelaskan hal itu kepadanya.

Xiao Ning menjadi tidak bersemangat lalu berkata, "Saya takut seluruh Puak Xiao kita tidak mempunyai nasib untuk mendapatkan seorang ahli alkimia."

Walaupun Xiao Yu mengangguk sebagai tanda setuju, di dalam mindanya seorang remaja berpakaian hitam muncul di dalam. Melihat dengan teliti bentuk tubuh remaja itu, ia ternampak seperti Xiao Yan…

Membuangkan fikiran itu dengan segera, Xiao Yu berbisik dalam hati, "Bagaimana aku boleh fikir tentang si gampang itu? Hmph, jika seseorang seperti dia boleh menjadi ahli alkimia, semua ahli alkimia di dunia ini tidak berguna."

Selepas menyumpah Xiao Yan di dalam hati, Xiao Yu merenung ke susut di sebelah tingkap. Seorang gadis yang muda sedang duduk dengan senyap sambil memegang sebuah buku tebal. Kadang-kadang, dia akan menggerakkan jarinya untuk menukar muka surat dan matanya akan membaca kandungan dalam buku tersebut. Rupa ini menarik perhatian banyak renungan daripada rakan sebayanya.

"Gadis yang baik, kenapa dia mesti berkawan dengan anak gampang itu?" Xiao Yu menggeleng kepala dengan dengki dan sekali lagi berdiam diri.

Duduk di sebelah tingkap dengan senyap, walaupun perhatiannya tertumpu pada bukunya, Xun Er boleh rasa suasana muram di dalam dewan tersebut. Bulu kening dia mula mengerut. Tidak kira apa yang dikatakan, dia juga telah tinggal di Puak Xiao lebih dari 10 tahun. Tambahan pula, jika bukan disebabkan oleh Xiao Yan, dia tidak akan memberi Puak Xiao ditewaskan oleh Puak Jia Lie dengan begitu teruk.

"Hah, saya harap si gampang puak itu tidak akan keterlaluan…" Xun Er mengeluh dalam hatinya dan dia memaling kepalanya ke arah bukunya sekali lagi. Dia tidak mempunyai sebab untuk berkata sejak Xiao Yan tidak berada di sisinya.

Apabila rancangan terus dibincangkan di dalam dewan, satu pengawal keselamatan meluru ke dalam dan memberi laporan dalam nada yang berhormat. "Ketua Puak, seorang lelaki berpakaian hitam berada di luar. Dia kata dia mempunyai urusan berkerjasama untuk berbincang dengan ketua puak."

Mendengar kata-kata itu, Xiao Zhan dan kesemua tokoh-tokoh terperanjat. Bertukar-tukar pandangan, air muka mereka yang masam itu tiba-tiba penuh dengan keriangan. Mereka berdiri dengan serentak dan memberi arahan. "Cepat bawa dia masuk!"

Melihat wajah Xiao Zhan dan ketiga-tiga Tokoh Tertinggi, semua orang di dalam dewan berasa terkejut, dan dengan segera, mereka bertukar pandangan antara satu sama lain.

"Haha, tidak perlu menjemput saya masuk. Ketua Puak Xiao, apa khabar? Orang tua ini datang tanpa undangan." Tawa jelas Yao Lao kedengaran melalui pintu dan bunyi arahan Xiao Zhan kehilangan di udara.

Satu bentuk jubah hitam besar berjalan masuk ke dalam dewan dengan perlahan. Semua orang sedang merenungnya.

Apabila orang berjubah hitam itu melangkah melalui pintu, Xun Er, yang sedang tertumpu pada bukunya, tiba-tiba dia menaikkan keningnya. Mengangkat mukanya yang kecil itu, matanya yang seperti air luruh merenung lelaki berjubah hitam yang telah masuk ke dalam dewan.