Memandang lelaki berjubah hitam itu masuk ke dalam dewan, Xiao Zhan dan ketiga-tiga tokoh tersebut menyambut dia dengan langkah yang cepat. Xiao Zhan memberi satu senyuman hormat dan berkata, "Tetamu yang disanjungi, maafkan saya sebab saya sangat sibuk dengan perkara-perkara puak dan tidak dapat keluar untuk menjemput awak. Tolong maafkan saya."
"Haha, tidak payah begitu rasmi." Di bawah jubah tersebut, satu suara tua berdering.
Xiao Zhan mengangguk dan memberi satu pandangan bermakna kepada ketiga-tiga tokoh tertinggi, memberi isyarat untuk memberi laluan dan berkata dengan senyuman, "Sila duduk, tetamu yang disanjungi."
Orang yang dibawah jubah hitam itu mengangguk dan bergayakan tidak formal, dia berjalan terus dan duduk di sebelah meja ketua.
Melihat bagaimana Xiao Zhan melayan orang berjubah hitam itu dengan penuh rasa hormat, remaja-remaja puak tidak dapat menahan diri daripada berbisik antara satu sama lain. Renungan ingin tahu mula memenuhi dewan tersebut tetapi selepas mendengar tokoh berkata dia merupakan seorang ahli alkimia, mata mereka penuh dengan semangat.. dan penuh dengan pemujaan. Tidak kira di mana, seorang alkimia merupakan satu pekerjaan yang amat dihormati di dalam mata orang lain.
"Kakak, orang ini, bukankah dia ahli alkimia bermisteri yang kita terserempak di rumah lelongan hari itu?" Kedua-dua mata Xiao Ning sedang tertumpu pada lelaki berjubah hitam itu sambil dia menarik-narik lengan baju Xiao Yu dan bertanya dengan gementar.
"Ya." Xiao Yu mengangguk dengan perlahan. Matanya yang ayu masih merenung bayang-bayang yang sedang ditutup oleh jubah hitam itu. Mukanya yang mempesonakan menunjukkan satu kiasan teruja. "Saya tidak fikir tuan ini betul-betul akan datang ke Puak Xiao. Nampaknya, apa yang dikatakan hari itu bukan tin kosong sahaja… Jika kita betul-betul boleh dapat pertolongannya, Puak Xiao akan melalui rintangan ini dengan senang."
Mendengar bisikan daripada orang di sekelilinginya, Xun Er mengerut keningnya dan menumpukan matanya yang jelas itu pada lelaki yang berjubah hitam. Dia tidak tahu kenapa, tetapi dia terasa pergerakan lelaki itu, pertuturannya dan kelakuannya tidak selaras.
Selepas mengerut keningnya dan berfikir untuk masa yang panjang, Xun Er akhirnya hanya boleh membiarkan idea itu berlalu pergi sahaja.
"Haha, tuan, apa yang bawa tuan ke sini hari ini?" Menyediakan satu cawan teh dengan sendiri, Xiao Zhan bertanya dengan senyuman.
"Saya sedang melalui kawasan ini, jadi saya terfikir untuk melawat puak awak yang mulia ini. Saya bawa beberapa Penawar Asas yang mampu membantu beberapa remaja di puak awak." Di bawah jubah hitam itu, suara tokoh tersebut kedengaran amat riang.
Mendengar kata-kata orang berjubah hitam itu, Xiao Zhan melihat ke sekeliling tetapi dia tidak ternampak jejak Xiao Yan. Dia hanya boleh tersenyum kelat.
"Haha, keluarga Xiao tidak perlu memanggilnya, saya sudah bertemu dengan tuan muda. Dia merupakan seorang remaja yang bagus. Orang tua ini suka dia…" Melambai tangannya, dia menghentikan Xiao Zhan daripada memanggil seseorang untuk mendapatkan Xiao Yan. Nada lelaki berjubah hitam itu penuh dengan kekaguman yang tidak disembunyikan itu menyebabkan remaja di bawah jubah itu berasa malu.
Mendengar kata-kata lelaki berjubah itu penuh dengan kekaguman, mata semua orang di dalam dewan penuh dengan kecemburuan. Untuk mendapatkan penilaian tinggi daripada seseorang ahli alkimia berpangkat tinggi bukan sesuatu yang senang dicapai.
"Semua benda bagus hanya berlaku pada budak itu." Dia mengetap giginya penuh dengan ketidakrelaan, muka Xiao Ning penuh dengan cemburu.
Xiao Yu mengeluh. Tangannya yang seperti jed itu menyentuh pipinya, dia berbisik dengan senyap. "Adakah budak itu begitu bagus? Kenapa aku tidak pernah perasan selama ini?"
Mendengar pujiannya, muka Xiao Zhan mendedahkan satu senyuman besar dan di dalam matanya, satu kebanggaan boleh dilihat.
"Ketua Puak Xiao, baru-baru ini saya terdengar puak awak sedang berdepan dengan kesusahan, kan?" Sebelum senyuman Xiao Zhan mampu diregang sepenuhnya, ia dihentam dengan suara Yao Lao yang bersifat tindasan itu.
Mengangguk dengan tanda setuju, Xiao Zhan senyum kelat. "Sudah tentu tuan tahu tentang situasi Puak Xiao sekarang, kan?"
"Mhh, saya tahu hanya serba sedikit sahaja." Mengangguk, lelaki berjubah hitam itu mendedahkan satu senyuman.
"Ai, Puak Xiao sekarang, perniagaan kami tidak sampai separuh daripada dulu. Pada masa jangka panjang, saya takut pengaruh kami akan tenggelam ke bawah dan menjadi puak tahap kedua." Xiao Zhan mengeluh dalam penyesa;am dan mengerut keningnya. Dia kenampakan seperti telah kehilangan beberapa tahun pada waktu itu.
"Haha, sungguhpun saya tidak rapat dengan Puak Xiao, saya amat serasi dengan anak awak. Jika awak, Ketua Puak Xiao tidak takut dengan orang tua ini mempunyai niat jahat, apa kata kita bekerjasama?" Orang berjubah hitam itu tersenyum lembut.
Mendengarnya, Xiao Zhan terbingung seketika tetapi selepas itu dia menjadi gembira. Dia sebenarnya sedang tertunggu-tunggu dengan hasrat bekerjasama tersebut. Dia memberi satu renungan penuh keseronokan kepada ketiga-tiga tokoh tertinggi dan selepas itu, dia mengangguk tanpa ragu-ragu. "Tuan, kita mahu bekerjasama dengan awak."
Bantuan seseorang ahli alkimia peringkat kedua dan ke atas hanyalah sesuatu yang Puak Xiao mampu bermimpi. Xiao Zhan tidak terfikir puaknya akan berminat seorang ahli alkimia peringkat kedua dan mendengar kata-kata alkimia itu, Xiao Zhan menyimpulkan sebab ahli alkimia itu ingin menolong puaknya disebabkan oleh Xiao Yan. Dengan peluang sebegini, Xiao Zhan akan berlawan untuk peluang itu.
Melihat persetujuan Xiao Zhan, lelaki berjubah hitam itu mengangguk dan tapak tangannya yang putih itu muncul daripada jubah tersebut. Pada jarinya mempunyai satu cincin berwarna merah dan dengan satu pergerakan cepat, ia menyilaukan satu cahaya merah…
Melihat tapak tangan itu, putih seperti seorang remaja, Xiao Zhan terkejut. Tapak tangan itu memberi Xiao Zhan satu perasaan….yang sangat dikenalinya.
Tetapi Xiao Zhan tidak mempunyai masa untuk memikirkan tentang idea tersebut. Dengan segera, satu longgokan botol jed muncul atas meja.
Meja yang luas itu, dengan sekelip mata sahaja dipenuhi dengan botol-botol jed kecil. Meja itu tidak mempunyai tempat kosong langsung.
Merenung botol-botol jed yang muncul dari udara itu ke dalam dewan besar, selain daripada gadis berpakaian hijau di sebelah tingkap, semua ahli puak yang lain, terperanjat dengan kuantiti pil-pil di atas meja sehingga mereka hampir kehilangan oksigen.
"Sini ada 1283 botol ubat penyembuh, 'Serbuk Darah Beku'. Ia bukan dadah penyembuh paling berkualiti tetapi kalau dibandingkan dengan 'Serbuk Pengembalian Musim Bunga' Puak Jia Lie, kesannya lebih baik." Melihat semua orang yang terbingung dalam dewan tersebut, lelaki berjubah hitam itu mengenalkan "produknya' dengan selamba.
Xiao Zhan, dengan mulutnya yang terbuka besar itu, menarik satu nafas yang amat panjang. "Ini betul-betul satu perniagaan yang besar!"