Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 68 - Api Jantung Luruh

Chapter 68 - Api Jantung Luruh

Di dalam gua yang sempit itu, Yao Lao melihat Xiao Yan melatih Dou Qi-nya dengan mata tertutup. Menggosok matanya yang sedikit merah itu dengan tangannya, Yao Lao tahu kenapa Xiao Yan memilih teknik yang berbahaya ini. Emosi mula membina di dalam hatinya yang tua itu sambil dia memaling kepalanya ke arah langit. Dengan satu keluhan ringan, dia merungut, "Jangan risau, saya pasti akan mendidik awak sehingga awak menjadi Ahli Alkimia yang hebat…."

Selepas mencapai kemajuan sebagai seorang Dou Zhe, seseorang itu akan memiliki kelayakan untuk melatih satu Kaedah Qi. Selepas berlatih sebuah teknik, Dou Qi putih seperti susu yang tidak mempunyai atribut di dalam badan Xiao Yan bertukar kepada atribut yang sama dengan Teknik yang dipelajarinya.

Seseorang itu tidak memerlukan masa yang banyak untuk menukar Dou Qi mereka yang pertama, justeru itu selepas dua jam, Xiao Yan membuka matanya dengan perlahan daripada posisi kakinya yang bersilang itu.

Selepas melatih Teknik Dou Qi, Xiao Yan kelihatan penuh dengan semangat dan tenaga dibandingkan dengan sebelum ini. Dengan jiwa yang tinggi, mukanya yang muda itu bersinar lebih terang daripada sekeping jed yang cantik.

Xiao Yan mengelip untuk beberapa kali sambil menyesuaikan matanya kepada cahaya di dalam gua itu yang telah menjadi lebih cerah daripada sebelum ini. Tersenyum ringan, dia tahu peningkatan kepekaan ini adalah disebabkan oleh latihan Kaedah Qi.

"Adakah awak telah berjaya?" Yao Lao bertanya dengan senyuman di mukanya.

"Ya." Xiao Yan mengangguk sambil menghulurkan tangannya yang putih. Puting Beliung Qi di dalam badannya berpusar, satu aliran Dou Qi berwarna kuning pudar meninggalkan pusaran itu sebelum berhenti di titik akupuntur pada tapak tangannya.

 Melaksanakan Dou Qi hanya boleh dicapai oleh seseorang yang telah mendapat sekurang-kurangnya tahap Da Dou Shi. Keadaan Xiao Yan sekarang sangat jelas tidak mempunyai tahap kuasa sebegitu, oleh itu Dou Qi di dalam badannya tidak dapat dikeluarkan daripada titik akupuntur tapak tangannya. Dou Qi itu tersangkut menyebabkan tapak tangan cerah bermandi dalam warna kuning muda, seperti lilin yang sudah dibakar habis, hampir tidak dapat menutup kegelapan.

Kuning muda merupakan warna atribut api Kaedah Qi Tahap Huang Rendah. Lebih tinggi pangkat Kaedah Qi, lebih mendalam warnanya.

Mata Xiao Yan merenung tapak tangannya yang berwarna kuning muda kecil itu, dia menggeleng kepalanya dengan tidak bermaya. Menaikkan kepalanya, dia memaksa satu senyuman lalu berkata, "Sebelum 'Mantera Api' saya berevolusi, Dou Qi saya akan mempunyai pangkat lebih rendah daripada orang lain. Tidak perlu menimbangkan tahap yang lebih tinggi, saya pun tidak pasti jika saya dapat memenangi orang yang mempunyai tahap Kaedah Qi Tahap Xuan yang sama macam saya…"

"Walaupun 'Mantera Api' itu hanya Huang Rendah sekarang, kekuatannya tidak akan kalah kepada Huang Sederhana. Tambahan pula, walaupun Kaedah Qi ini amat lemah, bukankah awak masih ada Teknik-Teknik Dou awak? Tiga Teknik Dou Tahap Xuan sudah mencukupi untuk menutup jarak dalam Kaedah awak." Yao Lao tersenyum sambil memujuk Xiao Yan. Selepas seketika, dia menambahkan satu amaran. "Sejak Kaedah Qi awak lebih rendah daripada orang lain, ia juga bermakna tahap daya ketahanan awak tidak boleh dibandingkan dengan orang lain. Oleh itu, dalam pertarungan masa depan, awak perlu lebih cekap, tidak boleh membazirkan pergerakan awak dan setiap pergerakan awak mesti mengandungi kekuatan kuasa sepenuhnya. Pastikan awak menghabiskan pertarungan awak dengan cepat!"

Xiao Yan mengangguk sebagai tanda setuju, walau bagaimanapun muka dia mengerut seperti dia masih kemurungan.

Melihat wajah Xiao Yan ini dan mengenali personalitinya, Yao Lao menggeleng kepala dengan tidak bermaya. Tanpa alternatif yang lain, dia hanya boleh membayar hutangnya dan berkata, "Apabila awak telah memahiri ketiga-tiga Teknik Dou yang awak miliki sekarang, saya akan memberi awak satu lagi Teknik Dou yang baru. Awak pasti tidak akan dapat rasa begitu senang selepas ini. Awak tahu prinsip ini kan?"

"Pangkat apa?" Mata Xiao Yan menjadi cerah sambil bertanya dengan berhati-hati.

Yao Lao mengusap janggutnya dan berdengus selepas melihat riak wajah Xiao Yan yang berhati-hati itu. Yao Lao mempunyai perasaan marah namun gembira melihat riak wajah Xiao Yan. "Saya hanya boleh kata ia tidak akan lebih rendah daripada tahap 'Letupan Oktana'."

Pada kata-kata Yao Lao ini, muka Xiao Yan bertukar cerah semula seperti cahaya matahari. Letupan Oktana ialah Teknik Dou Tahap Xuan Tinggi. Apa lagi yang boleh lebih tinggi daripada itu?"

Tahap Di!

Walaupun Tahap Di hanya satu gred lebih baik daripada Tahap Xuan Tinggi, perbezaan di antara mereka amat besar. Dengan nasib baik dan kekayaan yang mencukupi, seseorang itu kadang-kadang akan dapat satu Teknik Dou Tahap Xuan Tinggi di lelongan yang bertahap tinggi. Namun, satu Teknik Dou Tahap Di boleh dikatakan mempunyai harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran sebab ia hanya boleh didapati di ibu negara Empayar Jia Ma. Harga satu Teknik Dou Tahap Tinggi Di boleh mencapai harga sangat tinggi sebanyak 10 juta syiling emas. Ini bersamaan dengan cukai satu tahun seluruh Empayar Jia Ma.

Walaupun ia hanya mempunyai perbezaan satu gred sahaja, harga di antara kedua-dua teknik ini adalah gandaan 100 kali. Daripada ini, ia boleh dilihat Tahap Xuan dan Tahap Di adalah satu konsep yang berbeza sekali.

Memikir tentang tahap legenda ini, perasaan Xiao Yan menjadi hangat dengan nafsu dan ingin merayu Yao Lao mengajarnya dengan serta-merta. Walau bagaimanapun, selepas memikirkan status dan hubungan di antara mereka berdua, dia memutuskan untuk meletakkan idea lucu itu di tepi dahulu.

"Cikgu, bila awak akan mengajar saya Alkimia?" Meletakkan fikirannya terhadap Teknik Dou Tahap Di itu di tepi, Xiao Yan bertanya sekali lagi.

"Alkimia ini tidak boleh dipelajari di dalam puak yang kecil ini." Yao Lao menjawab dan menggeleng kepalanya. Tersenyum, dia terus berkata, "Tambahan pula, sudah setengah masa telah berlalu sejak awak membuat perjanjian tiga tahun itu dengan Nalan Yanran. Ia adalah satu langkah bodoh untuk tinggal di Bandar Wu Tan. Kadar latihan di sini sangat perlahan. Lagipun, saya tidak dapat menggunakan beberapa kaedah latihan disebabkan oleh sebab-sebab yang rumit. Oleh itu, saya nak bawa awak pergi untuk satu pengembaraan latihan untuk satu tahun dan lebih."

"Lebih daripada satu tahun?" Mendengar ini, Xiao Yan menjadi ragu-ragu. Walau bagaimanapun, apabila dia memikirkan perempuan sombong itu, dia mengangguk kepalanya dengan tabah dan membalas, "Okey, satu tahun, lantaklah. Bila kita nak berlepas?"

"Biar kita tunggu untuk dua bulan lagi." Yao Lao tersenyum dan berkata.

"Kenapa nak tunggu lama sangat?" Xiao Yan bertanya kebingungan.

"Sebab satu bulan lagi adalah masa pengambilan pelajar baru untuk Akademi Jia Nan dan saya mahu awak pergi daftar diri." Yao Lao senyum ringan dan berkata.

Menunjukkan satu mata yang menyampah, Xiao Yan memaksa satu senyuman dan bertanya, "Apa lagi yang saya nak buat di sana? Satu bukan pun kekurangan Kaedah Qi atau Teknik Dou, apa lagi benda yang mereka dapat mengajar saya?"

"Saya bukan panggil awak pergi belajar di sana." Yao Lao memberinya Xiao Yan pandangan tajam sambil mengerut bulu keningnya. Merendahkan suaranya, Yao Lao berkata, "Awak perlu pergi ke Akademi Jia Nan untuk mencari sejenis 'Api Kesyurgaan'. Sebelum ini, saya telah mendapat informasi ada satu jenis Api Kesyurgaan dipanggil 'Api Jantung Luruh'. Api Kesyurgaan ini berada di pangkat ke-14 pada 'Senarai Api Kesyurgaan'! Kalau awak dapat mendapatkan Api Kesyurgaan itu, 'Mantera Api' awak kemungkinan boleh berevolusi…."

"Api Jantung Luruh?"

Xiao Yan berbisik dengan suara rendah terhadap nama pelik ini kepada diri sendiri sambil matanya menjadi terang dengan keriangan.