Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 69 - Kemarahan Xun Er

Chapter 69 - Kemarahan Xun Er

Selepas menyelesaikan semua benda, Xiao Yan keluar dari gua yang sempit itu. Mengikut satu jalan lorong gunung, dia mendaki ke atas gunung dengan senyap dan memandang ke kiri dan ke kanan untuk memastikan orang tidak berhampiran. Akhirnya, menghembus nafas lega, dia mengambil langkah besar dan berjalan terus ke arah rumahnya.

Kembali ke puaknya dengan selamba, Xiao Yan terserempak dengan ketiga-tiga Tokoh Tertinggi Puak yang sedang tergesa-gesa itu dan berjalan melepasi Xiao Yan lalu menggosok bahunya di depan halaman hadapan. Menghentikan langkahnya untuk seketika, Xiao Yan terasa bingung pada muka ketiga-tiga Tokoh Tertinggi tersebut yang nampak muram dan marah.

"Siapakah telah menyinggung perasaan mereka?" Terkejut, Xiao Yan menggeleng kepala dan berpusing ke belakang dan ternampak seorang gadis yang berpakaian hijau keluar daripada laluan tepi untuk berdiri di depannya dengan angkuh tetapi mempesonakan.

Pada pandangan Xun Er yang berwajah comel dan tersenyum itu, jantung Xiao Yan berhenti untuk seketika. Memikirkan balik pertanyaan Yao Lao di gua tadi, muka dia menjadi panas dan dia memandang ke langit seperti sedang berfikir selepas terasa bersalah.

Sedikit terperanjat dengan perangai Xiao Yan yang pelik ini, ia hanya seketika kemudian yang Xun Er menggeleng kepalanya apabila dia tidak dapat memikirkan sebab di belakang pertukaran perangai Xiao Yan. Mengambil langkah ke depan, dia memandang Xiao Yan dengan teliti dan satu muka terkejut terpapar pada mukanya. Kedua-dua tangan di belakang, Xun Er mencondong ke depan sehingga hanya mempunyai jarak 1 cm di antara mereka, dia tersenyum dan berkata, "Abang Xiao Yan, awak telah mencapai Dou Zhe?"

Ditenggelami oleh bau wangi dan nafas hangat yang ditiup ke mukanya, Xiao Yan kehilangan waras untuk seketika. Menggeleng kepala dengan kuat untuk mematahkan jampi itu, dia memaksa hatinya yang berdebar dengan pantas itu menjadi perlahan. Menepuk kepala gadis muda di depan yang setingginya itu, dia berkata dengan dengki, "Kenapa awak tak boleh biar saya beritahu awak sendiri untuk saya memuaskan hati saya?"

Mendengar ini, mata Xun Er melengkung sedikit menjadi satu bentuk bulan sabit yang cantik dan ayu. Seperti biasa, dia menghulurkan tangannya yang cerah dan cantik itu dan mula melicinkan kedutan pada pakaian Xiao Yan.

Dahulu, apabila Xiao Yan dilayan sebegini oleh Xun Er, dia tidak memikirkan benda-benda yang bukan. Namun hari ini, selepas perasaan hatinya telah didedahkan oleh Yao Lao, dia terganggu oleh layanan sebegini.

Berdekatan dengan laluan tersebut, ahli puak yang lain akan melaluinya dengan kadang-kala. Pada pandangan mereka, Xun Er sedang menolong Xiao Yan mengemaskan bajunya seperti seorang isteri, mereka tidak dapat menahan diri daripada terasa cemburu.

Menaikkan kepalanya untuk melihat muka Xiao Yan yang sempurna itu, satu utas rambut hitam halus terjatuh dari dahinya. Ia menjadikan matanya lebih besar dan menunjukkan satu pemandangan yang amat menyentuhkan.

Memandang kosong pada Xun Er, pernafasan Xiao Yan menjadi laju dan renungannya penuh dengan ghairah.

"Abang Xiao Yan….awak, apa yang awak sedang pandang." Xun Er bersungut dengan senyap selepas dia menolong Xiao Yan mengemaskan bajunya daripada kedutan. Dia akhirnya menyedari renungan ghairah tersebut dan pipinya menjadi merah sebagai balasan.

"Ah? Oh….." Muka Xiao Yan bertukar merah jambu. Nasib baik kulitnya lebih tebal daripada kulit Xun Er. Selepas memalsukan dua batuk, dia menjawab dengan selamba. "Tiada apa-apa. Cuma Xun Er sudah menjadi lebih cantik."

Mendengar kata-kata Xiao Yan, Xun Er tidak membalas dan berdengus. Walau bagaimanapun, bibirnya yang merah seperti ros itu naik membentuk satu air muka yang senang.

"Oh, kan…." Mengingat kembali sesuatu, Xun Er memberi Xiao Yan satu renungan tajam badan Xiao Yan sekali lagi sebelum bertanya dengan lembut, "Kalau Abang Xiao Yan sudah mencapai tahap Dou Zhe, jadi awak telah belajar satu Kaedah Qi?"

Riak wajah Xiao Yan menjadi tegang dan dia mengangguk dengan malu sebagai tanda pengesahan.

Jari-jemari cantik menekan dagunya yang putih seperti sajli, Xun Er ketawa riang dan berkata, "Bolehkah awak bagi Xun Er tengok apa tahap Kaedah Qi itu?"

"Kof...Kof….Uh Kaedah Qi itu….cumalah satu objek. Kalau ia berkesan, tahapnya bukanlah penting sangat, kan?" Xiao Yan membalas dan memberikan satu tawa kosong.

Melihat riak wajah Xiao Yan, satu kilauan berbahaya mula bermuncul dalam mata Xun Er, namun nadanya masih lembut lalu dia berkata, "Abang Xiao Yan, awak bagi Xun Er tengok….."

Melihat kedegilan Xun Er, Xiao Yan tidak dapat berbuat apa-apa kecuali menghulurkan tangannya. Selepas seketika, satu sinaran cahaya kuning muda yang lemah muncul.

"Abang Xiao Yan, adakah ini Teknik yang awak kata lebih baik itu?" Memandang sinaran cahaya kuning muda yang nampak seperti hampir dipadamkan, muka Xun Er betukar menjadi tidak gembira. Bibir merahnya mengerut sambil mempamerkan satu ketidakpuasan di hatinya.

Xiao Yan ketawa kekok dan tidak tahu bagaimana ini menjelaskan kepada Xun Er.

"Kau patut tahu kalau kau memiliki satu Kaedah Qi Tahap Tinggi pada peringkat awal, kau akan bermanfaat untuk latihan pada masa depan. Namun kau menolak aku. Xun Er bukan menganggap kau sebagai satu kebajikan. Paling buruk pun, kau boleh mengembalikan Kaedah Qi itu dan mendapatkan yang lebih baik. Walau bagaimanapun, kau melatih Kaedah Qi peringkat paling rendah, bukankah perbuatan kau ingin menyakitkan hati aku?" Mata Xun Er terbeliak besar sambil merenung tajam Xiao Yan dalam kemarahan. Bulu mata Xun Er yang panjang itu kenampakan lembap.

Mampu membuat Xun Er yang kebiasaan bersifat manis itu menggunakan pertuturan sebegini, seseorang itu boleh membayangkan betapa keliru dan marah Xun Er terhadap tindakan Xiao Yan.

Mata Xiao Yan jatuh pada Xun Er yang sedang menggigit bibirnya sambil menunggu satu jawapan daripadanya, Xiao Yan menggeleng kepala dengan tidak bermaya. Dia memaksa satu senyuman dan membalas dengan nada rendah. "Kita sudah tinggal bersama untuk 10 tahun, awak masih tidak memahami saya? Adakah awak fikir saya jenis orang yang akan melepaskan satu Kaedah Qi Tahap Tinggi dan belajar satu Kaedah Qi Tahap Rendah seperti seorang si bodoh?"

"Tetapi Kaedah awak….tidak dinafikan adalah Tahap Huang Rendah, saya boleh rasa." Xun Er yang degil itu berkeras selepas mendengar penjelasan Xiao Yan. Walaupun kemarahan pada mukanya sudah mulai hilang.

"Awak tidak boleh menilai sesuatu dari rupanya. Sekarang ia tidak selesa untuk saya memberitahu awak segala butirnya tetapi pada satu hari nanti, awak akan faham. Keadaan saya hari ini membuatkan emosi saya mengaburi keputusan saya…." Xiao Yan berkata dengan senyuman lembut.

"Betul?" Merenung muka Xiao Yan yang serius itu, Xun Er berdiam diri sebentar sebelum bertanya dengan ragu-ragu sekali lagi.

"Ya, betul. Sudah tentu ia benar…." Xiao Yan mengangguk kepalanya dengan pantas. Ketakutan dengan Xun Er terus bertanya tentang isu tersebut, dia menukar topik dengan serta-merta. "Adakah sesuatu telah berlaku di puak kebelakangan ini? Kenapa tokoh-tokoh semua mempunyai wajah yang tidak selesa?"

"Ya, baru-baru ini Puak Jia Lie dapat undangan satu peringkat pertama Ahli Alkimia tidak tahu dari mana. Pada hari ini, pasaran mempunyai satu penawar yang baru dipanggil "Serbuk Pengembalian Musim Bunga". Penawar ini murah namun efektif, membuatkan ia diterima dengan baik dan disukai oleh peniaga-peniaga di Bandar Wu Tan." Xun Er mengangguk dan mengerut bulu keningnya dan terus menjelaskan, "Disebabkan oleh pengaruh 'Serbuk Pengembalian Musim Bunga' ini, orang-orang di tempat pasar Puak Xiao berkurang hampir separuh daripada yang biasa dan disebabkan oleh kerugian ini, peniaga-peniaga di pasar kita telah berpindah ke Tempar Pasar Puak Jia Lie. Walaupun ia hanya beberapa hari, Puak Xiao telah menderita daripada segi ekonomi. Hal ini membuatkan Pak Cik Xiao sangat risau."

Mendengar ini, Xiao Yan mengangguk kepalanya. Tidak patutlah ketiga-tiga Tokoh Tertinggi itu mempunyai air muka yang muram.

Xiao Yan mengecilkan matanya dan menggosok hidungnya, sambil berbisik di dalam hatinya. "Cuma peringkat pertama Alkimia, adakah Puak Jia Lie fikir mereka itu hebat sangat?"