Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 56 - Akademi Jia Nan

Chapter 56 - Akademi Jia Nan

Hari ini hari yang paling sibuk di dalam tempoh 6 bulan untuk Rumah Lelong Premier. Di dalam bilik penyambut tetamu yang besar dan luas itu, orang ramai sedang berbual dan bergerak ke sana sini menyebabkan kumpulan Xiao Yan sakit kepala. Bunyi bising itu seolah-olah seperti nyamuk sedang berterbangan dekat telinga dan tidak mahu meninggalkan mereka.

Melihat orang ramai yang berkumpul rapat sehingga semut pun tidak dapat mencelah, Xiao Zhan menggeleng kepala dengan tidak bermaya. Cara terbaik untuk melalui tempat tersebut dengan kehadiran pengawal keselamatan rumah lelong untuk membantu mengiringi kumpulan ini melalui pintu masuk "VIP".

Di dalam Rumah Lelong, walaupun masih ramai, lebih aman. Xiao Zhan melihat sekeliling dengan Xiao Yan dan beberapa ahli puak dengan selamba sambil mencari tempat duduk mereka.

Duduk bersandar di sebuah kerusi di sudut, Xiao Yan melihat dewan itu dengan wajah bosan tanpa sebarang kerisauan di dunia ini.

"Kak, dalam setengah tahun lagi, masa pengambilan pelajar untuk Akademi Jia Nan akan bermula, kan?" Xiao Yan yang hampir tertidur terdengar pertanyaan Xiao Ning. Sebutan nama istimewa itu menyebabkan kening Xiao Yan naik dengan minat.

Akademi Jia Nan, merupakan akademi Dou Qi terkenal di Tanah Besar Dou Qi, mempunyai kekuatan yang melampaui imaginasi orang biasa-biasa. Ia dikatakan seseorang itu perlu berada di tahap Da Dou Shi untuk menjadi seorang guru di Akademi Jia Nan. Dan, malahan Kaum Awan Berkabus yang terkenal itu tidak dapat menandingi kekuatan Akademi Jia Nan.

Di Tanah Besar Dou Qi, akademi-akademi sesuatu yang berbeza daripada puak. Jika seseorang itu menyertai satu puak, mereka bukan sahaja dihadkan oleh puak mereka tetapi mereka juga perlu menjaga perbuatan dan tingkah laku mereka kerana ia akan mencerminkan puak mereka. Sebuah akademi pula berbeza kerana semua hubungan akan diputuskan selepas menerima ijazah!

Walaupun pepatah mengatakan manusia bukan haiwan yang tidak berperasaan, di menara gading seperti akademi, pelajar akan terikat kerana kesetiaan atau kasih sayang terhadap akademi tersebut dengan senang. Selepas pengijazahan, perasaan samar ini akan menjadi sebab kenapa siswazah sanggup menyokong akademi dengan seluruh kemampuan mereka.

Pertolongan seseorang itu mungkin tidak akan membawa perbezaan yang banyak tetapi jika terdapat beribu-ribu orang yang membantu, ia akan menjadi satu kuasa yang kuat,... dan ini, matlamat akademi.

Mendaftar masuk ke sebuah akademi ialah cara paling mudah untuk mendapatkan Teknik Dou dan Kaedah Qi. Dan untuk akademi seperti Jia Nan, jika pencapaian seseorang itu sangat bagus, dia akan menarik minat seorang guru, yang akan membuka pintu ke Kaedah Qi bertahap tinggi dan Teknik Dou. Dengan kedua-duanya di tangan mereka, jarak untuk menjadi seorang Dou Zhe akan disingkatkan.

Kaedah Qi, Teknik Dou dan Pil Alkimia merupakan ketiga-tiga benda yang dicari-cari oleh kebanyakan orang di Tanah Besar Dou Qi. Akademi Jia Nan menguasai dua daripada ketiga-tiga benda ini, oleh itu ramai orang di seluruh tanah besar percaya jika mereka mendaftar masuk ke Akademi Jia Nan, seseorang itu tidak akan lagi risau tentang masa depan mereka. Semua orang yang mendapat ijazah daripada Akademi Jia Nan ialah bakat yang selalu dicari-cari oleh pihak tertentu.

Oleh itu, setiap tahun, remaja di seluruh Empayar Jia Ma akan mencari idea untuk menyertai Akademi Jia Nan.

Justeru itu, Akademi Jia Nan merupakan tempat yang bagus, walau bagaimanapun, kriteria pendaftaran ialah ketat. Untuk mencapai 9 Duan Qi sebelum umur 18!

Kriteria ini menyekat ramai yang tidak berbakat dan akhirnya hanya orang yang betul-betul berbakat dapat memasuki Akademi Jia Nan.

…..

Mendengar pertanyaan Xiao Ning, Xiao Yu memberi satu anggukan kecil. Merenung Xiao Yan dengan segera, dia berkata dengan bangga, "Jangan risau, awak sudah memenuhi kriteria itu. Tambahan pula, orang yang bertanggungjawab untuk pengambilan pelajar di Bandar Wu Tan cikgu saya, seorang berbintang 5 Da Dou Shi. Kehadiran saya di sini untuk memberi kata-kata baik untuk awak, tentu tidak ada masalah untuk awak langsung."

"Haha, bagus." Mendengar jawapan Xiao Yu, muka Xiao Ning menjadi terang seperti mercun api dan mengangguk dengan gembira.

Mendengar perbualan di antara kakak dan adik itu, bibir Xiao Yan mengetap sedikit. Sebelum ini, dia hendak memasuki ke Akademi Jia Nan dengan harapan untuk mencari Teknik Dou dan Kaedah Qi yang berperingkat tinggi. Tetapi sekarang, dia mempunyai Yao Lao yang asalnya masih satu misteri, sebagai gurunya, Akademi Jia Nan tidak lagi menarik minat Xiao Yan.

"Abang Xiao Yan tidak merancang untuk mengambil ujian pendaftaran untuk Akademi Jia Nan dalam setengah tahun lagi?" Xun Er bertanya dengan lembut, selepas menyedari muka Xiao Yan yang tidak berminat itu.

Xiao Yu mengangkat keningnya dan merenung ke arah mereka berdua, dia sudah merancang dengan baik jika budak itu ingin mencuba masuk ke Akademi Jia Nan, dia akan memberitahu cikgunya untuk menyusahkan Xiao Yan sedikit.

Xiao Yan menggosok hidungnya dan menjawab dengan malas, "Tak berminat. Apa yang saya akan dapat belajar dengan budak-budak pengecut? Jika saya mahu Teknik Dou, melompat dari puncak tebing untuk mencari harta karun pun lebih seronok."

"Humph, nada yang sombong nampaknya. Kau rasa sebuah Akademi akan merayu untuk kau menyertai mereka? Janganlah sombong sangat kerana kau dianugerahi bakat. Terdapat ramai orang di Akademi Jia Nan yang dapat menandingi kau. Sebenarnya, tidak memasuki akademi lebih baik untuk kau, dengan keperibadian kau yang hasad dengki ini, kau akan mencari satu dunia penuh dengan pukulan sahaja." Mendengar Xiao Yan memperkecil-kecilkan akademi kebanggaannya, Xiao Yu menyampuk dengan dingin dan mukanya bertukar menjadi muram.

Xiao Yan memaling pandangannya ke arah Xiao Yu, tepi mulutnya melengkung ke bawah, namun dia tidak menghiraukannya. Janji dengan Nalan Yanran perlu dipenuhi dalam masa kurang daripada 2 tahun. Matlamat Xiao Yan sekarang adalah untuk mengatasi perempuan itu.

Tidak banyak masa yang tinggal tetapi perbezaan di antara mereka adalah terlalu jauh. Xiao Yan tidak percaya ada sesiapa di Akademi Jia Nan dapat membantunya mengatasi Nalan Yanran dalam masa dua tahun.

Jika mereka tidak dapat menolongnya, kenapa dia perlu mendaftar dengan akademi yang buruk itu? Kecuali jika mereka mengajarnya Seni Alkimia seperti Yao Lao? Tetapi jika pun mereka boleh, bolehkah mereka menandingi kemahiran Yao Lao?

Menggeleng kepala, Xiao Yan memutuskan untuk tidak berdebat dengan Xiao Yu. Melihat ke sekeliling, dia ternampak dua ahli puak besar yang juga telah memasuki ke rumah lelong itu.

Namun setelah orang ramai melaluinya, Xiao Yan terasa satu renungan dingin. Berpaling dengan perlahan, dia menyedari renungan itu datangnya dari orang yang bergaduh dengannya di pasar, Jia Lie Ao.

Sekarang, tuan muda Puak Jia Lie sedang memandang tajam Xiao Yan dengan niat jahat sambil memandang tubuh Xun Er di sebelahnya dengan muka bernafsu. Ini menyebabkan Xiao Yan memandang balik dan terpancar satu senyuman jahat daripada tuan muda itu.

Memandang Jia Lie Ao yang mulutnya terbuka dan tertutup itu, Xiao Yan hampir-hampir tidak dapat mentafsir niatnya. "Sampah tak berguna Puak Xiao, kau akhirnya menyelesaikan Upacara Kedewasaan kau, kan? Jangan sampai aku ternampak kau di Bandar Wu Tan….kalau tidak… heh heh!"

Menjeling pada Jia Lie Ao yang ketawa terbahak-bahak, Xiao Yan tersenyum sedikit dan cahaya kental berpancar dari matanya.