Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 57 - Iklan

Chapter 57 - Iklan

Merenung dingin, Xiao Yan tidak bertindak tetapi dia menggulung kesemua jejarinya sambil mengeluarkan satu daya tarik dan tolak di tapak tangannya seperti tangannya bernyawa dan bernafas.

Selepas memperbaiki "Tangan Vakum" dan "Tapak Api" untuk setahun lebih, Xiao Yan, walaupun tidaklah boleh mengatakan kemahirannya sudah mencapai tahap kesempurnaan, dia berani berkata dia mampu bertukar kedua-dua teknik itu dengan licin. Jika Xiao Yan ingin bertarung dengan seseorang, dia tentu mampu mengeluarkan kedua-dua Teknik Dou itu sekali dan mencederakan orang itu.

Di sebelahnya, Xun Er menjeling ke arah Jia Lie Ao, satu senyuman kecil terukir di bibirnya. "Abang Xiao Yan, nampaknya orang itu sudah menjadi lebih kuat daripada sebelum ini….."

Xiao Yan mengangguk tanda bersetuju dan membalas dengan tenang, "Sebelum ini di tempat lelong, ayah dia telah memenangi satu Kaedah Qi Tahap Xuan Tinggi Atribut Angin. Sudah setahun berlalu dan ini tentu memberi Si Jia Lie, seorang Atribut Angin masa yang mencukupi untuk menukar Dou Qi lamanya kepada Kaedah Dou Qi dan kerana itu dia sekarang lebih kuat."

"Hehe, patutlah dia begitu sombong. Adakah dia rasa Teknik Xuan Tahap Tinggi itu sesuatu yang jarang?" Xun Er menjawab dengan senyuman. Di dalam matanya yang sejelas kristal, satu api keemasan ringan sedang menari dengan liar.

Xiao Yan tersenyum sambil menggeleng kepalanya dan dengan kiasan bersenda gurau, dia berkata, "Untuk seorang gadis berada macam awak tentulah boleh mengeluarkan kualiti Kaedah Qi Tahap Xuan Tinggi daripada udara, sudah tentu ia bukanlah benda yang sukar didapati."

Mendengar kata-kata sindiran Xiao Yan, Xun Er mengerut hidungnya yang putih dan ayu itu. Menjawab kelat dengan perasaan menyampah, "Sungguhpun ia susah didapati, bukankah Abang Xiao Yan sudah menolaknya?"

Mendengar kata-kata Xun Er, Xiao Yan tersenyum malu. Menghalakan dagunya ke arah pentas, dia berkata, "Lelong sudah nak bermula…."

Melihat kepura-puraan Xiao Yan tidak mempedulikan balasan Xun Er, dia hanya boleh menggeleng kepalanya dengan sakit hati sambil memandang ke arah pentas lelong yang tiba-tiba menjadi terang.

Di bawah perhatian ramai, Ya Fei yang sedang memakai gaun berwarna merah, berjalan ke atas pentas. Pakaian merah itu membalut badan Ya Fei dengan ketat menyebabkan renungan penonton menjadi penuh dengan api keghairahan.

Dengan wajah menawan, Ya Fei menutup bibirnya yang mempesonakan itu di belakang tangannya, berdepan dengan penonton di bawah dan memberikan satu tawa menawan lalu berkata beberapa patah perkataan kepada orang ramai. Dengan karakternya, dia mampu membawa penonton ke satu alam penuh dengan keghairahan.

Merasakan perasaan seronok yang sedang terjadi, Xiao Yan juga tidak dapat bertahan daripada mengecap-ngecap bibirnya. Ya Fei betul-betul layak digelar Ketua Jurulelong Rumah Lelong Premier. Dengan hanya beberapa perkataan, dia sudah mengubah lelaki lemah nafsu kepada raksasa yang mempunyai kepala penuh dengan nafsu seks. Pada saat ini, jika Ya Fei ingin melelong satu batu kecil pun, ramai orang akan membeli batu itu dengan harga yang tinggi.

Melihat atmosfera dewan menjadi panas, Ya Fei terasa puas hati dengan diri sendiri. Latihan selama bertahun-tahun menyatakan kecantikan itu boleh mengawal seseorang lelaki. Bibirnya yang merah membentuk satu senyuman yang mengundang dan renungan beralih ke seluruh bilik dan meneliti semua benda di dalamnya. Apabila dia ernampak seorang pemuda di sebelah Xiao Zhan, Ya Fei tidak dapat menahan diri daripada merasa sedikit terkejut.

Walaupun renungan pemuda itu sedang melihat platform, mata hitam yang sedang menari ke sekeliling bilik itu memberitahu Ya Fei pemuda itu tidak ditawan oleh aksinya dan hal ini menyebabkan kening hitam Ya Fei terangkat dengan kehairanan.

Mengalihkan renungannya daripada Xiao Yan, bibir merah Ya Fei terbuka dan satu tawa lembut kedengaran. Menepuk tangannya, dia tersenyum dan berkata, "Ya Fei tahu kenapa semua orang ada di sini hari ini, oleh itu kita lupakan pembuka selera hari ini. Sebaliknya, kami akan bermula dengan acara utama hari ini."

Menghabiskan kata-katanya, Ya Fei melambai tangannya dengan ringan, lampu di pentas menjadi samar. Memberi satu tundukan kepada orang ramai, Ya Fei mengeluarkan satu pinggan jed dan di tengah-tengah pinggan itu mempunyai satu Botol Jed Putih yang kecil.

Melihat kemunculan botol jed itu, pandangan penonton membara dengan penuh idaman. Satu demi satu, mereka menggosok tangan bersama dengan harapan untuk mendapatkan satu botol untuk mereka sendiri.

"Adakah sesiapa yang ingat Penawar Asas daripada lelong yang lepas? Penawar Asas hari ini juga ditapis oleh ahli alkimia yang sama. Tok guru Rumah Lelong Gu Ni telah memberi keyakinannya terhadap keberkesanan dan kualiti Penawar Asas hari ini ialah sama, jadi semua orang tidak perlu risau." Ya Fei berkata sambil tersenyum lembut. Tiba-tiba memaling ke arah Xiao Yan, dengan senyuman lembut dan menawan, dia bertambah. "Sebelum ini, Penawar Asas ini dibeli oleh Ketua Puak Xiao, Xiao Zhan dan selepas pembelian itu, Tuan Muda Xiao Yan telah melompat daripada 3 Duan Qi kepada 8 Duan Qi dalam satu tahun, sama ada ia disebabkan oleh Penawar Asas…. Haha, Ya Fei hanya boleh teka." Sampai ke pengakhiran, di dalam mata ayu Ya Fei, satu pancaran kelicikan boleh ternampak.

Mendengar kata-kata Ya Fei, semua mata beralih ke barisan hadapan dan mendarat pada seorang pemuda iaitu Xiao Yan. Cungapan terkejut kedengaran di sekeliling dan walaupun khabar mempunyai kelajuan melatih yang melampau itu sudah merebak ke seluruh Bandar Wu Tan, ramai orang masih tidak pernah menyaksikannya.. Oleh itu, dengan eluang untuk berjumpa dengan Xiao Yan, ramai orang tidak dapat bertahan tetapi mengeluh dalam keseronokan. Pada masa yang sama, ia juga menguatkan penyabitan semua orang untuk memperolehi Penawar Asas untuk diri sendiri.

Tidak jauh dari situ, melihat Xiao Yan di tengah-tengah perhatian orang ramai, sudut bibir Jia Lie Ao melengkung kepada sindiran dan mukanya penuh dengan perasaan menghina.

Di bawah perhatian orang ramai, Xiao Yan duduk di kerusi dengan tidak selesa. Di dalam hatinya, dia tidak tahu jika dia ingin menangis atau ketawa. Perempuan ini sangat licik, dia menggunakan Xiao Yan untuk beriklan dengan percuma. Sebagai spesimen hidup di sini, harga Penawar Asas itu akan meningkat paling kurang-kurang pun 20% atau 30%.

"Haih, perempuan ini…. sangat membazirkan jika dia tidak menjadi seorang peniaga."

Mengeluh sekali lagi, walaupun Xiao Yan dikacau oleh renungan sekeliling, dia teringat balik barang yang akan dilelongkan itu hasil darinya dan oleh itu dia hanya mampu menggeleng kepalanya dengan hampa dan memberi satu renungan dingin kepada Ya Fei yang tersenyum itu.

Ya Fei tidak mempedulikan renungan Xiao Yan dan sebaliknya dia membalas dengan satu senyuman menawan, matang dan mempesonakan, menyebabkan beberapa lelaki di belakang Xiao Yan menelan air liur.

"Untuk botol pertama Penawar Asas, harga lelong akan bermula pada harga 15,000!"

Di atas pentas, Ya Fei penuh dengan senyuman sambil menyatakan harga yang tinggi. Dia telah menambahkan harga Penawar Asas itu sebanyak dua kali ganda daripada nilai asalnya.

"Kejamnya….." Di bawah pentas, mendengar harga yang disebutkan, mulut Xiao Yan ternganga dalam kekaguman sambil menggeleng kepalanya di dalam hati. Seperti yang dijangkakan, perempuan merupakan makhluk ciptaan Tuhan paling kejam.