Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 58 - Harga Tinggi

Chapter 58 - Harga Tinggi

Sungguhpun seluruh dewan senyap sunyi selepas Ya Fei mengumumkan harga permulaan itu, namun, seorang pemuda yang perhatiannya terganggu dek Ya Fei menjerit, "16,000!"

Selepas memanggil harganya, wajah pemuda itu yang pucat cuba berlagak santun dengan menundukkan kepala. Walau bagaimanapun, matanya sedang melihat dengan bernafsu pada payu dara Ya Fei yang matang itu.

Di dalam hatinya, mengejek pemuda yang memberikan tumpuan kepada tubuh Ya Fei, Ya Fei terus mengekalkan senyumannya dan bertanya pada orang lain, "Ada tawaran lain? Adakah sesiapa yang ingin membida?"

"17,000!"

"19,000!"

Dalam kalangan orang ramai, pentas itu mula bergema dengan panggilan harga selepas harga asal diumumkan. Pemanggil pertama tadi kelihatan malu apabila harga panggilan asalnya telah ditewaskan oleh dua atau tiga orang lain dan dia duduk dengan segera.

Mendengar panggilan harga yang tidak terhenti-henti, Xiao Yan tidak dapat menahan daripada terasa terkejut dan tercungap terperanjat. Para pembeli mahu Penawar Asas itu sampai ke satu peringkat di luar jangkaan Xiao Yan. Nampaknya, memberi masa kepada Rumah Lelong Premier untuk menyebarkan berita tentang Penawar Asas ialah satu keputusan yang bijak.

Ketiga-tiga puak penting memegang posisi penonton terhadap Penawar Asas itu dan oleh itu, parti-parti yang lemah mengambil peluang ini dan mula memanggil harga yang mereka sanggup bayar. Mereka semua ingin merebut Penawar Asas kerana, sesuatu benda, seperti Penawar Asas yang mampu meningkatkan Dou Qi seseorang jarang terdapat di seluruh Empayar Jia Ma.

Selepas setengah jam harga tersebut dipanggil, Penawar Asas yang pertama dijual dengan bidaan yang mula tergantung pada 47,000.

Melihat wajah gembira pembeli gemuk itu, Xiao Yan menjadi tergamam. Dia tidak sangka orang mahu Penawar Asas itu lebih gila daripada ayahnya… Kosnya cuma berharga agak-agak 1,000 syiling emas, tetapi di sini ia dijual untuk 10 kali ganda harga tersebut. Dengan margin keuntungan yang begitu tinggi, air liurnya meleleh.

Xiao Yan mengambil seketika untuk berfikir, menggaru dagunya dan mengelip. Jika dia tidak terserempak dengan Yao Lao, adakah dia akan mempunyai kemewahan untuk menggunakan Penawar Asas setiap hari?

Melihat Penawar Asas yang dijual dengan harga yang sebegitu tinggi, Ya Fei hanya boleh mengeluh lega dan berfikir tersendiri. 'Dengan harga ini, adakah alkimia misteri itu akan berpuas hati? Ia lebih bagus kalau alkimia misteri itu mempunyai tanggapan yang lebih baik terhadap Rumah Lelong Premier!'

Ya Fei berpusing ke belakang untuk melihat semua orang yang mengisi rumah lelong tersebut, selepas menggeleng kepalanya daripada fikiran bukan-bukan. Dengan satu tawa, dia memandang botol jed putih di tangannya. "Penawar Asas yang 6 lagi akan dibahagikan dan dijual sebagai 3 kumpulan terdiri daripada 2 botol. Setiap kumpulan ini akan bermula dengan harga 30,000 syiling emas!"

Memandang tajam kedua-dua botol Penawar Asas itu, orang ramai menjadi diam. Mereka melihat ketiga-tiga puak berkuasa itu berdiri tidak jauh dari situ dan hanya untuk seketika. Tetapi waktu seketika itu telah memberikan satu jawapan ketiga-tiga puak ini akan mengambil tempat mereka.

"31,000." Ketua Puak Jia Lie, Jia Lie Bi berdiam seketika selepas pengumuman panggilan harga asal, dan dengan perlahan dia memanggil bidaannya.

"Hehe, Jia Lie Bi, adakah Kaedah Qi yang kau beli masa itu sudah menghabiskan perbendaharaan puak kau? Macam mana kau boleh begitu kedekut? Tak boleh panggil 1,000 lebih tinggi ke?" Ao Ba Pa memerli Jia Lie Bi selepas mendengar panggilan harganya.

Mengetap bibir, Jia Lie Bi merenung tajam Ao Ba Pa dengan satu mata. Daripada memerli balik Ao Ba Pa, dia merenung balik botol jed putih di atas pentas itu.

"35,000." Jerit Ao Ba Pa. Dia memberi pandangan sindiran kepada Jia Lie Bi semasa memanggil bidaannya.

"38,000." Jia Lie Bi mengikut selepas itu.

"45,000." Ao Ba Pa terus merangsang ketua puak itu.

"50,000." Pada masa harga itu dipanggil, tangan Jia Lie Bi mula menggeletar. Walaupun ia sesuatu yang susah untuk dia mengaku, seperti yang dikatakan oleh Ao Ba Pa tadi, Puak Jia Lie sudah menggunakan simpanan beberapa tahun untuk membeli Kaedah Qi Tahap Xuan Tinggi. Oleh itu, pendapatan Puak Jia Lie sudah merosot lebih daripada 20% ke 30%.

"55,000."

"56,000…"

Penonton yang lain hanya boleh mengeluh dengan kesal melihat lagak kedua-dua ketua puak tersebut. Walaupun mereka mempunyai dana yang mencukupi, ia masih kurang kalau dibandingkan dengan ketiga-tiga puak terbesar itu. Lagipun, setiap tiga puak hebat di Bandar Wu Tan mempunyai sekurang-kurangnya 3 Da Dou Shi yang kuat!

Meskipun kuasa ekonomi merupakan tiang penting untuk menyokong sesebuah puak, jika mereka tidak mempunyai kuasa tentera untuk melindungi kuasa ekonomi, dengan kekayaan seluruh dunia pun tidak akan mencukupi.

Oleh itu, penonton yang lain hanya boleh mengelakkan diri daripada memasuki perlawanan lelong di antara dua puak tersebut, sambil sekali-sekala memandang ke arah Puak Xiao yang masih berbelah bahagi.

Apabila Penawar Asas itu meningkat sehingga 73,000, muka Jia Lie Bie yang pucat lesi seperti abu akhirnya menarik diri. Dengan keadaan puaknya sekarang, dia tidak mampu untuk membelanjakan wang sebegitu banyak.

Melihat muka pucat Jia Lie Bi, Ao Ba Pa menarik balik badannya dengan riang, satu senyuman senang hati menerangkan pada mukanya.

Semasa kedua-dua ketua puak itu berlawan harga, Ya Fei memerhatikan mereka dari pentas sambil mengekalkan senyumannya. Renungannya sekarang umpama seekor serigala sedang memerhatikan seekor kambing biri-biri gemuk. Hanya selepas harga terakhir lelong itu diumum, barulah Ya Fei dengan tidak rela mengetuk tukul ke bawah.

Apabila Ya Fei sekali lagi menolak ke hadapan satu set Penawar Asas, Xiao Zhan yang bersenyap tadi akhirnya mengambil langkahnya. Nada suara dia yang tidak acuh disuarakan sebelum orang lain, menyebabkan Jia Lie Bi yang dah mengalah itu terjatuh ke lubang yang lebih mendalam.

"70,500!" Suara mengisi rumah lelong itu dengan penuh keazaman boleh kedengaran di seluruh dewan.

Atas pentas, Ya Fei juga terkejut dengan keazaman Xiao Zhan. Ya Fei mengambil masa seketika untuk sedar dari kebingungan itu dan dengan satu senyuman, dia bertanya, "Siapa lagi?"

Terduduk, Jia Lie Bi merenung tajam Xiao Zhan yang tersenyum itu, sambil menyumpah di dalam. 'Celaka, kalau bukan disebabkan oleh dia, tak adalah Puak Jia Lie berada di dalam keadaan yang memalukan ini?'

Api kemarahan berkedip di dalam mata Jia Lie Bi sambil dia menggertak giginya. Dia akhirnya menjerit dengan suara penuh dengan kepahitan. "85,000!"

"95,000!" Tanpa menghiraukan pandangan Jia Lie Bi, Xiao Zhan melambaikan tangannya, menghasilkan satu keadaan di mana Xiao Zhan mampu bertanding dengan harga yang akan dibida oleh Jia Lie Bi.

Melihat Xiao Zhan berazam untuk menang, sudut bibir Jia Lie Bi mula tersentak, namun orang yang melihat matanya dengan mendalam, dia sedang mengejek dengan riang. Walaupun dia mempunyai keraguan untuk menjerit harga, dia mengetap rahangnya dan menjerit, "100,000!"

Mendengar bidaan Jia Lie Bi, seluruh dewan riuh rendah. Menggunakan 100,000 syiling emas untuk membeli dua botol Penawar Asas ialah satu kegilaan. Ia jelas menunjukkan orang itu akan mengalami kerugian besar..

Melihat Jia Lie Bi dengan berhati-hati yang nampak seperti ingin berlawan sehingga mati, Xiao Yan tersenyum ringan. Menggeleng kepalanya, dia berkata pada Xun Er dengan suara nada rendah. "Aku rasa kalau ayah membida sekali lagi, orang itu akan menarik diri daripada transaksi yang merugikan itu."

Xun Er mengelip dengan bulu mata yang panjang, dia tidak menumpukan perhatian kepada pergelutan di antara mereka berdua dan terkejut seketika lalu berkata, "Tapi dia nampak macam sangat menginginkan benda itu."

"Hehe" Xiao Yan tersenyum. Dia tidak perlu berkata apa-apa lagi.

Xiao Zhan duduk dengan senyap di barisan harapan dan selepas mendengar bidaan Jia Lie Bi yang terbaru ini. Berdiri dengan tiba-tiba, dia memberi Jia Lie Bi satu pandangan lucu. Beberapa saat kemudian, dia tersengih tiba-tiba, kata-kata Xiao Zhan yang seterusnya membingungkan Jia Lie Bi. "Kau menang…"