Sudah tentu, dengan mengatakan yang Xiao Yan boleh memakan Serbuk Pengumpul Qi seperti gula-gula ialah cakap besar. Walau bagaimanapun, dengan kemahiran Yao Lao, bahan-bahan yang mencukupi, membantu Xiao Yan menapis berpuluh-puluh Serbuk Pengumpul Qi bukan satu masalah.
Walaupun dengan dakwaan sombong Yao Lao itu, Xiao Yan tidak mempunyai masa untuk berasa seronok. Dengan setiap bahan yang disenaraikan oleh Yao Lao, Xiao Yan tidak dapat menahan daripada berasa jantungnya menjunam.
"Besok, sediakan saya 4 Bunga Teratai Daun Gelap berusia 50 tahun, dua Buah Ular Berbisa yang ranum, satu ikat Rumput Pengumpul Jiwa berusia 20 tahun dan satu Teras Bermagik Atribut Air Pangkat 2," Yao Lao berkata dengan sikap acuh tak acuh dan apabila dia ternampak ekspresi Xiao Yan yang tegang dan memandang jauh, dia terkejut. "Apa hal?"
"Bunga Teratai Daun Gelap berusia 50 tahun? Bunga berusia sebegitu dijual pada harga 3,000 syiling emas dan itu pun sekuntum sahaja! Buah Ular Berbisa Ranum? Itu pun dikira sebagai bahan alkimia teratas daripada tangga terbawah, kedai ubat pun tidak akan menjualnya. Kalau aku bernasib baik terserempak dengan satu pun, aku perlu mempunyai 8,000 syiling emas. Dan Rumput Pengumpul Jiwa berusia 20 tahun? Oh Tuhanku, aku hanya pernah terdengar nama ini sekali semasa lelong dan permulaan harga bidaan ialah 10,500 syiling emas! Jangan cakap lagi, Teras Bermagik Atribut Air Pangkat 2 itu, bahan paling murah sekali, juga memerlukan 2,000 syiling emas." Xiao Yan mengelap keningnya yang berpeluh itu dan mengerang. "Bahan-bahan ini memerlukan lebih kurang 50,000. Di manalah aku nak dapatkan wang yang sebegitu banyak?"
"Eh…" Mendengar Xiao Yan merungut, Yao Lao memberi Xiao Yan satu pandangan menyampah dan menggerakkan bahunya. "Memperolehi bahan-bahan itu masalah kau. Itu tak ada kaitan dengan aku. Tugas aku hanya untuk menapis bahan-bahan tersebut. Faham?"
"Celaka. Harga untuk semua bahan itu terlau tinggi. Jika aku betul-betul nak memakan Serbuk Pengumpul Pil sebagai gula-gula, aku takut harta Puak Xiao juga tidak dapat menanggung kosnya." Memarahi diri sendiri, Xiao Yan menyentuh kad hijau yang disembunyikan di bawah bantalnya dengan kesal. Dengan tidak bermaya, dia berkata, "Aku hanya mempunyai 10,000 syiling emas daripada jualan Penawar Asas hari itu, tidak cukup untuk membeli bahan yang kau perlu."
Yao Lao ketawa sambil duduk di atas kerusi dengan bersahaja. Yao Lao tidak peduli bagaimana untuk mendapatkan bahan-bahan itu.
Menggosok kepalanya, Xiao Yan mengerut seolah-olah dalam kesakitan sambil berfikir. "Pertama sekali, aku perlu mengambil wang ini dan membeli bahan untuk Penawar Asas. Selepas itu, aku perlu menjualnya di Rumah Lelong, kalau tidak aku tidak akan mempunyai wang yang mencukupi."
Yao Lao mengangguk bangga. Untuknya, menapis gred rendah Penawar Asas bukan sesuatu yang sukar. Menghembus nafas, Xiao Yan berbaring semula di atas katil dan ketawa kelat. "Miskin ini sesuatu yang menyakitkan hati…"
…..
Pagi esoknya, Xiao Yan mencuri keluar dari puaknya dan ke kedai ubat Bandar Wu Tan untuk membeli semua bahan untuk Penawar Asas. Selepas itu, Xiao Yan mencari satu kedai minuman di kawasan terbiar dan masuk ke dalam.
Oleh sebab dia akan menjual penawar untuk kegunaan orang lain, dia tidak kisah bagaimana Yao Lao mengadun bahan-bahan itu. Jadi, seperti dulu, Xiao Yan membeli bahan paling murah dan berkualiti rendah.
Disebabkan terdesak untuk mendapatkan wang, Xiao Yan membeli bahan mencukupi untuk membuatkan 7 Penawar Asas, hampir menghabiskan wang dalam kad hijaunya.
Sementara menunggu Yao Lao menapis bahan-bahan tersebut, Xiao Yan mula menjentik kad hijau pada tangannya. Menggeleng kepalanya yang pelupa itu, Xiao Yan menyedari dia sudah sekali lagi menjadi miskin.
Kali ini, Yao Lao mengambil masa satu jam untuk menapis Penawar-Penawar Asas. Menyusun 7 botol jed putih itu dengan teratur di atas meja, Xiao Yan tersenyum lebar. Membungkus setiap botol itu dengan kain, dia meletakkan kain itu di belakangnya dengan ketat dan selamat.
Menepuk penawar di belakang dengan lembut, Xiao Yan memakai satu jubah hitam atas dirinya dan menyembunyikan penawar-penawar itu dan diri sendiri sebelum dia ketawa sendirian sambil meninggalkan kedai minuman tersebut.
…..
Di Rumah Lelong Premier dalam dewan semakan harta karun.
Jurulelong terulung Lelong Premier, Ya Fei, sedang merenung 7 botol jed kecil Penawar Asas di depannya dengan terkejut. Sinaran di matanya sudah hilang dan dia membongkok ke depan pada sudut yang sukar.
"Ehem…" Duduk tidak jauh daripada Ya Fei, Xiao Yan terbatuk dan membawa Ya Fei ke alam realiti.
Tangannya yang putih itu meraba botol-botol jed putih sambil menghidunya untuk mencuba dan menyemak ketulenan penawar tersebut. Untuk seketika waktu, dia memberikan botol-botol itu kepada Gu Ni, pakar alkimia dalam rumah lelong tersebut.
Mengambil Penawar Asas daripada Ya Fei, Gu Ni mula menyemak botol itu dengan teliti dan kemudian berkata, "Semua ini adalah Penawar Asas tulen…"
Mendengar pengesahan Gu Ni, Ya Fei terkejut. Dia memerhatikan bentuk badan orang berjubah hitam itu sebelum tersenyum dan berkata, "Saya tidak terfikir pak cik akan membawa kita bisnes besar selepas setengah tahun."
"Bila penawar ini akan dijual?" Laki berjubah hitam itu bertanya dengan suara Yao Lao.
"Adakah pak cik memerlukan wang sekarang? Kalau awak tidak sibuk, saya akan sarankan pak cik tunggu untuk sehari dua. 7 botol jed jarang muncul dalam pasaran pada masa yang sama. Kalau awak berikan Rumah Lelong untuk membuat publisiti untuk ini, jadi keuntungan awak akan menjadi lebih tinggi…" Ya Fei tersenyum manis sambil menyarankan ideanya.
Mendengar ini, orang berjubah hitam itu terdiam untuk seketika sebelum satu erangan ringan tanda pengesahan terdengar.
Mendengar balasan Xiao Yan, muka Ya Fei terkejut untuk sesaat. Tangan putihnya mencapai cawan tehnya dan membawanya ke bibir. Dia pasti lelaki berjubah hitam ini mesti berpangkat 2 ahli alkimia, atau tidak pun berpangkat 3 ahli alkimia!
Menghirup minuman, orang berjubah hitam itu berkata sekali lagi dengan suara orang tua. "Mungkin rumah lelong boleh membantu saya mendapatkan beberapa bahan-bahan alkimia?"
Mata Ya Fei menjadi terang dan dia duduk di atas kerusi. Senyuman menjadi lebar, dia berkata, "Bahan apa yang pak cik nak?"
"Empat Bunga Teratai Daun Berdakwah usia 50 tahun, dua Buah Ular Berbisa Ranum, satu ikat Rumput Pengumpul Qi berusia 20 tahun dan satu Teras Bermagik Atribut Air Pangkat dua…"
Di sebelah Ya Fei, muka Gu Ni bertukar dengan mendadak mendengar senarai bahan yang diperlukan. Matanya menunjukkan perasaan keliru sambil melihat orang berjubah hitam itu.
"Hehe, Ya Fei pasti akan membantu pak cik untuk mencari bahan-bahan tersebut. Jika saya terdengar sebarang nama dalam senarai tersebut, saya akan beritahu pak cik dengan segera. Tetapi, di mana pak cik tinggal? Macam mana kita nak mencari awak?" Ya Fei bertanya. Dia merenung Gu Ni dan ternampak muka terperanjatnya. Melihat keadaan itu menyebabkan loncatan jantung yang tajam tetapi dia tidak menunjukkan perasaan terkejut pada wajahnya.
"Awak tidak perlu mencari saya. Kalau awak dapat bahan-bahan itu, tolak daripada kos Penawar Asas. Saya akan datang sekali lagi." Di bawah jubah hitam, satu suara garau berbunyi. "Saya ada perkara lain yang hendak dilakukan yang tidak boleh ditangguh. Saya akan balik dalam dua hari lagi." Dengan kata-kata itu, lelaki itu berdiri dan berjalan keluar daripada Rumah Lelong.
Melihat dia menghilang ke satu sudut, Ya Fei mengecilkan matanya. "Pak Cik Gu Ni, bahan-bahan yang dia senaraikan, ada masalah ke?"
Gu Ni menggeleng kepalanya dan menghembus nafas sebelum ketawa kelat. "Kalau ingatan saya tak salah, bahan-bahan itu untuk menapis Serbuk Pengumpul Qi."
Muka Ya Fei bertukar serta-merta selepas mendengar penjelasan Gu Ni. "Bukankah seseorang itu mesti berada di Alkimia Peringkat 4 untuk cuba mencipta Serbuk Pengumpul Qi?"
Mengangguk, Gu Ni terus berkata, "Betul. Namun, dalam Empayar Jia Ma, tiada lebih daripada 20 Ahli Alkimia Peringkat 4. Macam mana kita tidak pernah terdengar lelaki misteri berjubah hitam sebelum ini?"
Ya Fei menggeleng dengan lembut, matanya penuh dengan keinginan tahu sebelum dia berkata, "Seorang ahli Alkimia Peringkat 4...kalau saya ada peluang, saya pasti akan buat dia terhutang budi!"