Ia amat sukar untuk percaya Xun Er yang anggun itu akan mengeluarkan ayat yang begitu lembut; daya tarikannya membuatkan minda Xiao Yan melayang-layang sekali lagi…
Mengkritik diri sendiri, Xiao Yan menjawab dengan nada yang lembut. Selepas itu, dia melarikan diri sambil direnung oleh Xun Er yang tersenyum.
Melihat cara Xiao Yan beredar dari situ, Xun Er menutup mulutnya sambil ketawa. Selepas itu, dia mengerut keningnya dan berjalan ke kolam yang berdekatan.
Pantulan di dalam kolam itu menunjukkan satu wajah yang cantik dengan mata bersinar dan gigi putih. Dengan setiap gerakan anggota badannya, ia mengeluarkan satu daya tarikan yang akan menarik seseorang ke dalam.
"Amat cantik…" Membuatkan satu putaran, senyuman puas muncul di bibir Xun Er.
Tidak jauh dari situ, beberapa pemuda yang baru pulang ke puak mereka selepas satu pengembaraan di luar berhenti dengan mulut mereka yang terbuka besar. Mata mereka seolah-olah kejutan sambil melihat gadis di bawah pokok "willow" itu.
…..
Balik ke biliknya, Xiao Yan menghembus nafas lega lalu menutup pintunya. Mengelap peluh sejuk di dahinya, dia tersenyum kelat: Perempuan ini, apabila dia besar nanti, dia mungkin akan menjadi lebih cantik daripada jurulelong Ya Fei.
Sambil duduk mengadap mejanya, Xiao Yan meneguk teh yang banyak dan mindanya masih penuh dengan Xun Er. Mengingati kembali betapa cantik mata Xun Er itu, Xiao Yan tiba-tiba berasa sensasi panas di dalam hatinya.
Menggeleng kepalnya, Xiao Yan menyumpah anak gampang terhadap diri sendiri dan akhirnya bertenang.
Menghayun lengannya yang sakit, Xiao Yan bergerak ke sudut bilik dan mengambil keluar tong kayu yang penuh dengan Penawar Asas sebelum melompat ke dalam dengan segera.
Dengan air sejuk yang sedang mengalir di kulitnya, satu kehangatan mula merebak ke seluruh badan Xiao Yan dan dengan perlahan telah melenyapkan keletihannya.
Xiao Yan bersandar di tepi tong kayu itu dan pernafasannya menjadi perlahan dan tenang.
Mengimbas kembali kejutan semua orang di padang latihan pada hari itu, satu senyuman muncul di muka Xiao Yan: Kekuatan, benda paling penting di dunia ini!
Semasa dia sedang mengurut pelipisnya, satu muka yang cantik tapi dingin tiba-tiba muncul di dalam mindanya. Ia ialah…muka Nalan Yanran.
Dengan matanya yang sempit, Xiao Yan bersungut, "2 tahun lagi? Kau baik bersedia kerana aku akan mencari kau…"
Kalau bukan disebabkan kedinginan dalam nada, orang akan menganggap kata-kata Xiao Yan untuk kekasihnya dan bukan untuk seorang pesaing.
Mengingati kembali sikap sombong Nalan Yanran dan kata-katanya di dewan utama, tangan Xiao Yan digenggam menjadi penumbuk. Aib yang dialaminya, sudah ditekap di dalam hati.
'Haha, aku tidak dapat rehat langsung. Orang itu… sungguhpun dia sombong, tetapi diambil berat oleh Ketua Kaum Awan Berkabus, bakat dia dan potensi dia bukanlah buruk sangat.' Bibir Xiao Yan menunjukkan satu senyuman dingin.
Menarik nafas dengan mendalam, Xiao Yan sedar setiap kali dia memikirkan Nalan Yanran, dia akan mendapat satu tenaga yang akan menolak dia ke hadnya. Dia duduk bersilang dengan segera di dalam tong kayu itu. Tangannya akan dijadikan satu simbol sebelum dia menolak keluar semua fikiran di dalam mindanya untuk memulakan latihannya.
…..
Selepas ujian hari itu, Xiao Yan boleh merasakan renungan ahli puaknya dengan jelas. Renungan itu tidak lagi penuh dengan sindiran tetapi dipenuhi dengan rasa hormat.
Tetapi, Xiao Yan yang telah matang ini tidak lagi berasa sombong disebabkan oleh rasa "hormat" yang dia dapat.
Selepas ujian hari itu, Xiao Yan memenuhi janjinya dan menemani Xun Er untuk menikmati pemandangan di bandar dan gunung. Selain dari ayahnya, Xiao Zhan, Xun Er merupakan orang yang paling rapat dengan Xiao Yan di puaknya, justeru itu, Xiao Yan tidak sanggup menolak permintaan Xun Er.
Selepas hari yang relaks, hidup Xiao Yan kembali menjadi tenang dan teratur.
Dia akan berlatih Teknik Dou di belakang gunung pada waktu pagi, sebelum kembali ke biliknya untuk melatih Dou Qi-nya di waktu yang lain dan dia akan berbual dengan Xun Er dan ayahnya sekali-sekala; hidupnya sangat mudah dan teratur.
Pada masa ini, Xiao Yan akan terserempak dengan Xiao Mei sekali-sekala semasa dia berjalan-jalan dalam kalangan puaknya dan apabila dia terdengar satu panggilan lembut "Abang Xiao Yan", dia akan membalas dengan senyuman dan alasan untuk melepaskan diri. Xiao Yan tidak akan membenarkan dirinya rapat dengan orang yang meninggalkannya ketika dia susah.
Dia tahu sesiapa yang tiba-tiba menjadi baik dengannya disebabkan oleh bakat yang kembali akan berlagak dingin semula apabila dia kehilangan bakatnya. Orang seperti ini, hanya boleh ditemui sekali dalam hidup.
….
Satu bulan sudah berlalu dengan perlahan dan Xiao Yan hanya mempunyai 7 hari lagi sebelum Upacara Kedewasaan dia…
Sungguhpun masa sudah berlalu, sejak ujian sehingga 7 hari sebelum Upacara Kedewasaan, keinginan Xiao Yan untuk mencapai 8 Duan Qi masih tidak dijawab dan dia berasa hampa.
Selepas bertungkus-lumus untuk mencapai 8 Duan Qi untuk dua hari lagi, Xiao Yan masih tidak mendapat kemajuan yang diingini dan hanya mendapat kekecewaan. Dia berlatih dengan relaks sahaja supaya dia akan berada di keadaan paling sihat untuk Upacara Kedewasaan. Tetapi, sebelum dia mampu mendapat satu harapan untuk maju dan membolehkannya mencapai 8 Duan Qi, Xiao Yan mendapat satu kejutan yang menarik.
Pada satu malam, dua hari sebelum Upacara Kedewasaan, Xiao Yan yang sedang tidur lena itu tiba-tiba melompat seperti dia sedang berjalan dalam mimpinya dan sebelum dia menanggalkan pakaiannya, dia melompat ke dalam tong kayu yang tiada lagi kesan Penawar Asas.
Selepas bergelut separuh dari malam, Xiao Yan akhirnya membuka matanya yang masih mengantuk itu, dan sedar 8 Duan yang dia berusaha untuk capai dalam 2 - 3 bulan ini akhirnya dicapainya ketika di dalam keadaan separuh tidur.
Melihat kemajuan yang lucu ini, Xiao Yan yang gembira dan terkejut itu, hanya boleh teriak, "Biar betul!"