Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 26 - Latihan Intensif

Chapter 26 - Latihan Intensif

"Letupan Oktana!"

Di dalam rimba, satu tempikan kuat kedengaran.

Satu bayangan tangkas sedang melompat di dalam rimba dan sungguhpun rimba tersebut penuh dengan duri, ia tidak menghalang langsung si pelaku.

Dengan segera, bayangan itu tiba-tiba berhenti menghadap satu pokok sebesar 0.5 meter, dan dengan menyengetkan badannya, satu siku menghentak pokok tersebut.

"Bang!" Kayu pokok tersebut pecah dengan deraian selumbar bertaburan. Keretakan berbentuk sarang labah-labah muncul pada saat impak dan merebak ke seluruh pokok tersebut.

"Krakk…" Pokok tersebut mengeluarkan satu bunyi sebelum rebah ke tanah.

Pada waktu pokok besar itu terjatuh, bayangan tangkas itu melangkah ke belakang dengan pantas seperti seekor monyet dan berdiri di atas batu berwarna hijau.

Melihat hasil usahanya, Xiao Yan tersenyum bangga. Tiga bulan telah berlalu, ini kali pertama dia berjaya menggunakan Letupan Oktana, satu kemahiran tahap Xuan tinggi. Letupan Oktana yang boleh menandingi Teknik Qi Tahap Di tidak mengecewakan Xiao Yan; dengan 6 Duan Qi Xiao Yan, dia boleh menandingi seseorang yang berada di 8 Duan Qi!"

…..

Apabila Tahap Duan Qi seseorang meningkat, ia akan menjadi lebih sukar untuk menaikkan Duan Qi. Tetapi selepas sesi lelong hari itu, Xiao Yan berlatih dengan intensif selama 3 bulan dan beberapa hari lepas dia telah berjaya mencapai 6 Duan Qi.

Untuk mencapai satu tahap Duan Qi dalam 3 bulan, walaupun kelajuannya lebih perlahan dibandingkan dengan 2 bulan yang lepas, Xiao Yan masih berpuas hati. Sebelum digelar si lumpuh, Xiao Yan mengambil masa selama setengah tahun untuk mencapai 6 Duan Qi daripada 5 Duan Qi. Kelajuan kali ini lebih dahsyat.

…..

Selepas menggunakan Letupan Oktana, seluruh badan Xiao Yan ibarat satu span basah yang telah diperah airnya. Kesakitan dirasai di sarafnya dan urat di atas lengannya berdenyut dengan pantas. Ini tanda keletihan yang melampau…

Menjilat bibirnya, Xiao Yan bersusah-payah memusing kepala untuk melihat siku kanannya. Apa yang dilihat oleh Xiao Yan ialah satu siku yang kemerahan…..

"Tss…." Sudut bibirnya dibuka dan Xiao Yan menarik nafas yang dalam lalu berkata kelat, "Patutlah saya kena pukul dengan kejam sebelum ini. Kalau tidak, pukulan tadi tidak akan mematahkan pokok tersebut, sebaliknya lengan saya yang akan patah. Letupan Oktana ini hanya boleh digunakan oleh orang yang mempunyai badan yang lebih kuat."

Seluruh tubuh Xiao Yan rebah di atas batu yang sejuk, pernafasan Xiao Yan menjadi tenang. Walau bagaimanapun, kesakitan di badannya membuat Xiao Yan tidak dapat bergerak walaupun jarinya.

Dengan 6 Duan Qi Xiao Yan, dia hanya boleh menggunakan Letupan Oktana sekali dan selepas menggunakannya, dia akan kehabisan tenaga untuk beberapa waktu.

Xiao Yan membaringkan kepalanya, mengecilkan mata dan melihat ke arah awan yang sedang terapung di atas langit biru. Tiupan angin berlalu dan meniup rambut hitamnya yang sedang berkipas di atas dahi.

Penawar Asas yang diserap oleh Xiao Yan beberapa bulan ini sedang meresap ke seluruh badan Xiao Yan dan membaiki tisu otot dan sel-sel tubuh Xiao Yan dengan pantas. Ini memberi tenaga baru kepada Xiao Yan.

"Tok guru, berapa lama saya kena berlatih untuk mencapai 7 Duan Qi?" Memejamkan matanya, Xiao Yan berbisik.

Matlamat Xiao Yan ialah untuk mencapai Pangkat Ke-7 dan demikian mendapatkan kelayakan untuk memasuki Dewan Dou Qi Puak Xiao supaya dia mencari satu Kaedah Qi untuk berlatih. Sungguhpun, pada tahap ini, Kaedah Qi tersebut di bawah tahap lebih rendah daripadanya, dia mesti mendapat kelayakan itu kerana ia berkait dengan maruah ayahnya.

Satu tiupan dingin bertiup melalui badan lut sinar Yao Lao yang muncul di sebelah batu besar.

Dia melihat anak muridnya dengan air muka penuh kegembiraan, Yao Lao beri perhatian ke arah pokok besar. Selepas mengangguk dan berkata dengan satu senyuman, "Kelajuan latihan awak di luar jangkaan saya. Pada asalnya, saya percaya dengan tolongan penawar tersebut, awak memerlukan satu tahun untuk mencapai 7 Duan Qi… Melihat perkembangan sekarang, dalam 2 bulan, awak pasti akan mencapai Pangkat 7 Dou Qi.

Mendengar ini, bibir Xiao Yan dinaikkan, dan membentuk satu senyuman lemah. Dia ingin tahu, selepas 3 tahun ini semasa dia diejek oleh ahli-ahli puaknya, apabila mereka mendapat tahu kekuatannya, apakah reaksi yang akan ditunjukkan oleh mereka? Pada hari itu, apabila Nalan Yanran berkata sebegitu, tidakkah kata-kata Nalan Yanran itu memedihkan hati mereka apabila Nalan menyindir puak mereka?

"Saya, Xiao Yan, pernah mencipta keajaiban 3 tahun yang lalu, dan 3 tahun kemudian, saya masih boleh menciptanya!" Visi dia mempunyai kiasan kilauan apabila Xiao Yan memikirkan kejadian tiga tahun yang lalu, bagaimana dia telah diejek di dewan utama. Tetapi sungguhpun dia berasa sedih, dia mempunyai jiwa yang tidak mudah goyah.

"Nalan Yanran, aku sedang mengejar kau langkah demi langkah, kau tunggu! Kita akan bertemu di Kaum Awan Berkabus tiga tahun dari sekarang!"

Sudut bibirnya mengerut sedikit, remaja itu melompat sambil mengangkat kepalanya menghadap ke langit dengan tempikan..

Melihat anak murid dia bertempik dengan kuat, Yao Lao menunjukkan satu senyuman dan tidak menghentikan dia: orang memerlukan tekanan untuk menjadi matang. Untuk Xiao Yan, dia mempunyai bakat yang mencukupi tetapi apa yang diperlukan ialah tekanan untuk menolaknya ke hadapan! Keputusan Nalan Yanran ialah tekanan paling sesuai untuk Xiao Yan sekarang.

"Biar dia menjadi batu loncatan awak. Perjalanan awak untuk menjadi seorang yang dihormati masih jauh lagi untuk dihabiskan!"

"Jom, mari kita balik untuk berlatih lagi!"

Bertempik beberapa kali, senyuman Xiao Yan menjadi lebih besar. Dia melompat dari batu tongkol dan melambai pada Yao Lao sebelum bergerak untuk turun dari gunung tersebut, sambil tersenyum.