Chereads / Pertarungan Menerusi Syurga / Chapter 27 - Mengejar 7 Duan Qi

Chapter 27 - Mengejar 7 Duan Qi

Masa ibarat air, mengalir dari jari seseorang dengan pantas dan bermisteri.

Musim luruh yang dingin menggantikan musim panas dan dahan pokok berwarna hijau sudah menunjukkan tanda kuning.

Bilik tersebut kelihatan kemas dan cahaya matahari masih memancar melalui tingkap.

Di dalam bilik itu terdapat satu tong kayu di mana seorang pemuda sedang berlatih dengan mata ditutup rapat dan kedua-dua tangan dilipat.

Latihan sepanjang tahun ini memaparkan kiasan kedegilan di wajah pemuda kacak itu.. Bibirnya yang ketat menunjukkan dedikasi dan kulitnya yang putih seperti kulit wanita kini menjadi kuning dengan pukulan yang diterima beberapa bulan ini. Tubuhnya yang kecil tidak menunjukkan otot yang besar tetapi ia mempunyai potensi seekor harimau kumbang.

Melihat dari setiap sudut, pemuda itu telah bertransformasi dengan kelajuan yang amat dahsyat dan apabila transformasi ini lengkap, dia akan mengejutkan semua orang!

Di sebalik pernafasan lelaki muda itu, aliran hijau sedang menaik dari tong kayu tersebut dan masuk ke dalam tubuh pemuda itu melalui pernafasan.

…..

'Saya akan mencapai 7 Duan Qi hari ini!'

Apabila dia sedang berlatih, tiba-tiba, Xiao Yan terfikir di dalam mindanya. Sungguhpun dia tidak mempunyai bukti, dia terasa fikiran itu seperti kata-kata Tuhan, satu kebenaran untuknya.

Bulan lepas, Xiao Yan pernah cuba capai 7 Duan Qi beberapa kali tetapi gagal.

Mungkin latihan ini ibarat titisan terakhir untuk secawan penuh tetapi akhirnya, Xiao Yan tahu yang dia akan mencapai 7 Duan Qi.

Fikiran mengejut itu hampir menyebabkan Xiao Yan melepaskan tangannya yang berlipat dan terkeluar daripada atmosfera latihan. Syukur, Xiao Yan mampu menahan godaan dan berusaha menenangkan dirinya.

Xiao Yan terus menyerap tenaga dengan tamak untuk mencapai 7 Duan Qi.

Di dalam tong kayu, penawar berwarna hijau itu mula mengeluarkan 7 sinaran warna dan memasuki badan Xiao Yan dengan laju.

Aliran hijau itu semakin bertambah, ia bukan sahaja menutupi badan Xiao Yan tetapi turut menyembunyikan tong kayu itu di dalam satu lapisan kabus hijau.

Di bawah penyerapan tenaga Xiao Yan, cecair hijau di dalam tong kayu itu menjadi kabur dan keputihan.

Disebabkan oleh tenaga yang diserap itu semakin banyak, muka Xiao Yan menjadi merah tetapi mempunyai kilauan kehijauan.

Xiao Yan yang sedang mengejar 7 Duan Qi itu telah menjadi seperti satu magnet besar, bukan sahaja ia menyedut tenaga daripada udara sekelilingnya tetapi ia turut mencipta satu pusaran air di dalam tong kayu tersebut.

Di dalam 9 Duan Qi pertama, 1 hingga 3 Duan Qi dikira sebagai tahap rendah, 4 hingga 6 Duan Qi tahap sederhana dan 7 hingga 9 dianggap tahap tinggi.

7 Duan Qi sebenarnya ialah jurang di antara Duan Qi. Apabila seseorang mencapai 7 Duan Qi mereka sebenarnya telah sampai ke tahap tinggi Duan Qi dan mempunyai kuasa Dou Qi beberapa kali lebih banyak dibandingkan dengan 6 Duan Qi. Oleh itu, 7 Duan Qi dikira sebagai langkah pertama untuk menjadi seorang Dou Zhe.

Di dalam pusaran air hijau itu, cecair hijau di dalam tong tersebut menjadi lebih pudar dan akhirnya menjadi air yang jernih.

Tanpa kuasa dari Penawar Asas, aura kehijauan di wajah Xiao Yan semakin berkurangan dan dia hanya mampu menarik tenaga dari udara untuk melengkapkan 7 Duan Qinya.

Menghirup tenaga dari udara mungkin boleh mencapai 7 Duan Qi, tetapi ia memakan masa dan walaupun dia berjaya, Xiao Yan memerlukan sebulan sebelum betul-betul berada di aras 7 Duan Qi.

Tetapi apa yang Xiao Yan tidak ada sekarang ialah… masa!

Apabila Penawar Asas itu hampir kehabisan, cincin hitam Xiao Yan berkelip dan satu titisan kecil Penawar Asas berwarna hijau jed jatuh ke dalam tong kayu. Tiba-tiba, air yang jernih kembali menjadi warna hijau tua.

Di dalam tenaga Penawar Asas yang segar, Xiao Yan mengucapkan terima kasih kepada Yao Lao di dalam mindanya sambil mengekalkan posisinya dan mengawal pernafasannya untuk menyerap tenaga baru itu.

Selepas menyerap tenaga itu selama satu jam, Xiao Yan akhirnya memperlahankan usaha dan pada masa yang samai, air berwarna hijau tua itu menjadi pudar!

Menyerap lapisan tenaga yang akhir, tubuh Xiao Yan, selepas seketika, mula bergoncang kuat. Perut dia ditolak masuk dan matanya tiba-tiba terbuka. Di dalam anak mata Xiao Yan yang hitam mempunyai kiasan warna putih dan hijau. Akhirnya, Xiao Yan membuka mulutnya, melepaskan udara lama…

Selepas itu, Xiao Yan menegakkan dirinya.

Dia merenung kosong ke hadapan, Xiao Yan memusingkan lehernya untuk mengeluarkan bunyi "krak". Selepas itu, dia menggenggam tangannya dan tersenyum.

"Akhirnya, 7 Duan Qi…"

Menutup matanya, Xiao Yan mula meneroka Dou Qi yang berlebihan di dalam badannya…