Xiao Yan terbaring di dalam tong kayu, tubuhnya direndamkan di dalam Penawar Asas yang sejuk itu, menyerap tenaga yang baru diperolehi. Kaedah biasa untuk mendapatkan 7 Duan Qi memerlukan masa untuk berehat dan penyembuhan. Akan tetapi, Xiao Yan tidak memerlukan rehat sejak menggunakan Penawar Asas. Dia sudah berada di dalam keadaan kemuncak.
Selepas berendam di dalam tong tersebut untuk seketika, emosi Xiao Yan menjadi tenang dan dia berdiri dengan perlahan. Titisan air dari tubuhnya bersinar di bawah pancaran matahari.
Meregangkan tubuhnya, tulang Xiao Yan memberi satu bunyi seolah-olah semuanya baru!
Memusingkan kepalanya, tangan kanan Xiao Yan mencapai pakaian di atas katil.
"Cantik. Dou Qi saya telah meningkat. Saya patut boleh mempengaruhi aksi seseorang sekarang, kan?" bisik Xiao Yan sambil memakai baju.
"Malangnya, "Tangan Vakum" ini tidak mempunyai kuasa serangan. "Menghisap Darah Musuh" hanya untuk orang yang mempunyai Dou Qi lebih lemah daripada saya. Untuk orang yang mempunyai Dou Qi lebih tinggi, ia bukan satu teknik yang patut digunakan."
Menimbang kesan negatif "Tangan Vakum", Xiao Yan mengeluh dengan kecewa. Walau bagaimanapun, ia masih merupakan Teknik Dou pertama yang dimilikinya.
Ketika dia hampir melangkah keluar daripada tong kayu, satu idea muncul di dalam kepalanya. Dia mengerut bibirnya.
Dengan mata yang bersinar, Xiao Yan menggenggam tangan kanannya dan mengangkat lengan yang jaraknya hanya 6 inci daripada pasu bunga. Dia merenung tangannya, dan cuba mengelak daripada melihat sasarannya.
Menjilat bibirnya, satu letupan Dou Qi terkeluar dari tapak tangan Xiao Yan tanpa bimbingan Qi.
Untuk mengeluarkan Dou Qi tanpa menggunakan Aliran Qi ialah perbuatan yang Da Dou Shi juga tidak dapat melakukannya. Keputusan daripada cubaan Xiao Yan hanya satu tiupan angin yang sederhana.
Udara itu beralih daripada tapaknya dan bersambung dengan pasu bunga, hampir menyebabkan ia terjatuh dari meja.
Sungguhpun Xiao Yan gagal untuk mengeluarkan Dou Qi-nya, dia gembira dan menggosok kedua-dua tangannya dan dengan pantas mengambil satu langkah ke belakang sebelum mengangkat tangannya menghala ke pasu bunga tersebut sekali lagi.
"Tangan Vakum!" Satu tempikan kecil dan satu daya tarikan kuat memaksa pasu bunga itu berpilin ke arah Xiao Yan.
Apabila pasu bunga itu berada lebih kurang 3 kaki dari Xiao Yan, daya tarikan tangan Xiao Yan hilang dan diganti dengan Dou Qi yang cuba dimampatkan pada tapak tangannya. Tiba-tiba, satu tiupan angin yang kuat meniup ke arah pasu bunga itu!
"Pang!"
Kedua-dua daya tersebut bercantum di atas dan pasu bunga yang berada di tengah-tengah cantuman tiba-tiba pecah berderai.
Melihat hasil uji kajinya, Xiao Yan terkejut di dalam kegembiraan. Kombinasi daya tarikan dan tolakan menyebabkan satu kemusnahan yang lebih kuat daripada yang dijangka.
Sungguhpun, Dou Qi Xiao Yan hampir dihabiskan dalam uji kaji tersebut, Xiao Yan masih gembira. Daya tolakan itu ialah satu kaedah tahap rendah menggunakan banyak Dou Qi menghasilkan keputusan yang tidak seberapa. Jika dia memiliki Teknik Dou yang bertentangan dengan Tangan Vakum, dan kedua-duanya dicampur, akan menghasilkan kesan yang amat hebat!
"Budak, agak bagus… Untuk memikirkan kaedah sebegini sambil menguatkan Tangan Vakum." Cincin hitam bersinar dan Yao Lao terapung keluar dan memuji Xiao Yan sambil meneliti kepingan seramik itu.
Xiao Yan tersenyum dan matanya memandang ke arah Yao Lao dengan segera. Di muka Xiao Yan mempunyai air muka sedih dan manja.
"Kalaulah ada Teknik Dou yang boleh mencipta kesan daya tolakan dan kalaulah awak boleh melatih Teknik Dou itu ke tahap yang tinggi, Tangan Vakum Tahap Xuan Rendah ini akan mempunyai kuasa Teknik Tahap Sederhana atau Tinggi…" Seolah-olah tidak melihat wajah Xiao Yan yang manja itu, Yao Lao merungut sendirian.
"Tok guru, awak tahu ke Teknik Dou yang tidak mempunyai orientasi serangan ialah sangat jarang? Mendapat Tangan Vakum satu nasib dan sekarang, di manalah nak mencari satu Teknik Dou untuk digabungkan dengan Tangan Vakum?" Xiao Yan menyenget kepalanya ke sebelah dan berkata.
"Henti buat muka manja itu. Aku tahu kau cuba untuk mendapatkannya daripada aku!" Memberi Xiao Yan satu pandangan jelik, Yao Lao berkata dengan marah.
"Bukannya tidak ada orang lain yang memikirkan kaedah ini tetapi untuk mendapatkan Teknik Dou yang tidak mempunyai orientasi serangan sangat jarang dan oleh itu, tidak ada orang yang pernah berjaya menggabungkan kedua-dua kesannya."
"Tok guru juga tidak mempunyai teknik sebegitu?" Mendengar itu, muka Xiao Yan menjadi gelap. Dia tahu untuk menghasilkan daya tolakan tanpa satu teknik, dia hanya boleh bergantung dengan pengeluaran Dou Qi dan ini bukan satu langkah yang bijak.
Melihat muka Xiao Yan yang hilang semangat, Yao Lao tersenyum sambil mengurut dahinya. Selepas seketika, dia berkata: "Pernah ada seseorang yang merayu saya untuk menapiskan satu pil untuknya. Saya rasa saya mengambil Teknik Dou seperti Tangan Vakum sebagai bayaran. Kalau saya tidak mempunyai pil yang telah ditapis, saya tidak akan menukar barang dengan orang itu! Hmm, ini sudah lama, kalau awak tidak mengingatkan saya hari ini, saya pun tidak akan mengingat kembali."
"Ahh… Ini dia!" Menggerakkan jari daripada dahinya, Yao Lao meletakkan jarinya di atas dahi Xiao Yan.
Dengan jari itu, satu informasi yang besar menenggelami Xiao Yan dan untuk seketika waktu, Xiao Yan akhirnya faham informasi yang diterima olehnya.
"Tapak Tangan Api: Tahap Xuan Rendah, Boleh mengeluarkan tiupan angin kuat!"
Penjelasan yang mudah dan nama yang tidak kreatif ini membuatkan teknik Tahap Xuan Rendah ini kenampakan buruk.
"Pencipta teknik ini merupakan seorang tukang besi, profesion seumur hidupnya. Disebabkan api relau bagas, selepas beberapa dekad, dia mencipta teknik ini…" Melihat wajah tegang Xiao Yan, Yao Lao menghinanya.
Xiao Yan agak kagum dengan tukang besi itu. Untuk mencipta satu Teknik Dou bukan perkara mudah dan tentulah bukan calang-calang tukang besi dapat menciptanya.
Memang tidak susah untuk belajar Tapak Tangan Api dan dengan pertolongan Yao Lao, Xiao Yan hanya mengambil masa dua jam untuk mempelajari benda-benda asas teknik tersebut.
Berdiri di dalam biliknya, Xiao Yan merenung pasu bunga terakhirnya. Mengambil satu nafas yang dalam dan menggenggam tangannya, dia berkata: "Tangan Vakum!"
Dengan daya tarikan kuat, pasu bunga itu terbang ke arah Xiao Yan.
Melihat pasu bunga yang menuju ke arahnya, Xiao Yan henti menggunakan Tangan Vakum dan memaksa Dou Qi-nya untuk mengikut Aliran Qi Tapak Tangan Api.
"Tapak Tangan Api!"
Sebelum pasu bunga itu memukul dahi Xiao Yan, satu tiupan angin kuat terkeluar daripada tangan Xiao Yan dan tiba-tiba bilik itu terasa seperti Angin Taufan!
"Peng!"
Satu bunyi pasu bunga berpecah tetapi kali ini, pasu bunga yang berada di lantai menukar menjadi habuk halus.
"Bagus…."
Dengan habuk halus menutup seluruh badannya, Xiao Yan melompat keluar dari tempat pasu bunga itu "meletup". Melihatkan "nasib" pasu bunga itu, mata Xiao Yan menjadi berkilau. Kalau dia boleh menguasai kedua-dua teknik ini dan menukar tanpa henti, dia boleh membuat orang yang tidak bersedia itu menerima kerugian yang amat besar.
Menepuk habuk itu dari tubuhnya, Xiao Yan tahu dia mempunyai latihan yang baru untuk tiga bulan yang akan datang.
3 bulan kemudian merupakan Upacara Kedewasaannya…
"Hehe, ramai orang sedang mengharapkan saya untuk memalukan diri sendiri pada Upacara Kedewasaan saya, kan?" Di dalam bilik yang berselerak itu, satu ketawa dingin dan muda boleh kedengaran.