Tiga bulan sudah hampir berlalu dan Xiao Yan hanya mempunyai sebulan sahaja sebelum Upacara Kedewasaannya.
Di dalam bilik yang kemas itu, Xiao Yan merenung cecair yang berada di dalam tong kayu. Apa yang sedang dilihatnya adalah Penawar Asas yang terakhir. Di peringkat terakhir Duan Qi, ia sudah menjadi lebih sukar untuk menaikkan Duan Qi-nya.
7 Duan Qi Xiao Yan tidak meningkat dengan banyak untuk 3 bulan ini dan tidak mempunyai kemajuan yang besar untuk mencapai 8 Duan Qi.
Merenung tong kayu seperti seorang dungu untuk seketika, Xiao Yan akhirnya menarik renungannya sambil menggeleng kepalanya. "Bolehkah saya mencapai 8 Duan Qi dengan Penawar Asas yang terakhir?"
Meregangkan badannya yang kebas, Xiao Yan tidak memulakan latihannya. Sebaliknya, dia mengeluarkan sepasang pakaian hitam daripada almari…
Sebulan sebelum Upacara Kedewasaan, semua peserta untuk upacara tersebut perlu menduduki satu ujian. Ujian tersebut untuk menghapuskan sesiapa yang tidak mempunyai Duan Qi yang tinggi. Sesiapa yang mempunyai Duan Qi lebih daripada 7 Duan Qi akan dibenarkan untuk memasuki Dewan Dou Qi dan mencari satu Kaedah Qi selepas menghabiskan Upacara Kedewasaannya. Sebaliknya, sesiapa yang tidak mempunyai 7 Duan Qi ke atas akan hilang peluang tersebut dan "dibuang" ke hartanah puak selepas upacara tersebut. Kalau mereka tidak menunjukkan bakat luar biasa atau keberanian, mereka tidak akan berpeluang untuk menjadi bahagian dalaman Puak Xiao…
Selepas memakai bajunya, satu ketukan ringan pintu kedengaran.
"Abang Xiao Yan, awak di dalam?"
Mendengar suara seorang gadis, kening Xiao Yan terangkat dan dia membutangkan bajunya dengan segera sebelum menyembunyikan tong kayu di sudut biliknya. Selepas memeriksa biliknya dengan teliti, dia bergerak ke arah pintu dan membukanya.
Apabila pintu itu terbuka, pancaran cahaya matahari memancar ke arahnya dan Xiao Yan yang berpakaian hitam itu kelihatan amat bersemangat.
Di luar pintunya, seorang gadis yang sedang memakai jubah hijau dan tali pinggang kain berwarna ungu sedang menunggu Xiao Yan dengan sabar…
Melihat gadis yang berada di luar pintunya, Xiao Yan terbingung seketika sebelum berkata, "Awalnya, saya ingat dewi mana yang datang mencari saya tetapi selepas melihat dengan teliti, rupanya Xun Er!"
Mendengar pujian dan sindiran Xiao Yan, mata Xun Er mengelip dan mulutnya yang manis menjadi satu senyuman. Keningnya yang hampir berbentuk seperti bulan sabit, menunjukkan kegembiraan.
Dengan satu kiasan kegembiraan di matanya, Xun Er menaikkan dagunya dan memeriksa pemuda yang berada di depannya.
Selepas berlatih selama setahun, Xiao Yan telah menjadi matang. Di mukanya mempunyai satu tarikan lelaki dewasa. Selepas menerima pukulan Qi bertubi-tubi daripada latihannya, tubuhnya yang kecil sudah menjadi berotot dan sungguhpun badannya ditutup oleh baju hitam, bentuknya kelihatan penuh bertenaga.
Berjalan keluar dari bilik dan menutup pintu, Xiao Yan akhirnya melihat Xun Er yang bingung dan tidak mengelip matanya sedang merenung Xiao Yan. Xiao Yan yang keliru itu melihat dirinya sendiri dan bertanya, "Ada masalah ke?"
Xun Er mengalihkan pandangannya segera dengan muka yang merah dan tersenyum. "Jom, Abang Xiao Yan. Hari ini ujian untuk Upacara Kedewasaan, awak sudah bersedia?"
Mengecilkan matanya, Xiao Yan mengangkat bahu dan bibirnya naik dengan kebanggaan. Tangannya digenggam menjadi penumbuk lalu berkata, "Hari ini, aku akan kembalikan gelaran Si Lumpuh kepada orang yang menggelar aku!"
Melihat Xiao Yan yang berkeyakinan itu, Xun Er mengangguk kepalanya. "Saya percaya Abang Xiao Yan boleh!"
"Sudah tentu awak percaya saya; saya tahu awak sudah tahu berapa Duan Qi saya sekarang." Xiao Yan memandang Xun Er dan berkata dengan tidak bermaya.
Melihat kesedihan di waha Xiao Yan, Xun Er mengangguk tetapi menjawab dengan segera, "Untuk mencapai 7 Duan Qi dari 3 Duan Qi dalam masa satu tahun. Bakat Xiao Yan, walaupun bakat Xun Er tidak dapat menandingi awak…"
"Baik, jom!"
Xiao Yan menyentuh hidungnya dan menepuk kepala Xun Er dengan mesra. Selepas itu, dia mengambil langkah yang besar menuju ke padang latihan puaknya.
Melihat tubuh belakang Xiao Yan yang sudah berubah, tanpa kesedihan dan kesunyian masa lalu, Xun Er hanya tersenyum dan berkata dengan perlahan, "Abang Xiao Yan, Xun Er tahu awak akan mengambil balik maruah awak…"
…..
Di padang latihan, paling sedikit pun terdapat 100 lelaki dan perempuan yang sedang menunggu. Perbualan di antara mereka seperti satu ngauman kecil yang merebak agak jauh.
Di tengah-tengah padang latihan terdapat satu monumen besar berwarna hitam yang merupakan monumen ujian yang hanya puak yang mempunyai kuasa tertentu boleh beli disebabkan harganya yang mahal. Di sisi monumen hitam itu ialah juruhebah yang sama dari tahun lepas.
Di atas platform yang dinaikkan di sebelah kiri padang latihan ialah ahli-ahli penting puak Xiao. Di tengah-tengah platform tersebut adalah Ketua Puak, Xiao Zhan, yang dikelilingi oleh 3 tokoh kanan tertinggi.
Di padang latihan, semua yang akan diuji sedang berdiri. Sesiapa yang melaksanakan ujian dengan baik sebelum ini tidak tertekan, tetapi orang yang tidak mempunyai bakat menunjukkan muka yang lebih tertekan dan takut.
Xiao Zhan melihat ke arah orang ramai dengan wajah gelap sambil mengeluh. 'Yan Er, bolehkah awak lulus ujian hari ini?'
"Ketua Puak, masa sudah hampir! Kenapa Xiao Yan masih belum sampai?" Tokoh kanan kedua mengerut keningnya dan berkata.
Xiao Zhan menjeling dan berkata, "Masa belum sampai, kenapa awak tergesa-gesa? Tokoh Kedua yang saya kenal bukannya seorang yang tidak sabar."
Dengan balasan Xiao Zhan, muka kedua tokoh menjadi hitam dan membalas dengan nada dingin, "Walaupun kau memberinya Penawar Asas itu, dia tidak mungkin akan mencapai 7 Duan Qi dalam sebulan! Kau patut berhenti mengharap satu keajaiban."
Mendengar itu, muka Xiao Zhan penuh dengan kemurkaan. Dia juga risau dengan perkara tersebut dan tokoh kedua tersebut telah mencucuk kelemahannya. Tetapi sebelum membalas kata-kata tokoh kedua, satu kekecohan di antara orang di tengah padang tersebut telah menganggu Xiao Zhan.
Melihat kekecohan itu, Xiao Zhan ternampak dua bayangan sedang berjalan ke arah padang latihan dari satu lorong di penjuru jalan. Langkah mereka tidak pantas seolah-olah ujian tersebut tidak memberi sebarang kesan kepada mereka.
Menngecilkan matanya untuk mendapatkan pandangan yang lebih jelas terhadap pemuda berbaju hitam yang tersenyum, Xiao Zhan tidak tahu mengapa tetapi dia berasa lebih senang dengan tiba-tiba…