Chini mula tersedar. Selepas melihat muka Marvin yang kejam, perasaan pasrah mula terpapar di wajahnya.
"Tidak, aku tak boleh cakap…"
"Mereka akan bunuh aku."
"Ini bukan idea aku. Mereka paksa aku buat. Jika tidak mereka akan bunuh aku dan paksa aku telan serangga…" Chini berkata sambil menangis.
Marvin tidak terpedaya.
Dia mungkin ada masalah sendiri yang dihadapi, tetapi meracun kawan baik sendiri dengan [Racun Kemerduan Malam] merupakan fakta yang tidak boleh disangkal.
Marvin bukan seorang yang akan tunjuk belas kasihan. Dia masih hidup lagi kerana, Marvin cuba untuk mendapatkan maklumat.
Pada asalnya Marvin ingin cepat sembuhkan wabak penyakit dialami Lyle dan merekrut Gru ke Lembah White River.
Tetapi sesuatu berita yang tidak dijangka menyebabkan Marvin terpaksa mengubah rancangannya.
Satu cabaran baru telah muncul di menu cabarannya.
[Menghapuskan Wabak]: Anda telah menjumpa maklumat mengenai racun kemerduan malam di Bandar River Shore, dan berjaya menyelamatkan seorang gadis daripada wabak itu. Mungkin anda perlu selamatkan lebih ramai orang; anda juga boleh memilih untuk terus menghapuskan sumber datang wabak itu sebelum ia merebak.
Ganjaran cabaran itu sebanyak 3000 exp am dan satu 1 nilai untuk mitos serantau.
Keperluan exp yang Marvin perlukan sangat tinggi. Walaupun dia mempunyai banyak cara menaikkan levelnya, tetapi semua cara tersebut berisiko tinggi.
Tetapi menyelesaikan cabaran ini nampak berbaloi.
"Cabaran ini mempunyai dua pilihan. Jika aku memilih untuk jadi seorang pengubat dan terus menerus memulihkan orang yang terkena wabak racun kemerduan malam seperti Lyle sehingga cukup nilai orang diperlukan, misi ini akan selesai."
"Atau aku boleh memilih untuk menghapuskan terus Duta Plague dari sebarkan racun kemerduan malam di Bandar River Shore. Cara ini paling cepat. Cuma risiko yang ada ialah pangkat Duta Plague itu."
"Dari situasi Lyle, aku rasa kekuatan Duta Plague itu paling kuat ialah pangkat ke-2. Pengikut Dewa Plague selalunya memang lemah. Walaupun dia tidak campur tangan, pemerintah dari Bandar River Shore mampu menguruskan lelaki tak berotak itu."
Oleh sebab itu, jika Marvin boleh dapatkan maklumat mengenai lokasi Duta Plague, dia tidak kesah untuk uruskan Duta Plague itu.
Lagipun dia telah biasa untuk membunuh. Tambahan lagi pengikut orang jahat. Membunuh mereka tidak akan menyebabkan dia rasa bersalah.
Dia kesuntukan masa dan tidak akan memilih pilihan yang pertama.
…
Marvin tidak melakukan sebarang perkara yang teruk kepada Lyle pada malam itu.
Selepas mengoyakkan pakaiannya, Marvin membuat satu lubang di abdomen menggunakan pisau belati jed kingfishernya.
Lubang ini tidak terlalu besar atau kecil dengan saiz lebih kurang 3cm.
Lyle yang tidak tahu menahu itu menjerit dengan kuat kerana takutkan tindakan Marvin yang kejam itu.
Jeritan seterusnya pula disebabkan dia telah melihat sesuatu yang menakutkan!
Tidak lama selepas Marvin membuat lubang di abdomennya, ada cacing hitam mengengsot keluar dari situ.
Dia hampir pitam kerana terlalu takut!
Dia tidak sangka terdapat banyak cacing hitam berada di dalam badannya!
Tetapi Marvin dengan pantas menangkap cacing itu dan meletakkan ia di dalam botol.
Di bawah asap amethyst sprout, semakin banyak cacing mengengsot keluar sehingga penuh tiga botol diisi ia.
Selepas Marvin menangkap cacing hitam yang terakhir, Marvin beritahu dia sudah selamat.
Marvin membantu untuk menjahit luka yang terbuka itu dan memberinya wain merah untuk diminum supaya dia terus tidur. Gadis yang ketakutan itu tidur tidak lama kemudian.
Memang benar, wabak racun kemerduan malam sebenarnya ialah wabak parasit.
Parasit ini dikenali dengan nama cacing hitam.
Mereka akan masuk di dalam badan melalui pemakanan. Telur cacing hitam dibubuh di dalam makanan dan cacing itu akan membesar di dalam badan dengan merampas nutrisi di dalam badan.
Kebanyakan cacing itu akan terkumpul di bahagian leher sehingga membentuk tanda hitam yang menggelikan.
Cacing hitam merupakan hidupan yang dicipta oleh dewa, mengikut kehendak Dewa Plague. Selepas jumlah cacing hitam melebihi nilai yang diperlukan, semua cacing hitam di dalam badan akan meletup!
Letupan ini menyebabkan tuan tubuh badan juga meletup. Darah akan tercampak merata menyebabkan situasi yang berlaku sangat menakutkan.
Perkara yang paling menakutkan, telur ini boleh tersebar melalui darah yang mengalir di tuan badan. Jika darah ini terkena kepada kulit seseorang, mereka juga akan dijangkiti wabak yang sama.
Di era teknologi perubatan yang rendah, wabak seperti ini memang menakutkan.
Tetapi Marvin tahu bagaimana cari untuk menguruskan racun kemerduan malam ini.
Asap dari pembakaran amethyst sprout sangat disukai oleh cacing itu.
Mereka akan mengengsot keluar dari tuan badan dan ditangkap oleh Marvin yang memakai sarung tangan.
Kesemua botol itu mengandungi separuh cuka di dalamnya.
Cacing hitam sangat takut dengan cuka. Mereka akan terus mati jika direndam selama sejam di dalamnya.
Dan cecair ini akan bertukar menjadi racun yang boleh melumpuhkan badan.
Bagi Marvin ini seperti sambil menyelam minum air. Dia memang kekurangan racun untuk digunakan kepada senjatanya seperti kerambit, pisau belati dan senjata yang lain.
Tiga botol ini merupakan alternatif yang bagus.
Pada mulanya dia ingin terus berlalu pergi tetapi kemunculan cabaran baru di menu cabaran menyebabkan dia terpaksa mengubah rancangan asal.
…
"Aku tidak tahu apa yang mereka telah lakukan kepada kau."
"Tetapi kau ada dua pilihan sekarang. Cakap dan aku akan lepaskan kau, tetapi jangan kau datang dekat lagi dengan keluarga Gru. Tidak cakap dan aku akan terus bunuh kau sekarang."
Kerambit yang dingin terus ditekan dengan perlahan di leher Chini.
Wajah Marvin yang memakai topeng nampak menakutkan.
Suaranya yang tanpa belas kasihan membuatkan dia nampak seperti pembunuh kejam pada pandangan orang biasa.
Mata Chini terus terbeliak besar. Dia menjerit dan hampir tidak bermaya, "Aku cakap! Aku cakap!"
"Jangan bunuh aku! Aku cakap."
Ia di gereja kawasan rakyat biasa. Asalnya gereja itu kepunyaan Gereja Silver tetapi mereka telah sewa dari paderi gereja silver…"
Marvin tersenyum.
"Paderi Gereja Silver memang tamak. Mereka sanggup sewakan gereja mereka tanpa usul periksa pihak yang ingin menyewa."
"Adakah Dewa Silver akan naik angin? Ada orang yang sebarkan ajaran Dewa Plague di gerejanya sendiri, tsk tsk…"
Gereja dan paderi itu agak terkenal.
Selepas dapat jawapan yang Marvin ingin tahu, dia tidak melepaskan terus Chini sebaliknya dia memukulnya hingga pengsan balik.
Dia perlu menyiasat situasi dulu.
…
Kawasan rakyat biasa dibentuk oleh sekumpulan keluarga yang mampu memiliki hartanah tetapi tidak terlalu kaya.
Kebanyakan orang ini ialah pengembara, peniaga, penukang, pekerja mahir dan sebagainya. Tahap keselamatan di sini bukanlah yang terbaik tetapi agak memuaskan.
Di arah barat laut kawasan rakyat biasa terletak gereja kecil. Sebelum ini, paderi gereja silver menyampaikan ajaran di gereja itu. Tetapi paderi itu telah berpaling tadah kepada rakyat di kawasan itu yang kepercayaan tidak kuat dan tidak menderma banyak dengan menyewakan gereja itu kepada orang lain.
Satu upacara sedang berlangsung di ruang bawah tanah gereja waktu lewat malam.
Lebih dari sepuluh orang muda melutut di tanah sambil mengulang-ulang ajaran Dewa Plague!
Lelaki dengan jubah hitam berdiri di atas pentas sambil melihat mereka dengan dingin.
Muka mereka penuh dengan perasaan fanatik!
Tetapi kepercayaan mereka tidak semestinya tulen!
Dia perlu pilih mereka yang mempunyai iman paling kuat untuk dilantik menjadi anak buahnya. Barulah dia dapat berbakti kepada Dewa Plague.
Tambahan lagi di antara duta dewa plague, tarafnya boleh dikatakan biasa.
Tetapi dia masih menguasai beberapa magik asas cleric.
[Distinguish Faith!]
Satu cahaya dengan bulatan hitam terbentuk di tangannya;
Cahaya itu terus menyelubungi sepuluh pemuda itu dan melingkar di badan mereka beberapa kali.
Beberapa orang dari mereka mempunyai pandangan seperti dapat melihat cahaya itu manakala sebahagian yang lain langsung tidak perasan cahaya berbentuk bulat itu!
Benang mula muncul di depan lelaki berjubah hitam itu.
Benang ini keluar dari badan pemuda tersebut dan melingkar badan mereka.
Benang ini sangat halus, menunjukkan tahap keimanan mereka.
Lelaki berjubah hitam itu berpuas hati. Dalam kumpulan pemuda ini terdapat dua orang dari mereka mempunyai iman yang kuat!
Mereka akan menjadi sumber kepada Dewa Plague dengan memberikan sumber kuasa keimanan dan mempunyai masa depan yang cerah.
Tetapi dia tidak gembira sepenuhnya!
Kerana terdapat seorang pemuda yang tidak mempunyai benang langsung!
"Ada seorang dari kamu yang menyamar menjadi penganut masuk ke sini!"
"Adakah kau ingat dapat menipu mata dewa yang esa?"
Dia tersenyum dengan kejam sambil menunjukkan jari kepada salah seorang pemuda yang sedang berada dalam ketakutan itu. "Aku akan tunjukkan apa yang berlaku kepada mereka yang tidak beriman!"
Selepas berkata, banyak fabrik berwarna gelap keluar dari tangannya!
"Jangan! Jangan…"
Pemuda itu meronta-ronta, ketakutan, tetapi tidak berguna!
Pemuda yang lain terus terjah untuk menekan dia ke bawah untuk membuktikan kesetiaan mereka.
Lelaki berjubah hitam itu ketawa besar sambil berjalan perlahan melepasi dia.
Pada masa itu, satu kelibat yang menyorok di dalam kegelapan mula menghampiri dengan perlahan.