Marvin bergerak dengan berhati-hati.
Sejak dia masuk ke dalam gereja, setiap gerak gerinya sudah sampai ke tahap paling tinggi.
Tetapi dia tetap rasa risau, lagipun kemahiran stealth digunakan renjer tidak boleh dibandingkan dengan pencuri. Terdapat penalti 40% jika digunakan di bandar. Jika cleric ini mempunyai persepsi tinggi, serangan hendapnya akan gagal dan situasi ini akan jadi perlawanan yang sukar.
Marvin tidak risau jika terpaksa menjadi perlawanan sukar. Dia mempunyai kelebihan di kawasan sempit ini.
Dia lebih risau dengan jampi lelaki berjubah hitam itu. Walaupun Duta Plague tidak mempunyai banyak jampi tetapi jampi mereka memang melecehkan.
Jampi seperti ini bukan mendatangkan maut tetapi ia mampu melontarkan sumpahan yang mampu merendahkan atribut sasaran. Walaupun sementara, ia agak melecehkan.
Membunuh dengan satu serangan pilihan yang terbaik.
Pemuda itu ditahan di tanah dalam jarak sepuluh langkah di depan. Asalkan duta plague berjalan beberapa langkah lagi, dia akan masuk ke kawasan serangan Marvin.
"Menggunakan Hide lebih selamat!"
Marvin memaksa diri untuk berhenti bergerak dan menggunakan Hide.
Badannya terus terlekat di bangku yang kosong, seperti kucing yang sedia untuk menerkam pada bila-bila masa.
Kedudukan tubuh seperti ini sangat melenguhkan tetapi memberikan jaminan tinggi untuk menyerang hendap.
Duta plague semakin dekat.
Matanya fokus merenung pemuda itu setiap masa!
Pada pandangan apa-apa mazhab, orang yang tidak percaya dan menyamar sebagai orang beriman merupakan satu perkara yang tidak dapat dimaafkan. Dewa baik mungkin boleh maafkan mereka tetapi dewa plague bukanlah dewa seperti itu!
Dia perlu tunjukkan kekuasaan yang dia ada.
Fabrik sutera yang terdapat di tangannya merupakan item luar biasa dikenali dengan nama Sutera Penyeksaan yang dianugerahkan kepadanya oleh Ketua Paderi. Apabila fabrik sutera itu membalut tubuh pemuda itu, dia akan terus rasa semua jenis seksaan yang ada di dunia.
Akhirnya, dia akan mencari jalan untuk membunuh diri… Di depan pengikut yang lain.
Dia telah melihat perkara kejam ini banyak kali, tetapi ini merupakan kali pertama dia melalui sendiri. Sebab itu dia berasa teruja.
…
"Satu langkah lagi."
Marvin mengenggam dengan erat kerambitnya dengan senyap, kaki kanannya telah bersedia untuk bergerak pada bila-bila masa!
Tetap duta plague itu tiba-tiba berhenti dengan mengejut.
Satu kelibat muncul dari jalan ke kawasan bawah tanah!
"Kau lambat!" Duta plague itu melihat kepada orang itu sambil meluahkan perasaan tidak puas hatinya.
Anak mata marvin terus mengecil!
"Bangsat, dia boleh pula berhenti masa ini."
Asalkan duta plague melangkah lagi setapak, Marvin hanya perlu masa satu nafas untuk mencabut nyawanya!
Tetapi satu langkah ini menyebabkan situasi Marvin berada menjadi kekok, jika cleric itu menunjukkan reaksi, akan menjadi satu masalah nanti.
"Celaka! Siapa tu?"
Marvin rasa berang. Dia menoleh kepala untuk melihat siapa yang datang.
Lelaki itu mempunyai tubuh yang kurus dan gerak kaki yang sangat pantas. Dia nampaknya telah datang melalui jalan lain.
Dia terus sampai di depan duta plague dan berkata dengan tidak bersalah, "Bukan lewat sangatlah. Lagipun kesatria bangsat itu sedang dalam perjalanan."
"Adakah kau mahu tinggalkan pengikut muda kau?"
"Kesatria?"
Marvin terkejut sebelum sempat membuat sebarang reaksi selepas melihat muka lelaki itu!
Muka lelaki itu nampak samar-samar di bawah cahaya obor api tetapi Marvin masih ingat dengan sempurna.
"Jodoh Musuh Ketat Pasti Bertemu di Jalan yang Sempit"
Marvin tersenyum duka.
Itu ialah pembunuh hendap lelabah bayang.
Sebesar-besar River Shore ini, boleh pula terserempak dengan lelaki itu sebanyak tiga kali dalam masa yang singkat!
Pertama kali ketika di Bukit Deathly Silent. Pada masa itu pihak satu lagi telah melepaskan dia dengan amaran tanpa sebab yang tidak diketahui oleh Marvin.
Kali kedua pula ketika di luar rumah Miller. Pada masa itu Marvin telah menipu pihak satu lagi, jika tidak pasti situasi akan jadi lebih rumit!
Ini merupakan kali ketiga terserempak semasa upacara pengikut dewa plague!
"Alamak! Lelaki ini mempunyai persepsi yang tinggi!"
"Jika dia perasan aku…"
Jantung Marvin berdegup kencang. Kemahiran menyoroknya telah dapat dilihat ketika berada di kawasan hutan!
Pembunuh hendap ini mempunyai kelas lanjutan pencuri, [Pembunuh Gelap], yang mempunyai persepsi dan ketangkasan tinggi. Kemahiran pisau belatinya juga sangat kejam.
Jika dia bergabung tenaga dengan duta plague, Marvin akan mengalami kesusahan ketika ini!
Dia memang tidak berani untuk bergerak!
Stealth lebih lemah dari Hide, jika dia tidak bergerak, dia boleh lagi tidak diperasan. Jika dia bergerak, ada 99% kebarangkalian dia akan dijumpai oleh pembunuh gelap!
"Kenapa jadi begini pula!"
Marvin menggeleng dalam hati. Dia telah mula melakukan persiapan. Walaupun mengambil kekuatan naga perkara yang terlalu merugikan tetapi nyawanya lebih penting.
…
"Jangan risau, aku sudah buat keputusan."
Duta plague itu menjeling sambil berkata, "Selain dari dua benih yang mempunyai iman kuat, yang lain, humph…"
Pembunuh gelap faham apa yang dia rancangkan. Pengikut yang lain akan jadi bahan korban.
Dia mengangkat bahu dan berjalan ke hadapan seperti ingin berkata sesuatu.
Tetapi bahunya bergoyang!
Ini pergerakan yang sangat halus!
Tetapi pergerakan ini dapat dilihat dengan jelas oleh Marvin yang fokus memerhatikan!
"Mereka menjumpai aku!"
Itu pergerakan untuk mengeluarkan pisau belati. Ketika Marvin menyorok di belakang pokok dulu, Marvin telah melihat bagaimana lelaki itu menyiat kulit beruang perang itu hidup-hidup. Marvin juga perasan beberapa benda mengenai teknik dan kemahiran pisau belatinya.
Tiada apa yang dapat dilakukan jika mereka telah menjumpai dia. Dia hanya mampu untuk berlawan saja!
Dalam masa sekelip mata, kelibat Marvin terus keluar dari tempat persembunyian dan menuju ke arah duta plague.
Pada masa yang sama, kelibat pembunuh bayang juga menjadi bayang yang hebat dan menerkam ke depan dengan laju!
"Crack!"
Pisau belati pembunuh gelap itu ditetak menghala ke kerusi kosong, memecahkan kerusi tersebut!
Perasaan terkejut terpancar di wajahnya, "Eh?"
Lelaki yang licik itu mampu mengagak serangan dia.
"Nampaknya situasi ini sangat melecehkan?"
Dan pada masa itu, Marvin telah berada di depan duta plague. Dia terkedu dan terkejut seketika tetapi tidak panik!
Duta plague itu juga pelawan yang berpengalaman.
Kerana perbezaan satu langkah itu memberikan ruang yang cukup untuk dia mengelak!
Tetapi dia tidak berundur sebaliknya mengunakan Putrefaction Whirlpool!
Marvin menjeling sambil melompat ke tepi dengan pasrah, kedua-dua kakinya mendarat dengan cantik di atas kerusi mengelak daripada pusaran gas!
[Putrefaction Whirlpool] adalah Lingkaran Sihir Pertama cleric, yang hanya digunakan oleh cleric dewa plague sahaja. Efeknya sangat kuat. Jika Putrefaction Whirlpool terkena kulit, ia akan mula bernanah.
Nanah seperti ini tidak membawa maut, dan orang yang kental akan pulih selepas dua atau tiga hari.
Tetapi ini akan menyebabkan kuasa bertarung Marvin menurun buat masa singkat!
Dia tiada pilihan selain untuk mengelak!
Tetapi dengan mengelak dia akan membuatkan duta plague rasa lebih selamat kerana jarak di antara mereka akan jadi lebih jauh.
Marvin mendarat dengan cantik di satu tempat lain.
"Kau rupanya? Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng?!" Pembunuh gelap itu menjerit, terkejut dan rasa tidak sabar.
Dia melihat Marvin dengan perasaan teruja, "Aku memang sangat terkejut."
"Aku masih ingat lagi pertemuan kita sebelum ini. Aku akan tetak kau jadi daging hancur hari ini… Oh, lupa pula. Masih kau ingat beruang perang yang malang itu? Aku akan pastikan nasib kau sama sepertinya!"
Di sudut yang lain, duta plague memerhatikan dia seperti harimau perhati mangsanya.
"Cuba untuk serang hendap aku? Siapa suruh kau buat?"
Marvin berkerut.
Musuh baru ditambah pula dengan musuh lama, memang sangat rumit situasi ini.
Mereka berdua mengepung dia. Agak sukar untuk Marvin melepaskan diri dari kepungan mereka dalam waktu yang singkat.
Tambahan pula mereka berdua pemilik kelas pangkat ke-2 dan Marvin hanya renjer level 5.
Walaupun berdepan satu dengan satu, Marvin tetap sukar berhadapan dengan mereka walaupun selepas minum ubat itu.
"Serahkan dia pada aku!" Pembunuh itu berkata sambil melihat sekeliling. "Aku ada dendam lama dengan dia!"
Duta plague itu pula berkerut sambil berkata, "Cepat selesaikan, kita tidak ada banyak masa."
"Jangan risau, lagipun aku sudah terima duit kau. Aku pasti selesaikan urusan kau beri! Aku, Black Jack, tidak pernah mungkir janji aku."
Selepas Black Jack habis berkata, dia terus meluru ke depan seperti tembakan meriam!
Pantas gila!
Marvin hampir tidak terkejar dengan kelajuan dia tunjukkan!
"Clang!"
Dia berjaya mengelak dengan tipis pisau belati dengan kerambit biasanya!
Selepas itu, tangan dia sakit mula sakit dari pergelangan tangan. Walaupun kuasa pihak lawan tidak sepenuhnya menyekat dia, tetapi ia hampir menewaskan dia!
Kedua-dua mereka menggunakan pisau belati kembar tetapi tahap pencapaian Black Jack menggunakan pisau belati adalah [Master] level!
Dan Marvin hanya pada tahap [Beginner] level saja!
Kemahiran menggunakan senjata perlukan masa yang lama untuk mahir dan tidak akan meningkat naik waktu semalaman. Ia hanya dapat dilatih dalam jangka masa panjang. Walaupun Marvin mahir dengan pisau belati di hayat yang lepas, tetapi pengalaman hanya boleh ditunjukkan dari segi kawalan dan kemahiran pisau belati saja.
Seseorang patut tahu bezakan antara Master level penggunaan kerambit dan juga Beginner Level penggunaan pisau belati, ia cukup untuk menghancurkan dirinya!
"Clang! Clang!"
Marvin berhempas pulas menahan serangan pihak lagi satu yang tanpa henti. Dia berguling berkali-kali dalam proses mengelak serangan itu.
Tetapi pada masa ini, duta plague mula melangkah ke depan, seperti akhirnya akan bertindak uruskannya!
"Nasib malang!" Marvin berkata dengan duka.
Situasi yang berlaku semakin rumit!