Chereads / Renjer Malam / Chapter 55 - Teknik Memedang

Chapter 55 - Teknik Memedang

"Apa yang kau lakukan? Berhenti!"

Apabila Marvin sedang risau sama ada duta plague masuk campur, Black Jack kemudiannya menjerit, "Dia milik aku!"

Dengan perasaan bengang, duta plague itu membalas, "Aku cuma nak tolong kau…"

"Terima kasih banyak tapi tak perlu!"

Black Jack tersengih, "Aku boleh uruskan dia sendiri!"

"Baik kau uruskan kumpulan pengikut itu!"

Duta plague itu menghentak kaki dengan marah. Dia bergerak menuju ke kumpulan pemuda itu.

"Peluang baik!" Marvin rasa nasib baik.

Walaupun dia bukan saingan Black Jack satu lawan satu tetapi dia masih boleh lagi melepaskan diri.

Diserang dengan bertalu-talu, Marvin mula mengelak dengan teliti.

Dia akan berada dalam situasi rumit dalam semua pergerakan yang dilakukan.

Nampak seperti dia akan terkena serangan pisau belati setiap kali tetapi dia pasti mengelak pada keadaan paling bahaya!

Lagipun, dia semakin dekat dengan pintu keluar setiap kali mengelak.

Idea Marvin sangat mudah; jika kau tidak setanding, cabut lari saja. Walaupun ketangkasan dia lebih rendah dari Black Jack, tetapi dengan keadaan persekitaran yang kompleks, perbezaan ini tidak terlalu banyak.

Tanpa halangan dari duta plague, asalkan dia dapat mencari peluang, dia mampu melepaskan diri!

Mungkin dia mampu mengubah situasi dan membunuh lelaki itu.

Marvin masih ada Ring of Prayers.

Rainbow Jet merupakan Lingkaran Sihir Pertama paling kuat dan salah satu serangan terulung Marvin ada. Tetapi Black Jack sudah pasti dapat mengelak kerana nilai ketangkasan yang tinggi jika terpaksa menggunakannya.

Jadi Marvin perlu cari masa yang tepat.

Clang!

Kerambit hitam memecahkan kerusi kayu dan memotong sedikit rambut Marvin!

Dia hampir-hampir terkena serangan yang membahayakan itu!

Pembunuh gelap itu tersenyum jahat. Dia nampak lelah ketika mengejar. Kedua-dua bahunya lenguh sedikit!

"Celaka, lelaki ini telah menguasai kemahiran [Blade Technique]!"

"Dari postur tubuhnya, rasanya bukan [Whirlwind Blade], nampak seperti [Rushing Thunder Slash]!"

Wajah Marvin mula bertukar pucat. Dia memang dalam masalah.

Dia masih dapat menahan serangan biasa lagi. Tetapi teknik memedang ini sukar untuk dia menahan dengan abiliti sedia ada dan kerambit biasa ini.

Dia faham ketika ini.

Black Jack telah membaca niatnya!

Lelaki menakutkan ini telah tahu Marvin ingin mengambil kesempatan melarikan diri tetapi berpura-pura seperti tidak tahu.

Dia seperti bermain-main dengan mangsanya!

Memusnahkan keyakinan Marvin dalam satu gerakan.

Lagipun di depan kemahiran yang hebat, walaupun jalan keluar sudah dekat, Marvin tidak dapat sampai ke situ!

"Sia-sia saja aku agak, Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng."

"Selepas membunuh kau, aku akan robek topeng dan melihat rupa sebenar kau!"

"Hahaha!"

Ketika pembunuh gelap mentertawakan Marvin, satu cahaya pelik muncul di pedangnya.

Ini tanda dia menggunakan kemahiran memedang.

Melepaskan diri memang tidak boleh, teknik memedang merupakan kemahiran istimewa dan mempunyai jarak serangan yang besar. Tambahan lagi jika orang seperti pembunuh hendap yang gunakan. Jika Marvin ada keistimewaan [Flicker], dia tentu mampu mengelak.

Tetapi sekarang efek dari kekuatan naga hampir habis, oleh itu status sementara itu akan lenyap.

Marvin tiada jalan lain. Dia terpaksa berdepan dengan kekerasan!

Selepas berfikir panjang, dia menyilangkan kerambitnya, berpura-pura untuk menahan!

Tetapi sebenarnya dia telah mula membaca jampi ring of prayers sambin mensasar kepada pembunuh gelap yang semakin dekat.

[Blade Technique – Rushing Thunder Slash!]!

Pembunuh gelap itu menjerit. Kerambitnya seperti bayang yang mensasar pada Marvin!

Rushing Thunder Slash ada enam gerakan dan juga terkenal dengan kepantasan.

Teknik memedang ini dapat meningkatkan kepantasan serangan tiga kali ganda.

Sebagai contoh, pada waktu biasa Black Jack mampu menyerang lima kali dalam masa satu saat, jika dia menggunakan kemahiran itu dia mampu menyerang lima belas kali dalam satu saat!

Marvin sukar menghalang serangan dengan kepantasan seperti ini kerana tidak terkejar.

Dia hanya mampu gunakan kekerasan melawan kekerasan!

Dia berharap efek [Repel] dari rainbow jet.

Ini satu-satunya cara peluang Marvin untuk menukar dari kekalahan kepada kemenangan!

Lelaki ini langsung tidak beri kesempatan kepada Marvin untuk minum ubat.

Dia memang layak digelar pembunuh upahan elit dari Lelabah Bayang.

Hujung kerambitnya umpama bayang yang tidak sabar ingin memotong Marvin. Dan rainbow jet Marvin pula sudah bersedia untuk dilepaskan.

Tetapi pada masa ini, suara gegaran tanah bergema!

Satu lubang besar tiba-tiba muncul di atas kepala mereka berdua.

Banyak serpihan batu jatuh dan terkena mereka berdua menyebabkan kemahiran mereka terbatal secara paksaan!

Bukan kerana serpihan batu, tetapi kerana ngauman tersebut!

Di celah sudut, Marvin mengambil kesempatan untuk bersembunyi dan menyemak log perlawanan dia.

Kemahiran dia terbatal kerana ada orang menggunakan kemahirahn [Divine Grace – Mind Blast]!

Seseorang menggunakan kemahiran [Mind Blast] di ruang bawah tanah. Ini sejenis kemahiran untuk menakutkan yang mempunyai efek jarak yang luas dan mampu membatalkan banyak kemahiran.

"Siapa tu?"

"Rupanya kesatria silver light!"

"Kesatria? Kejap, Kejap… Sebelum ini mereka ada bercakap berkenaan kesatria, adakah dia yang dimaksudkan?"

Marvin mengenal dia. Lelaki ini merupakan kesatria terkenal di Bandar River Shore. Sebagai salah seorang pelindung Gereja Silver, dia selalu muncul di khalayak ramai.

Disebabkan Gereja Silver dan Bandar River Shore telah mencapai kata sepakat, mereka menghantar kesatria pelindung untuk turut serta bersama peronda Bandar River Shore.

Lelaki bernama Gordian ini salah seorang dari mereka.

Dia ditugaskan mengawal di kawasan orang kaya.

Waktu Marvin ingin membunuh Miller dan menghantar peronda ke tempat lain, Gordian juga turut terbabit dihantar ke tempat lain. Gordian ialah pangkat ke-2 kesatria silver light.

"Pengikut Dewa Plague, mati kau sekarang!"

Marvin berdiri di atas semua batu-batu jatuh, melihat dengan dingin situasi di ruang bawah tanah itu.

Tetapi semua telah hilang kecuali beberapa orang muda yang tersesat.

Pembunuh gelap dan duta plague juga telah menghilangkan diri.

Jantung Marvin mula berdegup kencang; dia dapat menghidu konspirasi terancang.

Lagipun berdasarkan percakapan diantara pembunuh gelap dan duta plague, mereka sedar kesatria silver ini akan sampai.

"Nampaknya gereja silver bukan mudah untuk diuruskan. Mereka telah untung daripada sewa yang mahal dikenakan kepada pengikut dewa plague dan menghantar kesatria untuk menangkap mereka pula… Cuma tidak terlalu tamak," Marvin meneka.

Selepas itu, beberapa anak buah Gordian membawa pemuda-pemuda tersebut ke tempat lain.

Tetapi Gordian masih berdiri di situ sambil memerhati keadaan sekeliling. Dia tiba-tiba melangkah ke depan.

Kawasan itu kosong.

Tetapi Marvin tahu kelas seperti Kesatria Pelindung mempunyai jampi pengesan.

Mencari jejaki duta plague sepatutnya tidak sukar.

Seperti dijangka, Gordian tersengih, "Cuba untuk larikan diri? Mimpi kosong!"

Dia meluru ke arah kegelapan seorang diri.

Rupanya ada lorong rahsia di tempat itu!

Destinasinya misteri tetapi sepatutnya menuju ke kawasan dalam bandar.

"Aku tahu!:

Marvin menyorok di sebalik sudut sambil mengurut bahagian badannya yang terkena serpihan batu jatuh dan tiba-tiba perasan sesuatu.

Ini sebenarnya perangkap. Tujuan mereka untuk menarik perhatian Gordian mengejar duta plague seorang diri.

Kesatria Silver Light ini mungkin telah menangkap ramai pengikut dewa plague baru-baru ini, menyebabkan duta plague berang.

Sebab itu dia mengupah pembunuh hendap dari lelabah bayang untuk membuat perangkap. Jika mereka berdua bekerjasama, mereka mampu membunuh Gordian.

Tetapi duta plague dan pembunuh hendap itu tidak sangka akan terjumpa [Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng] semasa operasi mereka tengah berjalan.

"Agak menarik."

Marvin tersenyum.

"'Kau dah paksa aku melalui keadaan menyedihkan. Aku tak akan lepaskan peluang keemasan ini. Maaf Black Jack."

"Tetapi aku perlu berhati-hati kali ini kerana masih ada notis penangkapan untuk aku walaupun kesatria silver light memang bencikan duta plague."

"Tak kisah lah, masa untuk aku ikut dan lihat."

Marvin dengan senyap menggunakan Stealth dan ikut Gordian dengan jarak yang agak jauh.

Dua lelaki, seorang di depan dan seorang di belakang melalui lorong tersebut sehingga tiba di ruang bawah tanah yang lain.