Pengembara selalunya tidak bertamadun tetapi selalunya mereka boleh dipercayai.
Ini kerana kebanyakan pengembara bergantung kepada imej mereka untuk mencari kerja. Walaupun komunikasi di dunia ini tidak maju, tetapi pengembara tidak akan melanggar peraturan paling asas.
Sebagai contoh meminta untuk naik upah sebelum mula berlawan.
Anna melihat pasukan enam ahli itu dengan marah.
Kesemua dua puluh garison Lembah White River sudah berkumpul belakang Anna. Muka Andre merah menahan marah. Jika tidak kerana Anna menghalang, dia sudah bertekak dengan pengembara tersebut.
Sembilan orang yang lain, pasukan Bramble dan tiga lelaki solo itu memilih untuk melihat saja.
Mereka seperti mematuhi peraturan… Tetapi Anna tahu dia tidak dapat mengekang pasukan itu, dia terpaksa mengalah nanti.
Jika itu berlaku, mereka juga akan meminta upah lebih tinggi.
Ia agak logik.
"Kita dah bincang pasal kontrak." Anna cuba mengawal diri dengan bertenang ketika berkata dengan mereka. "Kamu dah tandatangan, kau akan hilang reputasi jika langgar kontrak."
"Pasukan yang membuat kacau itu pasukan kedua selain dari pasukan Bramble. Pasukan itu mula meningkat naik sejak setengah tahun lepas tetapi mereka juga mempunyai reputasi melengkapkan misi yang banyak.
Anna marah gila; mereka tiba-tiba mintak untuk mengubah terma kontrak untuk mendapatkan upah lebih tinggi!
Nak dua kali ganda pula tu!
Ini tidak masuk akal. Pengembara level rendah tidak akan buat seperti ini. Anna bukan bodoh. Dia dapat rasa udang di sebalik batu.
Tujuan kumpulan ini tidak seperti yang disangka.
"Mereka seperti nak melambatkan operasi ini."
Anna dapat rasakan sesuati dari pandangan mata ketua pasukan [Lynx].
"Ada orang yang buat hal dari belakang? Saja buat mereka terima tugas kami? Cuba melanggar kontrak dengan tidak melakukan tugas, menyebabkan tugas mendapatkan semula Lembah White River terganggu? Anna berfikir.
…
"Cik Anna, pasukan Lynx kami boleh dipercayai."
Ketua pasukan Lynx ialah seorang renjer albino dengan muka yang buruk tetapi kemahiran dia agak menakjubkan.
Nama lelaki itu adalah Verne tetapi nama samaran dia Cat.
Dia merupakan ketua untuk pasukan Lynx sebelum ini.
Dia merenung tajam dan dengan tenang berkata, "Kami tidak membantah tentang kontrak lama."
"Kenapa kau nak melanggar kontrak sekarang pula?" Anna berkata dengan dingin.
"Ini sebab kami dapat tahu kontrak itu bercanggah." Kata Cat. "Ada seorang kawan datang memberikan aku informasi. Dia kata ada seorang Penyihir di dalam kumpulan gnoll yang menjajah Lembah White River!"
"Meminta dua kali ganda sebab terpaksa berhadapan Penyihir itu normal, betul? Cik Anna? Sebab itu aku cadang untuk batalkan kontrak lama dan buat yang baru."
Anna berkata dengan marah, "Mustahil!"
Cat merenung tajam. Suasana di ruang tamu menjadi hangat.
…
Pada masa itu, ketua pasukan Bramble mula berkata, "Jika ada penyihir, untuk membuat semula kontrak baru ialah peraturan asas. Tetapi aku tidak tahu adakah informasi ini tepat. Oleh itu pasukan Bramble tidak memilih mana-mana pihak buat masa ini."
"Kriteria aku jika pasukan Lynx dibayar dua kali ganda, pasukan aku juga nak sama. Boleh?"
Tiga pengembara solo itu mempunyai kriteria sama.
Jika upah pasukan Lynx dinaik dua kali ganda, mereka juga mahu sama.
Jika tidak, mereka tiada semangat untuk beraksi.
Anna menarik nafas dengan dalam, dan tersenyum tiba-tiba.
Walaupun Anna agak marah dengan pasukan Lynx kerana meminta upah naik, tetapi sebenarnya Tuan Muda dah menjangka perkara ini akan terjadi.
Marvin dapat agak ada pengembara akan ambil kesempatan ini untuk menimbulkan masalah.
Pasukan Lynx dan Pasukan Bramble sebenarnya sangat bagus. Jika niat pasukan Bramble sebab anak ketua mereka jatuh sakit dan memaksa mereka untuk menerima kontrak ini. Tetapi apa sebab pasukan Lynx yang baru meningkat naik ini turut serta?
Marvin dah jangka dan melakukan beberapa persediaan.
Selepas berfikir dia berkata, "Betul, memang ada Penyihir dalam kumpulan gnoll yang menjajah Lembah White River. Ia Penyihir level 2!"
Pasukan Lynx tidak dapat menahan diri dari rasa bangga diri.
"Perempuan ini mengalah?" Mata Cat terbeliak dan beberapa orang saja faham apa yang dia fikir dari ekspresi muka itu.
"Kalau macam tu, boleh kita bincang pasal kontrak baru, jom?"
Ketika dia bercakap, dia mengejek dalam hati, "Kontrak baru? Kami tak terima misi ini kerana duit."
Antara proses merangka kontrak baru, mereka perlu balik semula ke Bandar River Shore. Ini akan ambil masa yang lama.
Lelaki itu beritahu mereka untuk buat begitu dan akan terima wang banyak walaupun tidak membuat apa-apa.
Dari raut wajah Cat boleh dilihat senyuman di matanya.
…
"Kontrak baru?"
Anna tergelak dingin, "Maaf! Kami tak rancang tandatangan kontrak baru."
"Jika pasukan Lynx nak langgar perjanjian, kau boleh bayar denda. "
"Apa?"
Semua orang dalam pasukan Lynx terkejut.
"Dia masih tunjuk keras kepala?"
Ketua pasukan Bramble tidak dapat menahan diri untuk berkata, "Cik Anna, jika ada Penyihir, kesukaran misi ini telah meningkat. Aku rasa perlu ada perbincangan semula."
Dia tidak mahu menimbulkan masalah, tetapi sebagai ketua dia memikul tanggungjawab untuk nyawa anak buahnya.
Sebagai pengembara yang berpengalaman, dia tahu kesukaran untuk berdepan penyihir, walaupun dari gnoll.
Anna berkata, "Begini sebenarnya, Memang ketua gnoll adalah Penyihir. Tetapi kami mengupah pakar lain untuk hadapi Penyihir."
"Kamu semua hanya terima misi untuk menghapuskan gnoll sahaja!"
Pakar?
Cat mula rasa tidak sedap hati.
Ini jauh dari apa yang dia jangka.
Pada masa itu, satu kelibat kurus mula muncul.
Dia memakai topeng yang tebal dengan dua kerambit di tali pinggang.
"Maaf, aku lambat." Marvin berkata dengan suara garau.
Pembunuh Senjata Hendap Bertopeng!
Suasana di dalam ruang tamu menjadi lebih hangat.
…
Marvin berdiri kaku di situ, senyap tetapi menggerunkan!
Semua pengembara mula berdiri seorang demi seorang sambil rasa resah.
Mereka semua pengembara pangkat 1, tetapi mereka semua tahu Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng yang mampu hapuskan Kumpulan Acheron lebih menakutkan.
Ketua kumpulan Acheron juga pakar pangkat 2.
Dan dia juga ada pertalian dengan penghapusan keluarga Miller.
Membunuh di kawasan orang kaya, semua tahu betapa susah untuk lakukan ia.
Tetapi lelaki yang menakjubkan ini berjaya buat!
Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng menjadi ikon berpengaruh di Bandar River Shore.
Marvin tidak berkata apa-apa. Anna berkata dengan dingin, "Penyihir itu akan jadi sasaran Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng. Kamu yang lain hanya perlu hadapi gnoll lain, masih ada masalah lagi dengan kontrak?"
Anna merenung kepada Cat, suara dia agak tegas.
Pasukan Lynx terus terkesima.
Mereka ingat alasan itu ialah alasan yang terbaik.
Tetapi hanya dengan kemunculan Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng semuanya terus hancur.
Cat berpeluh, sedang berfikir.
…
"Seseorang letak harga yang mahal untuk kepala kau." Pada masa itu salah seorang pengembara solo berkata. "Kau berani bersama dengan kami?"
Peninju yang berkata itu mempunyai badan yang tegap, penumbuk yang hebat dan nampak ganas.
Nama samaran dia ialah "The Rock". Ini bukan bererti dia mempunyai pertahanan yang hebat tetapi sebab dia boleh menghancurkan batu walau sekeras mana.
"Dipersilakan mencuba."
Marvin tidak terus sasar dia tetapi perhati semua orang dulu.
Dia melihat kepada beberapa ahli pasukan Lynx untuk masa yang lama sedikit.
Hatinya mula jadi panas.
"Kalau macam ini, pasukan Bramble tiada masalah." Ketua pasukan Bramble berkata, "Sebab kami tidak perlu hadapi Penyihir, harga upah kontrak itu setimpal."
Dia merenung pada Marvin dan menambah, "Lagipun kami tak berminat dengan ganjaran atas kepala kau. Kami hanya mahu siapkan misi kami."
"Aku bantah!" Selepas melihat ketua pasukan Bramble tunjuk pendirian mereka, Cat tidak dapat duduk diam lagi.
Dia tersenyum sinis, "Boleh ke dia hadapi Penyihir pangkat 2? Jika dia gagal, bukankah kami perlu hadapi Penyihir pangkat 2 itu?"
Peninju "The Rock" itu mula tersenyum dengan penuh niat jahat, "Betul! Walaupun reputasi Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng sangat hebat tetapi bagaimana dengan kekuatan dia?"
Suara dia mula berubah, "Sir Verne, bukankah lebih baik orang kau periksa?"
"Aku dengar encik Green dalam pasukan kau pengguna pisau belati, lebih bagus kalau dia boleh periksa kekuatan encik Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng adakah kuat seperti yang diceritakan?"