Cat mencarut selepas dengar Rock berkata begitu.
Lelaki ini terang-terangan cuba mengambil kesempatan ke atas persengketaan yang berlaku ke atas anak buah Cat.
Peninju yang nampak kasar ini penuh muslihat.
Anna melihat perkara merepek ini dengan dingin. Satu-satunya perkara buat dia berpuas hati, pasukan Bramble menyatakan pendirian untuk tidak masuk campur bermaksud mereka setuju dengan kontrak asal.
Tetapi mereka tidak beredar dan menunggu untuk melihat apa yang bakal berlaku.
Lagipun semua orang ingin tahu kehebatan Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng yang namanya meningkat naik tiba-tiba.
Cat berbelah bahagi, jika dia berundur, pelan orang itu akan gagal.
Kadar penalti yang akan kena sangat besar nilainya. Walaupun sagu hati yang dia dapat mampu untuk menampung kos itu tetapi dia masih akan kehilangan reputasi. Ini memang tidak berbaloi.
Jika mereka berjaya menghalang proses mengambil semula wilayah Lembah White River dengan lancar perkara yang lebih bagus.
Ia bukan tidak bagus tetapi mereka cuba mencari peluang dengan situasi yang berlaku. Lagipun mereka pengembara dan bukan pekerja orang itu.
"Green?" Cat bertanya.
Lelaki berambut perang keluar ke depan selepas dipanggil oleh Cat.
Orang itu memakai perisai kulit, dan tidak seperti Marvin, dia membawa pedang panjang.
Pedang panjang itu hampir serupa dengan Katana di Jepun tetapi lebih besar dan tebal. Ini bermaksud ia mempunyai kuasa hunusan lebih kuat ketika berlawan raksasa.
Green merupakan pakar pedang yang kejam. Banyak raksasa dan pengembara telah mati di tangannya dengan keadaan yang menakutkan.
Satu hunusan, dua luka.
"[Pelawan Pengembara]"
Marvin merenung tajam kepada pergerakan Green. Pedang panjang seperti ini hanya digunakan oleh kelas Pelawan Pengembara pangkat ke-2.
Lelaki ini belum lagi menjadi Pelawan Pengembara pangkat ke-2 tetapi merancang untuk memilih jalan ini.
Pelawan Pengembara mempunyai ketangkasan yang menakjubkan dan kekuatan mereka juga agak hebat. Dengan momentum yang cukup, tetakan mereka boleh membelah seseorang kepada dua bahagian.
Dalam kehidupan yang lalu, pergerakan yang pantas dan ganas ini popular di kalangan pemain.
Tetapi untuk kelas seperti ini… Marvin tahu bagaimana untuk menyekat mereka.
…
"Cik Anna, walaupun kau kata kita tidak perlu menghadapai Penyihir, tetapi kami perlu melihat kekuatan Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng dulu. Biar dia berlawan dengan pelawan level 5 pihak kami untuk mendapatkan kepastian."
"Aku rasa Encik Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng tidak kisah?" Cat berkata dengan dingin.
"Jika kami menang kau senyap." Anna berkata dengan suara lebih dingin dan menunjukkan tanda jelek, "Kau boleh pilih untuk pergi dari sini selepas membayar penalti atau bantu kami sekat gnoll."
"Sudah tentu!" Cat menjawab dengan terus terang kali ini. Jika kemahiran yang ditunjukkan Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng sangat hebat, dia tidak kisah untuk mengubah rancangan dia.
Mampu untuk mengikut dan melengkapkan misi juga bagus. Orang itu… Jika dia tahu yang Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng turut serta, dia tidak perlu datang.
Tuan Muda Lembah White River bertindak melulu kerana mengupah penjenayah untuk membantu mengambil semula wilayahnya.
Mengikut informasi Cat, perkara ini tidak semudah itu. Terdapat ramai yang mensasar wilayah ini.
Walaupun wilayah ini dapat dirampas semula, tetapi Tuan Muda itu akan menghadap pelbagai masalah di kemudian hari.
Selepas berfikir begini, perasaan Cat mula menjadi ok.
Tetapi pada masa itu, Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng berkata dengan kejam, "Aku tidak berlawan, hanya membunuh."
Suasana di dalam ruang tamu menjadi kaku!
"Lelaki ini sangat berlagak!"
Green menggenggam pedang panjang dengan marah, dan terus mara ke arah Marvin yang bersandar di kaunter dengan niat untuk membunuh.
Anna dan Andre terkejut. Mereka cuba berhentikan dia tetapi sudah terlambat.
Anna fokus memandang ke Marvin. Dia tidak takut Marvin tercedera tetapi risau yang dia akan betul-betul membunuh Green.
Kehilangan satu pasukan akan jadi lebih bermasalah. Mendapatkan semula Lembah White River sudah banyak masalah tidak masuk ini lagi.
Marvin merenung tajam dengan masih bersandar di kaunter.
Dia tidak bergerak sehingga Green tiba di depannya. Pada masa itu dia baru bertindak.
Dengan 20 nilai ketangkasan, ia memberikan kuasa untuk bertindak balas dengan pantas. Mata dia merenung tepat kepada bahu kanan Green ketika Green mula meluru ke arahnya.
Bahagian badan ini akan bergerak dulu jika pihak satu lagu merancang untuk menyerang!
Bahu kanan green bergegar menunjukkan tanda dia ingin menggunakan kekuatan dia!
Badan Marvin mula ke depan dan dia berdiri di depan Green sekelip mata.
Semua orang tergamam.
"Tindak balas seperti ini, dengan pergerakan yang pelik itu…"
Belum sempat mereka tunjukkan reaksi, bunyi "Clang" berbunyi selepas Marvin membawa keluar pisau belatinya.
Ini pisau belati tangan kanan. Sebab Green juga menggunakan tangan kanan, dan kekuatan dia lebih hebat dari Marvin, untuk menyekat serangan dia, dia perlu menyerang dengan lebih kuat dulu!
Walaupun [Two-Weapon Fighting] berikan kecekapan menggunakan lebih kurang sama di kedua-dua tangan, tetapi masih ada jurang kekuatan.
Green terkejut. Sebelum sempat dia mengangkat pedang panjang, dia telah terkena serangan dari belakang pisau belati.
"Ah!" Green menjerit sebelum dia membetulkan posisi.
Dia menyerang semula dari arah bawah, satu serangan yang menghala ke bawah badan Marvin.
Marvin tersenyum sinis, "Nampak gaya kau dan nampak banyak kali muslihat macam ini!"
Tetakan kedua!
Tangan kiri.
Menghalang serangan tidak memerlukan kemahiran yang tinggi. Asalkan dia menjumpai titik kelemahan di dalam serangan pedang panjang itu, dia dapat menyekat momentum yang tiba.
Bagi Marvin, pergerakan seperti ini tidak menjadi isu.
"Clang!"
Marvin berjaya menghalang serangan itu.
Tetapi pada masa yang sama, Marvin menyerang dengan gerakan yang ketiga!
Two-Weapon Fighting hebat kerana kelebihan untuk menjalankan kerja serentak pada satu masa.
Tangan kiri menghalang dan tangan kanan menyerang!
Cahaya pisau itu menyilaukan mata di bawah cahaya lilin.
Pisau belati itu disasarkan ke leher Green.
Walaupun lelaki itu memakai perisai kulit, dia tidak dapat menghalang serangan pisau belati Marvin.
Mereka yang lain melihat sambil terpegun.
Gerakan dan tindak balas Marvin seperti dia dapat melihat apa gerakan yang Green mahu lakukan.
Tiga gerakan!
Dia hanya perlu tiga gerakan untuk mengalahkan Green!
Cat terkejut, rasa menyesal atas perbuatannya.
Jika serangan pisau belati masih diteruskan, nyawa Green…
"Berhenti" Seseorang menjerit dengan panik.
Itu Anna.
Selepas itu, momentum pisau belati Marvin menjadi perlahan sebelum menyerang dengan lembut ke bahu Green.
Clang!
Green berpeluh. Dia melepaskan genggaman ke pedang panjang dan tersembam ke tanah!
Suasana menjadi kacau-bilau. Green merupakan seorang pakar di kalangan pengembara level rendah dari Bandar River Shore.
Tetapi dia tidak dapat menerima lebih dari tiga gerakan ketika berhadapan dengan Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng. Dan melihat kepada keadaannya sekarang, dia telah menerima kejutan yang besar.
Sebagai pelawan, tidak dapat mengawal gabungan serangan dari pisau belati.
Jika tidak kerana jeritan Anna tepat pada waktunya, mungkin…
Apapun, nama Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng akan makin dikenali di Bandar River Shore.
Green pula.
Sebagai seorang yang cuba untuk menjadi Pelawan Pengembara, dia telah menerima tamparan hebat ke atas keyakinannya.
Ia perlu masa yang lama untuk mendapatkan semula keyakinan dan menjadi tanda tanya adakah dia boleh pulih sepenuhnya atau tidak.
…
Marvin memuji Anna. Dia menjerit tepat pada waktunya.
Jika tidak, Marvin terpaksa menghapuskan Green untuk mengekalkan imej Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng.
Walaupun mereka berdua telah merancang sebelum ini.
Marvin akan bertugas untuk menakutkan dan Anna pula bertugas untuk menenangkan mereka.
Dengan ini, pasukan yang diupah ini akan tahu mana kedudukan mereka.
Tidak lama kemudian, seseorang datang membantu Green bangun. Anna perasan yang orang ini juga berpeluh.
Nampak jelas orang ini berasa tertekan dari serangan tadi.
Rock yang berdiri tegak tidak berkata apa-apa. Peninju itu menunjukkan muka yang resah.
Nampak ketakutan di raut wajahnya ketika Marvin merenung tajam kepadanya.
Peninju itu dapat tahu dia akan kalah teruk jika berdepan dengan pisau belati itu. Rock membuat kesimpulan nyawa dia akan melayang jika berdepan Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng.
Kemahiran pisau belati yang hampir sempurna.
Walaupun terdapat pergerakan yang tidak kena, tetapi dia sudah cukup luar biasa.
"Ada apa-apa lagi soalan?" Anna tersenyum.
Pengembara di dalam ruang tamu tidak berkata apa-apa.
Orang tua cacat itu terus hidangkan makanan, kopi dan lain-lain selepas melihat apa yang terjadi.
Suasana di situ semakin tenang selepas mereka mula makan.
Anna tidak biarkan pengembara masuk ke bilik selepas makan malam, dia terus beritahu rancangannya.
Pertama di jalan masuk Lembah White River; terdapat empat gnoll berjaga di sana dan dua daripadanya ialah pemanah.
Mereka tidak menjadi masalah.
Masalah yang sebenar datang dari enam dubuk mutasi itu.