Tiada apa yang boleh dibuat oleh para pengembara ketika ini.
Hanya ada satu saja peraturan ketika mengutip hasil rampasan ketika berada di kawasan pendalaman.
Ia sangat mudah. siapa yang membuat sumbangan akan mendapat hasilnya.
Dalam pertempuran sebelum ini, para pengembara tidak memberi sumbangan, sebab itu mereka tidak mengambil sebarang hasil rampasan.
Tetapi di bawah arahan Anna, mereka mula memusnakan kem gnoll, dan menggunakan log sebagai benteng untuk menghalang terowong ke lombong itu.
"Kenapa gnoll tak membuat kem mereka di penghujung lombong? Ia lebih mudah untuk dipertahankan ketika diserang."
Cat membangkitkan persoalan dengan ragu-ragu.
Tiada siapa yang dapat menjawab persoalan dia dan gnoll tersebut sudah mati. Tiada siapa yang tahu apa yang bermain dalam fikiran gnoll.
Selepas bermandi darah, kemarahan yang ada di dalam diri garison Lembah White River susut sedikit.
Mereka mengumpulkan kesemua mayat gnoll dan membakar ia dan mula menguruskan harta rampasan.
Sebenarnya, gnoll itu sangat miskin. Mereka tak mempunyai barang yang bernilai. Di dalam kem juga hanya ada item yang biasa saja.
Kebanyakannya ialah makanan.
Tetapi makanan ini… Hanya gnoll, kobold, goblin dan bangsa yang datang dari spesis sama yang boleh makan makanan seperti ini.
Ketika era kedua, manusia sebenarnya sama seperti mereka. Untuk menyesuaikan diri dalam keadaan yang susah, mereka memakan apa saja jenis makanan yang boleh mereka cari.
Tetapi selepas kebangkitan manusia, mereka telah terbiasa dengan memakan makanan biasa, mereka tak lagi boleh makan akar pokok dan makanan seumpama itu lagi.
Sekurang-kurangnya tiada orang yang akan makan ia ketika waktu yang aman.
Anna sudah menyuruh dua ahli garison membuat persiapan logistik sebelum ini.
Mereka membawa makanan yang cukup, antaranya roti manis dan wangi, daging kering dan juga air.
Semua barang gnoll dibuang.
Barang yang berguna hanya log saja.
Batang log ini boleh digunakan untuk membuat benteng mudah. Jika gnoll tertipu dan jatuh ke perangkap, benteng ini mampu kurangkan tekanan yang semua orang akan hadapi.
…
Masa berlalu dengan cepat. Matahari terbenam dan sudah waktu malam.
Semua orang bekerja keras untuk membina kem baru. Sekurang-kurangnya ia nampak lebih bagus dari gnoll punya.
"Nampaknya aku terpaksa jaga syif pertama."
Perkara paling mustahak ialah bertukar-tukar untuk jaga syif malam. Mana tahu penyihir gnoll yang licik itu menyerang pada waktu malam.
Semua orang mencabut undi dan peninju Rock dapat syif yang pertama.
Pada masa itu, Marvin tiba-tiba berjalan dan duduk atas batu di terowong lombong.
"Aku teman kau jaga sekali."
Muka Rock berubah. Dia tidak tahu apa yang patut difikirkan.
Semua orang melihat pelik tindakan Marvin.
Tetapi atas pertanyaan Anna, semua orang ingin berehat.
Mereka tahu akan ada pertempuran besar esok.
Walaupun Marvin berjanji dia seorang yang akan uruskan gnoll penyihir itu, tetapi pelawan gnoll yang lain tak boleh dipandang rendah.
Meskipun mereka bukan tandingan pengembara jika berlawan satu dengan satu, tetapi ia akan jadi lebih leceh jika mereka menyerang dengan ramai.
Mereka perlu menyimpan tenaga yang cukup untuk bertindak balas jika berlaku apa-apa perubahan ketika bertempur!
…
Bunyi yang dihasilkan daripada unggun api memenuhi malam itu.
Rock dan Marvin duduk diam menghadap satu sama lain.
Rock memerhatikan pergerakan Marvin.
Secara jujur, dia tidak dapat menduga Marvin. Masa di rumah penginapan dulu, dia pernah kata dia berminat untuk mendapatkan kepala Marvin. Ini seperti mencari masalah.
Hanya tiga gerakan cukup untuk membunuh Green yang lebih kuat sedikit dari dirinya. Kekuatan seperti ini cukup menakutkan.
Jika ada ubat untuk penyesalan, dia pasti tak akan mencari pasal dengan lelaki ini.
Sebenarnya, Marvin tidak ambil tahu langsung mengenai Rock sejak dari awal..
Tujuan dia untuk teman jaga sekali ialah untuk keselamatan. Tiada niat lain.
"Agak pelik. Gnoll tak bodoh, tetapi kenapa mereka tak membina kem mereka di penghujung terowong lombong?
"Bukankah lebih mudah untuk mereka bertahan?"
Mereka yang lain mungkin tolak ketepi dari memikirkan tetapi Marvin rasa seperti ada sesuatu yang tak kena.
Dia dapat rasakan sesuatu perasaan yang lebih kurang sama seperti ini dulu.
Tetapi dia tak dapat ingat dari mana.
Perasaan seperti ini membuatkan dirinya rasa pelik. Dia duduk kaku di situ sambil cuba untuk ingat.
Malangnya ia tak berjaya.
"Apa yang berlaku?"
Pada waktu Marvin cuba berfikir dengan keras sambil mengerut, dia terdengar suara orang berbisik di telinga.
"Suara itu!"
Terus Marvin rasa kecut perut.
"Adakah ini ada kaitan dengan kemahiran ketakutan?"
Dia terus bertindak balas.
Memang nyata tertulis dalam log pertempuran dia telah alami semakan ketakutan!
Kesudahan memang sangat jelas, sebab dia ada pemberian Vanessa, dia dapat menangkis kemahiran ketakutan.
Pada masa itu, Marvin perasan satu kelibat hitam terbang di dalam terowong lombong.
"Oh, begitu rupanya…"
Marvin akhirnya faham!
Dia tahu apa yang sudah berlaku!
"Patut tak ada gnoll yang membina kem di terowong lombong."
"Mereka bukan tak ingin buat tetapi tak berani buat!"
"Jika aku masuk ke terowong lombong pasti aku jumpa mayat gnoll!" Marvin tersedar.
Rock yang duduk di depan tidak perasan apa-apa.
Ini perkara biasa kerana pendengaran dia tidak cukup bagus untuk mendengar bunyi pergerakan di dalam terowong.
"Nampaknya mereka semua, ah… Ahahaha! Nasib aku memang baik hari ini."
Selepas Marvin berfikir, dia membuka tingkap status. Di bahagian renjer, masih ada lagi 40 kemahiran kelas yang tidak digunakan.
Dia mengagihkan 25 nilai kemahiran kepada [Listen]!
Sebenarnya dia tak rela untuk membazir menaikkan kemahiran ini, tetapi selepas fikir situasi yang dialami sekarang, tanpa [High Perception], [Listen] antara kemahiran paling penting untuk kelas yang pandai kemahiran menyorok.
25 nilai untuk [Listen] sudah cukup untuk membuatkan Marvin lebih tajam.
Suara bisikan yang samar-samar terus menjadi lebih jelas!
Semakan ketakutan terpapar dengan banyak di log pertempuran. Dia melihat ke bawah melepasi semua dengan pantas.
Efek ketakutan yang dikeluarkan oleh ia tidak dapat menggugat Marvin.
Sebaliknya Marvin yang berminat dengan mereka.
…
"Apa yang kau ingin lakukan?" Rock terkejut ketika Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng bangun.
"Aku akan cuba menyiasat di dalam, kau terus mengawal di sini. Mungkin ada gnoll yang melombong di dalam terowong. Aku pergi menyiasat sekejap."
Marvin membohong dengan muka tak bersalah dan terus meninggalkan Rock seorang diri di kawasan unggun api. Kelibatnya terus hilang dengan pantas ke dalam kegelapan dalam terowong itu.
"Pergi masuk ke dalam terowong lombong pada waktu malam? Adakah dia tak takut terserempak dengan hantu lombong? Memang lelaki pelik…" Rock mengomel tetapi tak ambil kisah.
Unggun api masih menyala
…
Di dalam terowong yang sunyi dan gelap itu, Marvin memegang obor api di sebelah tangan manakala di tangan lagi satu memegang erat kerambitnya.
Udara di dalam lombong agak bagus kerana obor api menyala dengan marak.
Dia tunduk sekali sekala untuk mengutip tanah. Kemudian dia akan ke lokasi tertentu.
Dia pasti ada sesuatu di lombong ini.
Selepas Marvin mengambil alih pemerintahan Lembah White River, dia ada menerima berita dari pelombong mengenai adanya raksasa di dalam lombong.
Tetapi pasukan garison tidak menemui apa-apa ketika menjalankan siasatan.
Selepas itu, ada juga pelombong yang memberitahu ada berlaku peristiwa pelik, tetapi tiada yang kehilangan nyawa.
Sebab itu perkara ini ditolak tepi pada masa itu.
Sehingga hari ini.
Marvin dapat meneka apa yang ada dalam lombong ini. Lagipun dia kenal hampir semua raksasa yang ada di Feinan.
"Tetapi...pelik betul."
"Biasanya mereka tak akan menyerang manusia atau hidupan lain."
"Jika aku tak silap… Mungkin ada sumber korupsi berdekatan sini?"
Selepas fikir seperti ini, dia terus meluru ke dalam.
Selalunya sumber korupsi bermaksud ada ganjaran.
Ketika Marvin membelok di selekoh.
Satu muka pelik keluar dari dalam lubang di gunung cuba menerpa ke arah Marvin untuk menggigitnya.
Marvin tidak menunjukkan sebarang reaksi. Dia hanya melangkah setengah langkah ke belakang dan terus menikam menggunakan obor api!
"Pffffff!"
Satu-satunya sumber cahaya di dalam lombong terpadam.
Sepasang mata yang merah pekat bersinar di dalam lombong yang gelap.
Banyak mata yang bersinar dari muka yang pelik.
Marvin dengan tenang baring ke tanah. Dia memperlahankan pernafasan dan mengeluarkan sesuatu dari konc kosongnya.