Marvin terkesima sambil memegang beberapa lembaran kertas itu.
Dia mengenali tulisan bahasa tersebut tetapi tidak fasih menggunakannya.
Ini adalah bahasa Gnome Kuno. Sebelum runtuhnya puak Gnomish. bangsa ini mempunyai ketamadunan yang sangat hebat. Kemajuan mereka dari sudut kejuruteraan boleh menandingi Bangsa Dwarves.
Marvin tidak berapa tahu sangat mengenai keruntuhan Gnomes Kuno, tetapi dia mempunyai ilmu yang banyak mengenai kehebatan kejuruteraan mereka.
"Nampaknya lembaran kertas ini mempunyai maklumat dan ilmu tentang kejuruteraan mereka."
"Aku tidak mempunyai kelas kejuruteraan, walaupun dengan ilmu kelas bangsawan aku, aku masih tidak dapat membacanya.
"Benda ini mesti disimpan dengan baik, mana tahu ianya akan berguna di masa akan datang."
Marvin tidak mengenali huruf itu tetapi memahami lakaran tersebut.
Terdapat simbol yang realistik di bahagian atas lembaran kertas tersebut. Jika dia tidak silap, ianya binaan yang terkenal dalam bidang kejuruteraan iaitu Mekanikal Gargoyle.
Nampaknya peti harta karun ini bukan dijumpai oleh Gnomes, tetapi ianya diwarisi dari satu generasi kepada generasi seterusnya.
Marvin pun menyimpan lembaran kertas itu bersama permata yang dibuat dari bahan misteri.
Terdapat banyak jenis permata yang berwarna biru, tetapi disebabkan dia masih mentah dalam bidang [Geology] dan [Jewel Appraising], oleh itu dia tidak tahu jenis permata tersebut.
Di terpaksa mencari pakar penilai permata.
Disebabkan permata dan pelan lembaran Mekanikal Gargoyle ini dijumpai bersama, ianya boleh dijangka, yang kedua-duanya datang dari sumber yang sama.
…
Disebabkan lembaran kertas Gnome Kuno ini, gua sempit dan hambar ini tidak terasa begitu kotor.
Marvin pun terus melalui jalan kecil yang menghala ke bawah itu.
Dia pun sampai di penghujung dan mula meraba di sekitar dinding. Satu platform kecil muncul selepas dia menolak satu batu.
Pemandangan matahari terbenam dapat dilihat dan juga kabus mula semakin tebal di lembah.
Badan Marvin yang kecil berdiri di atas platform sambil dia memandang ke bawah.
Dia hanya dapat melihat pintu monastery tidak jauh dari situ. Pain Monks yang menjaga pintu tersebut langsung tidak perasan apa yang berlaku di dalam.
Hamba Scarlet ini akan menyorok di belakang pintu Koridor Berhantu untuk berdoa. Disebabkan itu, mereka jarang keluar dari situ melainkan ada apa-apa masalah yang timbul.
Terdapat hanya ada beberapa Penguatkuasa Dewa Iblis yang menakutkan ini di dalam monastery ini. Marvin berharap nasibnya tidaklah sebegitu malang kerana kawasan di monastery ini sangat luas. Mustahil dia akan terserempak dengan satu, kan?
Di satu sisi platform kecil itu, tumbuh satu pohon kecil yang akarnya di batu.
Marvin pun mengikat salah satu bahagian akhir Wishful Rope di pokok dan satu lagi di pinggangnya.
Di bawah cahaya matahari terbenam, dia pun memegang tali dengan kuat sambil turun ke bawah perlahan-lahan.
Bayang Marvin dapat dilihat tengah menuruni cerun yang dipenuhi dengan kabus.
Tiga minit kemudian kakinya pun jejak ke tanah.
"Selamat turun."
Dia memerhatikan keadaan sekeliling dan tidak menjumpai tanda kemunculan Penguatkuasa Dewa Iblis.
Selepas membaca jampi untuk melepaskan tali, Wishful Rope itupun dengan sendirinya bergulung naik ke atas tanpa meninggalkan sebarang kesan.
Ia akan dalam status bersedia sehingga Marvin ingin naik ke atas semula. Dia hanya perlu membaca jampi dan tali itu akan turun ke bawah semula.
Ini adalah kemahiran yang dipunyai elf tinggi sahaja. Hanya mereka yang mempunyai keengkapan untuk membuat kelengkapan seperti ini.
Disebabkan hari masih cerah lagi, Marvin pun mengambil kesempatan ini menggunakan tangan untuk masuk jauh ke dalam. Akhirnya dia tiba di dewan pertama.
Tetapi pada masa itu, kedengaran bunyi kuda yang semakin menghampiri dari arah lembah yang dalam!
"Alamak!"
"Penguatkuasa Dewa Iblis!"
"Dia semakin dekat!"
Marvin diam dan terus bersandar di dinding cerun mengikut nalurinya. Dia pun bergerak beberapa langkah dan terjumpa satu ruang kecil.
Hide!
[Kemahiran Hide (41+9) berjaya digunakan!]
[Efek bonus Wilderness…]
[Bonus Persekitaran (Dinding Gua, Kabus Tebal)...]
…
Penunggang kuda berperisai dengan kuda perang yang menakutkan tiba di kawasan kosong di luar Koridor Berhantu.
Jarak mereka hanya 10 meter dari situ ke pintu itu.
Genggaman Marvin ke atas kerambitnya dengan erat, sangat berdebar.
Mustahil dia boleh mengalahkan Penguatkuasa Dewa Iblis ini!
Ketinggian Penguatkuasa Dewa Iblis ini sahaja dekat mencapai dua meter, dan dia juga menunggang kuda perang yang menakutkan. Marvin tidak cukup tinggi untuk mencapai pinggangnya.
Tambahan lagi dia juga memakai perisai berat lengkap yang merupakan kelemahan kelas Renjer.
Hayunan dari kerambitnya ke arah perisai itu mungkin hanya mampu membuatkan ianya kemek. Manakala untuk menyerang organ penting…
Disebabkan mereka adalah makhluk yang pernah mati, mereka tiada kelemahan organ penting.
Jika andaian dibuat yang mereka adalah pangkat ke 2, Marvin mengagak walaupun Pembunuh Hendap Bayang yang di puncak pangkat ke 2 pun agak sukar untuk berdepan satu dari mereka.
Pertahanan dan daya hidup mereka juga adalah tinggi membuatkan orang yang menghadapi mereka berasa amat marah.
Air Suci boleh digunakan melawan mereka, tetapi sedihnya Air Suci di dalam Konc Kosong Marvin hanyalah Air Suci yang biasa dengan kepekatan yang rendah.
Air Suci yang dijual oleh Gereja Silver telah dicairkan dengan teruk. Kuasa Suci yang terkandung di dalamnya mungkin tidak sampai 1/100000.
Ianya adalah cukup jika menghadapi zombie, tetapi jika digunakan untuk menghadapi Penguatkuasa Dewa Iblis adalah seperti cuba membunuh anjing garang menggunakan minyak wangi.
Marvin hanya mampu berdoa yang kemahiran sembunyinya(Hide) mampu menonjolkan efek yang diharapkan.
Penguatkuasa Dewa Iblis dengan pantas sampai ke kawasan Marvin berada dan berhenti secara tiba-tiba.
Marvin pun berdebar.
Tetapi luar dari jangkaan Marvin, Penguatkuasa Dewa Iblis itu mengeluarkan beberapa bunyi dan perkataan yang pelik.
Tidak lama kemudian, pintu monastery itu pun terbuka.
Penguatkuasa Dewa Iblis itu pun mengarahkan kuda perangnya masuk ke dalam dan tidak menoleh ke belakang.
Wajah dua Pain Monk itu masih kaku seperti biasa sehingga pintu itu tertutup semula.
Debu pun berterbangan.
…
"Nasib baik aku memanjat turun tidak lambat dan terserempak dengan Penguatkuasa Dewa Iblis."
Tiga minit kemudian, Marvin pun berpeluh satu badan dan tidak berani berada lama di sini, dengan pantas masuk ke Koridor Berhantu.
Kemahiran [Hide]nya kali ini telah menjadi penyelamat. Mungkin Penguatkuasa Dewa Iblis itu tidak menyangka yang ada orang boleh menceroboh masuk di bawah kawalan dua Pain Monk.
Tetapi disebabkan dia tergantung di udara, dia tidak boleh membuat apa-apa selain menyembunyikan diri atau dengan pantas menguruskan barangnya.
Penguatkuasa Dewa Iblis ini mestilah keluar melakukan misi. Bosnya [Pembela] Fegan adalah seorang yang penuh dengan cita-cita, tinggal di dewan ketiga. Pada masa lampau, dia adalah pengikut lich yang bersemayam, tetapi kemudian dia mempunyai idea untuk mendapatkan kuasa ketuhanan itu.
Lelaki pendek yang bermasalah, dan Marvin tidak ada niat untuk berjumpa dengan Fegan dan meminum secawan teh.
Tujuan utamanya kali ini adalah 18 bilik yang berada di antara Dewan Pertama hingga ke Koridor Berhantu.
Mungkin ada raksaksa hamba scarlet di dalam bilik itu. Mereka tidak mati tetapi Penguatkuasa Dewa Iblis telah menghilangkan kemampuan mereka untuk berfikir. Membunuh mereka hanya akan memberikan Exp yang sedikit dan kemungkinan tidak memberikan apa-apa barang.
Tetapi banyak peti harta karun di setiap bilik dan inilah sasaran Marvin.
Marvin pun menggunakan [Stealth], berjalan dengan berhati-hati di Koridor Berhantu yang sunyi itu.
Walaupun Scarlet Monastery bukanlah kota bawah tanah dan kemungkinan terdapatnya perangkap adalah rendah, Marvin tetap perlu berhati-hati kerana melakukan perkara yang bahaya.
Terkena sebarang perangkap adalah perkara yang buruk terutama sekali perangkap bunyi.
Terdapat lukisan yang tergantung di kedua-dua sisi di Koridor Berhantu. Semuanya adalah lukisan Kesatria, bangsawan, ahli sihir dan ilmuwan….
Kesemua lukisan ini menunjukkan mereka tersenyum tetapi dengan senyuman yang pelik.
Jika anda menatap lukisan ini dengan terlalu lama akan menyebabkan bulu roma anda meremang.
Mata mereka seperti menatap kembali kepada anda. Senyuman mereka seperti ada menyembunyikan agenda tidak baik.
Sesuatu yang tidak kena dengan lukisan ini.
Tetapi Marvin tidak memeriksa lukisan ini kerana dia dahulu selalu datang ke Scarlet Monastery. Asalkan dia abaikan sahaja, tiada apa masalah yang akan timbul.
Dia pun berjalan ke dalam Koridor Berhantu itu sehingga terjumpa cabang jalan.
Terdapat tiga cabang jalan dan setiap cabang akan menghala ke bilik yang serupa. Setiap cabang mempunyai 6 bilik dan keseluruhannya adalah 18 bilik.
Di akhir destinasi 3 cabang jalan tersebut adalah dewan pertama.
"Destinasi terakhir,"
Marvin pun menghala ke sebelah kiri dahulu. Di merancang untuk meneroka setiap bilik bermula dari sebelah kiri untuk mencari peti harta karun.
Kelengkapan Luar Biasa boleh dijumpai di dalam peti harta karun ini. Marvin pernah terjumpa pisau belati Luar Biasa dari tempat ini di hayatnya yang lalu. Efek pisau belati itu agak hebat dan dia gunakan untuk masa yang agak lama.
Pada masa itu, dia pun terpandang ke satu lukisan di tepi matanya.
Lukisan ini agak istimewa dan Marvin agak tertarik dengannya.
"Oh? Lukisan ini...Kenapa aku tidak pernah nampak pada masa hayatku yang dahulu?"
Marvin pun terkejut melihat lukisan terakhir yang berada di sebelah kiri dinding Koridor Berhantu itu.
Potret seorang gadis muda yang rambut yang mempunyai warna sama seperti gandum dan tersenyum manis.
Dia adalah berbeza dengan potret lukisan lain. Senyumannya nampak lebih telus.
"Pelik."
Ini adalah perbezaan pertama di antara Dunia Permainan Marvin dahulu dan dunia dia berada sekarang.
Dia tidak dapat mengawal diri dari duduk disitu dan menatap deskripsi lukisan tersebut.
Nama di lukisan itu membuatkan Marvin terkejut ketakutan.
[Gadis Tidak Berkepala]!
Ini adalah hantu!?
Gadis di dalam lukisan itu nampak seperti gadis muda yang baik!
Ketika ini Marvin dipenuhi dengan perasaan yang pelik.
Dia menggigil sambil melihat tingkap status dan log pertempuran.
Tiada apa yang berlaku.
"Adakah ianya ilusi?"
"Tiada sumpahan dan juga tiada semakan keazaman...Adakah semangat aku menurun?
Marvin mengomel, dan berjalan berlalu pergi.
Dia pun ke arah bilik yang pertama dan menolak perlahan pintu tersebut sehingga terbuka sedikit.
Dia dapat melihat katil kayu dari sinar cahaya matahari terbenam dan ada seseorang lelaki yang baring di atas katil itu.
Hamba Scarlet!
Marvin pun menendang pintu itu sehingga terbuka sambil merendahkan badan dan berguling ke arah katil itu.
Hamba Scarlet itu tersedar dari lamunan dan cuba untuk menjerit tetapi kerambit Marvin lebih pantas mengelar lehernya.
Tiada darah. Tiada jeritan.
Hamba Scarlet itu mati begitu sahaja.
Mereka bukanlah boneka roh. Disebabkan itu Marvin hanya dapat 11 Exp dengan membunuh mereka.
Ianya sama seperti membunuh Pencuri level rendah atau lebih teruk lagi.
Nasib baik ada habuan yang lebih bernilai dalam bilik itu.
Peti kayu yang usang yang menarik terletak dengan gah di tepi katil tersebut.