Nasib baik!
Ada peti di bilik pertama.
Walaupun peti itu nampak sedikit usang, tetapi kebiasaannya barang yang berada di dalam masih berfungsi walaupun telah dimamah usia.
Marvin melangkah ke hadapan dan terus menggoncang peti kayu itu dengan perlahan.
Dia tidak meletakkan nilai pada dua kemahiran yang berguna, iaitu [Trap Disabling] dan [Lockpicking]. Oleh sebab itu dia terpaksa meneka menggunakan pengalamannya.
[Trap Disabling] ialah kemahiran Renjer. Ia sangat penting terutama dalam pertempuran berpasukan dan juga di kurungan bawah tanah. Tetapi Marvin tidak merancang untuk memilih jalan ini kerana akan membazirkan nilai kemahiran kepada kemahiran yang Marvin tidak selalu gunakan. Disebabkan Renjer dan Pencuri ialah kelas yang ada pertalian, membolehkan kemahiran [Lockpicking] dipelajari menggunakan pertalian tersebut dengan harga dua kali ganda kos asal yang diperlukan kelas Pencuri. Oleh itu, Marvin rasa sangat tidak berbaloi.
Dia boleh menggunakan skrol pembuka kunci level rendah untuk peti harta karun. Jika dia boleh menyelesaikan isu ini dengan menggunakan duit, kenapa dia perlu membazirkan nilai kemahiran yang berharga?
Terdapat bunyi yang perlahan di dalam peti kayu itu. Marvin mendekatkan telinganya untuk mendengar.
"Rasanya tiada perangkap. Hanya mangga biasa sahaja."
Dia mengoyakkan skrol pembuka kunci itu untuk membuka mangga besi.
Sebagai langkah berjaga-jaga, dia menggunakan ranting semasa membuka peti itu.
Woosh!
Satu damak terbang keluar dari peti kayu itu dan mengenai dinding.
Marvin berkerut.
Dia tidak sangka yang pertimbangannya meleset. Tanpa [Listen] dia hanya mampu menggunakan deria mendengar biasa sahaja dan hal itu menyukarkan dia untuk mengenalpasti perangkap yang licik.
Nasib baik dia sangat berhati-hati.
Dia pergi melihat dengan lebih dekat ke arah damak itu.
Mata damak itu berwarna hijau pekat, menunjukkan damak ini telah dicelup dengan racun. Dia mengenali jenis damak ini. Kelas istimewa Ninja dari pulau di timur menggunakan damak jenis ini sebagai salah satu senjata istimewa mereka.
"Nampaknya peti harta karun ini datang daripada seorang Ninja."
Marvin membawa keluar satu-satunya barang di dalam peti harta karun iaitu sebuah buku yang nipis. Terdapat beberapa perkataan dalam bahasa yang biasa digunakan ditulis di depan buku tersebut.
Pengenalan kepada Senjata Tersembunyi
"Ia buku kemahiran! Buku kemahiran Ninja pula itu!"
Marvin berkelip. Buku kemahiran…Menjumpai satu memang bergantung kepada nasib, jika ingin mencarinya pasti akan membuang masa. Dia telah bertarung dengan beberapa orang Ninja pada kehidupannya yang lalu sebagai Pemerintah Malam.
Walaupun pemain ini berjaya dikalahkan olehnya, Marvin mempunyai tanggapan yang mendalam terhadap senjata tersembunyi yang digunakan oleh mereka.
Selepas menggunakan buku tersebut - Pengenalan kepada Senjata Tersembunyi - pengguna boleh mempelajari cara menggunakan 1 - 3 permulaan senjata tersembunyi.
Menggunakan buku kemahiran bergantung kepada status pengguna sahaja dan tiada keperluan had kelas.
Sebagai contoh, jika seorang Berserker terjumpa buku kemahiran - Burning Hands - dan mempunyai kecerdasan yang cukup dan asas menjampi, dia boleh mempelajari sihir tersebut. Tetapi semua orang tahu mustahil seorang Berserker tahu menggunakan Magik dan mempunyai asas menjampi.
Untuk mempelajari senjata tersembunyi, ketangkasan yang tinggi ialah satu keperluan. Ia memerlukan seseorang untuk mengawal keseluruhan tubuh badan mereka. Orang biasa pasti mempunyai masalah untuk mahir dalam waktu yang singkat.
Tetapi ini bukan suatu masalah kepada Marvin.
Kawalan terhadap tubuh badannya sangat tepat, membolehkan dia mempelajari senjata tersembunyi tanpa menghabiskan banyak masa.
Tiada lagi barang lain di dalam peti tersebut, dia berlalu pergi selepas menyimpan buku kemahiran yang bernilai itu.
Dia menggunakan [Stealth] sekali lagi dan keluar dari bilik tersebut.
Sejurus kemudian, dia terpandang kelibat bayang putih yang samar terbang di depannya.
"Apa jadahnya ni!"
Marvin terkejut. Dia melihat persekitaran tetapi semuanya kosong, tiada apa-apa.
"Adakah aku berkhayal?"
Muka Marvin semakin muram.
Dia melihat di log pertempuran dan tingkat status sekali lagi tetapi masih tiada perbezaan.
Langit semakin gelap dan cahaya bulan tidak berapa terang dek kerana kabus yang tebal.
Dia tidak mempunyai penglihatan malam, oleh itu penglihatannya agak terhad. Tetapi hal yang sama turut terjadi kepada hamba scarlet tersebut. Bilik mereka hanya diterangi cahaya lilin yang memudahkan kerja Marvin menyerang hendap mereka.
Kelibat bayang putih itu… Apakah ia?
Marvin berasa gemuruh. Dia tidak pernah menghadapi perkara seperti ini.
Tempat ini agak misteri. Nampaknya dia perlu cepat menyelesaikan tugasnya di sini.
Marvin mengingatkan dirinya supaya berjaga-jaga sepanjang masa dan dia tiba di pintu bilik yang kedua.
Di dalamnya sangat gelap, oleh itu sepatutnya tiada hamba scarlet di dalam.
Dia membuka pintu dan masuk ke dalam.
…
Terdapat 18 bilik kesemuanya dan 10 hamba scarlet.
Marvin mengambil masa 2 jam untuk meneroka kesemua 18 bilik tersebut.
Dia memperoleh 90 Exp pertempuran dan juga menjumpai 6 peti harta karun. Daripada 6 peti tersebut, hanya satu berkunci mangga magik manakala selebihnya pula dikunci dengan mangga biasa sahaja.
Selain daripada buku kemahiran yang dijumpai pada awalnya, baki 4 peti lagi dia memperoleh satu beg berisi jongkong emas, satu rantai leher, satu botol ubat yang tidak dikenal pasti dan juga buku antik tulisan tangan mengenai sejarah Scarlet Monastery.
Marvin pernah menjumpai buku ini dahulu. Buku ini nampak seperti buku lama yang biasa dan membosankan tetapi terdapat rahsia yang besar mengenai Scarlet Monastery.
Tetapi rahsia ini dan juga lich yang bersemayam memerlukan tahap kekuatan yang lain untuk diterokai. Marvin menyimpan buku tersebut.
Kadar ketulenan jongkong emas itu amat tinggi dan boleh ditukarkan kepada harga yang berpatutan di mana-mana bandar sekali pun. Lagi banyak duit, lagi bagus.
Botol yang mengandungi ubat itu juga sama seperti permata biru yang memerlukan kepakaran untuk menilai. Marvin bukan seorang ahli kimia (apothecary) yang boleh menilai ubat itu.
Barang yang dia boleh gunakan ketika ini, rantai leher tersebut:
[Tanda Bulan (Rantai Leher)]
Kualiti: Luar Biasa
Efek: Penglihatan waktu malam ketika ada sinaran bulan +50
Semoga penglihatan Faniya menerangi jalan anda.
Keperluan: 14 Kecerdasan
…
Faniya ialah nama Dewi Bulan.
Marvin bernasib baik telah mencapai 14 kecerdasan yang diperlukan, oleh itu tanpa ragu-ragu dia memakai rantai leher tersebut.
[Anda telah memakai Tanda Bulan]
[Moonlight Vision +50]
Dua cahaya yang terang terpancar dari mata Marvin. Marvin dapat melihat dengan jelas persekitarannya menerusi cahaya bulan yang malap itu.
Ini kelebihan 50 nilai Moonlight Vision yang dia perolehi.
Terdapat pelbagai jenis penglihatan. Yang paling biasa adalah Sunlight Vision. Marvin mempunyai nilai 100 Sunlight Vision yang sederhana bagi bangsa manusia.
Ini bermaksud bagi kawasan yang mendatar dan cahaya pada waktu siang yang cukup, Marvin boleh melihat makhluk sehingga ke jarak 1000 meter dan boleh membezakan antara orang atau binatang.
Renjer mempunyai kemahiran yang lebih hebat iaitu [Long Range Vision], bermaksud Renjer boleh melihat lebih jauh dari had limit manusia.
Tetapi kemahiran ini terhad kepada Sunlight Vision sahaja.
Lawan bagi Sunlight Vision adalah Dark Vision dan Moonlight Vision, yang tidak diberikan apa-apa bonus tambahan untuk makhluk manusia. Moonlight Vision manusia bernilai 10 sahaja manakala bagi Dark Vision pula hanya bernilai 1 sahaja. Sesetengah daripada mereka pula mempunyai penglihatan yang tidak bagus iaitu bernilai hampir 0.
Kegunaan Moonlight Vision agak terhad tetapi efeknya dapat ditonjolkan sekiranya mempunyai sinaran bulan.
Marvin boleh dikatakan agak suka akan efek Luar Biasa rantai leher ini.
Sekurang-kurangnya, dia dapat berjalan dengan lebih lancar ketika ada sinaran bulan.
…
Di depan Marvin ialah peti terakhir dengan mangga ajaib.
Peti ini sedikit bermasalah kerana dia telah menggunakan 2 skrol magik tetapi masih gagal untuk membukanya.
Menggunakan skrol untuk membuka mangga mempunyai kebarangkalian untuk tidak berjaya. Situasi ini berlaku disebabkan kekuatan sihir digunakan terhadap mangga tersebut.
Dia masih mempunyai 2 skrol magik lagi tetapi masalahnya sesebuah mangga magik hanya boleh menerima 3 kali skrol magik sahaja.
Jikalau kali ketiga masih gagal, mangga itu akan kebal dari kegunaan skrol.
Marvin pening.
Adakah dia patut bergantung kepada nasib? Atau berpatah balik dengan membawa peti ini dan membeli skrol magik pembuka kunci lanjutan.
"Lupakan sahajalah, lebih baik selamat daripada mengambil risiko. Lebih baik aku membawa balik peti ini dahulu."
Peti ini tidaklah begitu besar, dan muat-muat untuk diletakkan dalam Konc Kosong.
"Penolakan simpanan!?"
"Apakah barang yang terdapat di dalam sehingga berlaku penolakan simpanan?"
"Atau disebabkan peti itu berlaku penolakan simpanan ini?"
Hal ini telah menyebabkan rancangannya berubah. Marvin tidak dapat membawa pergi peti tersebut dan hanya boleh bertaruh untuk kali terakhir.
Dia menunggu keputusan selepas mengoyakkan skrol pembuka yang terakhir.
"Kunci bercahaya warna biru cair masuk ke dalam lubang mangga dan akhirnya disusuli dengan bunyi "Kacha!"
"Adakah ia berhasil?"
Marvin berasa sedikit gembira.
Tetapi kunci itu berderai secara tiba-tiba!
Mangga magik itu terketar sebentar sebelum berhenti kemudiannya.
Masih tidak dapat dibuka?
Marvin berasa sedikit kecewa. Di dalam peti ini mestilah mempunyai barang yang bagus oleh sebab itu tidak dapat membukanya membuatkan dia berasa mengjengkelkan.
Angin bertiup.
Hati Marvin mula berasa tidak sedap.
"Kelibat bayang putih itu lagi!"
"Dia masih mengekoriku lagi!"
Marvin berpusing dan dengan laju kerambit muncul di tangannya.
Tetapi kali ini kawasan ini tidak lagi kosong. Terdapat cahaya yang terang benderang!
[Strong Light]!
"Muslihat licik!"
Marvin menutup matanya selepas muncul cahaya yang menyilaukan itu, naluri pahlawan membantunya membuat keputusan dengan tepat.
Dia tidak berundur sebaliknya meluru ke hadapan dengan kedua-dua bilah kerambitnya.
Kerambitnya telah dilumur dengan Air Suci. Tidak kira samada lawannya itu ialah iblis atau hantu, mereka tidak akan dapat menahan daripada tercedera.
"Tunggu tuggu…"
"Aku tidak bermaksud untuk mencederakan kamu."
Suara lembut ketakutan berkata, "Bolehkah kau terus menutup mata? Aku tidak mahu kau melihat rupa aku ketika ini. Aku tidak mahu sesiapa melihat rupa aku ketika ini."
Marvin memperlahankan pergerakannya.
Ini suara gadis.
"Jangan buka mata!"
Ketika Marvin membuka mata, kelibat itu berlalu pergi melepasinya.
"Kau tidak boleh melihat aku jika tidak kau akan disumpah!"
Suara gadis itu bertukar risau.
Marvin bertanya sambil menggenggam erat kerambitnya, "Siapakah kau?"
Tangannya mula berpeluh.
Ini pertama kali dia menghadapi situasi pelik sebegini. Tidak pernah berlaku sebarang perkara sebegini di Scarlet Monastery sepanjang hayatnya yang lalu.
Adakah perkara ini berlaku kepada orang pertama yang memasuki Scarlet Monastery?
"Nama aku Vanessa."
Suara di belakang Marvin berkata, "Mereka memanggil aku dengan nama Gadis Tidak Berkepala."
Gadis Tidak Berkepala...Vanessa?!
Marvin seperti teringat sesuatu.