Keadaan di dalam gua sangat gelap, oleh itu Marvin menyalakan obor dengan batu api dan mencucuk obor tersebut di lumpur berdekatan altar itu.
Dia menolak batu ke tepi dan keadaan altar sebenar yang terbiar dapat dilihat.
Ia telah ditinggalkan lama disebabkan elves tinggi telah meninggalkan kawasan ini pada masa era ke-2. Ia menjadi terbiar kerana telah ditinggalkan lama.
Tetapi fungsi asasnya masih boleh digunakan.
Dewa elven kuno ialah dewa yang lembut hati kerana membolehkan orang yang tidak percaya hidup dan rela berdagang dengan mereka. Oleh itu, Marvin agak yakin untuk mengaktifkan altar ini.
Jika dia menukar barang dengan dewa jahat, dia terpaksa berhati-hati lebih dua kali ganda; hanya tuhan sahaja tahu mereka akan memakan kamu jika mereka telah mendapat faedah.
Rune yang ada di lantai ialah huruf bahasa elven tinggi, walaupun dalam populasi elves yang normal, hanya beberapa orang sahaja yang fasih dalam bahasa ini.
[Anda telah menjumpai altar elven kuno]
[Pengetahuan – Peninggalan Sejarah +1]
[Pengetahuan – Peninggalan Sejarah (Altar Elven Kuno)]: Ini latar yang terbiar dari zaman kuno ketika elves cuba untuk mengadakan perbualan dengan Dewa Elven Kuno atau wakilnya.
…
Marvin tidak berapa tahu mengenai runes ini tetapi dia tahu bagaimana untuk mengaktifkan altar itu.
Kelihatan sebuah mangkuk kecil berisi air diperbuat dari tanah liat yang mempunyai lukisan raksasa menakutkan terletak di tengah altar itu.
Dikatakan raksasa ini ialah penjelmaan semula dewa elven kuno itu. Mereka nampak hodoh dan menakutkan tetapi sebenarnya baik hati.
Dia mengeluarkan jari lich yang terputus itu dan meletakkannya dalam mangkuk air itu.
Lima hembus nafas kemudian, sesuatu bekas berkaki untuk bara di sekitar altar semua ternyala!
Pshhh!
Enam api dewa, ini bermaksud altar ini telah berjaya diaktifkan!
"Sifat ketuhanan di jari lich terputus ini menarik perhatian dewa kuno itu. Jika dia tidak muncul sendiri, dia akan menghantar avatarnya."
Marvin tersenyum.
Jika tiada jari lich tersebut, dia terpaksa menggunakan cara lain untuk mengaktifkan altar tersebut yang menggunakan banyak permata.
Sekarang, tiada sebarang kos yang perlu dikeluarkan. Sebabnya, benda ini sangat bernilai di dunia Feinan.
Di tengah altar tersebut, satu bola api keluar dan akhirnya bertukar kepada wajah yang hodoh.
"Apa yang kau mahu? Keturunan Numan?"
Numan?
Marvin terkejut kerana dia menyangka dirinya manusia biasa. Ada satu tanda soal di status bangsanya, kemungkinan sesuatu yang tersembunyi di dalam darahnya tetapi dia tidak menyangka dia keturunan numan.
Numan adalah Penyihir semulajadi. Mereka telah membentuk Negara sendiri pada era ke-3. Tidak lama kemudian, semua bangsa bergabung tenaga untuk menghalau mereka kerana kekuatan mereka yang terlalu kuat.
Oleh sebab itu, numan dikenali sebagai Penyihir semulajadi. Mereka bukanlah penduduk asal Feinan tetapi ialah orang luar.
Tetapi sekarang bukan masa untuk memikirkan benda ini. Dia pantas membuat permintaan terhadap api yang berbentuk muka itu.
Selepas mendengar permintaan Marvin, api berbentuk muka itu dia seketika dan selepas itu berkata, "Ini jari terputus lich Ange-Marie, yang mengandungi kuasa yang banyak. Apa yang kau minta ialah setimpal."
"Undur tiga langkah ke belakang dan engkau akan dapat apa yang engkau mahukan."
Marvin melakukan seperti yang diberitahu dan berundur tiga langkah dan berdiri di luar altar.
Flap!
Muka di dalam altar tersebut mula hilang. Mangkuk itu mula terbakar dan jari lich di dalamnya hilang bersama api tersebut.
Ini pertukaran yang adil antara Marvin dan Dewa Elven Kuno.
Lagipun jari lich terputus ini tidak berguna buat Marvin buat masa ini, oleh itu lebih baik dia melakukan pertukaran kepada benda yang lebih berguna.
Dalam sekelip mata, dua kelibat muncul, seorang tinggi dan seorang pendek dari dalam api tersebut.
Dan pada masa yang sama, dua bebola api terbang dan masuk ke celah kening Marvin.
Marvin tidak mengelak dan membiarkan kedua-dua bebola api itu masuk ke badannya. Ini kerana dia tahu dewa elven kuno itu mempunyai reputasi yang bagus.
Bola api yang pertama ialah blessing dari Dewa Elven God.
[Fertile Blessing]: Ketangkasan +1
Walaupun ia nampak remeh, tetapi efeknya lebih praktikal. Nilai atribut sangat bernilai.
Ketangkasan Marvin telah mencecah 19, dan ia akan menjadi 20 apabila menghadapi lawan yang banyak ketika dia menggunakan gelaran [Pakar Medan Pertempuran Sengit].
Mencapai nilai 20 untuk ketangkasan bermaksud dia akan mendapat ganjaran keistimewaan [Wall Climb]!
[Wall Climb] ialah keistimewaan yang sangat praktikal, Marvin merenung kembali nostalgia lama. Walaupun dia dapat mengaktifkannya hanya dalam situasi yang spesifik sahaja, tetapi ia amat membantu meningkatkan kuasa ketika berlawan.
Manakala bola api yang ke-2 pula, ia tanda kesetiaan.
[Loyalty Mark]: Dua pengikut anda akan setia bersama anda selamanya.
"Tuan! Kyle Amber mempersembahkan taat setia selamanya kepada tuan!"
"Tuan! Simonie Agate mempersembahkan taat setia selamanya kepada tuan!"
Dua elves, satu tinggi dan satu pendek, keluar dari altar dan mempersembahkan taat setia kepada Marvin.
Satu Amber dan satu Agate: Pemberian nama oleh dewa elven kuno itu agak teruk. Walaupun kau sukakan permata, tetapi janganlah sampai menggunakan nama tersebut untuk nama keturunan keluarga?
Marvin tersenyum sinis dan mula memeriksa kedua-dua kekuatan pengikutnya.
Tiada apa yang mengejutkan dan mereka memenuhi kriteria Marvin. Dewa Elven Kuno telah memberikan dia dua orang pangkat ke-2 pembunuh hendap bayang yang kuat kepadanya.
Atribut kedua-dua pengikut ini hampir sama. Kyle yang lelaki mempunyai kekuatan yang lebih daripada Simone manakala Simone yang perempuan pula mempunyai karisma yang lebih. Atribut yang lain biasa bagi elven pangkat ke-2 pembunuh hendap bayang termasuk mempunyai pelbagai kemahiran.
Dengan tambahan dua pengiring di sisi, Marvin berasa lebih selamat. Mereka ialah pakar pangkat ke-2 yang sebenar.
Level mereka adalah [Pencuri lvl 7 - Pembunuh Hendap Bayang lvl 3] dan mereka juga mempunyai kemahiran terhebat untuk pangkat ke-2 iaitu, [Assassinate]. Persepsi mereka juga agak hebat dan ini semua memenuhi kehendak Marvin.
Cuma kekurangan mereka, mereka bukanlah elves yang sebenar. Mereka hidupan yang dicipta oleh dewa elven kuno. Walaupun mereka mampunyai pemikiran, tetapi kekuatan mereka tidak akan bertambah hebat walaupun melalui berbagai pertempuran.
Tapi ia cukup untuk menghadapi situasi sekarang.
"Sudah tiba masanya untuk Miller menerima padah selepas membunuh ayah aku dan cuba merampas wilayah aku dengan menggunakan gnolls."
"Hutang darah dibalas dengan darah."
Marvin membiarkan Kyle mengambil tugas untuk berjaga di kawasan ini pada waktu malam dan dia ingin berehat di gua yang hangat ini. Mereka bertiga beredar dari Bukit Deathly Silent pada waktu pagi.
Mereka tiba di Bandar River Shore tiga hari kemudian.
…
Di dalam bilik, Rumah Penginapan Black Horn.
Anna risau melihat bilik yang kosong ini dan berkeluh.
Dia telah tiba di Bandar River Shore malam semalam bersama dengan 20 orang pengawal muda.
Mereka memakai baju seperti petani, berpecah kepada beberapa kumpulan untuk masuk ke bandar dan menginap di beberapa rumah penginapan di kawasan sekitar.
Marvin telah meninggalkan sedikit duit kepada Anna dan ia cukup untuk menguruskan perancangan ini.
Surat di atas meja itu ditulis oleh Marvin dan ditujukan kepadanya. Isi kandungan boleh dirumuskan yang dia tidak perlu risau dan Marvin akan balik semula tidak lama lagi.
Tetapi Anna masih tidak berapa yakin.
Dia telah mendengar berita mengenai pengakhiran kumpulan Acheron yang dihapuskan berseorangan oleh lelaki yang dikenali dengan nama Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng yang identitinya mungkin adalah Marvin.
Anna bukanlah bodoh; walaupun dia terkejut dengan kekuatan dan keberanian Marvin, tetapi dia dapat meneka dengan tepat yang Marvin adalah Pembunuh Senjata Kembar Bertopeng itu.
"Bahaya sungguh. Tuan Muda Marvin, kenapa harus kau bersikap terburu-buru"
Anna sedikit risau. Dia tidak tahu apa yang Marvin ingin lakukan tetapi naluri wanitanya mengatakan yang Marvin melakukan perkara yang bahaya.
Dia ingin membantu tetapi sekarang dia hanya mampu duduk dia dan menunggu berita dari Marvin.
Dia tidak tahu kenapa dia berasa selesa.
"Dong! Dong! Dong!"
Kedengaran ketukan tiga kali di pintu yang mempunyai iramanya tersendiri.
Mungkin Andre, walaupun dia ketua pengawal yang setia tetapi agak terburu-buru.
Anna berkeluh dan membuka pintu tersebut.
Kelihatan tiga orang menunggu di luar pintu.
"Tuan Muda Marvin?!"
Anna terkejut.
"Mereka siapa…?"
Mata dia terbeliak melihat dua pengembara yang hebat di belakang Marvin.
"Mereka pembantu yang aku jemput." Marvin tersenyum dan bertanya, "Mana Andre dan yang lain?"
"Mereka ada berdekatan. Mereka semua amat marah apabila mendengar apabila ada orang cuba membunuh kau." Anna menjawab.
"Bagus." Marvin mengangguk, "Pergi uruskan supaya mereka beredar dalam kumpulan yang kecil dan berkumpul di padang sebelah timur di kawasan orang kaya selepas matahari terbenam.
"Kawasan orang kaya?" Anna termenung.
"Ya, malam ini kita akan selesaikan dalang yang sebenar."
Marvin berbisik, "Tetapi, aku perlu uruskan sesuatu dahulu. Aku mahu kau berhati-hati dan pastikan tiada siapa yang akan mengenali mereka sebagai pengawal dari Lembah White River."
Masih banyak lagi persoalan di benak fikiran Anna, tetapi mendengar arahan Marvin yang tegas, dia terpaksa membiarkan persoalan itu di dalam hati buat masa ini.
"Bagus, aku akan uruskannya!"
…
Pada waktu matahari terbenam di luar majlis perbandaran, kelihatan seorang pegawai yang boroi di dalam kereta kuda sedang dalam perjalanan pulang.
Dia tidak perasan ada tiga penyangak menyorok di dalam gelap sedang memerhatinya.
Kereta itu berhenti di kawasan orang kaya dan lelaki boroi itu segera turun dan pergi ke arah bilik membacanya.
Ada satu dokumen sulit yang dia perlu musnahkan.
Tetapi dia dapat merasakan sesuatu yang tidak kena saat dia melangkah masuk ke bilik membaca ini.