Han Gemuk tidak dapat menahan diri daripada berasa puas hati pada ketika itu, "Adik Yang, kita gerak perlahanlah sedikit dan bunuh lebih banyak raksasa. Kita boleh dapat lebih banyak mata pengalaman!"
Wei Yan Er tertawa kuat mendengar kata-kata Han Gemuk lalu berkata, "Gemuk miang, kau tak mahu berdepan dengan bos hantu menakutkan sebenarnya, bukan?"
Han Gemuk tersipu-sipu malu sementara pasukannya terus mengusiknya! Mereka mentertawakannya kerana tidak menyangka dia takut pada hantu!
56%, 53%, 50%!
"Argh --- Tidak! Tidak! Tidak!" Lord Beribu Hantu menempik kuat dan jatuh tersembam ke tanah. Kabus hitam yang menyelubungi badan bos itu berserta ribuan wajah menakutkan yang meraung kesakitan tersebut merebak ke sekeliling dan meluru ke arah pasukan itu dengan dahsyatnya!
'-1,000!'
'-1,000!'
...