"Apa benda kamu berdua…" Yan Fei Fei menggeleng kepala dalam kekecewaan dan kejijikan.
"Kau memang tidak pandai simpan dalam seluar, kan!" Kata Yan Fei Fei kepada Zhang Yang. Zhang Yang mengangkat bahu.
"Dan kau! Kau memang tak boleh tahan kan! Semua orang kau nak rasa! Aku memang… tak… kau patut malu dengan diri kau sendiri! Aku malu dengan kau! Sedar diri sikit perempuan!"
"Hei, kau masuk tanpa ketuk pintu! Aku yang sepatutnya marah kau!" Yu Li enggan mengaku kalah.
Zhang Yang tidak terlibat dalam hal ini. Dia berasa kelaparan. Dia meninggalkan tempat kejadian dan pergi ke meja makan untuk menyelesaikan urusannya.
"Fei Fei, kau cakap kau ingin merakam video ke apa entah. Kenapa kau balik awal?" Tanya Yu Li.
"Tch." Yan Fei berdecit kerana tidak berpuas hati. "Errr, maaf mengganggu kamu berdua merpati dua sejoli ketika saat-saat berharga kau!"