Semua orang mula log masuk, seorang demi seorang. Pada pukul 7 malam, Sun Xin Yu dan Cahaya Bintang Abadi akhirnya sertai mereka. Kesepuluh-sepuluh mereka segera bergerak ke Kubu Tukula.
Mereka menjelajah melalui Hutan Phil dan Tanah Terbiar Xylor dan akhirnya memasuki Tanah Rata Membakar selepas dua jam.
Tanah Rata Membakar. Namanya sudah menceritakan apa yang ada di tempat itu. Tanah dipenuhi dengan rekahan-rekahan lahar panas lantas mengancam untuk membakar kaki sesiapa yang memijak di atasnya! Ia persekitaran yang teruk. Flora yang tumbuh di situ hanyalah beberapa flora yang dapat hidup di dalam keadaan yang sebegitu seperti [Bunga Api] dan [Rumput Membakar]. Kedua-dua tumbuhan ini ialah herba perubatan yang berharga.
Kebanyakan raksasa di sini merupakan raksasa jenis elemen api dan elemen batu. Terdapat Imp Membakar dan Cicak Api Merah tinggal di dalam magma dan mereka bertahap 50 dan ke atas.