Dalam kehidupannya yang lepas, ada khabar angin yang tersebar mengatakan Ketua Persatuan Amarah Membara merupakan seorang yang sangat kaya-raya hasil daripada keuntungannya dalam sebuah syarikat kosmetik. Syarikat itu sendiri dinamakan 'Membara' dan diasaskan oleh Pencari Salji sendiri.
Walaupun Pencari Salji tidak tersenarai sebagai 10 pemain terhebat dalam wilayah China dalam kehidupannya yang lepas, dia telah disenaraikan sebagai salah seorang daripada 10 pemain paling terkenal! Laman sesawang rasmi syarikat permainan video ini kerap menyiarkan temubual istimewa bersama Hayunan Sebilah Pedang, Pencari Salji, dan juga pemain hebat lain yang terkenal di seluruh wilayah China!
Nilai terkini syiling emas dalam permainan video ini telah merundum kepada kadar 1:3, tetapi 1,000,000 keping syiling emas itu bersamaan dengan 3,000,000 dolar. Pencari Salji memang seorang pemain yang mempunyai banyak wang kerana apa yang dilakukannya ternyata tinggi risikonya!