"Kita kena ambil lebih ramai orang! Kita tak boleh lepasi cabaran ini dengan bilangan ahli kita sekarang!" ujar Han Gemuk. Drizzler mengangguk. "Aku pun setuju! Kita perlukan lebih ramai orang lagi!"
Tiba-tiba, Zhang Yang mendapat satu idea. "Semua! Teruskan serangan! Aku ada satu rancangan!"
"Cakaplah apa yang kau fikirkan!"
Zhang Yang tersenyum. "Budak kecil! Perhatikan HP bos. Apabila ia mencapai 91%, aku mahu kau guna [Esen Racun]!"
"Apa itu?" Drizzler sungguh-sungguh bertanya.
"Ish! Yang kau dapat daripada Raja Katak itu! Item Istimewa yang boleh meracun sesiapa itu?"
"Oh. Kenapa?" Drizzler bertanya lagi.
"Tak guna! Kenapa kau banyak sangat soalan ini?!"
"Mestilah aku tanya. Aku tak tahu apa yang kau rancang!" Drizzler mencebik bibirnya sambil cuba bergaya comel.
"Hah! Yalah. Aku beritahu!" Zhang Yang mengeluh. "Aku rasa aku teringat sesuatu tentang kemahiran bos ini. Kalau pemain yang disasarkan mempunyai status
Disebabkan tidak banyak bos dalam permainan video ini yang mempunyai kebolehan
"Okey." ujar Drizzler walaupun dia merasakan sebaliknya.
"Aku nak susun semula kedudukan pertarungan. Budak kecil, aku mahu kau berdiri betul-betul di hadapan bos. Si Salji dan ahli pasukan yang lain akan berdiri di belakang Drizzler. Bila Drizzler lepaskan racun itu, kau semua mesti lari masuk ke dalam bulatan racun tersebut dan pastikan kau dapat kesan
Gaya mainan biasa selalunya memerlukan seorang Perompak. Perompak tersebut akan mengaktifkan mod Tembakan Tidak Merbahaya dan menambah lapisan racun pada senjatanya. Apabila bos menggunakan kemahiran Curian Nyawa, Perompak itu akan menyerang pemain yang disasarkan dan mengenakan
Namun, memandangkan pasukan Zhang Yang tidak mempunyai seorang Perompak, dia sebaliknya perlu memilih untuk meracun diri sendiri. Nasib baik pasukannya telah memperolehi [Esen Racun] daripada Raja Katak.
"Tank noob! Kenapa kau cakap aku yang akan "lepaskan racun"!? Aku lempang kau nanti!" Drizzler menggenggam penumbuknya dan menunjuk ke arah Zhang Yang.
"Hei Yang Kecil, kenapa dengan kau berdua ini? Kau tak akan dapat mereka berdua kalau keadaan terus begini!" Han Gemuk menghantar mesej peribadi kepada Zhang Yang.
"Kenapa kau asyik fikir benda-benda lucah? Dapatkan dua-dua gadis ini? Aku akan bagi dua-dua penumbuk aku pada muka kau!" Zhang Yang membalas dengan marah.
"Haha! Yang Kecil! Tengoklah mereka berdua! Mereka dua-dua boleh tahan! Yang tua sedikit itu ada badan yang mengiurkan walaupun wajahnya hanya "biasa". Yang kecil itu pula masih perlu masa untuk tubuhnya jadi lebih matang, tapi wajahnya - GRAHHH- Aku sudah tak boleh tahan! Ingat, Yang Kecil! Kau mesti ambil peluang ini sementara ia masih ada! Bayangkan, dua orang gadis, seorang lelaki! GAH! Hanya memikirkan itu sudah boleh membuatkan aku teruja!"
"…Han Gemuk. Kau ini memang haiwan bertopengkan manusia, bukan…"
94%, 93%, 92%, 91%. Serangan Zhang Yang secara bersendirian mungkin tidak dapat menyebabkan banyak kerosakan, tetapi apabila mereka menyerang bersama-sama, HP bos tersebut berkurangan seperti tanah runtuh.
"Budak kecil! Gunakan sekarang!" Zhang Yang menjerit.
Drizzler memang sentiasa diperhatikan Zhang Yang kerana kebolehannya sudah menyamai taraf pemain Liga Profesional peringkat A. Kelajuan tindak balasnya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Dengan arahan yang diberi, dia dengan pantas memecahkan [Esen Racun] dan melepaskan kabus hijau daripada tubuhnya yang lantas menyelubungi kawasan seluas 30 meter di sekelilingnya. Ahli pasukan itu tidak perlu mendekatinya untuk mendapat kesan racun itu.
'Ding! Anda telah menerima kesan [Esen Racun]. Menerima 150 Kerosakan Natural setiap 3 saat selama 15 saat!'
Kabus hijau itu muncul dan lenyap dalam sekelip mata. Ia hanya bertahan selama sesaat lalu serta-merta lenyap. Mereka semua, termasuk Zhang Yang dan bos itu, telah terkena kesan racun tersebut. Tubuh mereka bersinar-sinar dengan cahaya kehijauan.
"Haha! Drizzler, apa yang kau buat tadi nampak macam kau lepaskan kentut yang sangat besar!" Han Gemuk tertawa besar.
"Ewww!" Raut wajah Drizzler penuh dengan rasa jijik. "Si Gemuk tak guna! Aku tak akan maafkan kau!"
"Pemburu bodoh! Aku akan sedut darah kau!" Bos tersebut mengaktifkan kemahirannya apabila HPnya telah menurun ke 90%. Ia melayang merentasi padang tersebut sepasntas kilat dan membenam gigi taringnya di leher Han Gemuk.
'-2000!'
'-2000!'
'-2000!'
'…'
Beberapa teks kerosakan berwarna merah muncul bertubi-tubi.
10 minit kemudian, bos tersebut tidak mengalami penyembuhan, sebaliknya HPnya menurun ke 76%! "Haha! Rasakan kesan perbuatan kau sendiri!" Han Gemuk menjerit. Dia berpusing dan menunjukkan punggungnya untuk mengejek.
"Oh tolonglah! Perlukah kau berperangai seteruk ini?" soal Drizzler.
Han Gemuk memikirkannya sejenak lalu berkata, "Kalau kau tak kisah, aku boleh buka seluar dan tunjukkan punggung aku tanpa seluar pada bos itu!"
Mereka fikirkan yang Han Gemuk hanya bergurau, tetapi apabila dia mula membuka seluarnya, mereka menjerit, "Berhenti! Kami kisah! Kami tak mahu!" Han Gemuk terkejut melihat reaksi mereka dan cepat-cepat menghentikan perbuatannya. "Hei hei! Aku bergurau saja. Aku tak serius tentangnya pun. Kau ingat aku akan berperangai bodoh sebegitu?"
"Aku tahu kau bukan seorang yang bodoh. Tapi bila kau bergurau, kau boleh berperangai lebih teruk daripada orang yang bodoh!" Zhang Yang mengeluh dengan kuat. Han Gemuk tertawa. "Haha! Betul itu! Sebab itu kau saudara lelaki aku daripada emak yang lain!"
Selepas Gawain mengalami kerosakan teruk yang berpunca daripada kemahirannya sendiri, ia tidak lagi mengaktifkan kemahiran tersebut. Sebaiknya, ia menunggu sehingga HPnya turun ke 50% untuk mengaktifkannya sekali lagi. Namun, dengan bimbingan Zhang Yang, Drizzler berjaya mengekalkan status
Selepas bos tersebut mengalami kerosakan dan tidak mengalami penyembuhan sekali lagi, HPnya hanya tinggal 36% kerana ia telah "meracuni" dirinya sendiri.
36%. Sedikit sahaja lagi…
"Haha! Rasakan, puntianak picisan! Kita tengok bagaimana kau akan mati dan tewas disebabkan kemahiran kau sendiri!" kata Drizzler dengan girang.
"Bila kau sebut tentang puntianak, aku teringat satu cerita ini. Ia tentang…" Han Gemuk tersenyum sinis.
"Boleh tak kau diam?!" Kedua-dua gadis itu meraung sambil menunjukkan gaya menyampah padanya. Mereka tidak perlu dengar selebihnya kerana mereka tahu apa-apa cerita yang disampaikan Han Gemuk pasti sesuatu yang tidak senonoh. "Woo… kenapa kau cakap begitu? Aku cuma nak hiburkan semua!" ujar Han Gemuk.
30%, 25%, 20%, HP bos tersebut semakin menurun kerana pasukan itu terus menyerang tanpa mengalami apa-apa masalah besar. Apabila HPnya hanya tinggal 10%, Gawain mengaktifkan kemahirannya buat kali terakhir. Perbuatannya itu hanya mempercepatkan kematiannya sendiri. Pasukan itu berjaya membunuh bos tersebut sebelum sempat ia menyempurnakan kemahirannya.
"Hmph! Mati sajalah sebab maut memang kesudahan untuk kau!" Drizzler mendekati bangkai tersebut dan memijaknya untuk meluahkan perasaan tertekannya. "Budak nakal! Kau ini memang garang, ya?!" Zhang Yang tertawa.
"Tengok dia memijak rangka sebegitu, aku ada satu cerita tentang Memijak Rangka. Suatu masa dahulu…" Mereka semua menjerit serentak, "Diamlah!"
"Wuuuuu…" Han Gemuk berpura-pura menangis dan merajuk di satu sudut.
"Ayuh dapatkan hasil rampasan!" Drizzler mula membuka bangkai tersebut.
[Tukul Tengkorak Putih] (Tembaga Hijau, Tukul Sebelah Tangan)
Serangan senjata: 95-113
Sela masa serangan: 2.6 saat
DPS: 40
Keperluan tahap: 20
"Ah! Apalah nasib kita! Satu lagi peralatan yang akan dilelong di rumah lelong!" Han Gemuk meraung.
"Hei! Ia bernilai 300 keping emas!" Si Salji pula girang melihat peralatan itu. Dia dengan pantas memaksa yang lain-lain menyerahkan peralatan tersebut kepadanya untuk dilelong di rumah lelong. "Hah. Memandangkan kau baru saja sebut tadi, berapa banyak yang kau dapat selepas kau jual pedang semalam?" Zhang Yang bertanya dengan bersahaja.
"Ah! 300 keping emas!" Si Salji turut membalas dengan bersahaja.
"Ah baik… Jadi, selepas pengagihan, kita semua akan dapat 60 keping emas setiap seorang, bukan?"
"Ada 10% cas perkhidmatan daripada rumah lelong!" Si Salji mula marah dan menyilang tangannya.
"Ah. Aku faham. Jadi, selepas kita tolak cas perkhidmatan, kita semua akan dapat 54 keping emas setiap seorang, bukan?"
"Secara teknikalnya, ya…" Suara Si Salji semakin perlahan seperti dia berasa bersalah tentang sesuatu.
Zhang Yang meninggikan suaranya. "Jadi, kenapa aku hanya dapat 54 keping syiling perak?" Si Salji mula ketakutan. "Erhm… Mungkin kau tersilap… Kau sudah tengok betul-betul?"
"Apa yang kau rasa?"
Si Salji menundukkan kepalanya. "Aku rasa kau tersilap!"
"Sudahlah! Pulangkan duit aku! Kalau tak, bayar dengan apa yang kau ada!" Zhang Yang tersenyum penuh ancaman. Dia telah pun mendapat kepastian daripada kedua-dua Ratusan Tembakan dan Han Gemuk yang mereka menerima 54 keping syiling emas daripada Si Salji. Hanya dia seorang yang menerima 54 keping syiling perak!
Si Salji menunjukkan gaya menyampah dan berkata, "Gadis ini tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan selain senyumannya!"
Han Gemuk mendekatinya. "Kalau begitu, senyum untuk aku!"
"Pergi jahanam!"
[Mahkota Tulang Putih] (Tembaga Hijau, Baju Perisai Berat)
Pertahanan: +4
Vitality: +20
Kekuatan: +16
Ketangkasan: +4
Keperluan tahap: 20
Topi keledar Zhang Yang yang terkini menyamai peralatan yang baru ini. Dia menolak untuk membaling dadu dan menawarkannya kepada Drizzler.
'Ding! Anda telah menerima 11 keping perak!'
"Eh? Itu saja?" kata Han Gemuk apabila bangkai itu mula lenyap. "Aku rasa seperti disumpah. Bos ini memang kedekut!"
"Secara teknikalnya, bos terakhir satu tahap lebih tinggi berbanding bos mini. Jadi, kita dikira bernasib baik dapat bertarung dengan bos Perak Kelabu!"
Zhang Yang mengetuai pasukannya mara ke depan dan melalui satu laluan kecil dan sempit.
Shush!
Sebaik sahaja Zhang Yang menjenguk keluar, lapan kesan melemahkan serta-merta muncul di atas kepalanya. Dia memeriksa kawasan itu dan ternampak lapan Ahli Sihir Rangka yang sedang berlari ke arahnya! Dia menjerit panik, "Berundur!" dan mengetuai pasukannya berundur masuk ke laluan tadi.
Ahli Sihir Rangka tersebut mengejar mereka sehingga ke laluan itu dan serta-merta berhenti. Mereka menunggu sebentar di situ dan kembali masuk ke dalam kegelapan. "Jahanam! Banyaknya raksasa itu!" Han Gemuk menelan air liurnya. Mereka semua boleh mendengar bunyi tersebut dan menyedari betapa menakutkan keadaan itu.
Teks kerosakan '-80' terus muncul di atas kepala Zhang Yang dan hanya berhenti selepas 15 saat. Si Salji serta-merta menyembuhkannya selepas itu.
[Bayangan Mereputkan]: Menyumpah sasaran menggunakan kuasa bayangan. Menyebabkan sasaran mengalami 500 kerosakan bayangan dalam masa 15 saat.
Ratusan Tembakan turut menjerit. "Tak guna, kuatnya raksasa itu!"
"Necromancer. Mereka turut dikenali sebagai Ahli Sihir Sumpahan. Kemahiran DoT mereka memang OP!" Zhang Yang menarik nafas panjang. "Kita ada masalah di sini. Ada banyak raksasa di dalam. Ada lapan yang memang menunggu di pintu masuk. Jahanam! Mesti mereka memenuhi kawasan di dalam sana!"
Han Gemuk menepuk bahu Zhang Yang dan bertanya, "Bagaimana kita nak bertarung dengannya?"
Zhang Yang memikirkannya seketika. "Pada peringkat ini, Ahli Sihir Sumpahan bukan sahaja mempunyai
Keempat-empat mereka terus kaku, namun mata mereka bersinar-sinar dengan rancangan yang mula terbentuk.
"Heh. Aku tahu kau semua bijak. Kita tarik mereka ke pintu masuk dan bunuh mereka dengan kemahiran AoE kita!"