Perkara paling merbahaya dalam menghadapi mana-mana raksasa ialah apabila kemahirannya tidak diketahui! Apabila kemahiran raksasa itu tidak diketahui, sukar bagi seorang pemain untuk membuat strategi untuk membalas serangannya. Pemain itu terpaksa mati berkali-kali untuk mengetahui satu-persatu kemahiran raksasa tersebut!
Itulah kelebihan yang membantu Zhang Yang untuk terus maju dalam permainan video ini di mana dia tahu hampir kesemua kemahiran bos dungeon seterusnya! Jika dia tidak mempunyai apa-apa kebolehan sekalipun, pengetahuannya tentang kemahiran mana-mana bos sudah cukup untuk membuatnya masyhur dalam pelayan tersebut. Semua persatuan ingin menawarkan keahlian kepadanya!
Namun, Zhang Yang hanya mampu memerhati Raja Ular Sawa itu dengan berhati-hati dan terus peka dengan pergerakan yang mungkin akan dibuatnya. Dia belum pernah berdepan dengan bos ini sebelum ini, jadi dia perlu sabar menunggu bos itu membuat apa-apa pergerakan untuk dia menyerang balas.
Ini strategi paling pasif sekali, tetapi ia satu-satunya pilihan yang dia ada buat masa ini.
97%, 94%, 90%, HP Raja Ular Sawa tersebut perlahan-lahan berkurangan. Raksasa Tembaga Hijau ini seperti tidak mempunyai kemahiran istimewa lain kerana ia hanya menyerang dengan taring dan ekornya dari tadi.
'Ding! Raja Ular Sawa Emas Berbisa telah menggunakan
Sedang Zhang Yang memikirkan betapa bosannya pertarungan ini, Raja Ular Sawa itu tiba-tiba sepantas kilat menjalar ke arahnya dan membelit tubuh Zhang Yang dengan badannya yang berwarna keemasan.
Walaupun Zhang Yang sentiasa peka, kemahiran ini tidak mempunyai apa-apa tanda pengaktifan dan itu membuat dia tidak sedia menghadapinya. Dia pula cuai kerana baru sahaja menggunakan
'-184!'
Satu teks kerosakan berwarna merah terus muncul di atas kepalanya.
Menurut rekod pertarungan:
Zhang Yang mempunyai kemahiran pasif pengurangan 20% kerosakan serta 70 mata pertahanan, jadi mata kerosakan sebanyak 300 itu telah dikurangkan kepada 184 mata! Dia cepat-cepat menggunakan periuk merah dan '+100' terus muncul di atas kepalanya.
88%, 86%, 84%, HP bos itu terus menurun.
'Ding! Raja Ular Sawa Emas Berbisa telah menggunakan
Zhang Yang tanpa disedari serta-merta menggunakan
'Ding! Anda telah terkena
Sia-sia dia menggunakan
'Tak guna! DoT lagi!' Pertahanannya yang tinggi itu langsung tiada gunanya!
'Ding! Raja Ular Sawa Emas Berbisa telah menggunakan
"Jahanam!" Zhang Yang menyumpah-nyumpah dengan kuat.
'-184!'
Teks kerosakan berwarna merah muncul di atas kepalanya sementara DoT
Ini akibatnya apabila seseorang pemain berdepan dengan bos tanpa mengetahui kemahirannya! Jika tidak, Zhang Yang setidak-tidaknya hanya akan menerima kerosakan melalui
82%, 80%, 78%, Zhang Yang bertenang dan terus menghayun pedangnya dengan sepenuh tenaga.
20 saat kemudian, Raja Ular Sawa itu membuka lebar mulutnya dan sekali lagi meludahkan ludahan berwarna hijau pekat ke arah Zhang Yang!
'Ding! Anda telah terkena
Zhang Yang mengeluh di dalam hati kerana dia tahu yang dia boleh membatalkan
Kalaulah dia membawa seorang penyembuh bersamanya, ia agak mudah baginya untuk menewaskan bos ini!
HPnya hanya tinggal 452 mata, tetapi bos ini masih mempunyai 75% daripada HPnya. Cabaran ini nampaknya mustahil untuk diselesaikan.
Dia terfikir untuk terus menyerah kalah dan kembali untuk pertarungan semula dengan membawa seorang penyembuh bersamanya, tetapi Zhang Yang menjangka yang mungkin ada lagi kemahiran yang belum bos ini tunjukkan, jadi dia terus bertarung dengannya.
'Ding! Raja Ular Sawa Emas Berbisa telah menggunakan
"
'-58!'
Tempoh bertenang periuk merah telah lengkap dan Zhang Yang sekali lagi menggunakannya dan satu teks '+100' terus muncul.
71%, 67%, 56%...
Pertahanan bos itu memang tinggi, tetapi kerosakan serangan Zhang Yang juga sama hebatnya. Dia menyerang sepenuh hati dan menurunkan HP bos itu ke 40%, tetapi HPnya sendiri hanya tinggal 92 mata. Dia hanya mampu menghadapi 2 lagi kesan DoT.
'-40!'
HP Zhang Yang turun ke 52 mata.
3 saat kemudian, satu lagi '-40' muncul di atas kepalanya dan dia kini hanya mempunyai 12 HP.
Satu lagi DoT hanya menunggu masa untuk muncul apabila satu cahaya putih tiba-tiba menyelubungi Zhang Yang. Pada masa yang sama, satu teks '+154' berwarna hijau yang sangat mengujakan muncul di atas kepalanya.
Seseorang telah menyembuhkannya!
Zhang Yang berpaling dan ternampak seorang gadis yang berpakaian serba putih berdiri di laluan masuk batang pokok tadi. Dia sangat tinggi dan kurus dan pinggangnya yang kurus itu menonjolkan pinggulnya yang besar dan mengiurkan manakala buah dadanya pula sangat besar!
Rupa fizikal setiap watak itu tidak boleh diubah suai dalam permainan video ini dan itu bermaksud gadis ini mempunyai susuk tubuh yang sama seperti ini dalam kehidupan sebenarnya!
Malangnya, walaupun gadis itu mempunyai susuk tubuh yang boleh membuatkan sekurang-kurangnya 90% orang dalam populasi wanita cemburu dengannya, wajahnya hanya biasa. Dia tidaklah begitu hodoh, tetapi tidaklah begitu cantik! Namun, matanya sangat cantik. Matanya mampu menarik perhatian sesiapa yang memandangnya.
"Terima kasih!" ujar Zhang Yang dengan pantas. Dia mempunyai tanggapan yang baik tentang gadis yang mempunyai tubuh yang cantik berserta wajah biasa tersebut – jika orang tamak yang berada di tempat gadis itu, mereka tentu akan membuka peti itu sementara dia bertarung dengan bos tersebut!
Gadis itu tidak menyembunyikan profilnya. 'Si Salji, Tahap 13', dan 'Asap Gurun Terpinggir' terapung di atas kepalanya. Berdasarkan penampilannya, dia mungkin dalam lingkungan 20-an! Namun, wajah satu-satu watak boleh diubah suai, jadi, Zhang Yang tidak pasti jika wajahnya itu ialah yang sebenar.
Si Salji tersenyum, menjampi satu lagi jampi penyembuhan pada Zhang Yang, dan berkata, "Sama-sama. Aku hanya lalu tadi! Oh ya, apa nama tempat ni? Aku sesat. Aku keliru dan terus berjalan sampai aku tiba di sini!"
Permainan video ini ada peta mini yang menunjukkan lokasi seorang pemain. Sukar bagi seorang pemain untuk 'sesat' walaupun itu yang dia mahu! Ia menjadi lagi tidak munasabah bila memikirkan yang dia sesat hingga tiba ke tempat ini! Zhang Yang teringat yang laluan masuk gua ini tersorok dan jika dia tidak menerima cabaran untuk memusnahkan Sarang Raja Ular Sawa tersebut, dia pasti telah lama menyerah kalah!
Dia nampaknya tidak pandai mencari arah!
Zhang Yang membuat rumusan tersebut dalam fikirannya sambil menghantar satu pelawaan untuk menyertai pasukan kepada gadis itu. Dalam 'Keajaiban Tuhan', seorang pemain hanya layak mendapatkan hasil rampasan jika dia berjaya menyebabkan kerosakan kepada raksasa tersebut. Namun, Kesatria Suci dan Paderi tidak dapat memperolehi apa-apa peralatan atau pengalaman dengan hanya melalui penyembuhan, jadi, mereka perlu menyertai pasukan yang mempunyai penyerang!
Zhang Yang sebelum ini merancang untuk meminta bantuan Kesedihan Lautan, tetapi memandangkan Si Salji telahpun membantunya dan kelihatan berniat baik, dia mengambil keputusan untuk berkongsi hasil rampasan dengannya!
Peralatan yang Si Salji gunakan sekarang tidak terlalu teruk. Semua kelengkapannya ialah alatan Keluli Hitam Tahap 10. Walaupun Raja Ular Sawa ini bos Tahap 20, kemampuan Zhang Yang dalam membatalkan serangannya juga sama hebat. Ia lebih dari cukup selagi Si Salji terus mengembalikan HP yang hilang disebabkan oleh
"Wah, kau dah Tahap 18!" Si Salji teragak-agak sebelum dia menerima pelawaan Zhang Yang. Dia terperanjat melihat tahap Zhang Yang itu lalu dia bertanya, "Kenapa nama kau tiada dalam Kedudukan Penarafan Pemain?"
"Kita boleh pilih untuk masuk senarai itu atau tak!" ujar Zhang Yang.
"Oh!" Si Salji mengangguk dan matanya tiba-tiba bercahaya, "Ah, kaulah Zhan Yu! Kau berminat tak untuk sertai persatuan kami? Sami Ingkar tak henti-henti memuji kau!"
"Sami Ingkar?"
"Eh? Kau tak tahu ke Sami Ingkar dari persatuan kami?"
Zhang Yang tahu Sami Ingkar ada menyertai satu persatuan, tetapi dia tidak ingat dengan jelas yang mana satu persatuannya! Dia tertawa dan berkata, "Oh, kalau macam tu, kita memang ditakdirkan bertemu!"
Mata Si Salji bersinar-sinar dan senyuman meniti bibirnya. Dia mungkin nampak biasa, tetapi matanya yang cantik mengatasi segala-galanya termasuk kekurangannya, "Budak kecil, kau cuba nak mengurat aku ke?"
"Budak kecil?" Senyuman Zhang Yang hilang. Walaupun dia kini berusia 22 tahun, apabila ditambah dengan 5 tahun dalam kehidupannya yang lepas, umur akalnya menyamai seorang pakcik berusia 30 tahun!
Kakak yang tidak pandai mencari arah!
Zhang Yang dalam diam mengubah penilaiannya tentang Si Salji.
Dengan adanya Si Salji, Raja Ular Sawa ini bukan lagi satu ancaman kepada Zhang Yang. Ia semakin mendekati ajalnya walaupun ia bersilih ganti menggunakan kedua-dua kemahirannya!
5%, 4%, 3%, 2%, 1%!
Raja Ular Sawa itu akhirnya tewas dan mati selepas ia kehilangan HP terakhirnya.
'Ding! Pasukan anda telah membunuh Raja Ular Sawa Emas Berbisa! Menerima 30,050 EXP (50 mata Bonus Pasukan)!'
"Eh? Raksasa ni bos ke?" Si Salji sangat terkejut.
"Kalau ini bukan bos, kita tak perlukan masa yang panjang untuk bunuh ia, kan?" jawab Zhang Yang tanpa perasaan. Dia ingatkan apabila dia berjaya membunuh bos ini, ganjaran sistem akan diaktifkan kerana ia mungkin bos Tembaga hijau pertama setakat ini! Selepas menunggu beberapa ketika, Zhang Yang tertuduk kecewa kerana tiada maklum balas langsung daripada sistem.
"Eh? Tak peliklah kalau kerosakan daripada serangan tank tu rendah, kan?" soal Si Salji dengan nada marah.
'Dia ni tak nampak HP bos tu ke? Dia tak nampak ke kerosakan yang dikenakan pada bos tu?'
Zhang Yang mengeluh dan bertanya, "Apa yang kau perhatikan dari tadi?"
"Mestilah Palang HP tank!" jawab Si Salji dengan raut wajah marah, "Kalau kau mati, macam mana aku, seorang Paderi, nak terus hidup?"
'Masuk akal juga.'
Zhang Yang menggeleng kepalanya dan berkata, "Baik, mari kita ambil dan kongsi hasil rampasan!"
Dia mengambil hasil rampasan dan peralatan pertama terus muncul.
[Hud Raja Ular Sawa] (Tembaga Hijau, Baju Perisai)
Pertahanan: +2
Vitality: +18
Kepintaran: 9
Semangat: +3
Keperluan Tahap: 20
"Yang ni untuk kau!" Zhang Yang terus menawarkan alat itu.
Si Salji mengalihkan pandangannya dan berkata, "Hei, kau ni memang nak mengurat aku ke?"
"Haha", Zhang Yang tertanya hambar, "Janganlah perasan. Aku dah ada gadis yang aku suka!"
"Hm. Aku tahu. Gadis yang kau suka tu mesti aku!" ujar Si Salji dengan raut wajah yang yakin.