Chereads / MMORPG: Kelahiran Semula Pelindung Legenda / Chapter 41 - Ganjaran Lumayan

Chapter 41 - Ganjaran Lumayan

'Beep!'

Satu persatu pesanan masuk ke dalam Senarai Kenalannya.

Sami Ingkar: "Kamu memang pro! Kau berjaya bunuh bos tu! Haha! Aku tahu kau boleh tewaskannya!"

Kematian Bersalji: "Abang pro! Bertarung dengan bos tanpa mengajak saudara kau ni? Janganlah macam tu, bang!"

Ratusan Tembakan: "Tahniah!"

Han Gemuk: "Jahanam. Sanggup kau dahulukan perempuan berbanding saudara kau ni? Ada dua gadis dengan kau, seorang pun kau tak bagi aku?"

Api Merah dan Salji Lembut menghantar pesanan mereka juga, tetapi dia tahu ada sedikit kecemburuan di sebalik kata-kata mereka.

Zhang Yang sudah tidak mampu menghadap kerenah dua gadis itu lagi, "Sudah, sudah! Kau berdua dah besar. Berhenti bersikap macam kanak-kanak! Aku nak ambil hasil rampasan daripada bangkai ni!" Mereka begitu teruja dengan wang sehingga mata mereka dihiasi simbol wang. 

'Ding! Anda telah menerima 40 kepingan perak selepas pengagihan!"

Bos yang sangat kedekut itu hanya memberi 1 emas dan 20 perak.

Drizzler terus-terang menjawab, "Zhan Yu, kau sepatutnya dapat semua peralatan kerana secara teknikalnya, kau yang membunuh bos ini."

Zhang Yang berfikir sejenak dan berkata, "Kau tahu kan yang mana-mana peralatan ni boleh dijual pada harga sekurang-kurangnya 1,000 emas. Kenapa kau lepaskan peluang ni hanya kerana kau begitu teruja dengan bilangan perak yang sedikit tu?"

"Hmph! Aku bukan orang yang kedekut!" Drizzler memandang Zhang Yang dengan marah, "Kau tahu, seperti kata pepatah, 'Untuk apa yang kau perolehi, berdoalah ia benar-benar bersih'! Kita tak boleh menerima kemewahan yang bukan hasil titik peluh kita sendiri!" Zhang Yang tersenyum dan berkata, "Aku lebih suka kata pepatah, 'Kuda tanpa rumput akan kurus; manusia tanpa kemewahan akan miskin."

"Ugh! Membazir masa saja semua ni!" Kedua-dua gadis itu kemudian melangkah ke tepi.

Zhang Yang berfikir seketika dan berkata, "Memandangkan kita sama-sama bertarung dengan bos, kita semua patut dapat bahagian masing-masing. Macam mana kalau begini? Aku akan ambil apa yang aku mahu, dan kau berdua boleh ambil dan kongsi baki hasil rampasan!"

"Tak ada masalah!" Kedua-dua mereka setuju kerana walau apapun, ini masih hasil rampasan daripada bos Perak Kelabu!

[Cincin Si Penderita] (Perak Kelabu, Cincin)

Vitality: +10

Kekuatan: +10

Kesan peralatan: Meningkatkan peluang Serangan Kritikal dengan 1%

Keperluan Tahap: 20

Kedua-dua gadis itu menolak untuk membaling dadu dengan serentak dan peralatan itu terus menjadi milik Zhang Yang. Sekurang-kurangnya dia bertuah kali ni. Dia terus mendapatkan hasil rampasan daripada bangkai itu.

[Kalung Ahli Sihir] (Perak Kelabu, Baju Perisai)

Pertahanan: +4

Vitality: +48

Kepintaran: +24

Semangat: +8

Nota: Ini pernah dimiliki Ahli Sihir agung, Unduin, yang menandakan kepintaran dan kekuatan!

Zhang Yang orang pertama yang menolak untuk membaling dadu dan Si Salji pula tersenyum gembira.

[But Diukir] (Perak Kelabu, Perisai Kulit)

Pertahanan: +8

Vitality: +15

Kekuatan: +5

Ketangkasan: +20

Keperluan Tahap: 20

Memandangkan mereka bertiga tidak boleh mendapatkan peralatan ini, mereka membaling dadu bersama-sama dan alat itu diterima oleh Drizzler dengan 78 mata.

[Doa Suci] (Buku kemahiran)

Kegunaan: Anda akan mempelajari .

Keperluan Kelas: Paderi, Kesatria.

"Cepatlah tunjuk! Apa yang benda ni boleh buat?" soal Drizzler yang ingin tahu.

Si Salji mendapat buku kemahiran itu selepas Zhang Yang dan Drizzler menolak untuk membaling dadu. Dia kemudian menepuk buku itu di dada dan berkongsi penerangan kemahiran itu selepas dia mempelajarinya.

[Doa Suci] (Tahap 1): Memulihkan HP sasaran untuk 100% serangan magik terkini. Pemain terdekat di sekeliling akan menerima penyembuhan dengan 25% serangan magik terkini. Boleh digunakan untuk maksimum 4 pemain. 

Kos MP: 50.

Tempoh menjampi: 1.5 saat.

Tempoh bertenang: 10 saat

Tiada sesiapa dapat meneka apa yang akan terjadi selepas penarafan kemahiran itu, sama ada keupayaan menyembuh akan meningkat, tempoh membaca jampi akan dipendekkan, atau tempoh bertenang akan dikurangkan. Namun, itu semua tidak penting kerana kemahiran ini bertujuan untuk penyembuhan ramai yang akan mengurangkan kesukaran dalam menyerang bos dungeon yang menggunakan kemahiran pelbagai sasaran.

Di bawah bangkai bos itu, ada satu lagi buku kemahiran dengan kulit buku berwarna merah.

[Mata Helang] (Buku kemahiran)

Kegunaan: Anda akan mempelajari

Keperluan Kelas: Pahlawan, Kesatria, Pemburu, Pencuri.

Drizzler sekali lagi ingin tahu. "Eh? Kemahiran ni sesuai dengan banyak orang dan ia boleh dipelajari oleh sesiapa daripada banyak kelas yang berbeza. Kemahiran apa sebenarnya ni?" Zhang Yang sebaliknya sangat teruja dan berkata, "Tolong bagi aku dapatkan ni!" Drizzler mengetap bibirnya dan memberi jawapan balas kepadanya, "Ish! Apa yang buat kau teruja sangat ni? Aku dah kata tadi yang semua hasil rampasan ni milik kau!" Dia kemudian menolak untuk membaling dadu. Si Salji tiada keinginan untuk mengusik Zhang Yang lagi, tetapi dia turut bersetuju untuk memberikan semua alatan kepada Zhang Yang dan dia juga menolak untuk membaling dadu.

Selepas Zhang Yang memperolehi buku kemahiran itu, dia cepat-cepat menepuknya di dada dan dengan satu sinar cahaya, satu kemahiran baru muncul pada tetingkat kemahirannya.

Melihat Zhang Yang tersenyum seperti orang gila, Drizzler berasa ingin tahu dan terus berkata, "Beritahulah apa! Aku nak tengok juga!" Zhang Yang turut tertawa dan memaklumkan penerangan tentang kemahiran yang baru diperolehinya di saluran pasukan.

[Mata Helang] (Pasif) (Tahap 1): Anda kini mempunyai kemampuan untuk mencari kelemahan pihak lawan sepenuhnya. Semua serangan akan menepis 50% pertahanan pihak lawan.

"Ish, aku ingatkan kemahiran suci. Kemahiran Pahlawan Tahap 20 pun ada 50% pengurangan perisai!" Drizzler mencebikkan bibirnya.

"Tak, tak. Pertama. hanya boleh menyebabkan 10% pengurangan perisai dengan setiap tindanan dan kau hanya boleh menyebabkan 50% pengurangan perisai selepas 5 tindanan! Kalau sampai macam tu, aku dah boleh serang berkali-kali! Lagipun, kalau kau tengah bertarung dengan segerombolan raksasa, kau perlu mencapai 5 tindanan untuk setiap raksasa. Berapa lama pula pertarungan tu nanti?" Zhang Yang tertawa tanpa henti. "Kedua. Kesan boleh ditindankan dengan !"

Kedua-dua gadis itu terkejut mendengarnya.

Zhang Yang sangat suka kemahiran ini dalam kehidupannya yang lepas. Namun, kadar pengguguran buku kemahiran terlalu rendah dan hanya terdapat lebih kurang 100 pemain yang mempunyai kemahiran ini dalam seluruh pelayan China. Zhang Yang tidak pernah berjaya mendapatkan buku kemahiran ini sebelum ini dan tidak pernah terjumpa penjualan buku kemahiran ini di rumah lelong. Tahap maksimum kemahiran ini ialah 10 dan nilai pengurangan pertahanan akan meningkat ke 95%. Ini sangat berguna dalam pertarungan dengan bos yang mempunyai pertahanan tinggi atau dalam PK menentang Kesatria atau Pelindung.

Kalau Zhang Yang telah memperolehi sewaktu pertarungan dengan bos tadi, dia pasti akan dapat mengabaikan 50% daripada pertahanannya dan serangannya sendiri akan meningkat ke 50. Itu hampir dua kali ganda daripada kuasa serangannya!

Dia kemudian membuka 7 hingga 8 peralatan lain, tetapi tiada satupun yang sesuai dengannya. Dia telah cukup bernasib baik kerana berjaya memperolehi tiga peralatan berikut: dua perisai kulit dan satu perisai berat untuk Kesatria bantuan. Perisai kulit itu untuk Han Gemuk manakala perisai berat itu untuk Kekecewaan Lautan. Namun, Zhang Yang mengambil keputusan untuk menjual perisai berat itu di tempat lelongan kerana dia tahu Kekecewaan Lautan pasti akan menolak pemberiannya disebabkan budi bahasanya.

"Baik, semuanya telah diagihkan. Ayuh kembali ke bandar!" Zhang Yang mengeluarkan [Skrol Rentas Jarak] dan mengoyakkannya dengan bersahaja. Sebelum bulatan magik itu muncul sepenuhnya, Zhang Yang bertanya, "Oh, ya. Kau berdua dah cuba Makam Bangar Crypt dalam Mod Paling Sukar?"

Jawab Drizzler sambil mereka mengoyakkan [Skrol Rentas Jarak] mereka, "Bos pertama tu hebat. Kami ada dua tank, tapi mereka tidak mampu mengawasi aggro. Lepas satu, satu mati, dan kami tak dapat selesaikannya!"

"Kenapa kau tanya? Kau nak bawa kami ke sana?" soal Si Salji. Selepas satu tiang cahaya putih muncul, Zhang Yang keluar dari titik rentas jarak di Istana Jed Putih. Drizzler dan Si Salji menyusul di belakangnya dengan cahaya putih yang sama. 

"Aku hanya nak mineral yang muncul selepas bos ketiga ditewaskan. Kau berdua boleh ambil yang lain-lain. Macam mana?" ujar Zhang Yang sambil dia tersenyum. [Perisai Tanah Bulat] sangat laku di pasaran sekarang. Kalau Vena Tembaga Biasa boleh menghasilkan dua hingga empat [Bijih Tembaga Biasa], dia boleh mendapatkan dua hingga empat kepingan emas!

Walaupun kedua-dua gadis itu seperti gilakan wang, tetapi cara mereka membawa diri patut dihormati. Sebab itulah Zhang Yang hanya akan melibatkan orang yang layak dan boleh dipercayai dalam apa-apa rancangan yang menguntungkan kedua-dua pihak.

"Baik, baik, baik! Sekarang juga aku tubuhkan pasukan!" ujar Drizzler dengan girang, tetapi dia tiba-tiba berhenti, berpaling dan memandang Zhang Yang dengan curiga, "Hei…kau ni bukannya nak mengurat sepupu aku dan aku, kan?" Si Salji juga meragui Zhang Yang dan berkata, "Drizzler, mesti ada sesuatu tersembunyi di sebalik kebaikannya."

"Bukan itu yang aku nak!" Zhang Yang menggeleng kepalanya. "Baiklah!" Drizzler percaya kata-katanya dan melompat kegirangan. "Budak yang mudah terpedaya!" ujar SiSalji yang menyerah kalah.

Selepas memeriksa waktu sistem itu, Zhang Yang memberi cadangan kepada mereka, "Hampir pukul 7 petang. Apa kata kalau kita masing-masing pergi makan malam dan jumpa semula di sini dalam masa sejam?"

Drizzler berpaling dan bercakap dengan Si Salji, "Hurm, betul juga tu, aku agak lapar juga ni! Kak, di mana kita nak makan ni?"

"…Apa kata kita makan di Arc de Triomphe? Stik daging di situ sedap!"

"Baik! Jom! Jom!"

Dengan itu, kedua-dua gadis itu log keluar lebih pantas daripada Zhang Yang dan watak mereka serta-merta hilang daripada pandangan. Dia yang terhibur dengan gaya mereka tertawa dan turut log keluar. 

Zhang Yang tiba-tiba terfikir, "Mereka mesti daripada keluarga yang kaya," Ada satu restoran Barat yang diberi nama Arc de Triomphe di bandar tempat dia tinggal dan ia sangat terkenal dengan stik dagingnya. Dalam kehidupannya yang lepas, dia telah mengunjungi tempat itu beberapa kali dan makan di sana semasa dia kaya-raya. Makanannya memang sedap dan ada kemungkinan yang mereka bertiga tinggal di bandar yang sama!

Selepas Zhang Yang memikirkannya sejenak, dia berlari turun ke bawah dan membeli 2 bungkus nasi berharga 5 dolar. Dia mesti membeli dua bungkus memandangkan dia selalunya kuat makan dan tidak akan puas dengan hanya sebungkus nasi. Selepas Zhang Yang makan malam dan berehat, dia masuk semula ke atas talian. Dia terus meluangkan sedikit masa di kedai Pertukangan dan meningkatkan tahap Pertukangannya. Selepas hampir cukup sejam, dia telah berjaya membuat 900 keping [Batu Asah Pemula] dan memperolehi tahap Pertukangan Amatur. 

'Ding! Pemain Drizzler telah mempelawa anda untuk menyertai pasukannya. Adakah anda menerima pelawaan ini?'

Tepat 8 malam. Kedua-dua gadis ini menepati waktu. Zhang Yang menerima pelawaan itu dan menyertai 10 pemain lain, termasuk Sami Ingkar. Selepas menyapa semua di dalam pasukan itu, mereka menuju ke arah jalan masuk dungeon dan sebaik sahaja semua telah berkumpul, pertarungan terus bermula.

Apa yang betul-betul tidak dijangka Zhang Yang ialah kedua-dua gadis itu yang mempunyai kebolehan bermain permainan video yang hebat! Drizzler hanyalah seorang gadis muda yang mempunyai pedang dua belah tangan, tetapi dia menghunuskannya dengan cekap dan penuh bertenaga. Pengetahuannya dalam menggunakan putaran kemahirannya agak mengagumkan kerana putarannya yang bersesuaian membuatkan jumlah kerosakannya sangat tinggi dan membuatkannya pemain kedua tertinggi dalam output kerosakan selepas Zhang Yang.

Si Salji pula pandai mengawal ahli pasukan. Apabila HP sesiapa menurun, dia akan sekelip mata membantu mereka dan menjampi [Pertumbuhan Semula] dan mempertimbangkan sekiranya dia perlu membaca jampi untuk memulihkan mereka. Cara dia menguruskan MPnya mengagumkan kerana dia tidak membazirkan walau setitik MP! Apabila pertarungan tamat, dia boleh mengawal dan menguruskan MPnya yang pasti berbaki lebih kurang separuh sementara penyembuh yang lain pula kehabisan MP. Si Salji berada di hadapan dengan jumlah penyembuhan sebanyak 62%!

Jika mereka berdua rajin berlatih dan belajar lebih lanjut, mereka mungkin boleh menjadi pemain profesional satu hari nanti! Walaupun tiada jaminan yang mereka boleh memenangi Liga Profesional Kelas S, mereka masih boleh mengungguli Kelas A dengan mudah. 'Pelik betul. Kenapa aku tak pernah nampak nama mereka sebelum ni?!'

Syurga yang Hilang bukanlah satu persatuan yang besar, tetapi mereka sekurang-kurangnya satu persatuan separa profesional yang ditaja syarikat perniagaan. Sebab itulah semua pemain elit dalam persatuan itu mempunyai asas bermain permainan video yang kukuh. Namun, Asap Gurun Terpinggir jauh ketinggalan di belakang mereka. Walaupun Drizzler memilih pemain yang mempunyai peralatan terbaik untuk menyertai pasukannya, kuasa menyerang mereka jauh ketinggalan berbanding Syurga yang Hilang. 

Nasib baik Zhang Yang telahpun mencapai Tahap 18. Hampir semua peralatannya terdiri daripada Tembaga Hijau yang mampu menandingi serangan bos ini. Dengan kebolehan Drizzler dan kawalan penyembuhan Si Salji, mereka berjaya menyelesaikan cabaran dan menewaskan bos ketiga dungeon itu, Dadarerda.