Leylin mengikuti Dylan ke dalam sebuah khemah berwarna putih yang besar.
Bau setanggi di dalam mengisi ruang udara khemah itu. Ia melitupi bau hamba-hamba abdi yang tidak dicuci dan pelbagai kotoran di tubuh mereka. Walaupun demikian, atmosfera di dalam adalah lebih baik daripada di luar.
Hamba-hamba abdi di sini memakai pakaian tipis yang menutupi kawasan sulit mereka.
Dylan membawa Leylin ke arah beberapa orang yang sangat tegap, "Mereka semua telah dididik dan diajar oleh seorang Satria! Bagaimana? Saya berani mengatakan ini pasti memenuhi keperluan tuan!"
Leylin mengangguk dan berjalan ke arah seorang lelaki botak yang besar, "Cip A.I.! Imbas Status!"
[Beep! Kekuatan sasaran: 3.1, Ketangkasan: 2.8, Kuasa Rohani: 1.5, Status: Penuh dengan neurotoksin!]
Status amba-hamba abdi Satria yang lain adalah lebih kurang sama. Leylin mendapati anak mata mereka melebar dan kelihatan letih dan tidak bersemangat.
"Minda para Satria ini seolah-olah telah terjejas oleh sesuatu..."
Dylan dengan segera tersenyum dan memerangkan, "Daya tahan Satria sentiasa lebih tinggi daripada biasa, untuk memenuhi pelbagai keperluan pelanggan kami, kami tidak dapat menggunakan tanda standard untuk mengawal kesedaran mereka! Mereka semua telah menjalani pembasuhan otak dan penindasan fizikal yang berterusan. Tambahan pula, mereka dikawal oleh ubat-ubatan, mengubah mereka menjadi pembantu tahap tinggi. Walaupun mereka mungkin tidak pandai seperti Satria biasa, mereka masih boleh memahami beberapa arahan mudah.
Penjenamaan kesedaran adalah apa yang digunakan Magi rasmi untuk mengawal pembantu-pembantu mereka. Walau bagaimanapun, ia agak tidak berkesan sekiranya pembantu-pembantu paderi menggunakannya.
Dylan jelas menyedari kekuatan Leylin sebelum menawarkan barang-barang ini kepadanya.
"Boleh tahan, berapa harganya?" Tanya Leylin.
"100 kristal ajaib setiap seorang!" Jawab Dylan.
Leylin mengangguk dan memilih dua orang dengan status terbaik. Selepas membayar kristal-kristal ajaib itu, dia menerima organisma berbentuk kala jengking daripada Dylan.
"Sengatan Scorpion Gurun ini mengandungi racun yang unik. Rembesan beracun kala jengking ini digunakan pada kedua-dua hamba abdi tuan. Jika mereka tidak mengambil penawar yang dihasilkan oleh kala jengking ini dalam masa 10 hari, mereka akan mati dengan kejamnya! Sudah tentu, ini harus digunakan sebagai langkah terakhir untuk mengawal mereka. Lagipun, ketika latihan, mereka telah dicuci otak untuk mematuhi perintah Tuan mereka! Sekarang, nyawa kedua-dua Satria ini adalah milik tuan!"
Dylan dengan hormatnya menyerahkan kotak berisi sengatan kala jengking itu.
Leylin mengangguk kepalanya dan menyimpan kotak itu. "Dan, saya memerlukan seorang pembantu rumah, seseorang yang boleh mengambil peranan seorang pembantu semasa eksperimen..."
Ketika Leylin berjalan keluar dari pasar, dua Satria yang memakai perisai dan seorang pembantu rumah yang lembut dan cantik mengikuti di belakangnya.
Mata pembantu rumah itu kelihatan jernih dan dia memakai satu gaun kapas berwarna hitam. Menurut Dylan, pembantu rumah ini menerima latihan intensif sejak muda. Dia lebih daripada cukup untuk memainkan peranan pembantu untuk eksperimen-eksperimen yang mudah. Dia memenuhi semua keperluan Leylin secukupnya. Tambahan pula, dia telah memakan esen Bunga Mandara, yang dapat menangkis radiasi seorang Magus. Ini membuatkan dia kelihatan muda
Kosnya adalah jangka hayatnya, yang dipendekkan kepada hanya 30 tahun.
"Pasar Ellinel buat kerja yang bagus dalam membentuk tahap ini. Kami sebenarnya boleh memilih pintu keluar kami dengan bebas. Walau bagaimanapun, perkhidmatan ini hanya pelanggan-pelanggan premium yang boleh menikmatinya!"
Apabila Leylin dan hamba-hamba abdinya muncul, mereka tidak lagi berada di kampung kecil itu. Mereka telah berada di dinding luar sebuah bandar.
Ini adalah perkhidmatan premium yang disediakan oleh Pasar Ellinel, tetapi terdapat bayaran untuknya.
Sekiranya ini membantu dia mengelakkan lebih banyak masalah, ia amat berbaloi untuk Leylin yang tidak begitu kuat sekarang.
"Tuan!" Kedua-dua Satria itu dan pembantu rumahnya berlutut dan memberi salam hormat kepadanya.
"En!" Leylin mengangguk kepalanya acuh tak acuh, "Adakah kamu semua mempunyai nama?"
Kedua-dua Satria itu memandang antara satu sama lain, dan mata mereka kelam akhirnya, "Tidak, tolong beri kami nama, Tuan!" Pembantu rumah itu juga menggelengkan kepalanya dan kelihatan agak menyedihkan.
"Awak akan dipanggil Greem!" Dia menuding ke Satria yang lebih besar. "Awak pula akan dipanggil Fraser!" Ini adalah Satria yang lagi satu.
"Awak pula!" Leylin melihat pembantu rumah yang cantik itu, "Anna!"
"Terima kasih kerana memberi kami nama, Tuan. Kami akan mengukir nama-nama ini dengan setia di dalam hati kami!" Ketiga-tiga orang bawahan itu berlutut di tanah dan mencium kasut Leylin.
"Baiklah" Leylin melambai tangannya dan membangunkan mereka. Dia kemudian melihat sekelilingnya.
Ia kelihatan seperti satu hutan kecil, dan terdapat bayang-bayang sebuah bandar besar di hadapan. Ia sekurang-kurangnya sepuluh kali lebih besar daripada bandar yang dia berada sebelum ini. Pintu masuk bandar itu kelihatan kereta kuda keluar masuk. Ia kelihatan maju.
"Greem! Pergi beli sebuah kereta kuda di bandar itu, saya akan tunggu kamu di sini!" Leylin melemparkan satu dompet berwarna hitam kepada Satria yang lebih besar itu.
"Dan, beli beberapa barang untuk perjalanan kita, serta beberapa pakaian!" Leylin mengarahkannya.
Semenjak dia memusnahkan peti buku-buku sihirnya dan menjual semua posyennya, harta bendanya yang tinggal berjumlah lebih kurang 3000 kristal ajaib kesemuanya. Bagasinya juga dikurangkan separuh. Dia boleh mengisi kesemuanya di dalam beg galas. Bagi barangan perkhemahan yang dia gunakan sebelum ini, dia sudah memusnahkan semua itu sebelum pergi ke pasar supaya dia tidak perlu lagi ke sana.
"Ya, Tuan!" Greem mengambil dompet wang itu dan menunduk sedikit ketika dia hendak pergi.
"Dan, jangan panggil saya Tuan mulai daripada sekarang, Tuan Muda sudah cukup!" Leylin menyentuh muka mudanya dan kelihatan bingung.
"Kami patuh!" Ketiga-tiga mereka berlutut di tanah.
Melihat Greem yang beransur pergi, Leylin tiba-tiba berpaling dan tanya Fraser, "Adakah awak mempunyai sebarang ingatan sebelum awak menjadi seorang hamba abdi?"
Fraser mempunyai rambut coklat dan mata berwarna biru, dan badannya penuh dengan parut. Lebih-lebih lagi, usianya tidak dapat ditentukan, tetapi dia kelihatan mempunyai banyak pengalaman dan penderitaan.
"Saya tidak boleh ingat langsung! Setiap kali saya cuba, saya merasakan kesakitan di kepala saya." Fraser menyentuh dahinya seolah-olah cuba untuk mengingati sesuatu. Wajahnya berkerut kesakitan.
"Begini rupanya!" Leylin menganggap ia boleh disebabkan pengaruh beberapa ubat atau sihir yang hanya berkesan pada manusia biasa. Sekarang dia mungkin boleh memecahkannya jika dia meluangkan masa untuk masalah itu, tetapi dia sama sekali tidak berniat berbuat demikian.
Lagipun, tujuannya adalah untuk memperoleh orang bawahan, bukan untuk mencari masalah. Mereka yang ditawan sebagai hamba abdi adalah orang yang kalah dalam pertempuran dan peperangan. Sekiranya mereka dapat memulihkan ingatan mereka dan mencari bantuan Leylin, apa yang perlu dia lakukan ketika itu? Walaupun mereka tidak akan berbuat begitu, siapa tahu jika mereka akan terus setia padanya.
"Bagaimana dengan awak pula?" Leylin memandang Anna yang pemalu itu.
Kulit Anna sangat putih dan mengeluarkan cahaya susu. Ia mendesak diri Leylin untuk menyentuhnya. Wajahnya juga sangat indah seperti sebuah anak patung.
"Anna telah dibesarkan oleh seorang saudagar sejak kanak-kanak lagi, dan akhirnya dijual kepada Sir Dylan..."
"Bagi seorang pembantu rumah seperti dia, ia sememangnya lebih mudah untuk dijaga dengan lebih mudah pada usia yang sangat muda. Lebih-lebih lagi, dia telah diajar pelbagai ilmu pengetahuan, dan penjagaan etiket. Barulah dia layak mendapat kesukaan mereka yang berpangkat lebih tinggi. Sudah tentu, dia terpaksa mempelajari cara-cara untuk memuaskan para lelaki. Anna memandang Leylin yang masih diselubungi jubahnya, tidak dapat menangkap air mukanya. Walau bagaimanapun, berdasarkan suara sahaja, menyimpulkan ia dimiliki oleh orang yang lebih muda. Dia tidak dapat menahan dirinya malu-malu.
"Apakah pelajaran-pelajaran yang telah awak ambil sebelum ini? Berapa banyak yang awak tahu tentang Magi?"
"Saya telah belajar dan, tetapi... tetapi hanya beberapa persediaan bahan-bahan mudah. Saya bukan seorang pembantu paderi. Untuk eksperimen-eksperimen yang memerlukan penggunaan partikel-partikel tenaga, saya tidak berkuasa di dalam bidang itu... Maafkan saya, Tuan Muda!"Jari Anna menggenggam gaunnya dan kelihatan hampa.
"Boleh tahan juga" Leylin sebenarnya berpuas hati.
Dia mempunyai banyak rahsia. Membiarkan orang luar menyertai eksperimen-eksperimennya tidak sesuai. Membantunya dengan persiapan asas sudah cukup baik.
Sekiranya dia mahukan pembantu Magus, dia mestilah sekurang-kurangnya tahap pembantu paderi. Tahap hamba abdi ini sangat mahal dan banyak masalah.
Walaupun dia tidak jumpa hamba abdi jenis itu di pasar hamba abdi, Leylin tahu ada tempat lain di dalam pasaran itu, akan ada lagi pasar hamba yang khusus dalam menjual pembantu-pembantu paderi sebagai hamba abdi.
Lagipun, kebanyakan Magi Kegelapan, ia hanyalah pembantu-pembantu paderi yang boleh menentang radiasi, adalah subjek terbaik untuk eksperimen-eksperimen mereka.
Mengenai sumber-sumber hamba-hamba abdi pembantu paderi itu, mereka menggunakan penjenayah peperangan atau tahanan.
Sekiranya Akademi Abyssal Bone Forest telah dimusnahkan sepenuhnya, dan ibu pejabat merampasnya, maka nasib semua pembantu paderi di akademi, selain daripada yang disokong oleh puak-puak kuat, kemungkinan akan berakhir sebagai hamba-hamba abdi.
Bagi seseorang seperti Leylin yang melarikan diri awal-awal, dia hanya dapat membuat satu garis yang jelas antara dirinya dan akademi pada masa akan datang. Dan mengembara empat lautan sebagai rumahnya, menjadi pengembara yang menghibakan.
"Sekarang, aku hanya boleh berdoa agar akademi menang... Walaupun mereka kalah, aku harap mereka tidak akan kalah dengan teruk..." Leylin memandang ke arah barat, ekspresinya sedikit muram.
Melihat Tuan Muda berubah sedih, Anna dan Fraser turut menundukkan kepala, tidak berani mengucapkan satu perkataan pun.
Dengan bunyi roda berputar secara perlahan-lahan semakin dekat, Leylin dapat melihat seorang Satria mengendali sebuah kereta kuda, rupanya kelihatan seperti Greem.
Kereta kuda itu berwarna hitam dan tidak mempunyai banyak corak di atasnya. Para peniaga yang menjual gerabak itu tidak tahu sama ada Greem adalah ahli bangsawan ataupun tidak, jadi mereka tidak berani melukis dan menulis kereta itu. Walau bagaimanapun, ia kelihatan sangat kukuh. Beberapa kuda hitam yang besar menariknya, dengan cepat menuju ke arah Leylin.
"Tuan muda!" Greem turun daripada gerabak kuda itu, dan menyerahkan dompet wang itu kembali kepada Leylin dengan kedua-dua tangannya, "Harga kereta kuda itu..."
"Tidak perlu berbincang lebih lanjut." Leylin mengambilnya, dan kemudian melemparkan dompet wang itu kepada Anna, "Pada masa hadapan awak akan mengendalikan kewangan, jika tidak cukup boleh tanya saya!"
"Ye, Tuan Muda!" Anna berhati-hati menyimpan dompet wang itu.
Di dalamnya hanya terdapat beberapa syiling emas yang digunakan oleh manusia biasa. Leylin hanya memerlukan sedikit usaha untuk mendapatkan seberapa banyak yang dia mahukan. Apa yang lebih penting bagi dirinya adalah kristal-kristal ajaib, mata wang yang digunakan di Dunia Magus.
Sungguh menyedihkan, walaupun di Daerah Pesisir Selatan, kristal-kristal ajaib mempunyai permintaan yang sangat tinggi sebagai mata wang. Selepas melawat banyak pasaran, Leylin dapat melihat kedai-kedai pertukaran syiling untuk kristal-kristal ajaib, tetapi tidak pernah sebaliknya.
Ini adalah orang bawahannya pada masa akan datang. Selepas berfikir sejenak, Leylin membuka hudnya dan mendedahkan wajah yang tampan. Walau bagaimanapun, penampilannya masih dalam keadaan yang diubahsuai.
"Kamu semua akan menjadi pembantu saya yang dipercayai pada masa akan datang, jadi lihat penampilan saya yang sebenar!"
Sebab mengapa Leylin menyamar dirinya adalah untuk membeli dan menjual sumber-sumber. Kini sejak semua posyennya telah dijual, dia tidak memerlukan penyamaran lagi. Orang-orang ini juga terpaksa bertemu dengan Leylin setiap hari, jadi mereka pasti akan melihat penampilannya yang sebenar, jadi lebih cepat diorang tahu lebih bagus.
Selepas Leylin membatalkan sihirnya itu, otot-otot wajahnya merenggut, dan kembali ke wajah mudanya yang asal.
Melihat Anna dan yang lain mengangguk kepala mereka, Leylin memerintah, "Mari kita pergi ke Wilayah Kayu Timur!"