Chereads / Penyihir Dunia Magus / Chapter 54 - Bandar Roran

Chapter 54 - Bandar Roran

Sebuah kereta kuda kelihatan berlalu dengan pantas di sebuah jalan yang luas. Kelihatan dua orang lelaki yang berperisai besi, berbadan besar, dan mempunyai pedang panjang sedang duduk di kerusi pemandu. Nampak dengan jelas yang mereka bukan datang untuk mencari masalah. Oleh sebab itu, petani-petani di persekitaran bergegas memberi laluan kepada mereka.

Akibat gabungan bau kayu dan lakuer, suasana dalam kereta kuda tersebut tidak menyenangkan.

Leylin berkerut sambil menggosok hidungnya setelah menghidu wangian tersebut. Tetapi, setelah melihat Anna tersipu-sipu malu di sebelahnya, Leylin senyum dan memberi arahan kepadanya, "Mari sini!"

Apabila Anna bergerak mendekatinya, Leylin baringkan dia dan kemudian berbaring ke atas dada Anna.

Kemudian, dia memeluk peha Anna dengan selesa. Kain kapas yang nipis itu tidak dapat menyembunyi kecantikan Anna yang tiada tandingan itu. Kedua-dua tangan Leylin seolah-olah sedang memegang sebuah jed yang panas dan lembut.

Leylin berasa sangat puas hati dengan kedudukannya di dada Anna, di mana dia dapat mendengar Anna termengah-mengah. Dia mengeluh dan menikmati saat untuk dengan mata yang tertutup.

Kebelakangan ini, dia berasa sangat tertekan kerana dia perlu bercermat dan berhati-hati selepas setiap sesi perniagaan. Hal ini telah membuat Leylin sentiasa berfikir mengenainya. Oleh itu, Leylin akhirnya dapat berehat setelah sekian lama. Selain itu, dia juga mempunyai dua Satria untuk menjaganya dari sebarang masalah.

Kebiasaannya, kedua-dua Satria itu akan tidur di luar, dan tuan mereka akan beradu di dalam kereta kuda bersama pembantunya. Leylin bukan seorang yang budiman manakala Anna pula seorang yang cantik dan beradab. Kebiasaannya, Leylin akan mendodoi Anna terlebih dahulu sambil termenung di dalam kereta kuda itu. Tambahan pula, terdapat kesan darah merah pekat di lantai gerabak itu.

Sebagai seorang pembantu yang diupah oleh Leylin, Anna tidak sanggup menentang kehendak tuannya. Oleh kerana itu, sepanjang pengembaraan ini, dia telah berkhidmat sepenuhnya tanpa ragu-ragu. Dia juga telah mencuba pelbagai posisi bersama tuannya yang telah memberi kepuasan kepada nafsunya.

"Nasib baik aku seorang ahli sihir. Aku boleh gunakan pelbagai herba ajaib dan menjalani proses meditasi. Oleh kerana itu, aku boleh mendapat semula daya tahan aku dan meningkatnya tanpa henti. Kemungkinan besar aku akan mengalami proses tumbesaran yang tidak normal dengan keadaan fizikal Leylin sebelum ini."

Leylin menyeru, "Cip A.I., sila tunjukkan status-status aku!"

[Leylin Farlier, pembantu paderi tahap 2. Kekuatan: 2.7, Ketangkasan: 2.8, Daya Tahan: 3.0, Kuasa rohani: 4.6, Kuasa ajaib: 4.0, Status: Sihat]

"Empat hingga lima bulan telah berlalu, aku berusaha dengan keras dan menjalani proses meditasi setiap hari. Walau bagaimanapun, hanya peningkatan sebanyak 0.2 sahaja…" Air muka Leylin agak suram. "Aku harus capai matlamatku! Dengan itu , aku boleh cuba membancuh ubat-ubat kuno tersebut, dan aku mungkin akan mencapai keperluan dan syarat-syarat untuk maju ke tahap berikutnya?"

Semua pembantu paderi akan mengalami kesulitan apabila mereka ingin maju ke tahap 3. Malah pembantu paderi gred-kelima seperti Jayden juga perlukan latihan selama beberapa tahun untuk maju ke tahap seterusnya.

Setelah menganalisa semua syarat-syarat utama untuk maju ke tahap seterusnya, segala kemahiran dalam ilmu sihir dan pembancuhan eliksir-eliksir reaktif bukan suatu perkara yang penting. Walau bagaimanapun , untuk melepasi 7 kesulitan daya rohani, ia bukan sesuatu yang senang dan semua pembantu paderi masih tercungap-cungap untuk melepasinya. Magi yang berdaftar juga tidak dapat mencari jalan penyelesaian untuk menerangkan aspek kultivasi daya rohani ini. Oleh itu, hanya dengan meditasi yang kerap dan berterusan boleh mendatang kesan yang efektif, atau penggunaan posyen-posyen dan lain-lain. Walau bagaimanapun, kos-kos untuk semua ini agak mahal untuk dibiayai oleh seorang pembantu paderi yang biasa.

Sekarang, Leylin masih tersekat dengan kesulitan daya rohaninya.

"Cip A.I.! Bagaimana dengan proses analisa kedua-dua posyen itu? Dan juga perkembangan dalam mentafsir Ajaran Lowian?"

[Beep! Perkembangan analisa Posyen Azure: 100%, Perkembangan analisa Air Mata Mary: 78%, Perkembangan analisa Ajaran Lowian: 63.7%] Suara Cip A.I. kedengaran.

"Posyen Azure itu telah lama siap dianalisa oleh Cip A.I.. Tetapi bahan-bahan utama untuk penyediaannya telahpun pupus. Tambahan pula, untuk mencari pengganti atau alternatif bahan-bahan tersebut perlukan jumlah eksperimen yang banyak. Manakala untuk Air Mata Mary pula, ia kekal 78% selama 3 bulan tanpa sebarang tanda kemajuan. Mungkinkah terdapat beberapa prosedur-prosedur penting yang terlepas?"

Leylin berkerut memikir kebolehan Cip A.I. untuk memproses sesuatu yang sangat berkuasa. Walau bagaimanapun, perkembangan menganalisa posyen kuno Air Mata Mary kekal di 78%, dan ini membuat Leylin sangat terkejut.

"Semua formula-formula ini diberi oleh Profesor Kroft, sepatutnya betul dan tepat. Jika Cip A.I. gagal menganalisa formula-formula tersebut, mungkin terdapat beberapa persoalan yang memerlukan penyelesaian lain. Air Mata Mary! Air Mata!" Leylin terus meneka.

"Mungkinkah… Formula posyen kuno ini ada kena mengena dengan jiwa?"

Hanya dengan nama ubat ini, seseorang boleh kaitkannya dengan beberapa peristiwa yang sedih.

Manakala untuk Ajaran Lowian pula, perkembangannya berjalan dengan lancar. Walaupun penciptanya gunakan pelbagai kod yang rumit untuk menjamin kerahsiaan ajaran tersebut, Cip A.I. tidak pernah kalah dalam proses pentafsiran kiraan-kiraan yang rumit itu.

Leylin tahu isi kandungan skrol itu dengan membaca posyen-posyen yang dianalisa olehnya sebelum ini.

"Sayangnya, walaupun kualiti barang ini sangat berguna, aku hanya boleh menggunanya apabila aku menjadi pembantu paderi tahap 3 nanti!"

Leylin menggeleng kepalanya dan cuba berfikiran positif.

Tiba-tiba, kereta kuda itu berhenti.

Leylin berkerut sambil bertanya, "Apa yang berlaku?"

"Tuan Muda, sila bertenang, ia hanya segerombolan penyamun yang menghalang haluan kita! Fraser telah pun pergi untuk selesaikan mereka!" Suara Greem kedengaran melalui dinding kayu itu.

*Ping Pang! Bang!*

Seperti yang dijangkakan, rundingan itu nampaknya gagal. Kedengaran bunyi senjata akibat daripada pertelingkahan tersebut. Setelah beberapa kata-kata kesat dan jeritan kedengaran secara berterusan, Fraser kemudian berkata "Masalah telah selesai Tuan Muda." Gerabak kuda itu sekali lagi mengembara dengan lancar.

Leylin sangat berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh kedua-dua Satria itu.

Ini sebabnya kenapa dia membeli dua Satria dan juga seorang pembantu, supaya segala hal yang kurang penting akan diselesai oleh mereka. Tambahan pula, secara tidak langsung ia memberi peluang dan masa yang lebih kepadanya untuk fokus dalam penyelidikan ilmu-ilmu sihir dan membuat eksperimen yang banyak.

Segala masalah sepanjang perjalanan ini tidak penting. Leylin telah membuat garis panduan untuk rancangannya. Dia perlukan ramai orang tetapi untuk sekarang, 3 orang ini cukup.

"Tuan… Tuan Muda!" Anna yang berada di belakangnya termengah-mengah halus.

Leylin tersedar yang tangannya tergelincir ketika dia mengelamun, tangannya tersentuh kemaluan Anna tanpa sengaja.

Leylin senyum dan menarik tangannya.

Melihat muka Anna yang masih merah padam, dia berkata, "Sekarang ini Tuan Muda tengah sibuk dengan beberapa perkara! Malam nanti saya akan bermain dengan kamu okay."

Kata-kata intim ini membuat Anna berasa malu dan dia terus menunduk.

Leylin berpura-pura menunjuk muka yang bersahaja dengan godaan Anna, dia menyeru "Cip A.I.! Hantarkan analisa penuh bagi formula Ubat Azure!"

Leylin mempunyai prinsip daripada segi batasan untuk dirinya antara hiburan dan penyelidikan. Hal ini kerana di saat-saat genting, dia tidak ingin berasmara dan hilang semangat untuk mencapai hasratnya.

...

Setelah melihat Leylin menutup kedua-kedua matanya, kedua-dua mata Anna juga mula kuyu. Dia kemudian mengemas dirinya seperti sediakala, dan cuba sedaya upaya untuk mengubah posisi badannya supaya Leylin boleh rehat dengan lebih selesa.

Waktu malam berlalu begitu sahaja selepas apa yang berlaku.

Leylin tersedar selepas meditasi.

"Tuan Muda! Terdapat sebuah bandar tidak jauh dari sini!" Suara Greem kedengaran dari luar.

"Di manakah kita sekarang?"

"Berdasarkan tanda-tanda di peta, kita sepatutnya sudah memasuki Wilayah Kayu Timur. Ini Bandar Roran yang terletak di sempadan wilayah!"

Bunyi-bunyi dentuman akibat geseran kedengaran sambil Fraser bercakap.

"Bandar Roran ya?" Leylin mengomel bersendirian dan kemudian mengubah tanda-tanda di petanya yang tersimpan di dalam Cip A.I.

Berdasarkan peta biru yang kabur itu, satu garisan berwarna merah telah berhubung dengan beberapa buah bandar. Bandar Roran terletak di bahagian barat Bandar Malam Ekstrem. Perjalanannya hanya mengambil masa sebanyak beberapa hari.

"Selepas hampir setengah tahun mengembara, kita akhirnya sampai ke destinasi ya?" Leylin berasa menyesal.

Dia memilih destinasi ini kerana jaraknya daripada Akademi Abyssal Bone Forest. Hal ini kerana dia tidak akan terganggu daripada konflik-konflik yang berlaku di sana. Selain itu, dia juga telah membuat pertimbangan yang kalau dia berada jauh daripada akademi, dia masih dapat menbuat beberapa eksperimen yang terlarang.

Tambahan pula, dia mempunyai Cip A.I. di dalam badannya dan juga proses-proses untuk pelbagai eksperimen yang sangat luar biasa. Jika dia membuat semua eksperimen itu di akademi, peluang untuk dia tertangkap sangat tinggi dan tidak dapat dielak olehnya.

Walau bagaimanapun, Leylin berasa bebas dan tidak terikat sejak dia berangkat dari akademi tersebut. Perasaannya seperti seekor burung yang terlepas dari sangkar.

Leylin membuka pintu kereta kuda dan dapat berasa tiupan angin sejuk yang kencang.

"Ini perasaan kebebasan, kebebasan!" Leylin mengalih pandangannya ke bandar yang kelihatan agak terpencil, dan beberapa petani yang berdekatan. Dia tidak dapat menahan diri dari tersenyum.

"Pertamanya, mari kita mencari tempat untuk berehat sementara. Kita akan bertolak pagi esok!"

Leylin memberi arahan. Ia perkara yang biasa untuk tinggal dan berehat di dalam kereta kuda ketika di kawasan hutan. Walau bagaimanapun, oleh kerana mereka telah sampai ke sebuah bandar, Leylin tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati peluang ini.

Gerabak kuda berwarna hitam itu memasuki bandar tersebut. Pengawal Bandar itu memberi pandangan hormat terhadap mereka.

Hal ini kerana kepada penduduk Wilayah KayuTimur ini, mereka menganggap orang-orang yang mempunyai kereta kuda, pengawal-pengawal, dan pembantu sebagai bangsawan, lebih-lebih lagi Leylin.

Walau bagaimanapun secara faktanya, Leylin memang daripada keturunan kaum bangsawan tetapi bukan di benua ini.

Leylin tidak pernah terfikir untuk mengguna kuasa taraf duke yang dimiliki olehnya dari Pulau Chernobyl di sini. Walau bagaimanapun, status sebagai seorang bangsawan banyak membantu dirinya daripada pelbagai masalah.

Setelah bertemu dengan sebuah rumah penginapan tempatan untuk berehat sementara, Leylin kemudian memanggil seorang atendan ke arahnya.

"Di manakah saya boleh mengupah seseorang di sini?" Leylin bertanya sambil bermain-main dengan duit emas di tangannya.

Setelah melihat Anna berdiri di belakang Leylin dan juga merenung dengan asyiknya kepada duit emas di tangan Leylin, atendan tersebut tidak dapat menahan dirinya daripada menelan air liurnya.

"Kepada yang terhormat Tuan! Jika tuan inginkan pertolongan untuk mengupah seseorang, agensi atau pasaran pekerjaan bersebelahan kediaman raja bandar merupakan pilihan terbaik. Hal ini kerana di situ, tuan boleh mengupah pahlawan-pahlawan yang kuat, pembantu rumah yang cekap, pelbagai jenis pembantu dan lain-lain."

"Baik, sangat bagus! Sila bawa saya ke sana esok dan duit emas ini akan menjadi milik awak!" Leylin senyum.

Leylin sepatutnya boleh tinggal di Bandar Malam Ekstrem untuk jangka masa yang lama. Leylin seorang yang pentingkan ketenangan dan keamanan. Sebab itu, dia perlukan seseorang yang boleh menjalankan tugas dan perintahnya. Ini kerana dia tidak mahu dikawal oleh orang lain. Oleh itu, dia tidak dapat menghalang dirinya daripada mengguna pengaruhnya sendiri.

Dengan adanya Anna dan dua Satria sebagai teras pengiring dan juga mengupah beberapa dari Bandar Roran ini, pengiring-pengiring sepatutnya cukup.

Walaupun dia boleh mengupah lebih ramai pengiring dari Bandar Malam Ekstrem, mereka kemungkinan besar akan menyeludup masuk. Walaupun hal ini perkara biasa, ia bagus untuk mengurangkan jumlah pengaruhnya kepada minimum.

Makan malam yang terhidang ialah roti putih bersama sup sayur. Walaupun pemilik kedai itu telah menghidangkan makanan yang paling istimewa kepada Leylin, keenakannya agak kurang berbanding kafeteria akademi.

Semasa Leylin sedang menjamu selera, terdapat banyak pelanggan di dalam kedai itu duduk di pinggir kedai. Mereka memakai jubah yang kasar berwarna kelabu atau coklat. Mereka melihat ke arahnya dengan perasaan yang bercampur-aduk antara kehormatan dan ketakutan.

Leylin senyum kelat apabila melihat ruangan yang kosong di sekelilingnya.