Chereads / Penyihir Dunia Magus / Chapter 55 - Roran Hawks

Chapter 55 - Roran Hawks

Keesokan harinya, Leylin dibawa oleh atendan ke pasaran pekerjaan di Bandar Roran.

Pasaran pekerjaan terletak di sebelah istana tuan bandar, jadi keselamatan awam agak terjamin. Sekurang-kurangnya Leylin tidak melihat sebarang pergaduhan berlaku.

Sepanjang perjalanan, terdapat ramai orang yang melihat Leylin dan kumpulannya. Mereka sangat berminat dengan Anna khususnya, yang berada di belakang Leylin, kerana dia mempunyai kecantikan yang luar biasa, dan lebih-lebih lagi setelah berdandan. Nasib baik, mereka tidak berani mencuba apa-apa yang lucu kerana mereka agak takut terhadap Greem yang memakai perisai besi itu.

"Tuan! Ini pasaran pekerjaan Bandar Roran. Semua orang yang tuan perlukan boleh cari di sini, selain itu, tuan juga boleh menyata apa-apa maklumat mengupah berkaitan misi..." Atendan itu jelaskan kepada Leylin dan kumpulannya.

Manakala Fraser pula, Leylin mengarahnya tinggal di rumah penginapan untuk menjaga kereta kuda dan bagasi.

Walaupun barang-barang penting seperti bahan-bahan posyen dan kristal-kristal ajaib dibawa Leylin, tetapi jika mereka kehilangan beberapa item seperti syiling-syiling emas dan lain-lain, ia ternyata agak menyusahkan.

Leylin meninjau pasaran pekerjaan di hadapannya.

Di hadapannya terdapat satu medan yang besar, dengan kumpulan-kumpulan yang teguh, tentera upahan dan lain-lain mencangkung di atas tanah, menunggu beberapa majikan untuk mengupah mereka.

Leylin juga tahu mengenai pasar hamba, walaupun ia rahsia. Tambahan pula, pasaran Magus juga berurusan secara penuh rahsia.

Walau bagaimanapun, kesemua ini di dalam perancangan Leylin, dia hanya perlukan pengiring di sini, jadi keperluannya agak rendah.

"Tuan muda, boleh saya bantu?" Ketika Leylin memasuki pasaran itu, sekumpulan pedagang dan peniaga mengerumuni dia. Mereka jelas terpesona dengan pakaian mewah Leylin dan menjerit-jerit ketika mereka cuba mempromosi produk-produk mereka.

"Saya perlukan sekumpulan tentera upahan untuk menghantar saya ke Bandar Malam Ekstrem, dan juga untuk menjaga harta saya di sana. Tempoh kontrak sekurang-kurangnya dua tahun!" Melihat peniaga-peniaga yang bersungguh-sungguh, Leylin menyata keperluannya dengan jelas.

Selepas tiba di bahagian benua ini, Leylin sedar apa yang tertera di dalam novel-novel di dunia sebelum ini yang membincang tentang kumpulan-kumpulan tentera upahan dan kumpulan-kumpulan penyamun dan lain-lain itu semuanya tidak masuk akal.

Selain daripada beberapa bandar besar yang belum dilawati oleh Leylin, di Bandar Roran dan pasar-pasar bandar kecil yang lain, tiada kumpulan seperti itu yang kedengaran.

Semua kerja seperti itu, pembunuhan atau misi yang serupa, selalu berlaku di bar tempatan atau pejabat perdagangan, malah beberapa lokasi yang sangat pelik.

"Tambahan pula, kos-kos perlu diambil kira olehnya, dan jika bayaran itu tidak dapat menanggung kos operasi, tiada orang yang bodoh sanggup melempar syiling emas mereka ke dalam air!"

"Boleh saya bertanya jika tuan mempunyai apa-apa syarat mengenai bilangan pengiring dan kekuatan mereka?" Seorang lelaki kurus dengan kepala botak berkilat berasak melalui peniaga-peniaga itu dan bertanya dengan kuat.

"Bilangan orang huh? Sekitar 10 hingga 15 orang! Kekuatan mereka hanya perlu setara dengan purata standard pengawal. Satu-satunya permintaan saya ialah kesetiaan dan penghormatan! Oleh kerana misi ini mungkin melebihi 2 tahun, saya perlu membuat kontrak, dan mereka akan menerima gaji setiap bulan!"

Leylin berkata dengan sopan.

"Kalau begitu, saya ada sekumpulan tentera upahan di sini yang memenuhi keperluan tuan!" Pedagang botak itu tersenyum.

"Kumpulan tentera upahan Roran Hawks baru sahaja selesai bercuti. Selain itu, mereka terdiri daripada penduduk Bandar Roran, jadi reputasi mereka pasti terjamin!" Pedagang botak itu memberi penjelasan.

Leylin sedar apabila si botak itu menyebut kumpulan tentera upahan Roran Hawks itu, semua orang menjadi senyap. Terdapat juga pandangan-pandangan yang segan dan iri hati. Nampaknya Roran Hawks mempunyai reputasi yang besar di sini.

"Baik! Bawa saya untuk melihat mereka, awak pun akan menerima komisen!" Kata Leylin.

"Sila ikut saya!" Pedagang botak itu menunjuk jalan, membawa Leylin keluar dari pasar.

Setelah atendan rumah penginapan itu menerima duit syiling emasnya, dia mengucap salam perpisahan. Anna dan Greem mengikut rapat di belakang Leylin; kumpulan empat orang itu berjalan selama kira-kira setengah jam sebelum sampai ke bahagian selatan bandar.

Setelah sampai di sini, kelihatan bangunan-bangunan di sekitarnya dibina dengan pelik. Jika bahagian tengah bandar itu mempunyai model istana tuan bandar, dengan bangunan yang sangat megah dan penuh hormat, maka bahagian selatan bangunan pula berwarna-warni dengan pelbagai gaya. Kelihatan sama seperti estet-estet perumahan.

"Nampaknya kawasan ini merupakan tempat untuk penduduk-penduduk bandar bebas berkumpul!" Leylin mengomel apabila dia melihat batu yang hancur terletak di kaki lima, dan teres bunga kecil dan lampu diperbuat daripada batu.

"Tuan mempunyai penglihatan yang baik. Mereka yang tinggal di sini kebanyakannya peniaga dan penduduk bebas Bandar Roran. Kumpulan tentera upahan Roran Hawks juga tinggal di sini!"

"Awak tidak akan membawa kami ke tempat latihan kumpulan tentera upahan ini?" Greem bertanya di sebelah.

"Tuan yang dihormati! Kumpulan tentera upahan Roran Hawks ini hanya satu unit kecil, dan jumlah mereka tidak melebihi 30. Reputasi mereka hanya tersebar di dalam Bandar Roran sahaja. Ia hanya satu persekutuan kasual yang dibentuk oleh pemimpin mereka. Kos menyewa ruang untuk mereka berlatih akan membuat pendapatan misi mereka habis. Oleh itu, siapakah yang sanggup berbuat demikian?" Berkata si botak, terserlah senyumannya.

"Kebiasaannya, setiap ahli sibuk dengan perkara mereka sendiri. Mereka berkumpul hanya apabila mereka menerima misi!" Dengan berkata begitu, si botak itu memandang Leylin, dan senyum "Walaupun Tentera Upahan Roran Hawks ini tidak mempunyai ramai ahli, kebanyakan daripda mereka merupakan veteran yang telah bersara. Selain itu, pemimpin mereka pernah menjadi ketua pasukan peringkat pertengahan di tentera, dan kekuatannya boleh tahan..."

Sudah tentu, si botak itu bimbang tentang Leylin yang berprasangka terhadap kumpulan tentera upahan, tetapi perkara-perkara ini tidak dapat disembunyi olehnya, jadi dia hanya boleh memberitahu sebelum mereka mengetahuinya sendiri.

"Pemimpin pasukan peringkat pertengahan huh? Saya tidak sabar untuk berjumpa mereka!" Leylin tersenyum, sebenarnya dia tidak kisah dengan identit askar upahan di Bandar Roran, kerana peranan mereka khususnya untuk mengikut arahannya pada masa akan datang.

"Kita sudah sampai!" Si botak itu membawa Leylin dan lain-lain di hadapan sebuah vila yang bertingkat dua. Di dalam bulatan yang dikelilingi oleh pagar rosewood, terdapat kolam kecil dan taman. Terdapat sejenis bunga putih yang kecil, kelopaknya sangat kecil, tetapi dengan aroma yang padat, seorang wanita umur pertengahan sedang menyiram bunga.

"Helo! Puan Lariette! Fayern ada? Saya telah membawa perniagaan untuknya!" Si botak itu menegur wanita yang sedang menyiram tumbuhan itu.

"Sudah tentu, dia ada di sini, sahabatku!" Sebelum wanita itu menjawab, satu suara yang lantang kedengaran.

Seorang lelaki besar yang memakai kemeja berwarna putih berjalan dan memeluk si botak itu.

"Wahai Fayern kesayanganku! Biar saya memperkenalkan kepada awak- ini Tuan Leylin yang berasal dari bahagian tengah bandar kita. Dia ingin mengupah kumpulan tentera upahan Roran Hawks awak untuk mengiringi dia ke Bandar Malam Ekstrem!" Si botak itu jelaskan kepada Fayern.

"Helo! Tuan yang dihormati, jika tuan memilih untuk pergi ke Bandar Malam Ekstrem, maka kumpulan tentera upahan Roran Hawks merupakan pilihan terbaik tuan. Kami telah mengikut laluan ini lebih daripada 100 kali, dan kami tahu setiap batu, sudut, dan celah sepanjang laluan itu."

Fayern tunduk sedikit ke arah Leylin dan ketawa sambil bercakap dengan kuat.

Leylin perasan yang mata ketua kumpulan ini telah memeriksa ketiga-tiga mereka. Terutamanya pandangan yang berpanjangan terhadap Greem untuk seketika, seolah-olah dia menemui sesuatu. Bagaimanapun, dia abaikan Leylin.

"Penampilan luar yang kasar tetapi kualiti dalamannya sangat bijak! Dia juga seorang Satria Persediaan!" Leylin memerhati, dan pada masa yang sama, Cip A.I. mengimbas statistik Fayern.

[Nama: Fayern. Kekuatan: 1.8, Ketangksan: 1.5, Daya Tahan: 1.7, Kuasa Rohani: 1.4]

Statistik-statistik ini di kalangan Satria Persediaan hanya sederhana, namun daripada kalus Fayern dan beberapa bekas luka pada tangannya, ia menunjuk yang dia memiliki pengalaman yang banyak sebagai tentara upahan.

"Kita boleh bincangkannya kemudian, awak tidak ingin menjemput kami untuk masuk?" Leylin tersenyum dan memberi isyarat ke arah vila itu.

"Oh, sudah tentu! Sila masuk!" Fayern menepuk kepalanya dan beralih sambil menunduk. Tangan kanannya menjulur, menjemput mereka masuk.

Selepas keluar daripada taman itu, seterusnya ialah ruang tamu vila.

Lantai itu bercat merah, dan di salah satu dinding sekelilingnya itu terdapat pedang salib yang berkarat dan kotor bergantungan. Di samping itu terdapat tengkorak seekor rusa, dengan tanduk rusa yang bersambung dan mempunyai kilauan hitam berkilat.

Fayern dengan hormatnya menjemput Leylin dan kumpulannya untuk berehat di sofa di ruang tamu itu. Dia juga meminta Puan Lariette untuk menyediakan minuman yang menyerupai teh hitam. Kemudian mereka mula membincang tentang butiran-butirannya.

"Saya dengar daripada Nigel yang Tuan Muda mahu pergi ke Bandar Malam Ekstrem? Sekiranya tidak keberatan, bolehkah tuan memberitahu saya sebabnya? Maafkan saya, hanya selepas menilai risiko, baru kumpulan saya dapat membuat persiapan untuknya..." Nada Fayern agak ikhlas.

Leylin menghirup minuman yang kelihatan sama seperti teh hitam itu - ia agak manis dan masin dan oleh sebab itu dia tidak suka rasanya -sebelum dia meletak cawan itu.

"Mengenai misi itu, kali ini, saya hanya mahu mulakan perniagaan di sana dan memerlukan tenaga kerja untuk keselamatan. Jangan risau tentang masalah lain!" Leylin melihat Fayern, sementara yang lain agak malu dan tunduk.

Jelas sekali, Fayern menganggap Leylin anak bangsat seorang ahli bangsawan yang telah kalah dalam perebutan kuasa.

"Sebab saya ingin mengupah awak ialah kerana orang-orang di Bandar Roran tidak ingin menjadi tentera upahan berbanding dengan orang-orang di Bandar Malam Ekstrem. Lebih-lebih lagi, saya telah menerima berita terdapat beberapa peristiwa menarik berlaku di dalam Bandar Malam Ekstrem baru-baru ini....." Leylin senyum dan berkata.

"Peristiwa-peristiwa menarik?" Ketua Kumpulan Fayern meneka, "Adakah ia berkaitan dengan kejadian di mana tumbuh-tumbuhan berhampiran Bandar Malam Ekstrem tiba-tiba layu?"

"Betul! Hutan, saiz sebuah kampung kecil, tiba-tiba layu. Ia benar-benar membuat semua orang bimbang. Kerana kejadian ini, saya percaya ia perkara yang penting untuk meningkat kekuatan pengawal-pengawal."

"Mengenai upah, saya boleh memberi gaji bulanan sebanyak satu syiling emas. Walau bagaimanapun, setiap orang mesti menandatangani kontrak pekerjaan untuk bersetuju mengikut perintah saya sekurang-kurangnya selama 2 tahun atau lebih."

Leylin menyambung 10 jari tangannya, sambil memberi pendapatnya.

Wajah Fayern teragak-agak, jelas dia sedang membuat pilihan. Setelah diam untuk seketika, sukar untuk dia mengata, "Perkara-perkara lain boleh sahaja, bagaimana dengan tempoh misi?"

"Walaupun tempoh dua tahun agak panjang, awak tidak perlu sentiasa berada di Bandar Malam Ekstrem. Saya berjanji pada kamu semasa tempoh tanpa aktiviti, saya akan memberi mereka cuti untuk melawat orang yang mereka cintai. Selain itu, jika mereka mahu membawa isteri dan keluarga mereka ke Bandar Malam Ekstrem, saya boleh mengatur tempat tinggal yang sesuai untuk mereka..." suara Leylin bergema di dalam ruang tamu itu.

"Tuan, saya telah melihat keikhlasan tuan. Saya ingin bercakap dengan beberapa saudara saya; Lagipun, saya tidak menguruskan kumpulan tentera ini bersendirian. Saya boleh memberi jawapan kepada tuan esok, yakinlah tuan!", Fayern berkata sambil berdiri dan menunduk sedikit.

"Baik! Kami akan menunggu berita baik daripada awak!" Sementara Fayern memberi hormat, Leylin dengan tenang berdiri bersama-sama pembantunya dan peniaga botak itu, beredar keluar dari vila.