Satu objek emas melengkung, berkelipan dalam cahaya, dan mendarat di tangan pedagang botak itu.
"Ambil ini; itu komisen awak," kata Leylin.
"Terima kasih banyak atas penganugerahan tuan, Tuan Muda yang paling dihormati!" Si botak itu menunduk dengan cepat.
"Seterusnya, saya perlukan seorang pengurus rumah dan dua orang yang boleh mengendali akaun dengan baik! Sekiranya awak dapat mencari mereka untuk saya, syiling emas ini milik awak!" Leylin menjentik satu syiling emas di tangannya.
"Biar saya fikir! Biar saya fikir!" Melihat terdapat satu lagi syiling emas yang melambai ke arahnya, si botak itu tiba-tiba menjadi aktif. Dia mula mengomel sambil memegang dan mengetuk kepalanya yang botak itu. "Betul! Si Tua Welker! Si Tua Welker merupakan pembantu rumah untuk Baron sebelum ini. Baru-baru ini, dia berkata yang dia mahu keluar sekali lagi untuk mencari nafkah!"
Pedagang botak itu berkata.
"Sangat bagus! Bawa saya kepadanya!" Leylin mengangguk kepalanya setuju.
Dua hari kemudian, pada waktu pagi. Walaupun kabus masih belum hilang sepenuhnya, masih terdapat beberapa kedinginan yang berlarutan di udara pagi yang sejuk itu.
*Creak!* Dengan perlahan pintu Bandar Roran terbuka, dan satu kereta kuda muncul antara mereka.
Lebih kurang 12 tentera upahan, memakai perisai rosak dan membawa tombak-tombak dan busur-busur besi, mengiringi satu kereta kuda yang besar sambil perlahan-lahan berjalan keluar dari bandar itu.
Di hadapan kereta kuda itu, Fayern menunggang satu kuda tampan yang berwarna coklat. Di belakangnya, terdapat seorang tentera upahan berusia 20 tahun membawa bendera berwarna merah. Di atasnya sebuah imej seekor helang tersulam; lambang kumpulan tentera upahan Roran Hawks.
Greem menunggang kuda rapat dengan kereta kuda itu dan tidak lagi mengendali kenderaan itu. Kini yang mengendalikan kereta kuda ialah seorang lelaki tua yang berambut putih. Walaupun dia berhadapan dengan angin dan rambutnya menjadi kusut, pakaiannya masih sempurna dan tiada kesan ronyok.
Dia pengurus rumah tangga yang Leylin upah - Si Tua Welker. Baron yang dia berkhidmat dulu telah bankrap, oleh itu, dia menganggur. Dia berada di dalam situasi yang sama seperti peniaga botak yang melawatnya dan menyertai parti Leylin.
Perjalanan dari Bandar Roran ke Bandar Malam Ekstrem hanya perlukan 7 hari. Kumpulan tentera upahan Roran Hawks layak mendapat pujian Fayern. Mereka sangat biasa dengan laluan tersebut dan juga dapat mencari penginapan sepanjang perjalanan. Ia sangat mudah berbanding proses penubuhan khemah.
7 hari kemudian, kumpulan itu tiba di Bandar Malam Ekstrem dengan selamat.
Leylin membuka skrin gantung pada kereta kuda itu dan melihat awan-awan di hadapan yang agak gelap. Lapisan awan terkumpul bersama-sama, menghalang sebarang sinaran matahari. Ia seolah-olah akan hujan tidak lama lagi.
Terdapat juga satu bayangan di semak-semak dan rumput-rumput di sekelilingnya, yang membuatnya kelihatan sangat suram.
"Fayern!" Leylin berjalan keluar daripada pintu kereta kuda itu, "Bukankah awak kata yang Bandar Malam Ekstrem mempunyai kawasan tumbuh-tumbuhan yang telah layu? Di manakah kawasan itu?"
"Tuan muda!" Fayern menggenggam tali kekang dengan kuat dan kurangkan kelajuan kuda-kudanya untuk melarasnya dengan kelajuan gerabak kuda itu.
"Bandar Malam Ekstrem ini sangat besar. Kejadian-kejadian misteri ini hanya berlaku di bahagian kecil di bahagian timur. Kebiasaannya, kami berusaha sebaik mungkin untuk mengelak kawasan tersebut. Tambahan pula, manusia telah berusaha sebaik mungkin untuk mengelak diri daripada bahaya..."
"Di mana hutan itu?" Leylin bersandar di sisi pintu seolah-olah sedang menikmati pemandangan.
"Bahagian timur Hutan Malam Kegelapan itu lebih dekat dengan teras bandar!" Fayern memandang Leylin dan berkata, "Hutan Malam Kegelapan itu mempunyai banyak herba-herba tertentu. Sejak peristiwa layu yang dahsyat itu, bekalan herba di Bandar Malam Ekstrem telah menurun sebanyak 30%!"
"Begitu sekali?" Leylin tersenyum. Bandar Malam Ekstrem tergolong sebagai salah satu bandar besar di Wilayah KayuTimur dan salah satu tiang ekonominya ialah industri herbanya. Sekarang, nampaknya kemungkinan besar Tuan Bandar dan pegawai-pegawainya bimbang tentang keadaan itu.
"Hutan Malam Kegelapan? Saya akan ingat namanya!" Walaupun hutan-hutan di dalam kerajaan itu agak berbahaya, ini perkara biasa untuk manusia biasa. Leylin telah melintasi Akademi Abyssal Bone Forest, jadi secara semula jadinya dia tidak bimbang tentang bahaya yang ada sekarang.
"Adakah terdapat pengumpul-pengumpul herba hilang di zon layu itu?" Leylin bertanya secara tiba-tiba.
"Pengumpul-pengumpul herba? Adakah tuan maksudkan pekerja sewaan, penyamun, dan pengembara?" Fayern mengangkat bahunya, "Hutan-hutan itu penuh dengan bahaya, dan kematian menjadi perkara biasa di sini, jadi siapa tahu?"
Ketika kedua-dua orang itu berbual, kereta kuda itu perlahan-lahan menghampiri Bandar Malam Ekstrem.
Dinding-dinding bandar itu tidak terlalu tinggi, tetapi sangat tebal. Ia seolah-olah diperbuat daripada longgokan batu granit, dan ia sangat kukuh.
Pengawal di pintu masuk bandar itu mengenali Fayern dan membiarkan kereta kuda itu masuk selepas membayar tol.
"Mari kita cari rumah penginapan dahulu!" Leylin memberi perintah dengan ringkasnya.
...
Malam menghampiri, dan Leylin menyuruh Anna, yang berkhidmat kepadanya, pergi dan tinggal sendirian di bilik rumah penginapan itu.
Membuka tingkap, udara sejuk menyerbu masuk ke dalam. Di luar sangat gelap, dan terdapat beberapa lampu yang menyala.
Leylin menutup pintu itu dan dia mengeluarkan satu bola kristal yang berwarna biru daripada karung yang dibawa sepanjang masa.
Bola kristal ini sangat kecil dan mengeluarkan cahaya aneh. Di tengah-tengah gelas itu terdapat banyak bintik emas yang terus menerus berterbangan seperti kelip-kelip kecil.
"Aktif!" Leylin membaca satu mantera.
Bintik-bintik di dalam bola kristal itu mula beralih hingga akhirnya membentuk satu simbol aneh.
Simbol ini agak lengkung dan berpusing-pusing secara berterusan. Ia akhirnya kelihatan seperti mata yang berlumuran darah.
Ekspresi Leylin sangat serius. Pertama, dia pusingkan simbol itu ke wajahnya sehingga wajahnya yang kurus itu terpantul pada permukaan bola kristal itu.
"Kalendar Bayangan, Tahun 1032, Bulan yang sangat sejuk, Hari burung gagak menangis." Leylin berlafaz dengan perlahan.
"Hari ini, aku tiba di Bandar Malam Ekstrem dan kini tinggal di rumah penginapan Hoof." Leylin pusingkan bola kristal itu supaya simbolnya terpantul ke persekitaran. Dia kemudian berjalan ke jendela dan menyerap imejan di luar.
"Ketika ini, berita mengata yang kawasan yang layu itu terletak di kawasan timur, Hutan Malam Kegelapan. Sehubungan dengan rakaman ini, tiada laporan kematian ahli. Esok, aku akan bersiap-siap untuk penyiasatan, dan mungkin mengumpul maklumat baru."
"Rekod-rekod di atas itu terhasil kerana pembantu paderi tahap 2, Leylin Farlier!"
Selepas dia selesai bercakap, Leylin mengelap bola kristal itu dengan jari-jari pucatnya. Hehe! Hehe!* Sebuah bunyi yang aneh keluar daripada bola kristal itu, seperti suara kanak-kanak ketawa. Berikutan itu, simbol mata itu berkedip dan hilang, berubah semula menjadi bintik-bintik emas yang banyak.
Bola kristal itu diberi oleh akademi kepada Leylin sebagai bukti perjalanan misi itu.
Bola kristal itu dapat merakam beberapa adegan dan suara. Leylin perlu merekod setiap peristiwa penting ketika misi ini. Dia boleh serahkannya sebagai bukti apabila kembali ke akademi.
Sudah tentu, hak mengawal bola kristal itu hanya dengan Leylin. Selagi dia tidak mahu membuat pengaktifan, bola kristal itu tidak dapat merekod apa-apa tanpa sokongan dia.
Ini sebabnya mengapa Akademi Abyssal Bone Forest berani membenarkan pembantu-pembantu paderi mereka keluar menjalani misi jangka masa yang panjang tanpa rasa takut ditipu oleh mereka.
"Daripada keterangan Fayern, zon layu berbahaya itu tidak begitu besar. Aku takut yang ia boleh menjadi beberapa pokok syaitan atau organisma yang memakan manusia. Pembantu paderi tahap 2 lebih daripada mencukupi untuk menangani mereka!"
Leylin mempertimbangkan perkara-perkara itu dengan teliti, "Aku tidak perlu terburu-buru, aku masih mempunyai dua tahun lagi! Aku patut menghantar beberapa tentera upahan terlebih dahulu untuk melihat..."
"Ia amat penting untuk menetap di sini. Tambahan pula, aku perlu melawat 'kawan'... Bibir Leylin melengkung menjadi satu senyuman misteri.
Walaupun lokasi Bandar Malam Ekstrem agak jauh, ia hampir kepada beberapa tempat sumber Magi. Terdapat sebuah lombong kristal ajaib yang digali oleh orang ramai tidak jauh dari situ. Sudah tentu, sumber-sumber itu sudah habis, tetapi mereka masih menarik perhatian ramai Magi dan keluarga kecil yang mengembara. Ia juga salah satu sebab pasar kecil Magus terbentuk dan terdapat di dalam peta yang diberi oleh Bicky.
Lebih-lebih lagi, dalam jangka masa yang singkat, semasa mereka sedang memasuki bandar itu, Cip A.I. telah mendapati beberapa gelombang tenaga yang dipancar oleh pembantu-pembantu paderi lain. Nampaknya agak ramai pembantu paderi yang tinggal di bandar ini.
Ini sangat normal, seperti ahli silap mata yang mengembara atau mereka sendiri ingin menetap di bandar-bandar terpencil, dan untuk sembunyikan identiti mereka.
Sudah tentu, oleh sebab jangka hayat yang panjang, penampilan dan pelepasan radiasi, mereka tidak boleh tinggal di kawasan yang sama untuk jangka masa yang lama. Oleh itu, mereka sering berubah lokasi selepas beberapa tahun.
Walaupun Leylin berfikir demikian, dia menjerit, "Anna!"
"Tuan muda, ada apa yang saya boleh bantu!" Tidak lama kemudian, Anna masuk memakai satu gaun berwarna merah yang cantik. Ketika dia melangkah, betisnya yang berwarna putih salji itu terdedah.
"Sediakan satu hadiah; Saya ingin melawat seseorang esok!"
"Welker akan memberitahu awak apa yang diperlukan!" Leylin menguap dan berkata dengan bersahaja.
Selepas mengarah Anna yang agak kecewa, Leylin membentuk satu barisan partikel tenaga sebagai peranti amaran awal sebelum dia masuk tidur.
Keesokan harinya, Leylin pergi bersama-sama Anna yang membawa sebuah topi yang cantik.
"Adakah ini hadiah yang dipilih oleh Si Tua Welker?" Leylin mengambil topi itu dan melihatnya, ia perbuat daripada kulit haiwan. Ia sangat licin, dan terdapat bulu pelepah di atasnya.
"Penjaga rumah Welker beritahu yang di Bandar Malam Ekstrem ini, bulu pelepah Helang Malam pada kulit topi itu melambang niat dan keramahan yang aman. Ia hadiah yang terbaik ketika melawat seseorang untuk kali pertama!" Ekspresi muka Anna agak ketakutan.
"Tuan... Tuan Muda! Adakah Tuan ingin melawat kerabat lain?" Suara Anna bergetar.
"Ya! Dia juga seorang pembantu paderi!" Leylin bercakap dengan perlahan supaya ia hanya didengar oleh Anna dan dirinya sendiri.
Selepas dia bercakap, dia melihat bahu perempuan muda itu bergetar. Leylin senyum, Anna dibeli oleh seorang Magus sebelum dia dibeli oleh Leylin sebagai seorang hamba abdi. Ia menjadi satu pengalaman traumatik kepadanya.
"Jika awak takut, awak boleh balik dahulu!" Leylin bergerak ke hadapan dan memeluk pinggang Anna yang langsing itu.
"Tidak! Anna mahu pergi bersama-sama dengan Tuan Muda!" Anna memaksa dirinya untuk senyum.
Leylin menggeleng kepalanya, "Ikut saya jika awak mahu!"
Pembinaan Bandar Malam Ekstrem Malam agak kuno dengan pancang-pancang yang tajam di bumbung. Kaki limanya juga berlapis dengan batu halus yang memberi tanggapan yang Bandar Malam Ekstrem tergolong sebagai salah satu bandar yang kaya.
Apabila Leylin dan Anna mendekati bahagian timur bandar itu, pakaian orang ramai di sini lebih anggun dari tempat-tempat lain dan hiasan-hiasan bangunan agak cantik.
"Ia kelihatan seperti bahagian timur Bandar Malam Ekstrem ini tempat ahli-ahli bangsawan dan cendekiawan berkumpul."
Leylin memandang beberapa kelompok bunga di kedua-dua belah jalan. Terdapat juga air pancut luaran. Dia tersenyum ketika bercakap dengan Anna.
Selepas itu, kedua-dua mereka tiba di sebuah vila bertingkat dua yang berwarna putih. Di plat pintu itu tergantung, "Jalan Utama Cecelia, 59."