"Tuan, tuan perlukan seseorang untuk menunjukkan jalan? Saya hanya kenakan bayaran sebanyak 1 kristal ajaib!" Riuh-rendah budak-budak lelaki dan perempuan di sekeliling Leylin.
"Tidak perlu!" Leylin segera menolak.
Selepas mengunjungi banyak pasar, dia mendapati yang penunjuk jalan sebetulnya tidak perlukan bayaran sebanyak itu. Sesetengah keluarga yang mengendali pasaran ini turut memberi panduan percuma untuk membantu pelanggan mereka bergerak.
Kali pertama dia masuk pasaran, dia memberi satu kristal ajaib kepada seorang budak lelaki. Ini merupakan kerugian yang besar untuk dirinya.
Bagi pasar-pasar biasa, mereka jauh lebih kecil. Berpusing beberapa kali pun sudah cukup bagi sesiapa untuk membiasakan diri dengan tempat itu. Terdapat papan-papan tanda di sekeliling. Oleh itu, dalam keadaan biasa, pelanggan tidak perlukan panduan sama sekali.
Leylin sambil lewa berjalan di dalam pasar. Kemudian, dia berjalan menuju ke arah Kedai Posyen yang terbesar.
"Salam Tuan!" Seorang lelaki tua berambut putih tersenyum dan menunduk.
"Saya ingin menjual selonggok posyen. Harganya mungkin sedikit tinggi!" Leylin berterus-terang.
"Sila ikut saya!" Lelaki tua itu terkejut. Dia segera membawa Leylin ke bilik kecil di belakang.
Selepas menutup pintu, Leylin dapat rasakan gelombang tenaga yang dihasil oleh pembentukan sihir pengasingan.
"Kedai kami menawarkan kerahsiaan kepada tetamu kami. Tambahan pula, kami juga mengambil langkah-langkah keselamatan yang paling baik..." Lelaki tua berambut putih itu tersenyum sambil memberi penjelasan.
"Boleh tahan!" Leylin mengangguk kepalanya, dan dia berasa ia sesuatu yang bermanfaat. Dia dapat mengelak diri daripada orang ramai.
Terdapat dua sofa di dalam bilik itu, dan di antaranya terdapat satu meja kayu kecil dengan dua minuman yang sangat panas di atasnya.
"Sila duduk!" Lelaki tua itu memberi isyarat.
Leylin duduk dan bersandar di sofa itu. Dia mengangkat cawan dan menghidu ringan, "Serbuk Kacang Tillan dengan campuran mutiara hitam, sangat bermanfaat untuk meditasi pembantu paderi!"
"Pencapaian awak dalam Posyen telah membuat saya tergamam!" Mata lelaki tua itu terbuka luas.
"Terima kasih. Saya telah berada di dalam makmal eksperimen selama setahun. Sehingga kini saya masih sedang membuat sesuatu yang penting. Sila nilaikan posyen-posyen ini untuk saya!"
Leylin serahkan satu karung kepada lelaki tua itu.
Lelaki tua itu membuka karung, dan dengan serta-merta berteriak, "Eh?!"
Semua saki-baki posyen-posyen Leylin ada di dalam karung itu, setiap satu daripadanya bercahaya.
"Sila tunggu sebentar!" Lelaki tua itu keluarkan cermin mata satu kanta dan meletaknya pada mata.
Selepas hampir setengah jam, lelaki tua itu kelihatan sedikit letih. Dia menggosok pelipisnya selepas dia meletak cermin mata satu kanta itu ke tepi.
"37 posyen hemostatik, 45 antidot, posyen senyap... Kesemua posyen ini berkualiti tinggi dan telah terpelihara dengan baik. Saya boleh berikan 900 kristal ajaib untuk kesemuanya!"
"Sangat adil!" Leylin dengan lembut mengangguk kepalanya.
Lelaki tua itu kemudian mengambil posyen-posyen itu untuk disimpan dan mengira 9 kristal ajaib gred-tinggi. Dia serahkan 9 kristal ajaib gred-tinggi kepada Leylin.
"Tuan, awak mesti seorang Pakar Posyen? Sila simpan ini; awak dapat menikmati diskaun 10% untuk barangan dan perkhidmatan di kedai kami. Kami juga boleh menawar harga yang lebih tinggi untuk posyen lain yang awak ada..."
Lelaki tua itu berkata sambil menyerah sekeping kad ungu kepada Leylin dengan kedua-dua tangannya.
Leylin mengerling kad itu dan kemudian masukkannya ke dalam poket dengan pantas, "Saya akan simpan kad ini."
Lelaki tua itu kemudian menghantar Leylin pergi. Semasa mereka mengucap selamat tinggal, Leylin dengan bersahaja bertanya, "Seperti yang awak ketahui, saya baru saja selesai eksperimen-eksperimen saya. Adakah terdapat tempat di mana saya boleh bertanya berita terkini di Kerajaan Poolfield?"
Lelaki tua itu merenung kosong selama beberapa saat sebelum menjawab, "Jika awak ingin mempelajari beberapa rahsia dan perisikan terkini, Kedai Runcit Gandor adalah pilihan terbaik awak. Walaupun barangnya agak ganjil, tetapi dia paling termaklum..."
Berdasarkan arahan lelaki tua itu, Leylin sampai ke Kedai Runcit Gandor.
Ketika dia masuk, barang-barang berselerak di sekeliling kedai itu. Terdapat juga banyak benda yang Cip A.I. tidak dapat mengenalpasti.
Satu benda yang pasti, tiada produk tiruan di dalam kedai itu. Ini yang menarik minat Leylin.
"Siapa?" Satu suara kedengaran dari belakang kaunter. Selepas itu, seorang lelaki tua muncul dari belakangnya, seolah-olah sedang berada di ambang kematian.
"Lelaki tua daripada Kedai Posyen syorkan tempat ini kepada saya. Saya ingin mengumpul maklumat terkini mengenai Kerajaan Poolfield.
"Peraturan lama yang sama, hanya selepas membeli barang di kedai saya, awak akan mendapat maklumat daripada saya." Bibir lelaki tua yang setengah mati itu tidak bergerak tetapi satu suara misteri kedengaran daripadanya.
"Baik! Saya akan memilih apa sahaja yang saya suka!" Leylin mahu memilih sesuatu secara rawak.
"Tidak boleh, saya yang akan memilih untuk awak!" Lelaki tua yang setengah mati itu ketawa sinis.
"Tidak hairan perniagaan di sini sangat buruk!" Leylin berkata dengan nada menyampah, "Silakan!"
Lelaki tua yang setengah mati itu menggeledah satu rak di belakang kedai. Rak kayu itu keluarkan bunyi keriut. Ia kelihatan seperti rak kayu itu akan runtuh pada bila-bila masa. Leylin juga bimbangkan orang tua itu.
"Saya dah jumpa!" Lelaki tua yang separuh mati itu mengambil satu skrol berwarna hitam dari rak itu.
Pada skrol ini terdapat huruf-huruf yang tidak diketahui oleh Leylin. Sudutnya sangat comot dan kelihatan seperti sudah dikunyah oleh tikus.
"Ini serpihan sihir Magus Serholm Yang Hebat. Saya akan menjualnya untuk hanya 1,000 kristal ajaib, urusan janji yang sangat berbaloi, boleh?" Mata lelaki tua yang setengah mati itu berkilauan.
"Ini mungkin warisan Magus Serholm Yang Hebat! Mungkin, awak boleh maju ke Magus tahap-tinggi selepas awak memilikinya..."
Leylin tergamam apabila dia mengambil serpihan sihir itu dengan tangannya.
"Cip A.I.! Imbas!"
[Beep! Pengesahan: Karbon dating, dokumen perbandingan analisis menunjukkan halaman ini diperbuat daripada kulit manusia! Kepunyaan: Ajaran Lowian: 89.5%, Kobalt Biru buku luar biasa: 56.5% dan penulisan Serholm: 21.7%]
"Ada sesuatu seperti ini? Cip A.I., apakah kekuatan lelaki tua yang bertentangan dengan aku ini?"
[Pentafsiran pembantu paderi tahap 3, berdasarkan pemancaran gelombang tenaga, Pengesahan: dia sedang berada dalam proses membina semula badan fizikalnya. Darjah persamaan: Zombifikasi: 86.6% dan Pengubahan Roh Kedukaan: 45.6%]
Leylin berpura-pura meneliti muka surat lebih lama sebelum melihat semula lelaki tua itu, "Ini seolah-olah seperti sisa ajaran Lowian. Awak sebenarnya berbohong kepada saya?"
"Mana mungkin?" Lelaki tua yang setengah itu mati meratap. Satu kilauan kejutan menyeberang matanya, yang kemudiannya berubah menjadi ekspresi memujuk.
"Sekalipun ia ajaran Lowian, ini milik Sir Rookmanst, Magus pangkat 2. 2 tahun yang lalu, serpihan yang sama ini berharga 700 kristal ajaib. Oleh itu, bagaimana kalau saya menjualnya kepada awak untuk harga itu?"
Leylin menggeleng kepalanya, "Ajaran Lowian ditulis dalam bahasa canggih-berkod. Hanya seorang Magus rasmi yang dapat mentafsir kod tersebut. Pembantu-pembantu paderi biasa pastinya tidak dapat berbuat demikian."
"Tambahan lagi, walaupun kandungannya bertulis dalam kod, nombor halaman mereka tertulis dalam bahasa Angema supaya ia lebih kabur!" Leylin menunjuk pada nombor halaman di bahagian bawah.
"Lihat ini, hanya halaman bernombor 12! Menurutnya, 30 halaman pertama ajaran Lowian hanya berisi catatan eksperimen, dan pandangan-pandangan ketika dia masih seorang pembantu paderi. Hanya apabila dia menjadi seorang Magus rasmi, baru dia berpeluang mendapat warisan dan dia mula menunjuk bakat yang gerun! Bagi halaman yang terlalu mahal ini, nombor halaman harus sekurang-kurangnya melebihi 100 untuk mendapat kepercayaan pembeli!"
"Transaksi-transaksi di kalangan Magi adalah berdasarkan premis di mana barangan-barangan yang menjadi pertukaran harus mempunyai nilai yang sama. Halaman kamu ini tidak bernilai sebanyak 700 kristal ajaib. Menurut anggaran saya, 70 pastinya permintaan harga yang tertinggi." Leylin membuat kesimpulan.
"Yikes… Hahaha! Cuaca hari ini boleh tahan!" Lelaki yang setengah mati itu cuba bertahan tetapi akhirnya menyerah kepada pandangan Leylin yang tetap.
"Baik, saya tidak pernah menjangka untuk bertemu dengan seorang pelajar yang begitu arif! Sila ambil pilihan awak!"
"Tidak perlu, saya datang ke sini untuk mengumpul ilmu pengetahuan! Saya hanya akan membelinya pada harga yang berpatutan." Leylin memegang halaman berwarna hitam itu dan meletak 7 kristal ajaib gred-pertengahan di atas meja.
Walaupun pengekodan pada halaman ini hanya dapat ditafsir oleh seorang Magus rasmi, Leylin berhasrat untuk memberi Cip A.I. satu peluang untuk memecah kod itu. Lagipun dari segi kebolehan pemprosesan, Leylin yakin Cip A.I. mempunyai kebolehan jauh lebih baik daripada seorang pegawai Magus, walaupun ini percubaan pertamanya untuk membuat sesuatu seperti ini.
"Baik! Baik! Apa yang awak mahu tanya?" Lelaki tua yang separuh mati terbongkang di atas meja dan memakan kristal ajaib itu satu per satu. Leylin terkejut dengan kelakuan ini.
"Saya perlukan banyak tenaga. Sekiranya awak memberi saya 1,000 kristal ajaib lagi, saya pasti akan selesaikan penyusunan semula badan fizikal saya..." Ekspresi lelaki tua yang setengah mati itu kelihatan geram.
Leylin menggeleng kepalanya, "Beritahu saya berita mengenai Akademi Abyssal Bone Forest!"
"Akademi Abyssal Bone Forest! Awak seorang pembantu paderi di sana bukan?"
"Hanya mengenai kejadian-kejadian kebelakangan di sana. Selain itu, saya tidak mahu mengalami kemusnahan sampingan akibat peperangan yang berlaku!"
"Baik!" Lelaki tua yang separuh mati itu tidak bertanya lagi. "Saya graduan dari sana juga. Sekarang keadaan Akademi Abyssal Bone Forest tidak begitu bagus. Saya dengar Pondok Sage Gotham dan Istana Whitewoods bekerjasama untuk menentang Akademi Abyssal Bone Forest dalam peperangan ini..."
Lelaki tua yang separuh mati itu bercakap tanpa henti.
Setengah hari kemudian, Leylin berjalan keluar dari kedai runcit itu dengan wajah yang sangat sedih. "Aku tidak pernah menganggap keadaan akan menjadi seteruk ini. Nampaknya aku kena tinggal jauh dari akademi untuk jangka masa yang lebih lama"
Menurut lelaki tua yang separuh mati itu, sebab utama peperangan ini telah lama dilupa oleh orang ramai. Apa yang penting sekarang, Pondok Sage Gotham dan Istana Whitewoods tergolong sebagai puak-puak pada tahap yang sama seperti Akademi Abyssal Bone Forest. Perikatan mereka meletakkan Akademi Abyssal Bone Forest pada kedudukan yang tidak bagus. Sekarang, akademi hanya boleh bergantung kepada formasi sihir pertahanan untuk bertahan."
"Cip A.I., berapa lama masa ia akan ambil untuk mentafsir halaman ini?"
Leylin menyentuh halaman ajaran Lowian yang buruk itu. Walaupun ia perbuat daripada kulit manusia, Leylin masih membalutnya dengan baik dan menyimpannya di dalam jubah.
[Beep! Analisa dalam proses! Tiada kod setanding dijumpai di dalam pangkalan data. Memerlukan andaian… Pentafsiran masa untuk selesai: 93 hari 13 jam!]
"3 bulan ganjil? Aku boleh buat begitu!" Leylin mengusap dagunya sambil berjalan-jalan di sekitar pasar.
Apa yang dia beritahu pada lelaki tua yang separuh mati itu benar, tetapi Leylin hanya mahu bertaruh dengan kebolehan Cip A.I. Walaupun ia tidak berjaya nanti, maklumat yang diberi oleh lelaki tua yang separuh mati itu bernilai sekurang-kurangnya 20 hingga 30 kristal ajaib.
Walaupun nombor halaman jurnal ajaran Lowian yang buruk itu agak rendah dan mengandungi banyak maklumat untuk pembantu-pembantu paderi, untuk pembantu paderi tahap 2 seperti Leylin, ia masih berguna untuk dirinya.
Mungkin ada beberapa teknik meditasi Rookmanst, rekod-rekod eksperimen ataupun beberapa penemuan sumber-sumber. Jika dia berjaya mendapat makumat-maklumat itu, Leylin akan mendapat manfaat yang sangat banyak dan meluas.
Apa-apa pun, keupayaan pemprosesan Cip A.I. sangat hebat. Leylin tidak pernah menggunakan separuh daripada keupayaannya, hanya membiarkan ia berehat sahaja untuk kebanyakan masa. Dia kini boleh menayangkan keupayaan yang sepenuhnya bagi mengganti masa rehat ini untuk mentafsir kod tersebut.