"Burung Gagak Bermata-Merah? Kita menemui beberapa ekor ketika tiba di akademi buat kali pertama tapi mereka mudah dibunuh oleh Profesor Dorotte. Dia menggunakan sihir yang menyerupai Tembakan Acidic Aqua." Leylin meraba dagunya dan mengingat kembali senario tersebut ketika dia baru masuk akademi.
"Kita harus bergegas dan memulakan rondaan kita. Misi ini memerlukan kita membawa pulang 10 kuku kanan Burung Gagak Bermata-Merah sebagai bukti penyelesaian misi… Adakah awak semua mempunyai soalan lain?"
Kaliweir berakhir dengan satu soalan, menonjolkan kebolehan seorang ketua. Selepas dia melihat Leylin dan yang lain mengangguk, dia menyambung: "Memandangkan kita ini rakan sepasukan, janganlah kita menyembunyikan apa-apa perkara dari satu sama lain. Setiap satu harus menyatakan kekuatan asas masing-masing supaya yang lain boleh memahami kita dengan lebih baik! Saya akan mula!"
"Saya Kaliweir, saya mempunyai Lembaga tahap-Satria dan mengetahui satu teknik sulit. Saya juga tahu satu sihir pangkat 0!"
"Kaliweir, saya tidak mengetahui yang awak sudah mempelajari sihir! Ia seolah awak sudah melepasi saya.. Saya Neela, saya mempunyai kualiti fizikal tahap-Satria dan juga Teknik sulit. Saya masih sedang mempelajari sihir pangkat 0 "Handy Weary" tapi saya tidak dapat menggunakannya lagi!" Neela memandang Kaliweir dengan terkejut.
"Saya Lilisse, Saya... saya masih sedang berlatih untuk menjadi Satria, tapi jurulatih saya berkata balingan damak saya agak baik. Saya tidak tahu apa-apa teknik sulit buat sementara ini!" Lilisse berkata dengan malu.
"Raynor, Satria Persediaan. Saya tidak tahu apa-apa sihir tapi kemahiran memanah saya agak baik!" Dia tidak menjangka yang Kaliweir dan Neela sudahpun mula mempelajari sihir dan berasa malu. Sambil menepuk busur di belakangnya, dia menyambung, "Jangan risau, saya tidak akan menjadi beban kepada awak semua!"
"Leylin, Satria Persediaan. Buat masa ini, saya telah mempelajari satu sihir!" Leylin menggosok hidungnya.
"Awak juga telah mempelajari sihir… Oh! Maafkan saya!" Raynor berkata dengan rasa bimbang. Dia menyertai Leylin pada waktu yang sama jadi dia tahu kebolehan Leylin hanya seorang pembantu paderi gred tiga. Tidak pernah dia terfikir yang pencapaian Leylin sudahpun melepasi kebolehan dia sebagai seorang pembantu paderi gred empat.
"Tiada masalah!" Leylin menggeleng kepalanya dan menunjukkan yang dia tidak tersinggung.
Sebenarnya, kesan meditasi Raynor lebih cepat berbanding Leylin. Dia cuma tidak mempunyai kristal ajaib yang mencukupi untuk menukar maklumat dan bahan berharga yang lain. Jadi, dia kalah dengan Leylin secara beransur.
"Awak memang layak dipanggil 'Tuan Leylin'! Awak tahu tidak apa yang orang luar memanggil awak sekarang?" Neela berkata dengan penuh kekaguman.
"Oh? Saya tidak kisah bagaimana orang lain menilai diri saya!"
"Seorang bijak pandai Posyen yang hanya dijumpai setiap lima puluh tahun! Kalau awak tidak mempunyai seorang mentor, profesor Posyen yang lain sudah tentu memilih awak sebagai perantis mereka!" Nada Neela begitu tinggi dan kilauan hampir keluar dari matanya.
Melihat pandangan Neela yang ghairah, dan ekspresi Lilisse dan yang lain, Leylin tersenyum kelat.
Untuk menjual posyen-posyennya dengan cepat, dia terpaksa mengambil tanggungjawab seorang pembantu paderi bijaksana dalam Posyen. Nasib baik dia mempunyai senior Merlin untuk menarik perhatian dari dia. Kalau tidak, perhatian yang diberi oleh orang ramai terhadap dia akan bertambah.
"Oh ya! Leylin, awak harus mempunyai sumber-sumber yang cukup kalau awak sentiasa menjual posyen kan? Kenapa awak masih perlu keluar bermisi?"
Raynor berkata dengan lembut.
"Tentang ini? Saya berasa bosan terkurung dalam akademi. Lagipun, saya baru mempelajari sihir jadi saya ingin membiasakan diri dengannya!"
Sebab utama Leylin ialah untuk memperoleh pengalaman yang banyak dan membuat penyediaan untuk berkembara sendiri untuk mencari pasar gelap pada masa hadapan. Walau bagaimanapun, dia merahsiakan perkara sebegini.
"Baiklah! Biar perbualan berhenti di sini! Destinasi kita tidak jauh sangat tapi ia akan mengambil beberapa risiko untuk sampai ke sana! Kalau kita tidak bertolak dengan segera, langit akan menjadi gelap!"
Kaliweir menepuk tangannya lalu mengangkat pisau lebarnya dan mengetuai pasukan itu.
"Jom!" Leylin mengikuti dari belakang.
"Saya ingin berjalan bersama awak!" Neela berjalan di sisi Leylin, tidak menyembunyikan niatnya.
Diikut oleh Lilisse, dengan Raynor di belakang.
"Berhati-hati, ia merupakan tanah kosong berhampiran sekolah itu, tapi sekarang kita telah memasuki hutan, banyak rintangan yang akan kita tempuhi!" Kaliweir terus berjalan sambil mengingatkan pasukannya.
Leylin tidak melayan Neela yang berada di sisinya. Sebaliknya, dia menumpu perhatian kepada sekelilingnya sambil memaksimumkan jarak pengesanan Cip A.I..
Ini kali pertama Leylin menjejak ke dunia luar yang bahaya ini jadi dia mesti bersikap lebih berhati-hati.
Akademi Abyssal Bone Forest terbina di dalam hutan yang gelap dan terdapat sebuah tanah perkuburan yang terbiar di atas akademi itu. Ia hanya dipenuhi semak samun yang kecil dan pokok-pokok rendang mengelilingi akademi itu di mana kadar bahaya di situ tidak begitu banyak. Tapi, selepas memasuki hutan, terdapat banyak pokok yang menyamar secara semula jadi. Ia sentiasa menjadi kawasan buruan kepada para pemangsa. Leylin masih ingat peristiwa lama, masa pertama dia tiba di sini, mereka menghadapi serangan hendap.
[Amaran! Amaran! Makhluk yang tidak diketahui sedang menghampiri. Ancaman kepada tubuh tuan badan: Sederhana!]
Apabila Cip A.I. berbunyi, garisan biru muda membentuk sebuah imej di dalam penglihatan Leylin. Daripada projeksi itu, Leylin dengan jelas dapat melihat satu garisan merah yang sedang merangkak ke arah mereka.
"Whoosh!"
Satu bayang hitam tiba-tiba melompat keluar dari rumput and menggigit Kaliweir dengan ganas di lehernya.
Ekspresi Kaliweir tidak bertukar langsung sambil mengayunkan pisau lebar hitam di tangannya, dan membuang bayang hitam itu.
Bayang hitam itu jatuh terdedah di atas tanah. Ia merupakan seekor ular yang panjangnya satu meter, dengan kesan darah yang halus di badannya dan hanya satu mata pada kepalanya yang berbentuk segi tiga.
"Ini Ular Benang Besi Bermata-Satu, hati-hati dengan bisanya!" Neela memberi amaran.
Pada masa ini, Lilisse, yang berada di belakang mereka, tiba-tiba menyerang dan tiga bilah pisau dilontar olehnya ke arah binatang buas itu.
Badan Ular Benang Besi Bermata-Satu menggulung untuk mengelakkan dua bilah pisau itu tapi pisau yang terakhir menetak badannya, meninggalkan luka yang panjang.
"Heh!" Tiba-tiba, Kaliweir meluru ke hadapan dan mengayun pisau lebar hitamnya pada kepala ular itu. Dengan sekelip mata, kepala ular itu terputus dengan serta-merta.
Ular itu, yang mana kepalanya telah hilang, dalam gulungan bulat, masih berdarah tanpa henti.
"Ah!" Lilisse terperanjat.
"Ia telahpun mati. Ini tindak balas biasa untuk badannya. Tidakkah awak belajar tentang neurologi?" Neela berdehem.
"Hanya pundi bisa dan kulit Ular Benang Besi Bermata-Satu yang berguna. Sesiapa yang ingin mengumpul bahan harus berbuat demikian sekarang. Darahnya akan menarik perhatian organisma hidupan yang lain di sini!" Kaliweir berkata perlahan sambil menyimpan pisau lebarnya.
"Saya akan kumpulkanya!" Raynor melangkah ke depan dan, tidak lama kemudian, kelima-lima mereka meneruskan perjalanan mereka.
"Cip A.I.! Adakah maklumat tadi berada dalam rekod kita?
[Beep! Rakaman selesai! Ular Benang Besi Bermata-Satu, jenis Ular. Kekuatan: 1.1, Ketangkasan: 2.1, Daya Tahan: 1.6. Sampel darah telah diambil dan komposisi otot dirakam!]
Maklum balas Cip A.I. memang tepat pada masanya. Leylin mengangguk kepalanya dan mempercepatkan langkah.
Sepuluh hari kemudian, di dalam hutan gelap..
Seekor Burung Gagak Bermata-Merah berkelip matanya dan hinggap di atas dahan pokok sambil merenyuk bulunya.
*Whoosh!* Dengan tiba-tiba, sebatang anak panah putih terlepas.
"Caw!" Burung Gagak itu mengepakkan sayapnya untuk melarikan diri. Sambil mengelakkan diri, terdapat tiga lagi cahaya putih yang disinar oleh pisau balingan yang menujui ke arahnya.
Bergerak dengan lengkungan yang anggun, Burung Gagak Bermata-Merah berjaya mengelakkan diri daripada pisau-pisau itu dan mendarat di ruang yang lapang.
"Bunuh!" Sesuatu bayang meloncat daripada semak dengan dua buah tangan yang menggengam sebilah kapak, dan meluru ke arah Burung Gagak Bermata-Merah. Ia seolah anak panah dan balingan pisau yang terdahulu itu untuk memaksa Burung Gagak Bermata-Merah mendarat ke tanah.
Sebilah pisau lebar mengakibatkan ribut yang kuat sewaktu menetak Burung Gagak Bermata-Merah itu.
"Caw Caw!" Burung Gagak Bermata-Merah itu menggauk dengan kuat dan tidak menyenangkan.
*Clang!*
Biarpun saiz Burung Gagak Bermata-Merah itu lebih besar daripada burung gagak biasa, ia hanya sebesar seekor ayam. Tanpa disangka, ia menggunakan kuku hitamnya untuk menolak balik Satria yang sedang memegang kapak hitam itu.
"Caw!" Burung Gagak Bermata-Merah itu menggauk sekali lagi, dan beberapa bulu hitam tertanggal dari tubuhnya.
Mengambil kesempatan daripada kemunduran Satria, Burung Gagak Bermata-Merah mara ke depan dan mencakar muka Satria itu dengan kukunya yang tajam itu.
"Pandora-Greygonger!"
Jampian kedengaran dan sebiji bola cecair hijau muncul dengan tiba-tiba dan terkena tubuh Burung Gagak Bermata-Merah itu.
*Psshhh!" Kabus putih terbentuk dan jeritan Burung Gagak Bermata-Merah kedengaran.
Beberapa saat kemudian, jeritan daripada burung gagak itu lenyap, dan apa yang tinggal hanya sebuah lubang. Di dalamnya, terdapat beberapa bulu yang segar.
"Awak ok ke, Kaliweir?"
Semak beri bergerak dan beberapa bayangan muncul darinya.
Kaliweir menggeleng kepalanya, "Jangan risau! Biarpun Burung Gagak Bermata-Merah mempunyai kekuatan seorang Satria dan boleh terbang, ia masih tidak boleh melawan manusia yang mempunyai senjata seperti kita!"
Memandang orang di tengah, "Leylin! Penggunaan Tembakan Acidic Aqua tadi menepati masa!"
"Ia semua kerana kerjasama semua orang!" Leylin tersenyum.
Kaliweir kemudian berjalan ke lubang besar itu sambil menggunakan sebatang dahan untuk membersihkan bulu-bulu dan mengutip 2 kuku hitam yang ada padanya.
"Biarpun kekuatan Tembakan Acidic Aqua itu hebat, ia juga telah menghakis Burung Gagak Bermata-Merah itu dengan teruk. Selain dari kukunya yang keras, tiada apapun yang tinggal..." Kaliweir berkata dengan hampa.
"Hmph! Kalau bukan kerana Leylin, awak semua mungkin akan menerima beberapa kecederaan untuk membunuh Burung Gagak Bermata-Merah itu!" Neela berdehem dari tepi, seolah tidak puas hati.
"Itu benar!" Kaliweir menyimpan pisau lebarnya. Sekarang dia sudah matang dan tahu Neela berasa agak benci, jadi dia tidak berasa marah.
"Dengan Burung Gagak Bermata-Merah ini, kita berjaya mengumpul bahan yang secukupnya. Oleh itu, patutkah kita pulang kembali ke sekolah untuk menamatkan misi ini?"
Memandang Raynor dan yang lain sudahpun kelihatan letih, Kaliweir bertanya.
"Asalnya, kita harus balik! Hutan ini terlalu bahaya. Kita tidak akan dapat tidur dengan lena pada waktu malam!" Neela berkata dengan segera.
Lilisse dan Raynor mengangguk kepala mereka dengan lantas.
Bagi Leylin, dia juga berasa penat kerana hutan ini penuh dengan bahaya. Biarpun dia mempunyai Cip A.I. untuk memberi amaran, dia berasa gelisah untuk tempoh yang lama. Mindanya juga berasa lesu, dan dia sekarang mula merindui air panas dan katil yang ada di dalam akademi.
"Baiklah! Kita harus pulang dahulu!"
Kaliweir berasa kecewa sambil menyimpan kuku hitam Burung Gagak Bermata-Merah dengan hati-hati. "Bazirnya! Dengan kebolehan kita, kita patut mampu membunuh lebih banyak Burung Gagak Bermata-Merah. Mereka mempunyai harga yang tinggi daripada Ular Benang Besi Bermata-Satu dari dulu..."
"Tiada pengakhiran dalam mencari kristal ajaib tapi pada masa ini, pasukan kita, sebagai satu, sudahpun penat dan kita sudah sampai keadaan yang bahaya. Kalau kita tidak balik ke akademi dengan segera, saya bimbang kita akan membuat kesilapan ketika pemburuan kita yang seterusnya, yang mungkin akan mengakibatkan kematian!"
Suara Leylin dingin dan sunyi. Dia seorang yang sentiasa tenang, dan tidak akan hilang akal untuk memperoleh keuntungan yang lebih sedikit dari yang ada di hadapannya.
"Baiklah! Mari kita pulang!"
Kaliweir teragak-agak sedikit tetapi kemudian mengangguk kepalanya sebagai tanda setuju.
Mendengar kata-kata Kaliweir, ekspresi empat orang yang lain kelihatan lebih baik. Termasuk Neela, yang berasa benci, turut tersenyum dengan lebar.
Pasukan tersebut berkemas dengan segera dan beredar dari situ.