"Bagaimana agaknya keadaan Kaliweir dan yang lain sekarang?"
Apabila Leylin dengan lemahnya cuba untuk bangun, dia berasa seperti keseluruhan tubuhnya akan hancur.
"Walaupun dengan bantuan Cip A.I., aku berada dalam keadaan begini, apatah lagi mereka. Aku kena cari mereka dengan cepat, ia akan menjadi sangat dahsyat jika mereka jatuh ke dalam perangkap atau menemui binatang-binatang liar yang lain.
Leylin keluarkan sejenis posyen berwarna merah daripada kantung pinggangnya dan membuka penyumbat kayu itu. Dia menuang cecair merah itu ke atas luka-lukanya.
*Hiss!* Kabus putih berterusan naik daripada lukanya. Leylin mengetap giginya, wajahnya agak bengkok.
Setelah kabus putih hilang, satu membran merah menutup lukanya, dan pendarahannya berhenti. Ia juga telah menutup luka tersebut. Leylin melambai-lambai tangannya dan menyedari pergerakannya tidak terhad.
"Posyen hemostatik ini sangat bagus, tetapi ia sangat sakit ketika diguna!"
Leylin merungut, sambil mengeluarkan satu lagi posyen berwarna biru, dan meneguknya. Posyen biru itu manis dan membawa aroma roti putih. Leylin merasakan tubuhnya semakin pulih dan juga mendapat kembali sedikit kekuatan. Dia keluar dari semak dan bersandar pada pokok besar untuk berehat.
"Cip A.I.! Untuk gas halusinasi itu, adakah terdapat sebarang ubat-ubatan yang boleh diguna?"
Oleh sebab dia tahu satu-satunya bahaya di sana terdiri daripada partikel gas halusinasi, Leylin tidak keberatan untuk menyelamatkan ahli parti dia yang lain.
Sekiranya ia sesuatu yang mustahil, maka Leylin akan berpaling dan kembali ke akademi untuk memberitahu para profesor sambil berdoa untuk mereka.
Cip A.I. menjawab.
"Air tawar, ya?" Leylin membuka botol airnya dan merendam sehelai sapu tangan, membalut hidung dan mulutnya dengan sapu tangan itu sebelum kembali ke lokasi sebelum ini.
"Aku rasa aku telah berlari sangat jauh, tetapi aku belum melepasi satu ribu meter pun!" Leylin menjejak semula langkahnya. Seketika kemudian, apabila dia kembali semula ke tempat parti lima orang itu berpecah, dia tergamam.
"Cip A.I.! Imbas kawasan di hadapan dan bentukkan satu peta! "
Oleh sebab dia tahu haluan di depan penuh dengan partikel gas halusinasi, Leylin masih berasa sangat lemah walaupun dia berjaga-jaga.
[Beep! Imbasan selesai!]
Satu imej muncul di hadapan mata Leylin. Di mana kelima-lima mereka berada awal tadi, terdapat lekukan dengan cendawan-cendawan besar yang tumbuh di situ.
Cendawan-cendawan ini sangat besar dan hampir setinggi seorang manusia. Setiap satu berwarna ungu misteri, dengan bintik-bintik hitam samar-samar yang banyak membentuk imej seorang lelaki yang dalam kesakitan.
"Apa jenis cendawan-cendawan ini?"
[Perbandingan dengan pangkalan data! Tahap persamaan: Cendawan Berwajah Labah-Labah 98.7%, Cendawan Lapisan-Lembing 74.5%, Bunga Payung Ungu 23.3%]
"Cendawan Berwajah Labah-Labah?" Leylin memikir kembali imej yang dilihat olehnya dalam satu buku bergambar daripada perpustakaan.
"Cendawan Berwajah Labah-Labah ini tergolong di dalam jenis tumbuhan yang sangat bermisteri. Ia mampu keluarkan partikel gas halusinasi yang sangat kuat, dan sesiapa yang mempunyai resam tubuh yang lemah dan makhluk pintar yang lain tidak dapat menahannya. Mereka akan sering menarik haiwan-haiwan terbang dan hidup dengan harmoni bersama mereka. Nampaknya kedua-dua Burung Gagak Bermata Merah awal tadi tertarik kepada mereka. "
Leylin perasan beberapa tulang di batang cendawan ungu itu, ada yang sepertinya milik manusia, dan beberapa lagi daripada pelbagai binatang.
"Walau bagaimanapun, jenis tumbuhan berbahaya seperti ini tidak sepatutnya berada di sekitar kawasan sekolah kami, kecuali jika mereka baru berpindah ke sini!"
Leylin mengagak dan tiba-tiba keseluruhan tubuhnya berasa sejuk seolah-olah dia telah menemu sebahagian daripada satu konspirasi.
Sambil menggeleng kepalanya, "Ini bukan sesuatu yang boleh aku fokus sekarang. Aku harus cepat dan mencari Neela dan lain-lain dan kemudian pergi dengan segera! "
Dengan bantuan Cip A.I., mencari ahli parti yang lain ternyata sangat mudah.
Raynor sedang berbaring tidak jauh dari sini, dengan salah satu pahanya tertusuk pada satu dahan. Nampaknya seperti dia telah lari ke dahan itu dengan sendiri.
Tidak lama kemudian, Kaliweir juga dijumpai. Ketika ini, dia kelihatan seperti orang gila, menghayun pisau lebarnya pada satu batu besar hitam. Dia tidak boleh melihat Leylin berjalan menuju ke arahnya pun, dan telah diketuk pengsan oleh Leylin akhirnya.
Manakala Neela dan Lilisse pula, mereka yang paling bertuah. Tidak lama selepas mereka pergi, mereka telah terjerat dalam beberapa pokok menjalar. Apabila Leylin menjumpai mereka, mereka masih diliputi oleh cahaya posyen peningkatan kelajuan berwarna hijau itu dan mereka kelihatan tidak cedera langsung.
Leylin membawa mereka semua jauh daripada Cendawan Berwajah Labah-Labah. Apabila dia menemui satu sungai kecil, dia mencampak kesemua mereka ke dalam air.
Ini cadangan yang diberi oleh Cip A.I.
Apabila air sejuk yang meresap tulang dari sungai itu menyerang hidung dan tekak Kaliweir dan lain-lain, tubuh badan mereka mula meronta-ronta dengan kuat.
"Uhuk! Uhuk!" Kaliweir dan lain-lain mula batuk dengan kuat.
Leylin pindahkan mereka ke atas tanah rata dan baringkan mereka. Dia kemudian mengambil satu senjata dan mengambil posisi pertahanan.
"Apa yang telah berlaku?" Kaliweir menggosok kepalanya yang sakit dan mengangkat dirinya.
"Awak masih ingat apa yang berlaku awal tadi?" Leylin menuju ke hadapan Kaliweir.
"Ya! Saya ingat sekarang, kita bertemu dengan Beruang Bukit Yang Ganas dan juga beberapa canis dirus!" Kaliweir menyentuh luka di wajahnya.
"Awak yang selamatkan kami?"
"Sudah pasti! Walau bagaimanapun, apa yang kita hadapi bukan binatang yang ganas. Saya akan terangkan apabila yang lain dah sedar! "Leylin menunjuk kepada yang lain, yang kelihatan sedang kembali sedar secara perlahan.
Apabila mereka tinggalkan kawasan Cendawan Berwajah Labah-Labah itu dan menelan jumlah air tawar yang banyak, fikiran mereka mula jelas semula.
Leylin terangkan tentang Cendawan Berwajah Labah-Labah kepada mereka. Manakala bagi dirinya sendiri, dia berkata dia bernasib baik untuk mengelak situasi mereka kerana dia mempunyai item yang boleh menentang halusinasi.
Selepas mendengar apa yang Leylin sampaikan, riak muka Kaliweir dan lain-lain tidak begitu baik.
"Leylin! Terima kasih! Saya berhutang hidup saya pada awak! "Kata Kaliweir dengan bersungguh.
"Kami juga!" Neela dan Lilisse bercakap pada masa yang sama. Manakala Raynor, dia membuka mulutnya tetapi tiada kata-kata yang terkeluar daripadanya.
"Saya cadangkan kamu semua merawat kecederaan pada badan kamu terlebih dahulu!" Leylin menunjuk pada satu tusukan pada paha Raynor.
"Baik. Saya ada serbuk ubat di sini. awak perlukannya, Raynor? "
Kaliweir merasai item itu pada tubuhnya, dan kemudian mengambil sebotol serbuk ubat dari kantung pinggangnya dan memberinya kepada Raynor.
Leylin menghidu dan tahu ia ubat daripada dunia biasa. Walaupun ia mempunyai keberkesanan tertentu, ia masih tidak dapat dibanding dengan posyen hemostatik.
Semua dengan perlahan merawat luka di badan mereka. Raynor yang mengalami kecederaan teruk, dan bibirnya pucat seperti salji. Kakinya dibalut oleh kain kasa yang sangat tebal. Kaliweir berjaya mencari satu batang kayu seolah tongkat, supaya dia sekurang-kurangnya dapat berjalan.
Tubuh badan seorang Magi berbeza dengan manusia biasa. Dengan bantuan posyen-posyen, luka-luka yang tidak terlalu parah biasanya akan sembuh dalam beberapa malam.
"Apa yang patut kita lakukan seterusnya?" Kaliweir memandang Leylin. Walaupun dia mempunyai pangkat pemimpin parti, prestasi Leylin membuatnya menundukkan kepala terhadap Leylin.
"Awak masih boleh berjalan?" Leylin bertanya kepada Raynor.
"Saya pasti boleh berjalan! Jangan... jangan tinggalkan saya! "Raynor dengan tergesa-gesa menyangga dirinya dengan tongkat.
"Jadi, lebih baik kita cepat berangkat!" Leylin fikirkan tentang Cendawan Berwajah Labah-Labah dan ramalannya sendiri. Dia mempunyai perasaan yang tidak senang tentang peristiwa baru-baru ini.
"Betul!" Neela dan Lilisse bersetuju serentak, seolah-olah mereka sudah takut dengan tempat ini.
"Posyen Peningkatan Kelajuan saya! Itu sesuatu yang saya telah habiskan 5 kristal ajaib!" Sepanjang perjalanan, Neela mengeluh.
"Itu masih bagus, tengok saya!" Kaliweir membetulkan sakunya; Perkara-perkara yang paling penting, 12 cakar Burung Gagak Bermata Merah di dalamnya sebagai bukti penyelesaian misi. Dia kemudian menunjuk ke buku lalinya.
Pada kakinya, bulu-bulu hitam sudah menutupi betisnya dan mula tersebar ke kawasan paha.
"Walaupun benih Rumput Lincah ini boleh membuat awak berlari dengan cepat, kebolehan pembiakan mereka terlalu pantas. Selepas menggunakannya, awak pasti akan tercemar. Jika awak tidak cepat kembali ke akademi untuk mengurusnya, awak mungkin akan menjadi seorang lelaki berbulu!"
"Penampilan luar salah satu daripada perkaranya. Perkara yang paling penting sekarang, jika Lincah Rumput ini hidup di tubuh manusia untuk jangka masa yang panjang, ia akan ada sifat beracun! Pada masa itu, kaki awak perlu dipotong!" Kaliweir berkata dengan riak muka serius dan tegas, "Cepat!"
Walaupun wajahnya kelihatan masih bersahaja, jejak langkahnya jelas kelihatan lebih pantas.
Selepas mengalami serangan Cendawan Berwajah Labah-Labah, kelima-lima mereka menjadi mudah ketakutan ketika perjalanan pulang ke rumah. Setiap daun atau angin bertiup akan membuat mereka berasa gementar seketika.
Apabila mereka akhirnya melihat Perkuburan Abyssal Bone Forest, Leylin bersumpah yang dia tidak pernah sangka tanah perkuburan ini begitu cantik sebelum ini.
"Kata laluan!" Kali ini, anjing yang berkepala dua itu bertanya dalam suara wanita.
"Abyssal Bone yang paling utama!" Kata Kaliweir perlahan-lahan.
Kata laluan berubah setiap kali tempoh masa tertentu telah berlalu. Walau bagaimanapun, kata laluan secara semula jadi akan diberitahu oleh pintu ajaib terlebih dahulu kepada mereka yang keluar membuat misi, seperti mereka.
"Betul!" Anjing berkepala dua itu benarkan mereka lalu dan kembali menjadi arca di atas platform.
Leylin akhirnya merasa lega apabila mereka memasuki pintu akademi.
Walaupun tiada kematian dalam misi ini, mereka masih bertemu dengan beberapa bahaya di sepanjang jalan. Kalau bukan dengan bantuan Cip A.I., kemungkinan besar pasukan itu telah lupus sepenuhnya.
"Jom! Kita serahkan misi kita dahulu!" Ekspresi Kaliweir longgar dan dia tersenyum. Manakala Lilisse dan Neela pula, kedua-duanya kelihatan lega juga.
Kelima-lima mereka berjalan menuju ke arah Kawasan Misi. Kaliweir beratur di hadapan kaunter sementara empat lagi menunggu di tepi.
"Neela, adakah misi-misi pada masa yang lalu menyebabkan kecederaan atau kematian sebanyak ini?"
Leylin berasa suasana sekeliling pelik sedikit. Jumlah mangsa di Kawasan Misi jelas meningkat, dan kedengaran kutukan-kutukan dan esakan dari semasa ke semasa.
"Kebiasaannya tidak sebanyak ini! Saya boleh jamin itu!" Neela memandang terdapat banyak pembantu paderi dengan ekspresi gelap di wajah mereka. Seolah-olah bukan sahaja mereka gagal misi mereka, tetapi mereka juga telah membayar harga yang tinggi untuk misi mereka.
"Lihat! Misi telah bertukar baru!"
Leylin mengangkat kepalanya dan melihat notis yang tergantung di sudut atas dinding hitam itu, dengan perkataan-perkataan merah yang terang.
"Perhatian! Terdapat peningkatan ketara makhluk berbahaya di sekitar akademi. Kami berharap pembantu-pembantu paderi yang keluar pada masa akan datang lebih berhati-hati. Sekiranya kamu bukan pembantu paderi tahap 3, kami syorkan kamu tinggal di dalam sahaja."
Perkataan-perkataan itu bersaiz lebih besar daripada yang lain dan tertulis dalam fon merah yang terang.
Di belakang amaran itu, ada misi baru yang bertulis dengan warna merah.
"Misi: Ketahui sumber keganjilan di sekitar akademi. Ganjaran: 500 kristal ajaib, maklumat gred tinggi untuk 3 topik mengikut kehendak, atau model sihir yang lebih baik. Misi ini dalam kategori yang sangat berbahaya, berhati-hati dan fikir masak-masak apabila menerima misi ini!"
"500 kristal ajaib, maklumat gred tinggi untuk 3 topik kehendak, ataupun model sihir yang lebih baik!" Leylin berteriak.
"Kalaulah aku mempunyai kristal ajaib sebanyak itu!" Lilisse juga tertarik dengan ganjaran yang banyak dan mewah itu.