Chereads / Penyihir Dunia Magus / Chapter 20 - Pemilihan Mentor

Chapter 20 - Pemilihan Mentor

"Akademi Abyssal Bone Forest nampaknya menyindir di dalam kelucuan, huh; akademi mereka betul-betul berada di bawah tanah perkuburan!"

Leylin menggelengkan kepalanya, tetapi dia berasa agak selesa, liang romanya badannya terbuka dan menyerap udara sekelilingnya.

"Cip A.I.! Apakah situasi sekarang?"

"Patutlah! Terdapat peningkatan partikel tenaga di sini, yang terang-terang memanfaatkan elemen Bayangan dan Kegelapan Magi. Ia seperti novel-novel dari dunia sebelum ini, di mana seseorang mesti menguasai kawasan yang penuh dengan tenaga rohani apabila berlatih teknik-teknik pertapaan abadi!"

Leylin mula memahami pilihan akademi itu.

"Kata laluan!"

Ketika itu, Dorotte telah membawa kumpulan itu ke kawasan paling tengah tanah perkuburan itu, di mana terletaknya sebuah kubur yang besar. Batu-batu marmar hitam ditimbunkan satu per satu, menjadikannya seperti istana hitam yang besar.

Di sebelah pintu marmar itu, terdapat dua ukiran batu.

Di sebelah kiri, ada ukiran anjing berkepala dua dengan badan yang berpaku-paku.

Di sebelah kanan pula, terdapat ukiran cacing tanah yang bersayap dan taring yang sangat tajam menonjol keluar, memberikan aura yang seram.

Dua ukiran ini kelihatan seperti hidup. Mata mereka terbentuk daripada permata hitam dan kelihatan seperti hidup.

Apabila Dorotte berjalan di hadapan ukiran itu, cacing tanah di sebelah kiri bercakap dengan suara letih. Setap kali mulutnya dibuka dan ditutup, debu dari batu itu jatuh bertaburan di atas permukaan lantai.

"Cukup! Jumal, kau tidak kenal aku?"

Riak muka Dorotte kelihatan marah.

Sebaik sahaja Dorotte bersuara, cacing tanah dan anjing besar itu ketawa terbahak-bahak. Suara mereka membawa angin kencang, menyebabkan jubah semua pembantu paderi di belakang terangkat.

"Dorotte! Walaupun kita agak akrab antara satu sama lain, peraturan tetap peraturan!"

Kedua-dua ukiran itu hidup. Anjing besar itu menjilat kakinya dan bercakap dengan suara seorang perempuan.

"Atau, kau ingin bermain dengan kami?" Cacing tanah itu mengangkat cakarnya dan membuat gerakan seperti manusia, memberi isyarat dengan cakarnya, "Mari! Seluruh badan aku berasa gatal!"

"Baiklah! Baiklah! Biar aku fikir!" kata Dorotte dengan perasaan menyampah.

"Oh! Bangsat! Aku patut ambil kepala babi yang menyediakan formasi sihir pertahanan ini dan sodok ke dalam punggung mereka!"

Dorotte tiba-tiba melaung.

"Cepat cakap! Apa kata laluannya?" Anjing besar itu mengaum dan percikan api keluar dari mulutnya.

"Kata laluan rahsia itu adalah --- Aku benci tulang-tulang yang berbau!" Dorotte bercakap dengan lembut.

Leylin bertekad menahan dirinya daripada ketawa. Walaupun Dorotte memakai lambang tengkorak, Leylin pasti dia sedang merajuk.

"Haha! Kata laluan itu betul!" Cacing tanah dan anjing yang besar itu ketawa terbahak-bahak dan memberi laluan kepada mereka.

"Aku pasti penyelia yang melihat melalui bola kristal sedang ketawa terbahak-bahak sekarang ini!" Anjing besar itu ketawa mengejek dan pulang ke platform batu yang asal dan berubah kembali kepada keadaan ukiran yang sebelum ini.

"Puchi!" Seorang pembantu paderi tidak dapat menahan dirinya dan ketawa.

"Hng!" Api hijau menyala di dalam rongga-rongga Dorotte, "Nampaknya kita kena mendidik pembantu-pembantu paderi yang baru ini bagaimana untuk menghormati profesor-profesor mereka!"

*Pa!* Dorotte memetik jarinya.

"Ah! Apa ini, jangan datang ke sini, jangan datang ke sini!" Pembantu paderi yang ketawa besar tadi berundur beberapa langkah dan jatuh ke atas tanah sambil meraung dengan kuat.

"Rousey! Apa dia!" Seorang pembantu paderi di sebelahnya berjalan ke hadapan.

"Tidak... Jangan datang ke sini!" Rousey menjerit dan mukanya perlahan-lahan berubah.

Melihat keadaan itu, semua pembantu paderi yang berdekatan berasa sangat takut.

"Magi adalah setanding antara satu sama lain, jadi mereka selalu bergurau antara mereka. Bagaimanapun, pembantu-pembantu paderi kenalah sentiasa bersikap rendah diri!"

Tiba-tiba, Leylin memahami kod adab dunia Magi itu. Hanya dengan kekuatan yang setanding, seseorang itu mempunyai status untuk bercakap dengan Magi yang lain.

Jayden dan Kaliweir kelihatan seperti memikirkan sesuatu secara mendalam.

"Angkat dia dan bawa dia masuk!" Dorotte menuding jarinya ke Rousey yang masih menjerit.

Kedua-dua pembantunya berjalan ke arah Rousey dan memimpinnya.

"Kedua-dua mereka sekurang-kurangnya ialah Satria Agung!" Melihat bagaimana kedua-dua pembantu itu mengawal Rousey dengan mudah, mata Leylin berkelip-kelip.

Selepas pintu kubur itu terbuka, terdapat tangga batu di hadapan mereka yang menuju ke bawah.

Tangga-tangga itu berpusar turun ke dalam kegelapan sehingga tidak dapat melihat.

Dorotte menggunakan stafnya dan mengetuk lantai. *Dong Dong!*

Api-api biru mula menyala satu per satu, menerangi tanah di dalam.

"Selain daripada warnanya, ia serupa dengan istana lama daripada Zaman Pertengahan!" Leylin berkata dan berjalan menuruni tangga Akademi Abyssal Bone Forest itu.

Leylin tidak tahu sudah berapa lama dia berjalan di bawah api-api biru yang bercahaya itu, tetapi pasti telah melebihi 20 minit.

"Besarnya! Keluasan bangunan bawah tanah ini lebih besar daripada keluasan tanah perkuburan di atas. Ia kelihatan seperti kerajaan bawah tanah."

Leylin membuat pengiraannya secara diam-diam.

"Akademi Abyssal Bone Forest kita ini dibina pada Tahun Gregory 324 dan akademi ini masih bertahan satu ribu tahun selepas pembinaannya... Manakala pengasas akademi ini ialah Merlin Falek Driwilc..."

Dorotte yang memimpin mereka di bahagian hadapan memberi penerangan kepada mereka sekali-sekala.

"Pintu yang kamu semua masuk tadi ialah pintu utama! Dan selain itu, terdapat banyak jalan keluar di dalam akademi ini. Asalkan kamu telah menjadi Magus yang sebenar, kamu boleh memohon dan memilih kubur yang kosong dan tidak didiami untuk menjadi laluan persendirian kamu!"

Dorotte menjelaskan.

Tetapi bibir Leylin tidak berhenti merungut, "Tujuan kita untuk memajukan diri sebagai seorang Magus ialah supaya dapat satu kubur persendirian? Betapa menggembirakan!"

Bagaimanapun, setelah apa yang berlaku kepada lelaki tidak bernasib baik tadi, Leylin hanya mampu merungut di dalam hati.

"Akademi Abyssal Bone Forest kami ini terbahagi kepada beberapa kawasan yang besar: dormitori-dormitori, bilik-bilik darjah, makmal-makmal, kawasan berkebun, kawasan perdagangan, kawasan misi dan lain-lain. Untuk lokasi-lokasi yang tepat, seseorang akan membawa kamu untuk induksi nanti. Sekarang, kamu semua kena ikut saya ke ruang pentadbiran dan kami akan memulakan pemilihan profesor-profesor kamu!"

Dorotte berdiri di hadapan bilik yang agak besar dan menuding jarinya ke arah tulisan di atas pintu besi itu, "Ini ialah ruang pentadbiran, bagaimanapun, aku percaya tiada sesiapa yang sanggup untuk datang ke sini lagi pada masa hadapan!"

Melihat simbol-simbol pada pintu yang kelihatan seperti perkataan-perkataan dan corak-corak, Leylin mengaku huruf-huruf itu tidak sama dengan apa yang budak nakal ini jumpapada masa lalu.

"Oh! Saya lupa kamu semua tidak faham bahasa Byron kuno ini!" Dorotte mengetuk kepalanya, "Tidak mengapa! Ini ialah salah satu mantera asas, kamu semua akan belajar nanti!"

"Dorotte, huh? Sila masuk!" Suara yang berumur kedengaran dari dalam dan pintu besi itu bergerak secara automatik. Sepasang tangan besi membuka semua selak pada pintu itu dan memberi isyarat kepada mereka untuk masuk.

Leylin mengikut Dorotte ke dalam dan menyedari bilik itu sangat besar. Terdapat seorang lelaki tua berjanggut putih dan kening merah duduk di meja tulis pejabat berwarna hitam yang lebar. Dia sedang mencakar sesuatu dengan sebatang pen bulu pelepah dan di sebelahnya terdapat longgokan kertas kulit.

Di belakangnya, terdapat rak buku yang tidak terkira setinggi sepuluh meter lebih dan kertas kulit dan juga bola-bola kristal yang tersusun. Ia kelihatan seperti sebuah perpustakaan.

"Lambatnya kau!" Lelaki tua itu meletakkan pen bulu pelepah itu dan mukanya yang berkedut itu tersenyum lembut.

"Kami menghadapi beberapa masalah semasa perjalanan, afrit petir gergasi yang sesat, jadi kapal udara terdapat sedikit kerosakan dan inilah sebab kenapa kami lewat!" Dorotte menjelaskan.

Lelaki tua itu berkata, "Itu sangat malang!"

Dan kemudian dia melihat ke arah semua pembantu paderi di belakang dan matanya bersinar. Dia mengimbas semua pembantu paderi itu dan akhirnya berhenti di Jayden.

"Nampaknya kau dapat ganjaran dalam perjalanan kali ini!"

"Sudah pasti!" Dorotte menunjuk, "Jayden, mari sini!"

Menarik Jayden ke sisinya, "Aku telah membuat kontrak dengannya! Dia ialah perantis persendirian aku! Cepat! Selesaikan prosedur-prosedur untuknya!"

Dorotte mengambil longgokan borang dari sebuah kantung hitam yang berat dan menyerahkannya kepada lelaki tua itu.

"Mn! Pembantu paderi kelas kelima, boleh tahan!" Lelaki tua itu mengeluarkan sebuah objek seperti sepasang cermin mata yang mempunyai benang emas di bingkainya dan meletakkan di hidungnya.

"Sudah pasti! Melda, sampah masyarakat itu, dia berani menolak benda yang menyusahkan kepadaku, haha! Sekarang aku nak tengok dia marah!" Dorotte ketawa dengan kuat.

"Jadi! Jayden! Kamu sanggup menjadi perantis persendirian Dorotte?" Lelaki tua itu bertanya.

"Saya terima!" Jayden melihat Dorotte dan bersetuju dengan suara yang perlahan dan lembut.

"Bagus!" Lelaki tua itu mengambil sehelai kertas kulit itu dan menulis sesuatu ke atasnya dan memberi Jayden sebuah karung hitam, "Ini milik kamu, sila jaga dengan baik!"

"Semua prosedur telah selesai? Aku telah mengajarnya teknik-teknik meditasi dan sekarang ini aku perlu bergegas ke eksperimen-eksperimen aku! Sudah cukup susah untuk aku mencari inspirasi sepanjang perjalanan, tetapi tidak mempunyai bahan-bahan untuk digunakan, kau tahu tak betapa deritanya aku?"

Dorotte mengeluarkan suara yang lantang dan menarik Jayden meninggalkan bilik itu dengan cepat.

"Baiklah! Tugas Encik Dorotte telah selesai. Seterusnya ialah apa yang kamu semua kena ambil perhatian!" Lelaki tua itu mengetuk mejanya dan menarik perhatian semua pembantu paderi ke arahnya.

"Oleh kerana kamu semua telah membayar yuran dan memenuhi kriteria kontrak, kamu semua ialah pembantu paderi Akademi Abyssal Bone Forest sekarang. Sekarang, kamu semua akan bermula dengan pemilihan profesor-profesor kamu!"

"Terdapat dua kaedah untuk memilih profesor. Yang pertama ialah meletakkan nama kamu di dalam bola kristal dan jantung hati saya akan memilih profesor untuk kamu! Kaedah ini percuma."

"Maafkan saya? Apakah jantung hati tuan?" Seorang pembantu paderi bertanya dengan perasaan takut.

"Oh?" Lelaki tua itu ketawa dan tiba-tiba ular sawa berwarna hitam muncul di atas meja itu, "Ini ialah haiwan peliharaan ajaib saya! Spotty! Dia tidak mengenali kamu semua, jadi adil untuk diamembuat pilihan! Ada soalan lain?"

"Tidak... Tiada soalan lagi!" Melihat ular sawa yang besar itu, pembantu paderi itu berundur ke belakang.

"Terdapat satu lagi kaedah, di mana pembantu-pembantu paderi boleh memilih profesor mereka sendiri. Ini adalah senarai yang mempunyai introduksi pelbagai profesor dan syarat-syarat mereka untuk kamu membuat pilihan. Sudah pasti, jika kamu memilih kaedah ini, kamu kena mempunyai kristal ajaib sebagai pembayaran!"

"Tidak kira kaedah mana kamu pilih, tetapi sebaik sahaja kamu memilih profesor kamu, kamu tidak boleh menukar fikiran!"

Lelaki tua itu berkata, "Lepas ini, saya akan panggil nama kamu satu per satu dan kamu akan datang ke hadapan dan memberitahu pilihan kamu!"