Chereads / Penyihir Dunia Magus / Chapter 26 - Mulakan Percubaan

Chapter 26 - Mulakan Percubaan

Si gemuk Wook mengeluarkan sebuah kotak berwarna hitam dari rak di belakang dan meletaknya di atas meja. Dia turut keluarkan sehelai kertas kulit dari kawasan bawah kaunter jualan. Ia kelihatan sangat usang, dengan hujungnya yang koyak sedikit.

"Satu salinan formula posyen kekuatan, satu kristal ajaib!"

"Satu set bahan, cukup untuk sepuluh kali percubaan, satu kristal ajaib!"

Leylin buka kotak berwarna hitam itu. Dalamnya ada sepuluh buah berwarna merah tersusun, yang mempunyai tanda-tanda rekahan pada permukaannya, dan di sebelahnya pula ada sebatang akar tumbuhan berwarna hijau, dan sebotol serbuk berwarna hitam.

Dia ketepikan kotak itu dan mengangkat helaian kertas kulit kekuning-kuningan yang samar, dan terlihat satu formula yang tertulis dengan dakwat hitam, termasuk kawasan untuk catatan. Walaupun tulisan itu agak samar, Leylin mampu membaca secara keseluruhannya.

Leylin mengangguk kepala dan memasukkan kertas kulit itu ke dalam jubah. Dia keluarkan 2 kristal ajaib terakhir dari saku pinggangnya dan serahkan kepada Woox, dan meninggalkan pondok itu tanpa memandang ke belakang.

Dia hanya mempunyai 4 kristal ajaib dan telah dia gunakan kesemuanya untuk amaun bahan-bahan yang sedikit ini. Perbelanjaan yang menggerunkan untuk bru posyen bukanlah sesuatu yang boleh ditanggung oleh seorang pembantu paderi biasa.

Apa yang berlaku seterusnya ialah rutin harian Leylin yang agak sama dengan rutin hariannya ketika berada di dunia sebelum ini.

Setiap hari, dia akan berulang-alik antara lima tempat: dormitori, dewan makan, Kawasan Akademik, makmal eksperimen dan perpustakaan.

Satu bulan telah berlalu tanpa disedari.

Leylin yang duduk di sudut meja panjang dalam perpustakaan itu menutup buku yang dipegang olehnya.

Selain menghadiri kelas-kelas dan menolong Kroft di dalam eksperimen-eksperimennya, Leylin kerap meluangkan masa di perpustakaan. Hampir semua buku yang boleh dibaca secara percuma telah dikaji, dan Cip A.I. telah selesai mengumpul data yang banyak.

"Whew... Akhirnya aku faham perumusan posyen!" Leylin menghembus nafas dengan kuat.

Walaupun Kroft telah membekalkan beberapa maklumat asas tentang Posyen, masih terdapat beberapa perkara yang dia kurang faham. Dia pelajari perkara-perkara seperti terminologi dan kosa kata secara sendiri di perpustakaan. Jika dia perlukan penerangan profesor, dia kena buat bayaran. Bagaimanapun, sayang sekali Leylin telah menjadi miskin kerana mempunyai nilai kristal ajaib 0.

Beberapa pembantu paderi yang malu kerana mempunyai kristal ajaib yang rendah turut membuat perkara yang sama, mengimbas lalu pelbagai maklumat percuma di perpustakaan. Bagaimanapun, mereka tidak mempunyai Cip A.I. seperti Leylin, oleh itu, mereka kebiasaannya mengambil berbelas-belas hari hingga sebulan untuk mencari apa yang mereka mahu di perpustakaan itu.

Manakala bagi Leylin, dia telah pun mencatat semua maklumat yang sedia ada untuk dirinya dari perpustakaan itu. Dia juga telah mencipta fungsi carian untuk dirinya, dengan ini maklumat-maklumat itu boleh diteliti olehnya dengan lebih cepat apabila sebarang soalan timbul pada masa hadapan.

Bagaimanapun, Posyen Asas merupakan maklumat pangkat tinggi. Walaupun dengan analisa berterusan daripada Cip A.I., Leylin hanya ketahui lebih kurang satu per tiga maklumat itu, tetapi ia sudah memadai dan cukup berguna.

Sekurang-kurangnya sekarang, apabila dia melihat kembali teknik-teknik asas Posyen, ia seperti melihat ke bawah dari bumbung satu bangunan yang tinggi.

Manakala untuk bru posyen asas dan formula posyen kekuatan, semua ini telah dianalisa oleh Cip A.I. secara sepenuhnya, jadi sudah sampai masa untuk praktis.

"Pengumpulan ilmu pengetahuanku sudah mencukupi, aku akan mula bru posyen kekuatan hari ini!"

Leylin meletakkan kembali buku-buku itu ke rak dan berjalan keluar dari perpustakaan itu.

Seorang pembantu paderi perempuan yang mempunyai rambut perang mengangkat kepalanya dan menjeling pada Leylin, sebelum menumpu perhatian kepada buku berwarna hitam yang ada pada tangannya.

Di dalam perpustakaan itu terdapat ramai pembantu paderi, tetapi mereka semua sangat sopan dan sangat senyap. Ia sangat sesuai untuk pembacaan, dan salah satu tempat lepak kegemaran Leylin.

"Hey! Leylin!"

Apabila dia berjalan keluar dari perpustakaan, seorang pembantu paderi menegur. Leylin mengangkat kepalanya, "Ryan! Kaliweir!"

Kaliweir pakai jubah kelabu pembantu paderi, dan keangkuhan asal dirinya telah berkurangan, "Tahniah kerana telah menjadi pembantu paderi tahap 1!"

"Terima kasih, tahniah kepada kau juga!" Leylin membalas dengan satu senyuman.

Dia dapat merasakan Kaliweir telah menjadi pembantu paderi tahap 1.

"Beberapa orang dalam klik kita telah menjadi pembantu paderi tahap 1!" Kaliweir sengaja menegas beberapa ayat pertama dan nampaknya telah mengecualikan Guricha dan lain-lain secara automatik.

"Kami telah mengambil beberapa misi baru-baru ini, kau berminat nak sertai kami?" Kaliweir bertanya.

Kaliweir nampaknya sedang cuba sedaya upaya untuk mengekalkan kumpulan kawan-kawan yang sebelum ini.

"Buat satu misi sekarang?" Dahi Leylin berkerut, "Daripada apa yang aku tahu, kawasan di luar akademi agak bahaya kebelakangan ini, lagi-lagi untuk pembantu paderi tahap 1 yang tidak tahu sebarang sihir..."

"Nampaknya tiada pilihan lain, kita terpaksa beli semua maklumat pangkat tinggi di sini, dan mata wangnya adalah berbentuk kristal ajaib! Kesemua kristal ajaib yang kami bawa telah habis!" Kaliweir tersenyum pahit.

"Jika kau nak jadi Pakar Posyen, perbelanjaan sumber-sumbernya memang sangat tinggi..."

"Berkenaan mengambil misi, aku akan pertimbangkan apabila aku berjaya menjadi pembantu paderi tahap 2! Jaga diri kamu semua!" Leylin akhirnya menolak tawaran itu. Ganjaran untuk penyelesaian misi-misi itu sangat menarik, tetapi seseorang itu kena mempertaruh nyawa mereka untuk menuntut ganjaran-ganjaran tersebut."

"Baiklah! Aku dengar yang kau memperoleh kristal-kristal ajaib dengan memberi tuisyen kepada pembantu-pembantu paderi lain. Boleh kau ajar kami juga? Kami akan bayar kadar yang kau minta!"

Selepas mendengar Leylin yang enggan untuk ikut bersama, Kaliweir berasa kecewa serba sedikit, tetapi dia terus bertanya.

"Sudah pasti, aku sangat berbesar hati. Aku akan berikan kadar yang bersesuaian untuk kamu semua!" Leylin senyum kecil, pertukaran manfaat adalah perkara biasa di kalangan Magi.

Kedua-dua pihak telah memutus lokasi dan tarikh, dan kemudian Kaliweir dan kumpulannya beredar.

Melihat mereka yang semakin jauh, mata Leylin berkedip, "Dia masih cuba untuk tarik orang masuk? Sayangnya, Kaliweir masih belum faham di dalam dunia Magi ini, kekuatan persendirian lebih penting!"

Dia menggeleng kepala, dan pulang ke dormitori.

Setiap pembantu paderi di Akademi Abyssal Bone Forest mempunyai dormitori persendirian, jadi sebarang rahsia dan keselamatan bukan suatu isu.

Leylin mengunci pintu dan menggantung papan tanda 'Jangan Ganggu', dan pergi ke bilik bersebelahan bilik tidurnya.

Ada sebuah meja besar berwarna hitam di dalam bilik itu yang dipenuhi oleh set perkakas yang Leylin beli awal tadi.

"Selepas beberapa latihan percubaan, aku kini agak biasa dengan perkakas ini, dan aku telah selesai menganalisa formula posyen kekuatan itu hari ini, jadi sudah sampai masa untuk mula!"

Leylin mengomel bersendirian dan mengambil sebuah kotak hitam yang mengandungi bahan. Dia meletak kotak itu di atas meja dan membukanya.

Buah merah, akar hijau dan botol berisi serbuk hitam itu muncul di hadapannya.

Leylin menyentuh permukaan ketiga-tiga item itu, "Cip A.I.! Mulakan pengiraan aktiviti dalam item-item ini dan bentukkan satu modl!"

[Memulakan imbasan, di dalam proses mengumpul data, memulakan pembinaan!]

"Mulakan simulasi eksperimen tersebut!" Melihat Cip A.I. tekun bertugas, Leylin memberi arahan seterusnya.

[Simulasi model diproses… kekuatan Formula Posyen… jangka masa yang diperlukan: 2 jam 21 minit!]

"Seperti yang dijangka, ia tidak mustahil!" Leylin tersenyum kegembiraan.

Walaupun bahannya sama, perbezaan yang kecil boleh memberi hasil yang berbeza ketika pembuatan posyen.

Manakala untuk Pakar Posyen yang berkelayakan, mereka guna pengalaman masing-masing dan praktik teori itu, kemudian buat pelarasan untuk penghasilan sifat posyen yang diingini.

Bidang ini bergantung kepada bakat asli dan pengumpulan pengalaman pada masa hadapan.

Manakala untuk Cip A.I. pula, ia mampu mengimbas dan memberi pelbagai simulasi, yang membuahkan kadar kejayaan lebih tinggi kepada Leylin berbanding pembantu-pembantu paderi lain.

Leylin dengan sabar menunggu, dan kemudian mendengar suara Cip A.I., [Simulasi model telah selesai, kadar kejayaan: 23.6%].

"Kadar kejayaan hampir suku?" Leylin agak teruja.

"Selalunya, seorang pembantu paderi biasa akan gagal dalam percubaan pertama membru posyen. Manakala aku, aku mempunyai satu daripada empat peluang untuk berjaya jika aku mengikut arahan Cip A.I.?"

"Mulakan penghantaran proses eksperimen tersebut!"

[Trasmisi data bermula!] Beberapa imej terpancar di mata Leylinkerana pernah berlatih membuat posyen ini beberapa kali. Pelbagai senario dan respon sesuai, termasuk penyediaan bahan-bahan, semuanya dipersembahkan di hadapannya.

"Sudah sampai masanya untuk bermula!"

Wajah Leylin bertukar serius, dan dia kutip buah merah itu, "Ini ialah Buah Daya Tahan Darah dan ia mempunyai amaun khasiat yang banyak dalam bentuk antidot..."

Leylin menyimpan Buah Daya Tahan Darah ke dalam sebuah besen berwarna putih. Dia menghancurkan buah itu dengan alat penumbuk. Jus merah mengalir keluar, dan aroma seakan alkohol menyusup keluar.

Selepas menapis keluar Buah Daya Tahan Darah itu tadi, Leylin menuang jus merah itu ke dalam sebuah bikar.

Selepas satu lilin berwarna hitam itu menyala, api biru berterusan menyala pada dasar bikar itu. Selepas beberapa minit, jus merah di dalam bikar itu mula menggelegak, dan terdapat beberapa tompok serbuk hitam berterusan berbuih.

Leylin mengutip satu rod kaca di sebelahnya, dan mengacau kandungan bikar itu.

"Marliwoosha!" Leylin membaca satu mantera.

Terdapat jalur daya rohani mengalir melalui rod kaca itu dan masuk ke dalam cecair berbuih itu, dan terdapat beberapa kepulan gas hitam dihasilkan. Ia adalah racun yang berada di dalam Buah Daya Tahan Darah itu.

Ini adalah sebab kenapa hanya pembantu paderi tahap 1 dan ke atas boleh mula mempraktikkan pembuatan posyen, kerana terdapat beberapa langkah memerlukan pengunaan partikel tenaga.

Selepas semua kandungan gas hitam itu disingkirkan, Leylin meletakkan cecair itu, di mana nampak lebih merah daripada sebelum ini ke dalam sebuah tabung uji.

"Langkah pertama telah selesai! Darjah penapisan boleh tahan!"

"Langkah seterusnya ialah akar Buah Sutera..."

Apa yang Leylin buat seterusnya ialah menggabungkan bahagian-bahagian Buah Daya Tahan Darah yang lain dan Buah Sutera bersama-sama. Dia telah gagal beberapa kali di tengah-tengah proses itu, dan akhirnya berjaya ketika membuat kelompok kelapan cecair merah itu dan kelompok ketujuh kandungan beku hijau itu.

"Langkah seterusnya ialah proses pengadunan terakhir!"

Leylin meletakkan semua kandungan ketulan hijau beku itu ke dalam piring petri, mengambil keluar serbuk hitam daripada botol kaca itu, dan tabur di atasnya.

Serbuk hitam itu mengakibatkan tindak balas yang kuat apabila menyentuh kandungan hijau beku itu. Kandungan hijau beku itu berterusan mengembung dan mengeluarkan suara berdengung.

"Ais!" Leylin mengomal satu mantera dalam bahasa Byron.

Kabus berwarna putih tiba-tiba muncul daripada piring petri itu, pemeluwapan menjadi satu lapisan ais dan membeku semula menjadi kandungan beku hijau sekali lagi.

"Inilah masanya!" Leylin meletakkan ketulan beku itu ke dalam sebuah bikar, di mana terdapat api membara berterusan di bawah bikar itu.

"Langkah yang terakhir!" Mata Leylin terbuka luas, dan dia menuang cecair merah yang telah ditapis ke dalam bikar itu.

Satu jalur daya rohaninya berterusan masuk ke dalam bikar itu.

"Pa!" Satu suara kedengaran datang daripada bikar itu, ketulan beku dan cecair merah itu tiba-tiba bertukar menjadi hitam, dan bau yang menjijikkan dikeluarkan olehnya.

"Aku gagal ke?" Leylin acuh tak acuh.

"Cip A.I., analisa sebabnya!"

[Beep! Di dalam proses analisa… Keputusan: Kekuatan daya rohani hos tidak stabil, dan suhu api menyebabkan gangguan…]

Cip A.I. menayang semula tindakan-tindakan Leylin awal tadi dan mendedahkan sebab kegagalannya.